(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Saturday, October 31, 2009

izinkan ana berkata tentang perpaduan



Pada suatu hari, Iblis datang menghadap dan berdialog dengan Rasulullah sesuai dengan perintah Allah.. antara dialognya...

Nabi Muhammad : "Wahai Iblis terkutuk,apakah yang kamu kelirukan?"

Iblis: "Wahai Muhammad yang mulia. Sebenarnya aku keliru dan hairan dengan dua perangai manusia iaitu, pertama, mereka mengaku cinta kepada Tuhan, tetapi mereka masih setia kepada aku dengan melakukan pelbagai kejahatan. Kedua, mereka marah kepada aku tetapi, mereka tetap mematuhi hasutan dan godaanku."

Kemudian Allah berkata : "Wahai Iblis yang terkutuk. Demi kemuliaanku dan kebesaranku, Aku anugerahkan ke atas pengikut-pengikut Muhammad dua kebahagiaan. Pertama, rasa cinta mereka kepadaku menjadi penebus segala kesalahan mereka. Kedua, kemarahan mereka kepada kamu juga menjadi penebus kesalahan mereka ."

Selepas diberitahu perkara itu oleh Allah, Nabi Muhammad kemudian segera menyampaikan kata-kata itu kepada Iblis dan membuatkannya tercengang-cengang...

~ Kisah diatas hanya selingan. (tak tau la ada kaitan @ tak dengan apa yang nak disampaikan).. Supaya kita dapat sama-sama muhasabah diri, Allah telah memberi kemuliaan kepada kita, selaku ummat Muhammad. Nabi sendiri selalu mengalirkan airmata mengenangkan umatnya di akhir zaman. Kita? Sebesar mana usaha kita untuk memuliakan Allah dan Rasulnya? Apa usaha kita bila agama Allah ditindas, Rasulnya dipermainkan, dan saudara-saudara kita diperlakukan sesuka hati? Ingat, kita bukanlah sesiapa, Allah langsung tak perlu pada kita, tapi kita yang perlu pada Allah.

Fenomena hari ini, ulama dipermainkan, pendokong agama dituduh pengganas, yang melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dikatakan kuno, mundur dan sebagainya. Apa yang kita lakukan? sekadar memerhati, dan dalam diam menyetujui perbuatan mereka.?Umat Islam sendiri berecah belah, dan dipecah belahkan oleh umat Islam sendiri. 1 persoalan yang timbul dalam benak fikiran sejak dulu lagi, mengapa setiap kali isu perpaduan timbul, kita sering diprovokkan dengan perpaduan kaum? mengapa kaum bukan agama? pada zaman Nabi, adakah Rasulullah mengadakan perpaduan mengikut kaum? Ana fikir, andai perpaduan agama yang dicanangkan, mungkin tidak timbul isu Islam sekular, masalah sosial dan sebagainya. Mengapa? kerana ana pasti, tiada agama yang mengajar penganutnya untuk perpecahan dan melakukan perkara yang boleh merosakkan nama agama itu sendiri. Dan, andai kita semua bersatu kerana agama, sudah tentu, negara kita, yang digembar- gemburkan sebagai negara Islam, bukan sekadar duduk melihat sahaja penindasan yang berlaku terhadap saudara kita di Palestin dan meneruskan agenda masing-masing tanpa ada sekelumit pun rasa bersalah.


~Stay in unity. And Islam will win~

p/s: penulis bukanlah sesiapa, sekadar meluahkan apa yang terbuku dengan harapan sahabat-sahabat dapat membetulkan fakta yang salah dan menyatakan idea masing-masing..

Friday, October 30, 2009

Khas buat yang bergelar sahabat




Dua tiga empat lima hari ni, ana bermain dengan hati.. ketenangan diri ana tercalar sedikit demi sedikit, hinggakan ana langsung tak mengenali diri yang ana punya saat ini.. pandang kelangit, hanya hanya dapat melihat awan yang biru, burung-burung yang berterbangan, tanpa ada sebarang makna tersirat yang melintas di fikiran.. duduk pula melihat gelagat manusia, ana kehilangan punca, lantas beredar, kembali mencari diri.


Apa yang ana alami saat ini? tak mampu fikiran ini merungkaikan. muhasabah, mencari silap diri, namun jua tidak kutemui jawapannya.. hingga tiba-tiba, nafas tersekat, ana tersentak, mungkin, salahnya bukan terhadap diri sendiri. Tetapi, bagaimana ana dengan insan-insan lain?

Lama ana memikirkan, dan ana yakin ini adalah jawapan..


Dosa ana pada sahabat, pada insan-insan disekeliling ana. Mungkin mereka tak pernah mnyuarakan namun terselit di hati mereka gurisan atas sikap ana..mungkin.. atau mungkin, tanpa disedari, ana tak menjalankan tanggungjawab sebagai sahabat, sebagai saudara seIslam.. juga mungkin.. atau, sebenarnya, ana membawa mereka hanyut ke alam indah ciptaan ana sendiri? atau dalam bahasa lainnya,menyalahgunakan konsep perjuangan untuk tujuan peribadi..wallahu alam..


atas segala sebab, mungkin yang telah dinyatakan, atau yang tak mampu ana tafsirkan, ana mohon maaf kepada semua. Dosa dengan Allah, mudah untuk ana pohon ampun,kerana Allah Maha Pengampun, namun dosa dengan manusia? Ana tak mampu untuk fikirkannya...Ana takut, andai ukhuwah ini tersulam noda,duka..mengundang murkaNYa.. Jadi ana mohon , ampunilah kekhilafan diri ini, dan tegurlah andai ana tersalah langkah. Moga ukhuwah ini akan terus berada dalam redhaNya..Amiin..

