(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Thursday, December 31, 2009

solat dan warna alam

Sedang saya bizi ber'bukumuka' tadi, sorang sahabat tagged saya dengan 1 note kredit to k.aqeen..Dan saya rasa perlu tok saya kongsikan dengan sahabat-sahabat lain..tok pengetahuan,solat yang kita kerjakan sehari-hari tu, ada kaitannya dengan warna alam..nak tahu lebih lanjut,sila baca till de end..hehe

     Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ? 

     Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.




Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak  sahabat-sahabat? ^_^




Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah tidur la tu .... Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. 



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. 

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat Pengasih dan Penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas dunianya.

so, moral of da story, solatlah diawal waktu dan  jangan ingkar segala arahan Allah, sebab Allah lebih tahu apa yang kita perlukan..(^_^)v

Wednesday, December 30, 2009

opkim kampung cheros :: last part,maybe.. ^_^ ::

sedikit sambungan ..atau mungkin yang terakhir..... (^_^) v

selama 3 hari di kampung cheros, saya mula mengetahui perspepsi mereka (orang asli) terhadap islam.. walaupun dalam aktiviti ziarah saya cuma berkesempatan melawat lebih kurang 5 buah rumah,( 2 rumah hari pertama, dan 3 rumah hari kedua) , namun itu tak bermakna pendedahan yang diterima hanya merangkumi 5 buah rumah tersebut sahaja. di waktu senggang,kami duduk berkongsi pengalaman masing-masing selama disana...

Apabila diajukan soalan "pernahkah pakcik / makcik dengar pasal islam?".. macam-macam jawapan yang kami terima. "pakcik tau.. Islam tu agama orang melayu".."pakcik pernah dengar, tapi tak ambik tau pun..".. "islam? entahlah...maaf lah,tapi kami ni memang tak percaya mana-mana"...... emm terjemahan pertama kami terhadap mereka, mereka tahu islam, tapi tak faham apa sebenarnya islam tu..

Dan satu perkara yang saya agak kagum dengan mereka, sikap taat kepada ketua. Pernah kami lontarkan persoalan kepada seorang penduduk kampung, " Pakcik rasa, islam tu macam mana? Pakcik percaya tak dengan Islam?" " emm, ntah lah.. kami ni ikut tok batin. Tak kan kami nak memandai-mandai kan.. kalau tok batin buat,kami buat.." dan mereka sangat bangga dengan gelaran 'asli' mereka. "kalau pakcik masuk islam, banyak laa yang pakcik tak boleh buat..bila pakcik tak buat apa yang orang lain buat, maksudnya,pakcik bukan lah orang asli lagi.." saya tak berminat nak membangkang @ membidas pakcik nie.. sebab saya tahu, dia tak faham apa yang dia buat, melainkan hanya mengikut sesuatu yang diperturukan oleh nenek moyang mereka.. sedangkan orang yang mengaku islam pun ada yang terlalu mempercayai pantang larang nenek moyang walaupun tiada hadis @ keterangan tentangnya, ni pulak seorang yang amat tipis pendedahannya terhadap islam..

Di awal ketibaan kami, kami dikejutkan dengan semangat 1 Malaysia mereka. tak disangka, hebat penangan PM kita terhadap mereka. Setelah bergaul dengan mereka, barulah kami faham, bahawa tok batin setiap kampung selalu dikumpul dan diadakan program umpama kursus untuk mereka. Dan disinilah mereka didedahkan dengan segala perkembangan negara. Namun apa yang agak menggelikan hati saya, bila tok batin mengutarakan ketidakpuashatiannya terhadap wakil-wakil rakyat.. disebabkan tok batin mengatakan bahawa dia selalu dibawa pergi mengikuti kursus, jadi terdetik dihati kami, bagaimana dengan anggota masyarakat yang lain? selalu YB turun? "huh??mereka..masa nak mengundi, semua datang cari kita, macam-macam janji nak bagi..bila kita dah pilih dia, lepas menang, dia bukan nak cari kita dah..jalan kat depan tu dah 4 tahun dah pun,x siap-siap jugak"..hehe..mereka yang duk jauh dari orang ramai,yang ketandusan isu semasa pun faham,ni pulak kita yang sentiasa terdedah dengan pelbagai media, tak kan tak boleh fikir..

saya sedar, tiada yang mustahil dalam dunia ni.. kami hanya berusaha, namun hidayah tetap milik Allah..moga Allah membuka pintu hati mereka terhadap islam lantas menjadi saudara kita semua. Islam tak pernah membataskan @ membezakan kita semua.. kita semua sama disisi Allah, hanya yang membezakan kita hanyalah taqwa, tapi tak layak untuk kita mengukur ketaqwaan seseorang dengan kaca mata kita. Hanya Allah yang layak mengukur ketaqwaan kita semua... Moga Allah memasukkan kita semua dalam golongan hamba-hambanya yang bertaqwa..Dan semoga, Allah melimpahkan rahmatnya kepada enduduk kampung Cheros,lantas menjadikan kita semua bersaudara..Amiiin....




Tuesday, December 29, 2009

duhai sahabatku...




agak lame x mengepost.. Alhamdulillah, selesai mengikuti prog jambori nisa' selangor 09 (JNS 09)..  perasaan sebelum tiba, amat berbeza setelah berjaya menjalaninya.. pelbagai dugaan sepanjang perjalanan ke bukit lagong,selayang... ops, penyertaan kali ni bukan sebgai peserta yea..tp sbgai fasi  cam klaka plak kan ^_^.. tak sangka, tindakan last minute ni, banyak beri manfaat n pengalaman indah buat ana.. ana percaya , semua peserta n fasi juga macam tu.. walaupun x dapat pulang ke kampung, 25-27 disember kan tme cuti 2.. tapi ada peluang yang rasanya ana tak pernah terfikir ana akan dapat peluang tu..

hari pertama, ana dikejutkan dengan kehadiran ustaz zamri mantopp..slot yang ana rasa sepatutnya diberi masa yang panjang lagi hehe..bukan peserta je yang teruja, tapi fasi lebih teruja lagi dgn kdatangan ustaz ni.. keesokannya, ana berkesempatan pula bertemu pasangan hebat yang sentiasa bergerak tangkas dalam menegakkan agama  Allah khususnya di peringkat Ipt.. ustaz Shaari n k.nurul syuhada .. ana selalu mendengar cerita tentang pasangan ni, tapi langsung ana tak terfikir Allah beri kesempatan untuk ana bertemu mereka...

Pelbagai perkara baru ana pelajari disana.. cuma agak terkilan sebab ana tak berpeluang mengikuti jalan berhalangan, ..Tapi xpa, hikmahnya, ana dapat rehat lebih, n dapat kumpul energy yg lebih tok night walk mlm tu..hehe.. bila ana pikir2 kan, ana dapat merasakan, betapa bertuahnya mereka.. lantas, ana teringat, sahabat2 lama ana di kampung..... sekaligus, teringat nukilan ana semasa cuti sem dulu, tapi x sempat nak post.. jadi...terimalah seadanya luahan tersebut.................

 Cuti sem ku selama hampir sebulan ini berjaya membka mataku terhadap apa yang sedang melanda remaja-remaja di tanah kelahiranku ini..  Apa yang membuatkan hatiku pilu adalah mereka itu adalah insan-insan yang pernah bersama denganku menuntut ilmu, yang pernah bermain, bergelak ketawa dan menangis bersamaku.. mereka adalah insan yang hidup sezaman denganku.. Mana mungkin aku melupakan kenangan masa kecilku, dan insan yang ku temui saat itu.. Masa kecilku, aku lebih suka berkawan dengan kawan berlainan jantina.. bukan kerna faktor tarikan, tetapi kerana ulahku yang lasak, membuatkan aku tak betah  duduk berkumpul dengan kawan-kawan perempuanku yang asyik duduk bercerita perihal pakwe @ budak2 lelaki.. Sejak kecil, aku lebih rapat dengan abangku berbanding kakak2 ku.. Dan bila aku masuk sekolah, kebanyakan rakanku adalah pelajar lelaki.. Mungkin kerna watak ku yang selamba, lasak n suka kan cabaran ..

6 tahun aku menuntut di sekolah rendah bersama rakan2ku tadi.. Tanggungjawab sebagai pengawas langsung tak membawa aku lari dari mereka.. UPSR? Tiada yang menggentarkan hatiku.. n akibatnya aku hanya Berjaya mendapat 3A 2B.. n lebih malang, B yg pertama adalah untuk subjek  Bahasa Melayu.. nasib baik laa B yg kedua  tu B.Inggeris.. kira cover lah..hehe.. N dengan result yg x berapa tu, aku melanjutkan pelajaran ke SMK Seri Bentong…N sejak tu, aku makin jauh dengan mereka… time cuti pun, jarang aku nampak mereka…  Ntah mana diorang menyorok.. Tapi yg ada still menegur.. Tp kebanyakannya dah hilang.. kalau jumpa pun , selagi dorang x tegur, payah tok aku mulakan.. ntah bila dah lama2, segan laa plak…

3 tahun kat SMKSB, sambung plak kat MRSM MZMS.. tambah lagi dua tahun.. Pastu Masuk matrik, n then msuk cni UKM..hampir 7 tahun… n cuti sem 1 ni, cukup membuat mataku terbuka… kawan2 ku…

Ada yang ku dengar sambung Form 6, msuk U, kerja.. n ada yang dah kawin pun.. Yang ni suma aku tak susah hati.. sebab maksudnya dorang still nak teruskan perjuangan.. tapi.. apa yang aku nampak petang tu… kawan2 aku dulu.. n nilah sebenarnya yang aku nak cite sebenarnya…. Kat mana kawan-kawan yang pernah bersama-sama bjuang menntut ilmu masa zaman aku kecik2 dulu???
Ada yang syok dok merempit, ada yang dengan bangga dok isap rokok depan aku.. sapa budak tu? Kawan adik aku.. tengah SPM skang..  n tambah memilukan hatiku, ada ibubapa yang meluahkan rasa kesal mereka terhadap anak2 mereka. Kenapa cerita kat saya ni pakcik?? Yup, sebab aku kawan anak dia.. “ntahla..pakcik pun tak taw..apa laa nak jadi ngan dorang tu..pakcik mintak tolong, x de sape yg bleh nak harap..dok makan tido..duit nak sokmo..” . “ owh dok UKM yea..blaja memolek yea.. suka makcik dengo.. nak wat camne..anak makcik tu,dah la tu je sorang, suh blaja dia kata dah malas dah.. ni dok umah sesaje je la nie..”.. hmm tiada apa yg dapat tok aku banggekan diri.. nak bangge camne? Aku x dapat wat pape pun tok tolong kwn2 aku tadi…

Yang melepak terus melepak, yang merempit terus merempit, yang tak nak sekolah, terus dok goyang kaki..bila orang sebut felda, banyak sangat yg negative akan kuar dari mulut orang.. dari adik aku, aku dapat taw, ada umah tu, jual air daun ketum.. nasib adik aku ni laki, n dia pun dok asrama, tapi at least senang laa dia nak dekat ngan dorang sume bila cuti.. n aku mintak adik aku korek rahsia n kegiatan dorang.. dari mak n abah, aku taw banyak benda yang dah jadi kat cni.. tapi.. ada satu yang watkan aku bambah sedih.. Npa aku tak mampu wat pape tok dorang?? Apa yang sepatutnya aku buat.. cukup ke aku sekadar amik taw, then cakap, “lantak laa dorang ..janji tak kacau aku sudah” ..Apa makne aku blaja tinggi2, tapi langsung tak dapat wat pape tok masyarakat? Tok kawan2 aku??  Persoalan yang sering membelenggu diri.. Aku bukanlah yang terbaik, namun aku cuba buat yang terbaik..bukan setakat masalah remaja yang menyinggah cuping telingaku, malah pelbagai perkara termasuk kebajikan masyarakat..tapi, sedih..aku tak mampu lakukan apa-apa untuk mereka..

Terkenangku buku ‘Syabab Musafir Kasih’ tulisan Fatimah Syarha.. Namun aku tak setabah dan tak setegar watak  Nur Mumtazah..yang berusaha sedaya mungkin tok membuka mata anak2 kampung tentang kepentingan ilmu, dan membuka jalan anak muda tok kembali megenal tuhan.. Hanya yang aku lakukan saat ini, adalah bedoa…

Ya Allah sesungguhnya kami berkumpul sebagai saudara dibawah satu akidah yang sama, kami adalah umat2 kekasihmu .janganlah kau biarkan kami menjadi seperti buih2 di lautan.janganlah kau jauhkan kami dari menggapai redhaMu .Pandanglah kami dengan pandangan kasihmu, pimpinlah kami k menujumu, kuatkan hati-hati  kami  tok berjuang mengangkat maruah agamamu.janganlah kau biarkan kami terus terleka, ditipu keindahan dunia .izinkan kami tok menjadi pahlawan agamamu, dan jauhkan kami dari menjadi fitnah kepada agamaMu…Bantulah kami, lindungilah kami, dan jauhkan kami dari kebencianMu..

 Ana bukanlah sesiapa ..hanya seorang sahabat yang sayangkan sahabatnya.. dan sayangkan saudara2 seakidah ana.. Moga Allah tunjukkan jalan tok ana bantu mereka.. Aminn..

Monday, December 21, 2009

opkim kg cheros part 1

Hampir bersawang . Ramai labah-labah datang mencari diri, meminta izin tok menyewa di laman nie.. disebabkan ana ni baik ati, ana pon benarkan..lantak laa nak bongga skjap.. Tapi nampaknya, labah-labah tu kena berpindah lagi la lepas nie…^_^ .. Nak wat camne, internet kat umah slow sgt.. hampir sakit jantung dibuatnya.. nak tak nak, terpaksa la menahan rasa, n isi ati yang nak dikongsi.. tapi pasni, insyaAllah akan diqada’ balik.. hehe.


Mungkin agak terlambat ,namun, ana masih nak teruskan, sebab dah bjanji.. pada 20-23 November lepas, saya dan hampir 80 peserta betoi ke ni? selamat tiba di perkampungan orang asli kg cheros Cameron Highlands. Bila mendengar Cameron Highlands, yang tergambar di fikiran adalah ladang teh, tanah tinggi, tempat melancong. Semuanya benar. Namun ketibaan kami disana, adalah dengan membawa satu misi, sekaligus melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Tujuan kami kesana adalah untuk memperkenalkan mereka dengan cara hidup Islam. Sebelum bertolak, tak dinafikan, pelbagai perkara yang  difikirkan, langsung tak dapat digambarkan apa yang bakal dihadapi memandangkan inilah kali pertama ana mengikuti usaha sebegini. Untuk makluman kampong yang kami ziarah ni terdiri dari hampir 24 keluarga, dan hanya satu keluarga yang beragama islam, dan yang lain masih mengamal kepercayaan animisme.

Ketibaan kami disana pada hampir jam 3 petang dalam keadaan gerimis dan disambut anjing-anjing yang berkeliaran. Bila terpandangkan anjing tu, mulalah teringat memori silam..kecut perut sekejap.. Tapi setiap perjalanan kami disana boleh dikatakan lancar walaupun banyak aktiviti yang terpaksa dibatalkan dan diubah kepada aktiviti lain, untuk disesuaikan dengan keadaan..

Antara aktiviti yang memberi banyak informasi tentang masyarakat disana adalah aktiviti ziarah. Dan yang bestnya, grup ana berziarah ke rumah tok Batin.Ana rasa, analah insan paling bertuah disana kerana ana dapat mengikuti segala aktiviti dan ana punya banyak masa untuk memerhati penduduk kampong ni.. berbanding sahabat yang memegang jawatan, mereka lebih banyak menumpu kepada perjalanan program dan unit jamuanlah yang paling sibuk,langsung tiada masa mengikut program.kan k.mar kn?? ^_^

Dari aktiviti ni lah, ana diterangkan tentang kehidupan masyarakat disana.. 1 yang ana kagum tentang tok batin tu, bila dia bcakap soal pendidikan anak2 mereka disana. ana dimaklumkan bahawa sekolah terdekat mengambil masa hampir 2 jam perjalanan..dan masyarakat disini hanya bergantunng kepada kaki untuk bergerak.. " saya sedar, kalo kami x tekankan blaja, sampai bila kami macam ni.. sebab tu, dlu sy mnta semua yg ada kmbg ke ayam tu, tlg jual..lpas 2, kami kumpul duit utk bina rumah dkat dgn skolah. kira macam kami buat asrama laa untk anak2 kami... yang jaga mereka akak2 mereka jugak.. sekurang2nye dekat la sikit.. tp 2 pun x dapat tampung semua.. ad jugak ibubapa yg x bg anak2 skolah.. kalau ad yg anta jgk 2, pagi2 knetahan tlinga la dgar anak mraung.. yela bjalan jauh tu nak smpi skolah " tu kata tok batin.. masa dok merayap kat sana, ana sempat tanya sorang budak, adik slalu g skolah pukul berapa? 4 @ 5 pagi.. hu3... masa 2 ana tpikir..kita kat sini, klas kol 8 pon x nak g.dah tu,bkn jauh mne pon dwn kuliahnye... alasan tlajak tdo..wlupon kdg2 sj mlajakkan diri.. hmm tu laa.. kesenangan sering melalaikan kita...

ada banyak lagi yang menarik ..t ana sambung lagi..  sblm 2 kita usha sket gamba2 kat sane..ok? ^_^




ni la rumah masyarakat orang asli kat sana.. best..sejuk jea..2 yg dorg wat unggun api dlm umah tu.. ada antara kami yg bpeluang menginap disitu.. n ana kat umah baru tok batin ..umah batu da pon.. muslimin??hehe dorang spesel..dlm khemah.. siap ad pngalaman khemah banjir lg tu.. sabar2..dugaan je sume tu..^_^




ni gmbr bukit dr kg tu.. kat cni laa dorang wat padi..padi bukit..kalau terer cri laa padi tu..kalau nmpk laa ^_^




ni gambar anak2 dorang..yg len x trn lg mse tu.. bru pas ujan la katekan..


ok..tu je dlu.. yg len2,bakal tiba slpas ini..hehe..

KEJAMKAH KITA???