Thursday, October 29, 2009

wasiat as-syahid syeikh ahmad yassin

pasti ramai yang tahu apa yang menimpa Assyahid syeikh ahmad yassin ..kepada yang x mengetahui, atau lost memory tiba2,boleylah merujuk ke link Assyahid Syeikh Ahmad Yassin ... cerita dan gambar2 syahid beliau pun ada disana..Moga rohnya dicucuri rahmat....
"Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ?Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini....Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku.
Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah?? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian ... telah mati binasa? Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah?? Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas......
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan??Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami??Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan ... tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan,
"Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman.."
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin... Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x).. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami?? Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami... Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?? Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami.... Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami."
sama-samalah kita selami wasiat yang diberi..apakah kita asih tegar berpeluk tubuh dikala saudara dan agama dipermainkan sesuka hati? mungkin bukan senjata yang kita mampu pikul kan, namun cukup lah sekadar kita membantu saudara2 yang berusaha kearah itu .. lakukanlah sesuatu bersesuaian dengan kemampuan kalian, meskipun sekadar doa...
"barangsiapa yg mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula"

Wednesday, October 28, 2009

Ibu bunuh anak??

semakin hari, manusia semakin hilang rasa ihsan dan belas.. Hingga tergamak membunuh, walau jiwa yang terkorban itu merupakan darah daging sendiri..apakah terhakisnya sifat belas ihsan itu selari dengan kemodenan hari ini? atau sebagai petanda, dunia hari ini , tiada yang boleh dipercayai hatta darah daging sendiri? sama-sama kita muhasabah diri...

sayu hati bila membaca satu tajuk dalam paper hari nie..Ibu bunuh anak dipenjara 10 tahun.. mungkin ada yang tidak menganggap ini sesuatu yang gempar..mungkin situasi ini sudah biasa dalam negara kita yang kononnya harmoni ini..namun apa yang ingin dikongsikan ialah, mengapa tergamak si ibu membunuh anaknya,darah dagingnya sendiri.. laporan mengatakan si ibu mengalami tekanan hidup, hingga tergamak si ibu menekup muka anaknya dengan menggunakan bantal sehingga mati sebelum mayatnya dicampak ke dalam tali air hanya kerana bayi itu merengek tanpa henti meminta susu.ya,HANYA KERANA ANAKNYA MERENGEK MEMINTA SUSU!!..

Bukanlah ingin mempertikaikan kemiskinan insan tersebut, cuma ingin ana bertanya, setujukah andai ana katakan, kemodenan kadangkala menyebabkan kemunduran akhlak dan peribadi insan? mesti ada yang tertanya,apa kaitan dengan semua ni?jom kita fikir bersama..

mengapa si ibu hidup dalam tekanan? dibesarkan dalam serba kekurangan, suami pula terlibat dengan najis dadah, mengambil upah, hanya RM2 untuk 5 ikat serai..bayangkan, bagaimana ingin si ibu membesarkan anaknya seramai 4 orang tu? apa yang dapat disimpulkan, faktor tekanan= wang..wang digunakan secara meluas dalam dunia hari ini,sejajar dengan kemodenan negara.masuk toilet pun kena bayar kan..ana ingat lagi, toilet di Low Yatt, sekali masuk RM1.. fuh...

tentang suaminya, ana x bley nak respon banyak..terlibat dengan najis dadah, selalunya alasan yang diberi, mula-mula, suka2..lame2 gian..camne bley tercuba tu? nak hilangkan tekanan..layan benda ni, masyuk..ilang jap masalah ..emm hidup di bumi yang serba moden ni, mungkin syurga bagi yang kaya (tapi x jgak,ramai je orng kaya yg nyesal jd kaya)..tapi bagi yg miskin, ia mungkin menjadi neraka di dunia nie...

jom kita imbau kisah siti hajar yang ditinggalkan di tengah2 padang pasir, sanggup berulang alik dari bukit safa ke marwah..mengapa?? demi mencari air untuk anaknya , Ismail yang kehausan.. bukan sekali, malah 7 kali... (dan tu la permulaan sejarah saie..hehe selingan..) ..bagaimana kentalnya dan kuatnya rasa kasih seorang ibu terhadap anaknya.... tidak pernah kenal erti putus asa..kemiskinan dan kekurangan, langsung tidak dijadikan alasan dalam beliau melalui ranjau kehidupan.tabah dan redha..mungkin itulah yang sesuai untuk diberi label kepada ibu nabi Ismail ini...

tidak pernah terdetik untuk ana menyalahkan 'moden'.. cuma alangkah indahnya andai kemodenan itu disulam dengan nilai-nilai islamiyah, nilai-nilai murni yang semakin terhakis dalam masyarakat kita hari ni.. realiti hari ini, masyarakat mengejar kebendaan, dan langsung meninggalkan tanggungjawab yang lebih utama..andai kedua-dua nya jalan seiringan, sudah tentu kita tak kan risau dengan rezeki kita, kerana percaya Allah telah menetapkan rezeki untuk kita..Allah tak pernah menzalimi hamba-hambanya, malahan hamba2 nya lah yang selalu menzalimi diri sendiri....sekarang, setujukah anda dengan statement ana tadi?

korang, cbe tgk dia tu..teruk betol la......