Anda rasa anda kejam tak? Ape? tak? ye ke? emm ok2..Jom kita survey..kite ni kejam ke tak sebenarnye yea.....

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

1) Berdoa untuk diri sendiri tapi TIDAK untuk Muslim @ anak2nya

2) Pandai baca Al-Quran, TETAPI x baca 100 ayat sehari

3) Masuk masjid, tapi tak tunaikan solat dua rakaat

4) Berjalan di perkuburan, TETAPI tak bagi salam @ doakan ahli kubur

5) Tiba dikota pada hari jumaat, tapi tak berjemaah

6) Tidak belajar dengan orang alim yang datang ke daerahnya

7) Dua orang yang bertemu, tetapi masing2 tak bertanyakan nama kawan tersebut

8)Orang yang diundang ke jamuan, tapi tiba2 dia tak datang

9) Pemuda yang tak bekerja & x blajar ilmu & kesopanan
10) Kenyang tetapi tetangganya lapar namun tak diberinya makanan


emm..ada tak dalam list tu apa yang kita buat..kalau tak da, syabas...moga terus istiqamah.. n kalau ada, sama2 lah kita betulkan kembali..sape nak dituduh kejam kan????

p/s: warm up..^_^

Thursday, November 19, 2009

hipokrit vs mujahadah

"Jom kita ceramah tu.. cam best jek.."

"ala, ko je la yg gi...ati aku x mo g laa.. aku x ske pakse2 a.k.a hipokrit.."

@

"cube ko tengok dia tu, plik aku.. sekejap baik, sekejap, cm tah pape..hipokrit betol..


Sahabat-sahabat.. Anda pernah dengarkan, dialog- dialog camni.. Antara kita yang mendengar,kita yang diperdengarkan @ kita yang menjadi bahan bualan..

Hipokrit.. Perkataan yang biasa keluar, bila seseorang merasakan dia melakukan sesuatu untuk menunjuk-nunjuk..betoi ka ni?.. Dan seringkali dikaitkan dengan individu yang cuba berubah dari kejahatan kepada kebaikan. namn, sedarkah kita, bahawa 'hipokrit' itu sebenarnya antara agenda pihak tertentu untuk membolak balik kan hati kita, orang-orang Islam.. Berapa ramai yang takut utuk berubah, kerana takut diberi label hipokrit?

"Bila aku nak bangun tahajud ni ek? emm x payah laa,nanti romate aku cakap aku menunjuk2 plak"

"Teringin jugak jadi cam dia tu, baik je,tapi kalau tiba-tiba aku jadi camtu, mesti dorang kata aku macam2"

Ya, dialog yang biasa. Hipokrit menyebabkan masyarakat takut untuk berubah. Hipokrit menyebabkan kita mula meninggalkan niat untuk berubah kepada yang lebih baik. Namun, wujudkah hipokrit dalam Islam?

Yang sebenarnya,tiada istilah hipokrit dalam Islam. Yang ada hanya 'mujahadah'.. Apa itu mujahadah? Berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Sebagai contoh, kita ada kawan yang selalu solat dhuha. Dan terdetik kat hati kita nak jugak wat solat tu..mungkin pada masa yang sama, syaitan bisik kat hati kita, tak payah la buat, ko tu cuma ikut dia jea..jangan jadi hipokrit.. Tapi kita teruskan jugak, walau itu bukan kebiasaan kita. Dan InsyaAllah, andai kita dah terbiasa, ia takkan jadi mujahadah selamanya.

Begitu juga dengan amalan-amalan sunat yang lain, mungkin kita tak biasa, namun cuba lah untuk melaksana kannya. Berusaha untuk mencapainya. Itulah mujahadah. Jadi sahabat-sahabat, perlulah kita ingat, tiada istilah hipokrit dalam kita beribadah. Yang ada hanya mujahadah. Jangan terpedaya dengan agenda mereka yang sentiasa mahu melihat kita dalam kemunduran, baik dari segi akhlak, aqidah mahupun ibadah..

Andai anda ingin melakukan sesuatu kebaikan,teruskan niat anda. Anda bukan lah hipokrit, tetapi anda sedang bermujahadah.. Sekian sahaja dari saya.. Selamat Beramal..n_n

Monday, November 16, 2009

kembali ku dari mengembara...

Alhamdulillah , jam 3.50 petang semalam,(15 November 2009) ,saya dan sahabat2 selamat tiba di UKM.. mai dari mana nie? Untuk penetahuan, kami telah mengikuti Kembara Ibnu Sina @ KIBSI yang telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi, PMFST yang bertempat di Kem PLKN Paya Indah Wetland, Dengkil Selangor. hehe skema sudah..

Saya cuma nak berkongsi pengalaman sy disana selama 3 hari 2 malam disana.. pertama, saya cuma nak cakap, sgt2 rugi sapa yg x join tanpa alasan yg konkrit.. sebab sgala yang saya perolehi, saya percaya, xkan saya dapat dalam dewan kuliah.komfem x kan dpt!..x caya tanya la mereka2 yang pergi.. salah satu pengisian pasal akhlak.. nampak cam simple, rupe2nye, ianya sgt2 kompleks.. selama ni, bila kita cakap sal akhlak, apa yg tlintas difikiran kita? tolong orang, bagi nasihat, sedekah..senang cakap, buat baik laa.. btol x? kalo x btol, nmpknye, sy je laa yg x cukup ilmu... tp ari tu, sy mle disedarkan bahawa akhlak terbentuk dari aqidah yang mantap yang kemudiannya di buktikan melalui ibadah, kemudian barulah akhlak itu betol2 akhlak.. sesuatu yang memang terjadi secara semulajadi (mana ada benda yg jd smulajadi! ) ..err maksudnya yang kita buat tanpa perlu kita pikir dilu sebelum buat..  rasenye penjelasan lanjut pasal tui boleh la dbaca dari blog exco disiplin yang garang lagi ganas ini .. ^_^.. 

Serius cakap, kat sana, saya rasa amat2 segan dgn kelemahan diri..banyak sangat benda yang sy x taw, sdgkan sy rasa sy dah taw.. paham x ni? cam biasa ada slot LDK, dan En Ariff Misrol dan kak Liyana dengan malangnya terpaksa menjadi fasi sy..hehe..  banyak yang diutarakan dan dikongsikan dalam slot ni.. sangat best.. Kayak? haa yang ni pon best.. 1st time dberi pluang bkayak.. kelakar pon ad..x taw cmne nak mnruskan jalan.tp dr xtaw2 pon, bnyk round jugak kami buat.. eksiden? hehe 2 perkara biasa bila kita baru blaja membawak kn..dkat 5 -6 kali gak langgar kayak org len.hehe kami budak baru blajar...

n yang paling mnusuk kalbu bg sy, mse  kembara ibnu sina tu sndiri.. jam 3 kami dkejutkan,. nape plak ni? upenya ad kembara..dpagi buta, mata ditutup jalan dlm grup.. masa tu, tenang..kenapa? bunyi cengkerik, bunyi udara yang membelasah diri..bunyi burung (plik gak,nape burung tu bgn awal sgt..)




“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia itu adalah (Tuhan yang) Maha Terkawal, lagi Maha Pengampun”
[Al-Israa' 17: 44]

Rupa-rupanya, semua yang kita dengar itu tadi adalah tasbih memuji Allah. Harmoni, seragam, menenangkan… akal kita tidak memahaminya, selera kita tidak terkesan olehnya, tetapi roh kita memahaminya. Roh setiap kita, tanpa mengira bangsa, selera muzik, malah agamaYa… seluruh alam bertasbih. sedar x slame ni?

macam2 yg kami kne buat.. cuma apa yg nk dkongsi, kat 1 checkpoint 2, sy diculik.. dan dbawa lari, muhasabah diri.oleh naqibah sendiri kak izzah!! apa yang telah saya lakukan untuk agama slama 19 tahun sy idop... kita bwk islam @ sy pnyebab fitnah dlm islam?? sgt tsentuh, bila soalan tu yg mlanda diri sy... huhu..
pastu, sy dibawak kembali kat grup saya.. dan bau sy taw, sy diculik dan mreka dipakse utk bagi brg amanah utk dganti dgn saya... tp brg amanah akan dganti.. dari yang ni, saya sndiri larang mereka bg..tp ada makhluk Allah ckp kat saya, "zubaidah, awak jgn cmni, kami mmg nak dorg ambil awk.." cam taw je sape yg ckp tu..ad yg nak ngaku x? ^_^.. tp lastly, dorg pon pergi mningglakan diri.. aduss..sdih sbb byak nyamuk gigit.. hehe..lame sy dok kt ctu x wat pape..sy amek pluag muhasabah diri, n pikir, situasi td, slh ke x tndakan dorg?.. tgh 2 pk, hamba Allah td dtg n tnye.. "knape x bg dorg amik?" n jawapan sy yg sy pk agak x cerdik, sy x paham situasi...nmpk sgt sy ske btindak ikot prasaan "ni sbb kamu anggp kami fasi, bkn pnjnayah sbnr.. cuba kalau zubaidah kne culik btol2? dgn israel la misalnya..kami boleh buat apa je kt zubaidah.. bunuh, belasah, rogol..sanggup ke kena tgkap?" meremang skejap mse tu.. n jwpn sy, "ikut stuasi"..n fasi td pergi.. sy x taw dia phm ke x jwpn sy tu..

bila sy pikir balik...btol apa yg dia ckp.. mgki sbb kami taw, dorg fasi, jd kami x ksah tok wat kptusan, kalau situasi sbnar, cukup kuat ke kita nak prtahankan akidah, dgn diri menjadi galang ganti? n 1 hal lg yg sy blaja aritu, 1 pkare tp bnyk mksd.. sy x slhkn ahli grup sy, sbb kalu sy jd dorg, mmg 2 yg sy akan buat.. ap yg sy pk sal 2, kita dberi amanah, kudian kita dtimpa ujian dmana perlu kita pk, serahkan amanah n dganti amanah lain @ bkorban.. apa yg fasi nk tkankan, kdgkala dlm bdakwah, kita kne kornbankn yg sikit tok manfaat yg bsar,sbg contoh, kita bwk 5000 brg tok palestin, tbe kt sne kita dsekat, n perlu korbankn 1/3 brg tu untuk truskn urusan kita bg brg2 td kat palesti, pilih smead nk bg yg sikit @ urusan kita tu lgsg mnjd mustahil..cmtu la lbey kurang.. tp tme 2 ap yg sy pk tme tu, knape nk serahkn amanah, sdgkn amanah asal yg dberi tu pon kita gagal laksanakn lg?? jd dlm hal ni, sy lgsg x slhkn sape2... cuma yg sy blaja, dlm pjuangan, apa yang pasti akan kita lalui adalah pengorbanan.. pengorbanan dan perjuangan ibarat suami isteri..saling melengkapi.. err btol x ni?...

banyak lg laa yg sy blaja..cukup stakat ni dlu.. yang pasti, sy sgt2 ucapkan Alhamdulillah , sbab Allah bg idea kat PMFST tok wat prog ni, dan Allah pilih saya tok bsama2 dlm prog ni.. n trima kasih kpd fasi2 yg bnyk bantu kami dlm beri kefahaman, ,En Ariff  n K.liyana slaku fasi grup sy,naqibah,K.Izzah yg 'menculik'  dan membawa sy muhasabah diri,dan hamba Allah yg bnyk bkomunikasi dgn sy mse sy dculik tok mnerangkan apa yg blaku n mnyedarkan sy hakikat pjuangan sebenar..rasanya anda taw sape anda..

sekian dulu.. wassalam...
SZI, 2.30 pm di foyer FKAB..

Thursday, November 12, 2009

Eh,kenapa pulak x boleh??

Tiba-tiba malam ni terdetik hati nak tulis pasal ni..Pasal ape? nanti, sabar dulu..nak taw, bace sampai abes.hehe...

Bestnye kalau ada buayafren/gelifren camtu..romantik abes...

wah,hebat,kalaulah aku boleh pakai camtu,mesti lagi gempak..x da la panas camni..

Ala rilexs la,kita pegang tangan jea..bukan berzina pon...

Atau lagi advance,

ish,kenapala aku kena blaja Al-Quran nie..bukan aku nak jadi ustaz pon...baik aku blaja BI..snang aku cari keje..

ala semayang tu nanti2 laa..nak study ni..kang fail plak,mula laa mak ayah aku marah...

emm..pernah tak kita terdengar @ kita sendiri ucapkan? Nauzubillah....

Kadangkala,mungkin terdetik dihati kita, kenapa banyak sangat larangan dalam Islam ni?
Buat ni x boleh,buat tu x boleh..abes,ape yang boleh? bosan laa jumud betol... mungkin itu yg dikatakan??






Islam itu tinggi,dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.... Segala peraturan yang Allah dah tetapkan adalah untuk kebaikan kita jugak.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. Sebagai contoh,kenapa Allah tak benarkan minum arak? Sebab arak tu ibu kepada kejahatan..ingat tak crite pasal seorang abid yang diperdaya syaitan yang menyamar lelaki warak tu? tak ingat?ok x pe, meh nak cite sket..

Ada sorang hamba Allah ni, dia sangat menjaga ibadahnya..Satu hari, kat masjid @ surau,syaitan yang dah lama dok perati kat dia ni, menyamar jadi sorang yang warak laa..tak berenti2 semayang, sujud punye laa lama..asyik nangis2 tme doa..Hamba Allah ni pun jadi macam takjub sekejap dengan syaitan yg mnyamar tadi.."camne dia hebat sangat ni,x boleh jd ni.." dia pon tanya laa,"macamana tuan hamba boleh kusyuk n kuat ibadah camni?".. n syaitan tu jawab" aku dulu ahli maksiat.semua jenis maksiat aku pernah buat.dan sekarang aku menyesal"..Hamba Allah tadi pon tanya,"macammana ana nak jadi cam syeikh?"agaknya camtu laa dia tnye.."kau tak kan rasa kemanisan ibadah selagi kau tak buat maksiat".."Tapi ana takut nak buat maksiat.". "kalau macam tu, kau x kan rasa apa yg aku rasa sekarang..takpe,kau buat sikit past kau btaubat laa..hebat syaitan ni perangkap.."skang aku bagi 3 pilihan,kau nak bunuh orang ke, nak berzina @ kau nak minum arak?" lama Hamba Allah ni pikir.. bunuh,ish berat tu..zina? ish x boleh..tu pun berat.. "emm ok lah, ana x sanggup buat yang 2 tu, ana cuma boleh minum arak je sikit.." gembiralah syaitan tu... tapi apa jadi pastu??? hamba Allah tadi minum laa arak, pastu ada sorang wanita datang rumah dia, sebab apa ya, kalau x cilap nak mintak hamba Allah td doakan dia..dia kan abid.. tapi bila dia nmpak je wanita tu, dia terus rogol wanita tu, dan bila dia tersedar, dia bunuh wanita tu utk tutup rahsia.. nampak? sebab arak, manusia hilang kemanusiaan....

Ala..tapi, kan dalam Al-Quran pun sebut  "La iqraha fiddin...".. tiada paksaan dalam beragama.. jadi jangan la paksa-paksa..biar la apa kami nak buat pon.. erk?

selalu sangat ayat ni disalahtafsirkan... yang dimaksudkan dengan ayat tu, tiada paksaan dalam memilih agama, @ lebih tepat, kita tak boleh paksa non muslim utk masuk Islam... bukan tiada paksaan utk orang islam mengikut peraturan yang dah termaktub dalam Al-Quran.. tak paham? ok nak bagi analogi sket...

kita nak balik kampung..ada banyak cara kita nak balik kan.. boleh naik bas, teksi, feri, kereta, lori, flight..naek motor pon boleh... kita pn pilih teksi.. dapat pulak teksi meter... tengah dalam perjalanan tu,tiba- tiba kita cakap kat pakcik tu, "pakcik , saya x nak lah bayar..mahal sangat..sapa suruh pakcik mintak banyak2"... Agak2,apa respon pakcik 2? campak kat luar, pastu gilis..hehe.. kita dah pilih, teksi tu, jadi nak taknak, kita kena laa bayar harga ikut teksi tu, tak kan kita nak ikut harga tambang bas kot....

Paham tak dengan analogi tu? kalau x paham, bace dengan ati, bukan dengan nafsu..hehe ayat cover..sori laa  masalah sket dalam menyampai ni..kena banyak praktis lagi ni..huhu..

sekian la dulu buat masa ni.. nanti pening datang lagi, saya post lagi yea..Moga ada manfaatnya..^_^

Wednesday, November 11, 2009

~ Adakah kita seperti itu?~

Salam juang buat semua.. Apakah anda masih tegar memikul amanah untuk mendokong agamaNya? Atau anda telah terlantar lesu tidak bermaya? Hilang pedoman, resah melanda dan rasa hidup telah dipersia? Bangkitlah wahai saudaraku..Jangan terlampau memikirkan masalah peribadi kita yang cuma sebesar kuman , sedangkan masalah yang melanda saudara-saudara kita, lebih besar, dan lebih perlu untuk kita fikirkan..




Sahabatku.. sebelum tidur semalam, apa yang ada difikiran kita?exam?buayafriend?gelifrend? ambil masa, dan fikirkan kembali... berapa ramai antara kita yang sibuk memikirkan masalah umat? Apa yang telah kita sumbangkan kepada agama kita?tepuk dada tanya iman..  Saya bukanlah sesiapa, namun saya terpanggil untuk meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir kita, termasuk diri saya sendiri... secara jujurnya, adakah pernah terdetik dihati kita untuk terus meninggal kan jalan ini? Ya, jalan yang menuntut pengorbanan jiwa, masa dan segala-galanya..Sungguh, jalan ini tidak semudah yang kita bayangkan..Akhirnya, apa yang selalu kita fikirkan?Mari bersama,kita muhasabah kembali,bisikan-bisikan halus yang sering berlegar di fikiran kita.....



Sebagai manusia biasa, kadangkala kita sedih, bila usaha kita diperkecilkan, sedang mereka yang menolaknya, diagung-agungkan.. Apakah, populariti yang kita kejarkan? Biarkan kita tiada nama didunia ini, asalkan nama-nama kita menjadi bualan penduduk dilangit..