Beberapa hari x mnulis , exam pnye pasal...konon study laa nie (^_^).. kadang2 timbul juga rasa x nak mnulis dah...biarkan ruang ni terus bersawang... boleh buat rumah sewa kat labah2 ke.. tp bile fikir2 balik...kenapa ana nak menulis? 1) mmg sebab nak jd 1 medan luahan perasaan.. ada la insan2 yg ckp, "kata perahsia, tapi bile dah banyak menulis, mesti terbongkar jugak rahsia tu".. emm yeke? ana cuma nk cakap, ape2 yg ana bagitau, 2 mmg dah bkan rahsia, dan apa yg ana share 2 adalah apa yg ana nak orang tau... ana pon insan biasa, kadang2 ana sendiri perlukan jawapan..jadi, salahkah ana berkongsi? ana yakin , x semua yang ana pernah lalui insan lain pon pnah lalui perkara yang sama...

2) sebagai 1 medan ana mengungkapkan pandangan ana terhadap satu2 perkara..kenapa? sebab ana perlukan respon..ana insan kerdil yang miskin dengan ilmu.. jadi, bila ana mengeluarkan pendapat, ana amat mengharapkan ada yg menegur @ membetulkan ana..

3) sebagai satu metod tok ana menjalankan tggjawab ana sesama muslim dan sesama insan.. antum semua pahamkan?...

ok..masuk isi sebenar..tadi 2 cuma selingan, n sbagai jawapan atas segala lontaran persoalan dari insan2 tertentu...apa yg ana nak bawakan kali ni adalah tentang baik sangka... mest pernah kan.. kita nampak org tu, pastu mula laa hati kita, 'ape laa dia nie..teruk btol..memang kawan setan betol'...x pon,.. ."weh, cube ko tgok dia 2, x malu btol pegang2 tgn dpan org ramai.."..@ " tepi la budak kcik..pngotor btol".. ni sume da macam biasa kite dgarkan..slalunye apa yg kite nampak, msti, perkara yg negatif dlu yg kita pikir pasal 2...

itu laa hakikat kita yg lemah nie.. skit2, asik nak cari salah orang..tp camne nak bsangke baik dgn orang ek?emm ni ad sikit tips daripada Syeikh AbdulKadir al-jailani..

1) Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
2) Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
3) Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
4) Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
5) Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
6) Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

itu la sedikit perkongsian kali nie..moga2 semua mendapat manfaat....^_^

Saturday, October 24, 2009

benarlah...doa itu senjata mukmin..





Detik2 akhir persiapan sebelum peperangan..pasti ramai yang sedang merasai ketegangan saat ini (termasuklah ana sndiri..)...saat2 bgini,ana tau, ad yg dah bputus asa.. exam dah dkat, tp study x abes2 lg.. ana cme nak mngajak sahabat2 n diri ana sendiri utk kembali muhasabah diri.. ingatlah kjayaan itu bkn hadir hnya dgn usaha kita, melainkan Allah lah yg mnentukannya.. dan jgn lupa..kita ada 1 lg senjata.. DOA.. ya DOA ADALAH SENJATA BAGI ORANG MUKMIN ..ni hanya secebis kisah tentang doa..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah, ESQ Angkatan 4 Sarawak yang berlansung pada 31 Julai - 2 Ogos 2009 telah berakhir dengan meninggalkan seribu satu kenangan. Saya merupakan ATS ( AJK) untuk kali ini. Pada mulanya, seorang sahabat meminta bantuan saya untuk menjadi ATS Angkatan 4 Sarawak, agak keberatan bagi saya untuk balik ke Sarawak memandangkan tiket daripada Johor ke Sarawak agak mahal masa tu, namun rezeki datang tanpa diduga, tiba-tiba abang saya telefon dan memaklumkan bahawa dia telah menempah tiket yang tarikhnya sama dengan ESQ Angkatan 4 Sarawak berlangsung. SubhanaAllah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Semasa 3 hari bersama-sama dengan peserta, banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan namun ada 1 peristiwa yang terkesan dan terpahat di hati. Pada hari terakhir ESQ, ada 1 aktiviti yang memerlukan setiap peserta untuk duduk berpasangan dan ada seorang peserta (Mr. Chong*) yang tidak ada pasangan. Memandangkan dia seorang non-muslim, jadi dia perlu mencari pasangan non-muslim juga. Namun tiada non-muslim selain dia. Oleh itu, Rep Sarawak minta bantuan ayah untuk menjadi pasangan Mr Chong.


Setelah selesai semuanya, saya pergi berjumpa dengan ayah untuk mengetahui apa yang berlaku. Ayah terdiam buat seketika dan dia hanya berkata, "Kita perlu followup balik nanti". Saya pun tertanya-tanya, apa yang kena followup? Saya bertanya lagi "Ayah, apa yang berlaku?". Ketika itu baru ayah menceritakan apa yang berlaku. Semasa ayah duduk berhadapan dengan Mr Chong dan memeluknya, ayah tanyakan kepada Mr Chong, "What actually do you want in your life?". Mr Chong menjawab, "I want to find the truth". Ayah mengulangi soalan yang sama buat beberapa kali dan jawapan yang sama diterima daripada Mr Chong. Kemudian aktiviti berhenti seketika, pada masa tersebut ayah sempat bertanya kepada Mr Chong, "If you don't mind, may I pray for you?" dan Mr Chong menjawab, "Yes". Dan dihadapan Mr Chong, ayah menadah tangan dan berdoa, "Ya Allah, bukakanlah pintu hati saudaraku ini. Berikanlah dia hidayahMu. Tunjukkanlah dia jalan yang benar. Hanya Engkau yang berhak Ya Allah. Bantulah dia".