" Dan Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman " (Ali Imran :139)

Kecewa. Setiap tindakan kita, setiap ajakan kita tidak di endahkan. Berbuih mulut mengajak, namun tiada perubahan yang berlaku.Hampir setiap jalan yang cuba diredah menemui jalan buntu. Namun, adakah layak untuk kita kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri, saudara sendiri Abu Jahal pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah kita untuk kecewa?


Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan. Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa? Abu Talib, meninggal tanpa memeluk Islam,adakah Rasulullah berhenti berdakwah kerana itu? Ingat, kita hanya mengajak, namun hidayah itu milik Allah..

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)



Letih memikirkan segala masalah di depan mata. Namun, adakah wajar untuk kita berasa letih?Sebanyak mana usaha kita andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat? Apakah sudah cukup segala usaha kita untuk membawa kembali kegemilangan Islam? Apakah sudah kita lakukan segala yang kita termampu? Andai 'ya' jawapan kita, andai ditanya diakhirat nanti,apa yang sudah tanganmu,kakimu, mulutmu, matamu, kudratmu, akalmu, dan sebagainya lakukan untuk Islam? anda ada semua jawapan itu??

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

(At-Taubah:111)


Sibuk.. study lagi, usrah lagi, nak dating lagi, nak gi dakwah orang pulak dah? mane sempat.. nanti kalau fail exam, sapa nak jawab? emm pernah terfikir macam tu? Siapa kita? Hebat sangat ke kita kalau nak dibandingkan dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi, Yusof al-Qardhawi, ?? Setiap kita diberi tempoh 24 jam sehari, namun, berapa jam yang kita peruntukkan atas jalan nie? Adakah, mereka yang bergerak lancar diatas jalan in, diberi masa yang lebih berbanding kita? anda sendiri tahu menjawabnya..

Pedih? Sakit? Ujian datang ibarat banjir yang melanda selepas hujan lebat.. Jadi itu alasan kita untuk berhenti? Mari renungkan hadis Rasulullah

" Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya dia akan menguji dengan kesusahan"- Riwayat Bukhari..

Adakah kita merasa lemah hanya dengan ujian-ujian kecil itu? Sedarlah, segala ujian yang menimpa kita, amatlah kecil jika hendak di bandingkan dengan ujian yang dilalui nabi dan para sahabat.. Dan tanpa kita sedari, ujian jugalah yang sering kali membawa kita kembali menyedari fitrah kewujudan kita diatas bumi ini...


Kini, kembalilah semula didunia nyata.. apakah kita menemui diri kita disebalik segala macam persoalan diatas? Sama-sama kita kaji dan perbetulkan kembali niat kita.. Moga, hati-hati kita terus dipandu Allah dalam meneruskan perjuangan ini demi mencapai Redha Allah.. InsyaAllah....

Monday, November 9, 2009

Nostalgia Bersama Atuk..

petang itu, asyik sekali dia mengambil udara petang sambil membuang pandangan ke sawah padi yang kini sudah bertukar menjadi sawah lalang..sambil berkira-kira agar munculnya gerombolan kerbau yang sering lalu dihadapan rumah atuknya untuk ke parit yang juga bekas tapak semai padi  di belakang hutan sana.. "tengok apa tu?" entah bila atuk muncul ,langsung tak kusedari.. "tak da apa..tengok kot2 ada kerbau lalu lagi"..atuk hanya tersenyum.. petang itu, aku pun tak tahu permulaanya, hinggalah perbualan kami mula membawa atuk membongkar masa silamnya..

"Sa ingat lagi, Jepun datang masa Sa berumur 8 tahun, kakak sulung umur 10 tahun,dan masa tu Sa baru je kematian ayah.. mula-mula adik sa meninggal, masa kecil, selepas tu, mak sa pula pergi diikuti ayah sa.. Jadi, Sa dan akaklah yang bertanggungjawab menjaga adik-adik sa seramai 3 orang.. budak kecik, apalah yang kami reti, cuma sa pakat dengan akak, kami masuk hutan dan buat sawah..dan hutan tu sekarang, inilah, tempat yang kita duduk ni..asalnya sa dan akak, ikut orang2 kampung mula meneroka tempat ni,.kat sini lah kami besarkan adik-adik.." aku tahu, atuk memang gigih orangnya.sebab tu dia nampak masih sihat dan bertenaga walaupun usia dah mencecah 70 ++ hampir 80 an..aku tau idup atuk susah, tapi aku tau, dia tak pernah putus asa...




arwah aki dengan anak saudaraku..


Pada suatu hari di penghujung bulan Ramadhan, aku nampak atu bersiap-siap.."aki nak g mana?". sambil tersenyum, "nak p kubur.Selalunya ,kat kampung ni akan buat satu hari untuk keluarga ziarah kubur".. "Nak ikut!!"aku merengek.."pergi lah bersiap"..sungguh aku memang manja dengan atuk..sesampai dikubur, aku lihat ramai orang, namun sorang pun tak aku kenali.. aku hanya mengikut langkah atuk,aku lihat atuk mengeluarkan duit syiling yang diletakkan dalam plastik dan menyerahkan kepada seorang lelaki.. aku langsung tak mengetahui apa yang dilakukan.. dan tanpa aku sedari, langkahku mula mengikut langkah orang ramai, "adik, nak gi mana tu? kita punya kat sini".. aku terpinga-pinga.. "kenapa kita dok sini? kan sume orang dok kat sana? eh, kenapa dok pecah2 jom lah duduk sekali..". "adik, ni kubur Tok Yang, dan sebelah ni kubur Makwe, dan sana..sana...sampai aku pun tak ingat.."kita duduk kat keluarga kita, dan dorang pun duduk dekat keluarga dorang.."..aku hanya mendengar, tak lama lepas tu, aku dengar ramai 2 membacasesuatu, tapi aku pun tak tahu, apa yang dibaca, yang aku ingt, bila aku pergi kubur, ada orang bagi duit kat setiap budak yang datang..seronoknya..petang tu, atuk sekali lagi akan ke kubur, tapi di kampung sebelah," nak ikut lagi".."aik, adik puasa kan?tak payah laa, nanti letih"..tak pe, nak gi jugak..dan atuk mengikut kehendakku.. hehe dapat lagi duit pasni...

Ada satu hari, aku bangun lambat.bila aku bangun tak da siapa dirumah.. atuk dan wan dah pergi menoreh getah, akak-akak dan abang pun tak da jugak.. aku keseorangan,tapi aku tak kisah.. aku pun wat cam biasa, aku bukak semua tingkap rumah, dan dok ngadap tv..biase laa budak kecik,..tiba2, aku dengar derap kaki..alamak, banyaknye kerbau..aku mula la cuak,macam-macam aku pikir time tu..kalau la kerbau tu rempuh tiang rumah, abes laa aku mati tersepit..cuak punye cuak, aku pon ngendap2, tutup tingkap, selamat, tiba2 aku tringt tingkap dkat dapur, masa nak tutup, tibe2 ad kerbau pandang aku,aiseh menakutkan.. dalam ati, cepat la atuk balik..nak nangis dah masa tu... lama2 aku dengar suara, dan aku dengar bunyi kerbau-kerbau tu lari, selamat..atuk dah balik.. dan petang tu, aku bcerita panjang dengan atuk pasal kerbau tu.. atuk cuma tesenyum...

ni cerita bila aku dah besar sikit..satu hari tu, wan ajak aku keluar beli barang kat bandar,x ajak pon sebenarnye, aku yang gatal nak ikut..hehe.. disebabkan kampung jauh dari kedai, kami terus gi bandar temerloh, bandar paling dekat...nak masuk ke rumah atuk, kena masuk lorong dari jalan utama, nak dijadikan cerita, wan bagi aku pilihan, pergi rumah piktam aku @ anta kereta sorong kat depan..yela, jalan nak masuk rumah atuk jauh, macamana nak bwk brg yg bnyak... sebabkan aku ni pmalu terlebih, aku rela anta kereta sorong tu sorang2.. tapi, tak pernah aku jangka, ada makhluk mnunggu.. aiseh 2 ekor plak tu.. kali pertama aku tengok, dia mnyalak je, kali kedua, dia trus bangun dan kejar aku..bayangkan, dah la aku pakai baju kurung time tu, dan pakai plak kasut btumit, tp x de la tinggi pun, cume keadaan jalan yang ditabur batu tu menyebabkan sukar tok aku berlari.. apa lagi, cabut kasut, n pecut.. jangan tak caya 2 lawan 1, dan aku bjaya sampai kat umah atuk balik dengan selamat, ntah mana tah anjing tu menghilang.. atuk yang tengah kusyuk tengok tv, tkejut tgk ak kat tangga..laa , nape ni? sebab time tu aku dah nangis.. "anjing kejar".. mana2?? meh aki balun.. jom aki anta.. aku pun jalan balik p tmpat tad ngan aki.. "mane kasut?" "ntah, cabut masa lari tadi".. sampai kat sana, wan tekejut tengok aku dengan atuk.. atuk pun explain kat wan.. malu aku kena gelak dengan piktam..balik dari bandar, aku dengar atuk aku tgah crita lagi, rupanya mak sedara aku balik..malu giler.........

emm tu sume cerita benar..tiada yang benar, melainkan yang benar-benar belaka.. ni smua nostalgia saya bersama aki @ atuk,10 @ 11 tahun lalu.. atuk banyak ajar saya erti sebuah kehidupan, dan yang saya suka, atuk tak pernah marah, dan sentiasa tenang dalam berbicara, sangat penyabar walau pelbagai dugaan menimpa..nasihatnya sangat berhikmah, tak pernah dia tegur kami dengan marah..

Takdir memisahkan kami..tanggal 20/5/2006, aku kehilangannya buat selama-lamanya... masih aku ingat, malam tu, aku dipanggil pak guard masa prep, kebetulan je kami baru habis kelas Al-Quran,.. terkejut aku melihat kedatangan kakak dan abg iparku,hati mula x sedap.. ayat pertama yang keluar dari mulut kak " pergi kemas barang, kita balik"..lagilah menambah curiga..dan aku tau akak pun tak terkata..abg iparku menyambung, aki dah tak de..masa tu, tuhan je yang tau, aku tak tau apa yang perlu aku buat, yang aku ingat, syaza memelukku, dan memujuk aku bersabar.. dan malam tu, dengan selabanya, kami redah masuk blok lelaki tok dapatkan tandatgn warden..aiseh segan, tapi lantak laa..bukan kitorang sengaja,sape suh sifu dok kat dalam lepas kitorang panggil? dah la malam tu dorang tgh ada inspection,ambik.. aku dah tak kisah..

setakat ni je dulu kisah yang nak saya kongsikan... saya mohon maaf kerna bicara yang panjang berjela dan mungkin membosankan bagi sahabat.. cuma 1 nasihat saya, hargailah insan yang ada disekeliling anda sebelum mereka pergi.....Al Fatihah buat atuk...


*aki =atuk                         *sa = panggilan atuk membahasakan dirinya, singkatan dari 'saya'

sejenak mengenang sejarah lampau...

Rabu ni, insyaallah saya akan menduduki paper last saya sem ni..paper physical chemistry.. Tapi, masih x sedar diri, buku xnak jugak dibuka.. knapa ya? ..............no idea..

tba-tiba saya rindu dengan usrah.. sepanjang minggu exam ni,bermula dari minggu ulangkaji, saya dapat rasakan betapa saya dahagakan pengisian rohani.. untuk elakkan rindu yang membuak2 ni, saya menggunakan kemudahan dan teknologi, ..apalagi..internet kan ada..tapi, still x sama dengan kita kemajlis ilmu...

saya cuma nak cerita, macamana saya kenal usrah.. untuk pengetahuan, saya bukanlah berasal dari sekolah agama..saya pernah sekolah agama cuma dari darjah 1-6.. tu pun banyak ponteng..saya ni keras kepala sikit, bila saya taknak, x da sapa boleh paksa..hehe... saya mula dikenalkan dengan usrah masa saya form4, masa tu naqibah saya kak nurul.. tapi rasanya, kami pernah berkumpul x sampai 5 kali pun.. jadi saya langsung x nampak fungsi usrah tu..jadi cam suka-suka jea.. n saya tak ambil kisah...bila masuk form 5, saya sedar ramai kawan2 batch saya mula terlibat dengan aktiviti dakwah..kat surau mula banyak dengan ta'lim,muslimin slalu wat ziarah bilik ke bilik, ada yang join tabligh, n banyak lagi..mana taw? emm kebetulan dorang yang terlibat ni, kawan2 yang agak rapat dengan saya..saya pulak? saya cuma bagi support kat mereka dari jauh, tapi saya x terlibat pun...

then lepas SPM, saya diterima masuk KMPh.. kat sini saya taw, ramai join usrah.. bila hari selasa ja, akan ad announce tok duduk dalam usrah, ni yg formal laa.. "insyaallah, kita akan adakan sesi usrah seperti biasa, bagi yang berminat, boleh masuk mana2 kumpulan usrah..penglibatan antum amat digalakkkan."  tapi time tu, langsung tak tergerak hati nak join.. then nampak laa dorg mula wat halaqah..banyak halaqah dalam surau tu.. saya? ada, kat belakang, antara dok perati orang @ dok borak.....

Tapi, bila lama-lama, saya mula tertarik, nak dengar apa yang dorang sibuk bincang tu? dan saya cemburu tengok dorang sangat rapat... cuma masa tu, ego saya tinggi, saya agak tak puas hati, kenapa kalau dorang wat aktiviti, tak pernah nak join orang lain?ni atas pengalaman saya sendiri, saya bila sunyi @ sedih @ rasa pape, saya suka dok surau sorang2..n pernah masa tu, saya dah lama dalam suau tu, then geng2 ni masuk,n ada sorang ustazah masuk pastu..tp x da sorang pon yang ajak saya join sekali..nak kata tak nampak? langsung tak masuk akal..bukan saya menyorok pon.. rasa cam dorang ni mmg assobiah sangat...geng dengan dorang2 jea.. time tu saya bagi title kat dorang, geng tudung labuh a.k.a geng ajk surau... jahat tak saya?

semua tu berubah bila satu hari tu, saya tiba-tiba rasa terpanggil tok duduk dengan 1 usrah ni..usrah farah syazwani.. dengan muka tak malunya, saya terus duduk, dan yang sedar, terus berundur, bagi saya masuk dalam halaqah tu, mula-mula cam segan jugak, sebab saya tak kenal sapa2 pun...lepas ikut usrah yang pertama ni, saya still rasa segan, n next week, saya x join pun..saja, nak tengok reaksi mereka.. n mengejutkan..ada yang datang dan tanya, kenapa tak ikut usrah lagi? jom laa.. emm agak2 napa saya tak ikut? EGO..tu jawapan sebenar.. tapi sekejap jea, lama-lama, saya jadi suka dan rindu dengan suasana tu...tapi saya ak lama dalam tu..sebab masa saya join tu dah sem 2, dan dah dekat2 nak abes matrik dah... n kat citu jugak, saya mula kenal nadwa saiful anwar..^_^

Bila keluar matrik, satu-satunya ahli usrah yang saya kontek lagi, nadwa.. n dah ketentuan Allah, ditakdirkan saya dan dia masih bertemu di bumi UKM nie... n ditakdirkan jugak, kami satu usrah lagi disini.. kak izzah, kak mar, kak hajar,nadwa, bila laa kita nak jumpa lagi nie??   Kenangan usrah tu makin menggamit, bila kami ikut program KERIS09, awal sem dulu.. sebab saya dapat jumpa naqibah saya balik..^_^....

emm ni je kot wat masa ni.. sebenarnya post ni cuma sekadar nak melahirkan rasa hati saya..dan ingatlah saya bermula dari zero, saya pernah alami segala apa yang manusia-manusia disekeliling saya alami.. saya faham apa yang mereka rasa dan harapkan..dan segala pandangan mereka terhadap sesetengah daie yang assobiah..sebab......saya pernah jadi seperti  mereka......nasihat saya kepada para daie, jangan diabaikan orang disekelilingmu, jangan memandang remeh segala apa yang dilontarkan, dan jangan jemu untuk masyarakat bersama kita, kerana dalam hati mereka, terselit sekeping hati yang merindukan kebaikan..saya berani membuat kenyataan itu, kerana, saya pernah menjadi MEREKA...

Saturday, November 7, 2009

Jom kacau orang tidur ^_^

 Tidur, ada yang kata tidur tu mati sementara. Mungkin itu la juga sebab munculnya istilah tidurmati dan syahid..senangnya kalau tidur tu pun dikira syahid kan.. kalau macam tu, x payah la kita bangun, tidur je la lama-lama..yela..syahid kan..mungkin, tu la jugak yang sebabkan ramai yang payah sangat bangun subuh tu..jap2, nak terasa ke tak yea huhu bukan apa, sayang nak tinggal 'syahid' tu..nanti 'pahala' pun sikit laa kan.. paham ke tak nie? jgn salah paham aa bahaya...pesanan pihak penaja ^_^ 

tidur tu memang nikmat.. tapi kat sini bukan nak cita nikmat tido, cuma nak ajak kawan-kawan kacau orang tidur.. dun wori, pahala disediakan.. nak tak??? kalau nak, teruskan baca, kalau taknak, baca jugak, then bagitau laa kawan lain, kot2 dorang berminat nak kacau orang tido nie..^_^


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله



“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”

(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

emm rasanya selalu jadi kat surau-surau..dah la surau tu kecik, boleh pulak dia tido kat tengah2.. kalau ye pun nak tido, mgkin tlampau letih, tido la kat tepi..yang mana x ganggu  orang nak solat..ok?


Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. 
Rasulullah saw bersabda:   من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).

(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:


Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.


Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:

Tidur waktu subuh.

                        Nabi saw bersabda:       الصبحة تمنع الرزق
                                     “Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”
Keenam:


Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)


Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Kelapan:


Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.


Kesembilan:


Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.


Kesepuluh:


Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”

(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)


Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)


Kesebelas:


Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

* Memang hadis tu sebut suami @ isteri, tapi bagi anda-anda yang single mingle lagi ni,ceh cam diri sendiri x je..hehe jangan la plak jadikan alasan.time kita sendiri ni la sepatutnya kita ambil peluang wat ibadah banyak2..bukan maksud bile dah tua, wat sikit2 je..  sementara masih diberi kurnia kesihatan, kudrat, masa dan IMAN..   yela, sape la yang taw, sampai bila kita  hidup ni...


Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.

Nabi saw bersabda:    إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”

(Hr Muslim)



Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.


* Edited from http://www.iluvislam.com/... moga sama-sama mendapat manfaat ^_^

Thursday, November 5, 2009

:: Surat Chenta ::

salam sahabat semua..apa kabar iman kita hari ni? jawab dalam atie sendiri je la yea..

Saat ni, hati saya bergetar hebat, nak menyiapkan post nie.. knape yea? sebab, saya nak tulis pasal surat cinta...boley x ek? x kisah la boley ke x, saya tetap nak tulis jugak..mcm jiwang jer entry kali ni kn?hehehe..neway, xpe, yg penting bahagia..

soalan pertama.. anda pernah dapat surat cinta? yang tak pernah, dok diam je la k..^_^  eh, ape ek perasaan anda apabila menerima surat cinta dr org yg teristimewa??(email,sms pun surat kan; surat elektronik) ^_^


"uih, best siot!!"

"bahagia duh hati aku.."

"mesti la masyuk giler!!"

"bukan senang oo nak dapat..hidup aku makin ceria!!hehe.."

huhuhu..mungkin itu diantara jawapan2 yg mungkin kite akan dengar apabila soalan di atas diajukan kepada sesiapa yg pernah menerima atau mengalaminya.. ada x terselit jawapan anda dalam semua jawapan tadi? xde? ok, bisik kat saya jawapan anda sekarang..n_n

soalan kedua bagi yang jawab pernah kat soalan 1: agaknya, kat mane la anda simpan surat cinta tu yea?


"wah, aku simpan dalam fail khas..siap hias2 dgn bunge lagi.."

"aku simpan dalam laci stadi aku..nak tiupkan semangat time stadi!!"

"aku simpan je dalam inbox email aku..xkan nye aku delete.."


huh..jawapannya pasti special..maklumlah, org special yg kasi..

 ok, soalan seterusnya..kerap tak anda membaca surat cinta yg anda terima itu??
"kerap dong!!"

"kalau teringat akan dia, pasti suratnya aku baca.."

"tiap-tiap hari aku baca, sehari x baca, macam xde semangat aku nak hidup.."


wah wah wah..bukan main lagi..hehehe..

baik...sahabat-sahabat yg disayangi...


jika anda memiliki sebuah kereta bmw, siapakah yg paling menyayangi atau menyintai kereta itu??ayah anda?ibu anda?adik anda?atau diri anda sendiri selaku pemiliknya?ermmm..rasenye org yg normal pasti akan mengatakan bahawa si pemilik-lah yg paling mencintai sesuatu yg dimilikinya...jadi, siapakah yg paling mencintai anda selaku seorang manusia di atas muka bumi?? pastilah pemilik manusia iaitu Allah s.w.t...kan?? adakah anda sedar bahawa Allah s.w.t. menurunkan Al-Quran utk manusia sebagai surat cintaNya kepada kita??
yg mana satu lebih agung, lebih hebat?? surat cinta dr cewek,pacar,awek,balak atau surat cinta dr Maha Agung?????




sahabat-sahabatku...

sayangnya Allah kepada kite selaku hambaNye..Allah berikan kita surat cintaNye sebagai petunjuk..sumber kebahagiaan..panduan..ke arah kejayaan dunia dan akhirat..ke arah menggapai dan menikmati syurgaNya yg tak terhingga hebatnya, yg tak terbayang di mate dan kepale...namun, selama ini, kebanyakan drpd kita lebih mengutamakan surat cinta dr manusia dan sering mengabaikan surat cinta dr Allah..benar kan?? Jangan disedih jika x pernah mendapat surat cinta dari insan tersayang, sebab, kita sepatut nya bersyukur sebab dijauhkan dari tipu daya nafsu kita... Bersyukurlah kerana Allah dengan penuh kasih sayang nya menurunkan surat cinta kepada kita , siap dijamin kekal sampai kiamat lagi tu..anda x berbangga?

seringkali kita merasa berat hati utk manatapnya..inikan pula membaca dan menghayatinya..lihat di rumah2 kita, banyak Al-Quran yg berhabuk, terbiar kerana sudah lama tidak disentuh..mungkin ada yg mengatakan bahawa terlalu banyak Al-Quran di rumah, tetapi mengapa anda tidak mmbersihkannya drpd habuk??mengapa??? bukankah ia boleh di wakafkan kpd org2 miskin atau masjid2??

sahabatku,

sudah berapa lama kita mengabaikan surat cinta Allah?? sudah berapa lama kita tidak mmbacanya dgn sepenuh hati??bayangkan, jika nyawa kita ditarik ketika selama ini kita mengabaikan surat cinta Allah dan mengutamakan surat cinta manusia, ketika kita lebih suka mmbaca komik,majalah hiburan berbanding surat cinta Allah??Apa salah Allah kepadamu??Allah menurunkan Al-Quran supaya kamu hidup bahagia tetapi mengapa kamu mengabaikannya??

jika anda mengatakan bahawa jiwa anda tersentuh apabila mmbaca surat cinta dari org tersayang, sudah berapa lama jiwa anda tidak bergetar tatkala mendengar nama Allah dan ayat-ayatNya??? sudah berapa lama???Allahuakbar!!! lemahnya iman kita..
"sesungguhnya org2 yg beriman itu adalah mereka apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal."


~surah al-Anfal,2~


sahabat-sahabatku semua..

marilah kita bersama2 meminta ampun drpd Allah kerana kita sering mengabaikan surat cintaNya..kerana kita kerapkali lalai.."ya Allah, ampunilah dosa2 kami..kerana kami lebih mengutamakan surat cinta manusia daripada surat cintaMu..ya Allah, ya Fattah, bukakanlah pintu hati kami..berikanlah cahayaMu..terangilah jiwa kami dgn nur-Mu..begitu byk jalan ke arah syurgaMu yang Kamu tuliskan di dalam surat cintaMu tetapi kami sering melupainya dan menganggapnya tidak penting bagi kehidupan kami..ya Fattah, bukakanlah mata hati kami!!ya Tuhan yg Maha Pengampun, ampunilah dosa2 kami..!!"

saya menyeru diri saya dan sahabat2 untuk bersama-sama mmperbaiki diri..dari semasa ke semasa..sedikit demi sedikit..jangan terus membiarkan diri kita dibelenggu kesilapan lalu. Moga surat cinta Allah itu dapat menjadi hujah untuk kita diakhirat kelak..Amin..

Wednesday, November 4, 2009

karipap oh karipap...










Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.
Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. Tanya gurunya.
RM 1 cikgu!. jawabmurid itu spontan.
Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.
mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1
Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar

Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

p/s: hehe..pada pendapat anda, siapa yang salah dalam hal nie? x pe, anda pikirkan dulu ok.. kepada bakal2 guru, jangan terus dimarahi anak2 murid anda .. mungkin keadaan yang mengajar dia sedemikian rupa..siapa tahu..   sekadar selingan dikala mengantuk mengadap buku hubungan etnik..doakan daku esok ya..^_^


Sunday, November 1, 2009

sayang kamoo...

* Opss, nak btaw dlu, pas2 ni, nak tukar style.. sape2 yg x redho 2, trus laa skip.. nak bagi ke x, ske ati laa.. dis is my page ok..^_^


okey.. da lama x post.. antara faktor, terasa ngan somebody..tapi nak trase lme2 pown, bkan dia kesah pon..(err, dia taw pon x...)...^_^..n skang tak nak cite sal pape pon..juz nak cite sal kawan...

kepada sume kawan2 sayer, try to do like no one read dis..  nak terima kasih sangat kat korang, sebab korang laa yang mewarnai idopku..hehe cm x bley bla la plak.. dalam ramai2 kawan, kwn2 kat mrsm mzms laa yg pling setia n paling  dsayangi. kwn2 len jgn kcik atie..nape? sebab susah payah bsama..mungkin sebab, kite slalu dibuli senior2 dan ckgu, bkn sbab kite dgil ke ape, cme gram ngan junior yg baek2 ie.sape suh jd junior 4 taun.., opss tjujur ^_^.. jd kite lbey memahami, n sgt takot andai antara kita sndiri bpecah belah... n sampai dah kua pon, kite still kontek kan...

msuk matrik, khilangan anda sume x rse sgt..sal, kt KMPh 2, bsepah lg laa bdk2 batch kite.. n dapat plak rumate, bdk mzms gak..kan thahirah kan??? ^_^.. kadang2 bile tringat kat sane, tringat korang sume, x tido laa kitorang.. bile kontek junior2, soklan yg dorg slaloo tnye, "bile akak nk dtg.. ktrg ( batch F1 07) rindu sgt kat batch akak.."..tsssssstt.. ni realiti.. x tipo ok. ntah bile ag nk p sne.. dorg pon dah PMR taun nie.. kompem rmi pndah next year..ala ckg pon da rmi  yg pndah..so?..n tme p sne dlu pon pas, spm je padahal, bkn dak2 ni jea yg smbut, tp ngan ckgu skali..tharu woo.. bak kata ustaz hafizi, batch kite laa yg dia paling syg.. ingt x? dia ckp dlm suwau, mlm pas kite exam bio.. ada gak dngar2 cite, cikgu nangis cite msalah junior2 kite kt sorang kwn kite nie name drahsiakan..  jahat ke batch kite.. totally NOT..sket 2 ad laa.. bkn jahat, nakal  sket jea ^_^...