Dan ayah berkata lagi kepada Mr Chong, "You are not my friend but you are my brother". Kemudian, aktiviti yang terhenti sebentar tadi bersambung kembali. Ayah memeluk Mr Chong dan sekali lagi ayah meminta izin, "May I azan to you?" dan Mr Chong menjawab, "Yes, you may". Ketika ayah mengazankan di telinga Mr Chong, hati ayah bergetar dan tubuh ayah kesejukkan. Setelah selesai ayah mengazankan Mr Chong, dalam suasana dewan yang penuh dengan tangisan, Mr Chong berkata, "I FIND THE TRUTH HERE, IN THIS ROOM!".


SubhanaAllah! Allahu Akbar! Mr Chong kemudian meminta email ayah dan nombor telefon ustaz yang ketika itu juga bersama-sama menjayakan ESQ. Itulah yang ayah maksudkan, "Selepas ini kena followup balik". Sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku, para ATS, para Alumni ESQ, muslimin dan muslimat, mohon untuk doakan Mr Chong mendapat hidayah daripadaNya dan Allah bukakan hati dia untuk menerima cahaya 165 (ihsan, rukun iman dan rukun islam)

*bukan nama sebenar

kerana doa , seorang hamba Allah memeluk islam.. sedang kan jalan kebenaran pun terbentang kerana doa yg dbaca oleh ayah sahabat itu td, inikan pula kita hanya ingin menempuh peperiksaan di dunia.. bersangka baiklah dengan Allah.. perbanyakkan berdoa tapi bukan bermaksud, usaha tu x perlu.. berdoalah moga Allah membantu kita dalam perjuangan ini dan teruskan perjuangan hingga ketitisan darah yang terakhir..n_n

Thursday, October 22, 2009

tika kehilangan menyinggah diri

tika ini...
tiada kata yg boleh ku ungkapkan segenap isi hati..
dari pagi, hingga kini, bertalu2 berita kehilangan menyapa diri..
hujan turun seolah2 memahami situasi diri..

kehilangan..
mudah utk kita ucapkan sabar..
namun hanya yg mnanggung mrasakan getirnya..
namun itu semua dugaanNya..
Percayalah, Allah lebih mengasihi mereka,
sudah tiba masanya mereka myahut panggilan kekasihnya..

walaupun situasi tidak mnyapa diri,
namun, hati tetap menangisi,
adakah ini bererti,
ana jua sedang kehilangan sesuatu?

ana x pasti,
cuma andai itu yg mnanti diri,
ana cuma bharap,
janganlah cinta Allah yg pergi,
andai itu yg tjadi,
tiadalah gunanya hidup didunia ini...

kepada sahabat2 yg sedang kehilangan dan ana sendiri, takziah diucapkan,sabarlah kalian dalam menhadapi ujian ini,inilah pluang tbaik utk kita muhasabah diri,mendekatkan diri, kembali kepadaNYa..

sejenak renungan bersama




Khas buat mu,
Saudara muslimku…
Insaflah wahai diri,

Lahirmu kerna satu tujuan,
Hidupmu bukan sekadar mengecap kebahagiaan,
Kemanisan dunia tidakkan berkekalan,
Jangan sampai kau sesat dihujung jalan.

Wahai diri,
Hari-harimu berlalu, tanpa kau sedari,
Bulan dan tahun silih berganti,
Kehidupan semakin menjauhi,
Kematian pula datang mendekati..

Wahai diri,
Alam dan makhluk sukar mengasihanimu,
Masa turut terus tinggalkanmu,
Manusia x kan slamanya bersamamu,
Yang pasti hanya tuhan yang pasti sentiasa menemanimu,

Wahai diri
Mengapa wujud takbur dan bangga?
Sedang kau hanyalah ciptaan Nya!
Yang tiada upaya, lemah tak bermaya…

Wahai diri
Mengapa kau masih ingkar?
Berani suruhan dan laranganNya kau langgar,
Kau nahi yang makruf, kau amar yang mungkar,
Sungguh berani, kuasaNya kau cabar,
Mujur Tuhanmu Maha Bersabar…

Wahai diri
Mengapa kau biarkan dirimu terleka?
Yakinlah kau satu perkara,
Setiap amal pasti dibalasNya,
Maka, kembalilah kejalan yang sepatutnya..

Wahai diri,
Buanglah ego dan sombongmu,
Mintalah keampunan dari tuhanmu,
Andai selamat yang kau mahu..
Dihari yang dahsyat dan tidak menentu.

Wahai tuhan,
Terimalah ampunanku,
dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira,
Bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim.
Sesungguhnya Allah member tangguh kepada mereka
sampai hari yang pada waktu itu,
mata (mereka) terbelalak.mereka datang bergegas-gegas
memenuhi panggilan dengan mengangkat kepalanya.
Sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong.
Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari yang pada waktu itu
Datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim,
“ya uhan kami, beri tangguhlah kami (kembali ke dunia)
Walaupun dalam waktu yang sedikit,
Escaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti Rasul-Rasul”
(kepada mereka dikatakan)
“bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia)
Bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa
” – surah Ibrahim ayat 42-44

Wednesday, October 21, 2009

satu pengarutan dariku untukmu

Tika ini...

hati tiba2 menjadi pilu....

akal seolah2 x ingin berpadu...

membuatkan diri terus lesu..

ape yg sdg mlanda diri???

adakah.....kerna p'pisahan tadi???

hahaha karuttttttt

pape pon, caya lah abg arip....

truskan melangkah...

duhai MPP FST yg dikagumi ramai..T'baek....

p/s: dedikasi tok abg arip, mpp fst..

Tuesday, October 20, 2009

TAHNIAH...rakyat Malaysia mmg PRODUKTIF !!!!!!!




emm..kalo bce entry kat atas 2, bley agak x ape yg cbe disampaikan???

malas nak cite panjang2..kalo pnjg2, t org pon mls nak bace...

cme, phatikan la keprokdutifan rakyat malaysia ni.. sampai dah x kisah..siap boley buang2 plak..
yea laa..pluang nak dapat banyak kan.....watpe banyak2..menyemak jea...

ni cume pemerhatian dalam bulan nie.. n stakat yg tsiar je laaa..yg x masuk brite 2, x taw la plak..


6/10- Tempat : Jeti Sg Pulau Pinang, P.Pinang, seorang bayi terapung dalam sg....

12/10- Bayi lelaki ditemui di Masjid

13/10- Mayat bayi yg dah dikafan, ditemui di depan pntu kelas KAFA di sebuah surau di Sg Petani,Kedah

17/10- Bayi ditemui di Masjid Telipot, Kota Bahru Kelantan

18/10- mayat bayi ditemui di asrama kosog Taman Perindustian Pekan Nanas, Pontian

19/10- Mayat bayi dtemui di rumah kosong di Alor Setar, Kedah....

Ya..2 baru sikit.. stakat yg masuk brite jea..yg kite x tau??agak2 nye???..emm TAHNIAH la...kepada insan2 yang menyebabkan kelahiran anak2 nie..anda dah membuktikan bahawa, rakyat Malaysia ni mmg PRODUKTF !!!!!!!

video

p/s: anda dapat apa yg cuba disampaikan?

M..A...S...A.., sebut ramai2...MASA

not in mood....

tbe2 tpikir..ape yg aku dah wat arini?

mbiarkan mase blalu..tanpa ape2 input?......

"waktu itu ibarat pedang, jika kamu x memotongnya, maka dia akan memotong kamu"..

tapi ape yg aku dah wat arini? smalam? hari2 sblumnye?? spanjang idop aku??

..........................................................

ntah.. jgn nanti.. sdar2...usia dah sampai ke noktah yg trakhir.

jadi hargailah hari2 yg mndatang..n_n

p/s: ni ngarut2..dikala hati x mampu b'bicara.hehe

Sunday, October 18, 2009

~apa la nak jadi ~

Baru skarang ad mood nak mngarut... idea datang ble hati jadi plik ngan manusia arini... smalam, baca mastika, isu kali nie, sal anak haram, bayi kne buang , n yg swaktu dengannye.. bukak plak paper arini.. sorg lagi bayi kne buang kat masjid telipot, kota bahru kelantan.. ni bkan kes yang luar biasa.. dia dah jadi tlampau biasa dalam Malaysia nie... emm..apa nak jadi dengan dunia arini???

 teringat kenangan semasa berkunjung ke rumah anak yatim baru2 nie.. sedang ana leka melihat kerenah mereka, tiba2 ana tertarik utk mendekati seorg bayi... ana merapatinya dan berbual dgan sorg ptugas disitu.. "comel baby nie..anak ptugas dsini ke?" ana btanya, memandangkan ptugas2 disitu sdg sibuk dgn tugasan masing2.." bukan..anak ni, kami ambil dari hospital..lpas lahir, mak ayah dia tinggalkan dia kat hospital.dah 4 bulan dah umur dia.".. apa prasaan antum jika berada di tempat ana masa 2? apa lah dosa bayi 2, ditinggalkan seorg diri..tapi bayi ni masih dikira bnasib baik..

sebelum ni, kita dah banyak kali dgar crita, mayat bayi dimakan anjing, bayi dibuang dalam longkang, bayi dilemaskan dalam baldi, dan macam2 lagi... ana sendiri pun dah x sanggup nak dgr smua crite 2.. tapi ni lah realiti yang melanda masyarakat kita sekarang.. ana rasa, walau pun negara cipta berjuta kjayaan pon, tapi jika masalah sosial begini masih mlanda masyarakat kita, segalanya x bermakna apa2...mentaliti masyarakat macam ni sebenarnya ZERO... ana x nak tuding jari dkat mana2 pihak, cuma ana tau, masalah ni agak sukar diubah jika x semua orang cuba utk brubah dan sedia diubah..



 


                                         

   



apa perasaan antum bila tengok gambar2 nie???

jom kite renungkan..di Palestin, saudara, x kira kecil besar, tua muda,kanak2, wanita, semua dibunuh oleh Israel laknatullah.. jika difikirkan..mengapa wanita dan kanak2 yang x berdaya ini, turut menjadi mangsa kekejaman mereka??? pernahkah kita terfikir tentang nya???? sudah tentu ada agendanya.. ibu2 dibunuh agar mereka x lagi boleh melahirkan mujahid yang x takut mati kerana pertahankan agama Allah.. kanak2 dan bayi dibunuh, agar dewasa kelak mereka x kan bangkit utk melawan Israel...mengapa? kerana Israel tau, saudara-saudara kita disana bertempur untuk mati..ya syahid yang mereka kejarkan.. anak2 dari kecil diasuh untuk berperang..jadi, tak hairanlah jika mereka menjadi salah 2 senjata yang amat ditakuti Yahudi..




apa bezanya gambar ni dan gambar2 kat atas tadi?? bezanya, gambar ni kanak2 dibunuh Israel, tapi, kanak2 di Malaysia, dibunuh ibubapa mereka sendiri......




               



namun apa yang jadi di negara kita yang kononnya aman damai ni??? ya, kita damai dengan tiada peperangan berbentuk fizikal, namun, rohani dan mentaliti kita, x pernah merdeka dari dijajah.. ditabur bom jangka masa, yang merosakkan rohani dan akidah kita.... kita x pernah merdeka! itu yang sebenarnya... kerana cintakan dunia, kita langsung lupa kepada akhirat, kita lupa tugas kita dilahirkan diatas muka bumi ini..kejayaan barat diagung-agungkan, hinggakan, maruah dan agama ,kita sendiri yang cemarinya...

semalam, ana ke plaza Low Yat.. tbe2 ana rasa asing...seolah ana berada disebuah planet yang ana sendiri x tau..mungkin ana boleh dianggap alien bila berada di tengah2 mereka.melayu, india, cina,orang tempatan, orang asing, semua sama..sampaikan ana x boleh nak kelaskan manusia2 tue.. masing2, dengan rambut landak, baju sarung nangka, berkepit...emm yang pliknye, 2 sume budak2 skolah lagi..kalau tgk rupa, mmg belasan lagi... ape dah jadi? salah sape kita jadi cmni? pgaulan yg x de batasan.."eleh,rilex la..,skang kn dunia tanpa batasan..baru r moden"..moden?? emm sdey2...

rasa nak cepuk je mulut orang yang cakap camtu ...moden? maju? merdeka? Malaysia x pernah maju dalam mentaliti....malah...kita skarang, jahil dari jahilliyah zaman nabi dlu..kalu masa jahiliah dlu, dorg tanam anak perempuan je, masyarakat kita??laki ke, perempuan ke, sume kne..dah 2, bukan tanam..campak dalam sungai, buang kat tempat sampah, bagi makan anjing...emm pe bezanya kita dengan jahilliyah dlu????
dah x taw camne nak cakap..Cuma..tolonglah sedar...kita makin hari, makin jauh. dari landasan sebenar.. makin tersasar dari tujuan asal.. ayuh,kembalilah ke fitrah kita yang sebenar... fikirkan matlamat kita utk mnjadi khalifah di bumi Allah ini..bukan kita sebagai perosak kepada agama kita sendiri...

 sahabat2..andai antum semua jumpa mereka yg ad pnyakit sebegini, ana mohon, jangan dibenci mereka, tapi bimbinglah mereka,kembali kepangkal jalan..kadang2ad yang serik, tapi bila mengenangkan pandangan masyarakat yang amat menghinakan mereka, mereka kembali semula ke jalan noda... moga Allah meniupkan roh keinsafan kepada kita semua....

~wallahualam~





Monday, October 12, 2009

~ selesai sudah ~

salam........
Alhamdulillah.. selepas 2 hari,kini tamat sudah program yg dhandle...
walau pn pelbagai dugaan dtempuh, Alhamdulillah, segalanya dapat diatasi.... walaupun agak penat, fizikal n mental, namun ana rasa berbaloi... n tme ni la kta nak tgk, sape yg btol2 mnjalankan tggjawab yg nd amanahkn.. bkn niat nk memburukkan, cme kalau dah dberi tggjawab, wajib kta tunaikn amanah tersebut..

macam2 yg dah dlalui dlm mnjayakn prog nie.. sahabat ana smpai, x t'daya nak ungkapkan kata2.., akibat tekanan.. penceramah yg mbatalkn tmjanji di saat akhir, salah faham, n bnyk lg.. n 1 pkare lg yg ana kre, sgt2 pntg dlm mnjyakn prog, adalah jawatankuasa prog 2 sndri.. ana agak kcewa dgn penglibatan AJK..
seolah2 mereka hnye bangge dgn jwtn, sdgkn, amanah x dilaksanakn..bukan nk mburukkan, cme, bg sesape yg dlantik lpas2 nie, amek la pngajaran..

n 1 hal lg..walau kami mnempuh bnyk dugaan, namun, stiap dugaan 2, dah tsedia jln pnyelesaian nye.. walaupn jwpn 2 hnya kami dapati stelah jam 1 pagi, n setel lbey kurang 2.30 pg... Alhamdulillah, Allah sntiasa mbanyu kami.. n suka ana nk ingatkn, Allah sntiasa membantu sesiapa yg membantu agamanya...
n x dpt ana ungkapkn rasa trima kash kat sorg sahabat, yg sudi mnerima undangan kami, walau undangan 2 tiba jam 1 pagi...n ana dibetitahu, beliau sanggup mbatalkan rncangan bliau tok ke KL bgi memenuhi undangan kami.. hanya Allah yang dapat mbalas budi beliau.....

cuma pesanan tok diri ana dan semua, jgn serik bekerja utk Allah..n yakinlah, Allah sentiasa bersama2 orang yang memperjuangkan agamanya.....Allahu Akbar!!!

Friday, October 9, 2009

Hanya kebetulan???

Subhanallah...x da kata yg dpt diungkapkn saat ini.. bru sbntar tadi, ana t'tnye2, ape yg sdg ana lalui saat ni? ana rse t'beban dgn dugaan yg dlalui saat ni.. saat ana bfikiran begitu, tba2, inbox emel anda dimasuki satu emel oleh kakak ana.. yang ana rasa mnjadi jawapan bagi segala kecelaruan fikiran ana td...Ya Allah..sungguh..hanya kau yg memahami hamba2 mu...


"Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang."Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif."Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja."Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli.

Biarlah malam ini saya merasa pula.Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.Tidur untuk menahan lapar. Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi."Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah..Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.'Tak boleh sembahyang Jumaat!'Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena."Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya."Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun."Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!" katanya tidak puas hati.Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'."Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri.

Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya."Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat.. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya.. ."Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."Ya, begitulah juga dengan saya...hanya pada Allah saya berharap.

Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka. ..

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia...itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu.

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.

Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya...Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.Saya bersabar menunggu detik itu...Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :" Mmm...sedap. ."Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena..... .

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya& #65533;" (Al-Baqarah: 286)Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita.

Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang..."Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

sungguh...banyak skali pertolongan yang telah Allah hulurkan kepada kita..cuma bergantung kpd kita samada kita menyedarinya..Ya Allahu Akbar..

Jalanku?


semakin ramai orang yg kita jumpa, smakin x faham kita dgn pelbagai ragam manusia.. dah beberapa hari ana rasakan seperti kehilangan seszuatu..sesuatu yg amat besar, hinggakan, kehilangannya mnyentak ketenangan diri. lama berfikir, namun jawapan masih x dtemui..
cuba melupakan, namun, x terdaya rasanye menahan prasaan..

terfikir utk membuka fikiran..menerima segala yang diperkatakan..namun, semakin menyesakkan fikiran..hinggakan trasa seolah2 mlakukan1 kesalahan.. berpatah balik? TIDAK!! perjuangan perlu diteruskan..namun, kadangkala, perlu utk kita mgundur diri.bukan kerna lari @ berputus asa, namun kerana ingin memikirkan langkah bagi trus melonjak kehadapan.

ketenangan?... harap kau kembali menguasai diri.. semakin hari, ana smakin x pasti.. adakah benar, jalan Allah yang ana lalui? Moga Allah sentiasa membimbing diri, agar x terjerumus dalam dunia yang pnuh fantasi dan fitnah ini....

sekadar luahan perasaan

Hari ni adalah satu hari yang amat2 menguji kesabaran dan ketenangan ana. Bermula dari pagi, emosi ana mula terganggu dengan kehadiran perasaan yang x mampu ana tafsirkan dengan kata2. Ana sendiri x pasti, mengapa wujud perasaan itu, sedang ana x pernah minta ia hadir.. kita kembalikan saja ia kepada Allah....hanya dia yang mengetahui segalanya..


bersambung ke sebelah petang, perasaan tertekan melanda jiwa, memikirkan sketch presentation .. tapi, ana yakin, bukan itu punca kegundahan yang semakin menghujani diri.. namun, Alhamdulillah, grup ana berjaya membentang dengan jayanya, walaupun kami bukanlah best actress..


Jam 9, ana masuk meeting. Bermula dengan suasana yg agak membosankn,hanya felo yang bersuara, memprovok kami utk mengeluarkan pendapat tentang SPKG. Ana agak bosan pada mulanya sehinggalah beliau menyentuh 1 isu yang hangat masa kini di kolej ana, isu saman usrah. Mungkin dengan tahap kesabaran yang makin menipis, ana trus mlontarkan segala isi hati ana berhubung dengan perkara tersebut. Suasana makin tegang dengan lontaran2 pendapat sahabat2 tentang isu tersebut.. ada yag cuba mempertikaikan, dan ad yg cuba mnjelaskan kerasionalan hukuman tersebut.. sungguh, tangan ana sejuk, menahan rasa hati, dan terserlah runtuhan kesabaran ana saat tu..



saat tu, ana seperti ingin mngalirkan airmata, kerana ana x mampu berhujah pnjg membela sahabat2 yg dikenakan hukuman tersebut.. ana sedih, kerana ana x mampu mengeluarkan 1 kata2 yg boleh membisukan mulut mereka. Ana cuma ingin mereka memahamkan ana apakah rasionalnya sahabat2 ana tu dkenakan tindakan. Dan jelas, pendirian ana tentang isu ni x brubah, yang brubah cuma pertambahan calar-calar dalam ketenangan diri ana. Namun akhirnya ana difahamkan, diskusi itu hanyalah 1 method utk mlihat kami bersuara.. tp bg ana, ni lah pluang kami mgluarkan isi hati kami. dengan adanya felo tu, ana harap mereka sensitif dengan isu2 seperti ini..



jam 12 tamat meeting, namun tugas utk kursus pngurusan jenazah menanti ana..pulang ke bilik, ana dikejutkan pula dengan keadaan yang mnimpa roomate ana. nasib baik ada jiran2 kalau x, ana x taw apa yg jd... terima kasih semua.. n malam ni gak terpaksa mnyusahkan A tok teman kat bilik.. walaupun tau dia bnyk keje..skali skale, bkan slalu..yeke?? hmm....



cukp la dlu..da x taw nak tlis cmne lg...n lg sng nak ckp, prasaan ni x bley nak diungkapkn dgn kata2..apepon, apa2 yang terjadi, kembalilah smula kada Allah.. Allah lbih mngetahui ape yang lbey baik utk kita... Wallahualam...

Monday, October 5, 2009

sejenak buat permata Islam..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…
Sering kutitipkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan
Rahmat dan HidayahNya Yang Maha Esa..

Dalam kekalutan dunia pada ketika ini..
Daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua..
Dalam keadaan manusia x lagi takut kepada Tuhannya..
Dalam keadaan manusia x lagi dapat membezakan yang hak dan yang batil…
Dan dalam keadaan manusia x lg dapat membezakan
yang mana pahala yang mana dosa….
Moga- moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan oleh Nya

Walau dalam kehidupan seharian kita,
Kita kadang kala lupa kepadaNya
Dan kadang kala ingat kepadaNya..
Tapi yang pasti terlalu banyak masa kita dihabiskan bukan untukNya..

Buat permata Islam…
Yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi..
Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama..
Tetapi ia adalah cara hidup kita…
Sama ada cara kita berpakaian, bertutur, belajar, bekerja….
Atau perkataan yang lebih mudah..
Bermula daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali..
Semuanya Allah telah gariskan untuk kita…
Hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan didalam liang lahad..
Islam juga telah mengajar caranya..

Seringkali kita mendengar sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud..
Islam itu tinggi..tiada yang tinggi selainnya..”
Tapi saying sama sekali..kita yang merendah-rendahkannya..
Kita jauhkan diri daripadanya..
Bahkan kita malu apabila Islam menjadi identiti kita..
Kita lalia dengan kehidupan kita..
Sehingga kita menyangka dunia adalah syurga yang kekal abadi untuk kita..
Sehingga kita lupa Allah SWT …
Tuhan Yang Maha Esa sedang memerhatikan kita..

Kita tahu adanya Allah tapi kita melanggari perintahNya..
Sombongnya kita kerana kita lupa kepada pemberi nikmat
Sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya..
Kita tahu benarnya Al-Quran..
Tapi kita tidak ambil pengajaran daripadanya..
Kita juga tahu adanya dosa dan pahala..
Bahkan juga kita tahu adanya Syurga dan Neraka..
Tapi kia masih x mempedulikan perintah Allah SWT Yang Maha Kuasa..

Buat permata Islam..yang InsyaAllah akan terus bergemerlapan di Bumi Allah
Prof Dr Hamka pernah berkata..”kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan..tetapi kita x boleh hitug berapa lagi usia kita yang tinggal
Persoalannya……………..
Bagaimana persediaan kita apabila usia terkandung di dalam jasad kita sudah habis digunakan?
Masihkah dikau ingat akan firman Allah dalam hadis QudsiNya yang bermaksud..
Dari Abu Hurairah r.a “Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu.. Dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKu… Jika dia ingat kepadaKu didalam hatinya.. Aku akan mengingatinya daam hatiKu.. Dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik.. Dan jika dia mendekati Aku sejengkal, Aku aakn mendekatinya sehasta.. Dan jika dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa.. Dan jika dia datang kepadaKu berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari…” – Hadis Riwayat Syaikhani dan Tarmidzi

Walau sebesar Bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan..
Sesungguhnya Allah swt masih mengampunkan dosa kita.
Oleh itu ,kembalilah kepadaNya..
Andaikata hidup ini telah jauh dari landasanNYa..
Sesungguhnya kasih sayang Allah membatas kasih sayang seluruh makhlukNya

Saturday, October 3, 2009

ya Allah,terima kasih atas semua ujian yang diberi..




salam...


emm x taw nape.. tbe2 jea ase sdey...dan tbe2 je jd sensitif..


arini jea da bnyak trase ati.. tp tanak tunjuk...da biase smpan sorg2...


tp yg sbnarnye, ana malu dgn Allah... ana cume diuji skit,


and ana dah nak give up, da rse down..


ujian yg ana rase ni sgt2 kcil kalu nk dibandingkan dgn hamba2 Allah yg laen..


ana sbut hamba2 Allah sbb kalu nak dbandingkn dgn nabi @ para sahabat,


ana x rase yg ana ni layak.. sbb ujian yg ana trima sgt2 kcil..


smpi mgkin kalu bg para sahabat, apa yg ana lalui ni x dikira ujian oleh mereka..




pernahkah kita terfikir..


semasa berjalan tbe2 kita tersadung disebabkan seketul batu..


lantas, kita mnyumpah seranah batu tersebut..


sedangkan kita mengerti, batu itu x bergerak, ia dicipta kan disitu..


jd bla kita mnyumpah batu itu, umpamanya kita mnyumpah Allah..


kerana Allah lah yg mnciptakan fizikal dan kdudukan batu itu di situ..


nauzubillah..




begitulah jua dengan ujian.. Allah yg mncipta ujian itu..


semakin banyak kita mengeluh, sbnarnye kita mngeluh dgn ciptaan Allah..


kita x nampak apa yang ada disebaliknya..


tp dengan bongkak nya kita mnyatakan ujian ini hanya mnyusahkan diri sahaja..


sedangkan itulah caranya untuk mendidik jiwa kita,


agar kita x tgolong dalam golongan yang lemah,


jadi, tidakkah kita malu dengan Allah?




ana masih mampu btahan.. cme ana x pasti sampai ble..


ana mohon kekuatan dr Nya.., sbb ana taw, ana x kuat..


n ana sedar, ujian2 ni la yg akan mbuatkan ana kuat..


cuma, bkan mudah untuk kita trus bjaye mlalui sesuatu ujian..


dan ingatlah bahawa,


Allah x tanya sama ada kita berjaya @ tidak dlm mnempuhi ujian itu,


Allah cme mghitung, bagaimana kita brusaha untuk mghadapi ujian tersebut..




jadi, pesanan buat ana dan semua, bersangka baiklah dengan Allah...


kerana Allah berfirman "sebaik2 dkalangan kamu, adalah yang bersangka baik dengan ku.."