tapi 2 dlu.. skang kamoo sume dah terbang ke merata2... daku dcni keseorangan.. susah nak cari kawan cam korang sume.. susah payah bsama.. yg down, korg push bg naek smule...kat cni? sayer x jumpe lg kwn cm korg... yg rmi, suke same2, susah sorang2... stakat nie, kat cni, nadwa n k.aja je kot ..kredit tok korg bdua ..jgn bongga naa.. (pnjam ayat nadwa).. 

tapi 2 laa dia pjuangan.. PERJUANGAN MENUNTUT PENGORBANAN..x semestinya setiap jalan kite lalui tu, smua ksenangan.. ranjau tu pastii.. cume cmne kite hadapi, n mcmana kita fikir dsebalik duri tu... kalo kite asyik salahkan keadaan, kemana kita akhirnye?  cabaran mendewasakan n mematangkan diri. to k.aja n nadwa, org matang ok!

jom usha gamba sket...





ni laa tempat trakhir kite abiskan staun trakhir kite kt sne.. yg bkn dak mzms, wlupon bgnan ni buruk, tp kat cni laa bnyk knangan indah kami, n kt cnilah bakal2 ilmuwan mse dpan (kami2 la tu) memulakan lgkh ptama..




ni gamba kawasan kelas kami, dari klas 5 al-biruni, klas sayer laa tue ^_^




ingat x banner nie? time kita nak SPM.. gamba kite sume.. batch laen ad ke??


ni sume kenangan .. sebab, tiba2 sayer mrindukan mereka-mereka ( sure salah tatabahasa) yang slame ni support sayer.. same2 mnangis ngan sayer, same2 bgelak ketawe ngan sayer... n skang mreka2 pon mcm sayer.. meneruskan pjuangan yang x selesai nie.. moga2 kita semua akan  terus di pandu Allah dlm mnruskan pjuangan kita ni.. InsyaAllah...

sekian saje......

p/s: kpade sume kwn2 ku, jgn lupe, reunion kite yea.. ag 3 tawun... kpade yg fly 2, cpat2 tmpah tiket.. cayang kamoo sume..^_^

Saturday, October 31, 2009

izinkan ana berkata tentang perpaduan



Pada suatu hari, Iblis datang menghadap dan berdialog dengan Rasulullah sesuai dengan perintah Allah.. antara dialognya...

Nabi Muhammad : "Wahai Iblis terkutuk,apakah yang kamu kelirukan?"

Iblis: "Wahai Muhammad yang mulia. Sebenarnya aku keliru dan hairan dengan dua perangai manusia iaitu, pertama, mereka mengaku cinta kepada Tuhan, tetapi mereka masih setia kepada aku dengan melakukan pelbagai kejahatan. Kedua, mereka marah kepada aku tetapi, mereka tetap mematuhi hasutan dan godaanku."

Kemudian Allah berkata : "Wahai Iblis yang terkutuk. Demi kemuliaanku dan kebesaranku, Aku anugerahkan ke atas pengikut-pengikut Muhammad dua kebahagiaan. Pertama, rasa cinta mereka kepadaku menjadi penebus segala kesalahan mereka. Kedua, kemarahan mereka kepada kamu juga menjadi penebus kesalahan mereka ."

Selepas diberitahu perkara itu oleh Allah, Nabi Muhammad kemudian segera menyampaikan kata-kata itu kepada Iblis dan membuatkannya tercengang-cengang...

~ Kisah diatas hanya selingan. (tak tau la ada kaitan @ tak dengan apa yang nak disampaikan).. Supaya kita dapat sama-sama muhasabah diri, Allah telah memberi kemuliaan kepada kita, selaku ummat Muhammad. Nabi sendiri selalu mengalirkan airmata mengenangkan umatnya di akhir zaman. Kita? Sebesar mana usaha kita untuk memuliakan Allah dan Rasulnya? Apa usaha kita bila agama Allah ditindas, Rasulnya dipermainkan, dan saudara-saudara kita diperlakukan sesuka hati? Ingat, kita bukanlah sesiapa, Allah langsung tak perlu pada kita, tapi kita yang perlu pada Allah.

Fenomena hari ini, ulama dipermainkan, pendokong agama dituduh pengganas, yang melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dikatakan kuno, mundur dan sebagainya. Apa yang kita lakukan? sekadar memerhati, dan dalam diam menyetujui perbuatan mereka.?Umat Islam sendiri berecah belah, dan dipecah belahkan oleh umat Islam sendiri. 1 persoalan yang timbul dalam benak fikiran sejak dulu lagi, mengapa setiap kali isu perpaduan timbul, kita sering diprovokkan dengan perpaduan kaum? mengapa kaum bukan agama? pada zaman Nabi, adakah Rasulullah mengadakan perpaduan mengikut kaum? Ana fikir, andai perpaduan agama yang dicanangkan, mungkin tidak timbul isu Islam sekular, masalah sosial dan sebagainya. Mengapa? kerana ana pasti, tiada agama yang mengajar penganutnya untuk perpecahan dan melakukan perkara yang boleh merosakkan nama agama itu sendiri. Dan, andai kita semua bersatu kerana agama, sudah tentu, negara kita, yang digembar- gemburkan sebagai negara Islam, bukan sekadar duduk melihat sahaja penindasan yang berlaku terhadap saudara kita di Palestin dan meneruskan agenda masing-masing tanpa ada sekelumit pun rasa bersalah.


~Stay in unity. And Islam will win~

p/s: penulis bukanlah sesiapa, sekadar meluahkan apa yang terbuku dengan harapan sahabat-sahabat dapat membetulkan fakta yang salah dan menyatakan idea masing-masing..

Friday, October 30, 2009

Khas buat yang bergelar sahabat




Dua tiga empat lima hari ni, ana bermain dengan hati.. ketenangan diri ana tercalar sedikit demi sedikit, hinggakan ana langsung tak mengenali diri yang ana punya saat ini.. pandang kelangit, hanya hanya dapat melihat awan yang biru, burung-burung yang berterbangan, tanpa ada sebarang makna tersirat yang melintas di fikiran.. duduk pula melihat gelagat manusia, ana kehilangan punca, lantas beredar, kembali mencari diri.


Apa yang ana alami saat ini? tak mampu fikiran ini merungkaikan. muhasabah, mencari silap diri, namun jua tidak kutemui jawapannya.. hingga tiba-tiba, nafas tersekat, ana tersentak, mungkin, salahnya bukan terhadap diri sendiri. Tetapi, bagaimana ana dengan insan-insan lain?

Lama ana memikirkan, dan ana yakin ini adalah jawapan..


Dosa ana pada sahabat, pada insan-insan disekeliling ana. Mungkin mereka tak pernah mnyuarakan namun terselit di hati mereka gurisan atas sikap ana..mungkin.. atau mungkin, tanpa disedari, ana tak menjalankan tanggungjawab sebagai sahabat, sebagai saudara seIslam.. juga mungkin.. atau, sebenarnya, ana membawa mereka hanyut ke alam indah ciptaan ana sendiri? atau dalam bahasa lainnya,menyalahgunakan konsep perjuangan untuk tujuan peribadi..wallahu alam..


atas segala sebab, mungkin yang telah dinyatakan, atau yang tak mampu ana tafsirkan, ana mohon maaf kepada semua. Dosa dengan Allah, mudah untuk ana pohon ampun,kerana Allah Maha Pengampun, namun dosa dengan manusia? Ana tak mampu untuk fikirkannya...Ana takut, andai ukhuwah ini tersulam noda,duka..mengundang murkaNYa.. Jadi ana mohon , ampunilah kekhilafan diri ini, dan tegurlah andai ana tersalah langkah. Moga ukhuwah ini akan terus berada dalam redhaNya..Amiin..

Thursday, October 29, 2009

wasiat as-syahid syeikh ahmad yassin

pasti ramai yang tahu apa yang menimpa Assyahid syeikh ahmad yassin ..kepada yang x mengetahui, atau lost memory tiba2,boleylah merujuk ke link Assyahid Syeikh Ahmad Yassin ... cerita dan gambar2 syahid beliau pun ada disana..Moga rohnya dicucuri rahmat....
"Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ?Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini....Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku.
Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah?? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian ... telah mati binasa? Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah?? Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas......
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan??Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami??Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan ... tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan,
"Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman.."
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin... Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x).. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami?? Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami... Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?? Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami.... Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami."
sama-samalah kita selami wasiat yang diberi..apakah kita asih tegar berpeluk tubuh dikala saudara dan agama dipermainkan sesuka hati? mungkin bukan senjata yang kita mampu pikul kan, namun cukup lah sekadar kita membantu saudara2 yang berusaha kearah itu .. lakukanlah sesuatu bersesuaian dengan kemampuan kalian, meskipun sekadar doa...
"barangsiapa yg mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula"