(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Tuesday, December 18, 2012

peninggalan Rasulullah S.A.W

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

 Photo

Pada suatu hari,beberapa ketika selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Abu Hurairah telah berjalan ke pasar. Dia melihat ramai orang sedang sibuk berjual beli. Maka dihampirinya mereka lantas berkata

" apakah yang kalian lakukan disini? Mengapa kalian tidak kemasjid? Di masjid sedang sibuk orang mengambil harta peninggalan nabi"

mendengar itu,maka bergegaslah mereka ke masjid. Sesampai disana, mereka hairan dan marah kerana tiada harta seperti yang diharapkan melainkan orang2 yang sedang belajar dan mengaji.

"Wahai Abu Hurairah. kami tidak pernah mengenali anda sebagai orang yang penipu. Maka pembohongan apa yang sedang kau lakukan ini?"

Dengan tegas Abu Hurairah berkata " Apakah kalian tidak mengetahui bahawa alim dan ulama' itu adalah warisan nabi? adakah kalian melihat nabi seorang yang mengumpul harta? Sesungguhnya, semasa peninggalan nabi, baginda tidak meninggalkan dirham atau dinar pon, melainkan ilmu yang diwarisi para ulama'.

"Sesungguhnya para ulama' itu adalah pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahupun dirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya (ilmu tersebut) bererti dia telah mengambil bahagian ilmu yang banyak".

(Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)


Nota ringkas: Carilah ilmu walau dimana anda berada ^^ . Pesanan untuk diri saya juga ..
p/s: Nantikan ringkasan kuliah Syeikh Muhammad Al-Sabouni.. InsyaAllah

Monday, December 10, 2012

Menegur dan ditegurlah dengan hikmah

 
With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful
 



"
Bukan aku
Aku bukan nak burukkan dia, tapi budak meja belakang aku ni memang busuk betul. Dari meja aku pon, aku boleh nak termuntah. Tak mandi ke ape?Aku bukan  nak burukkan kau, cuma nak nasihat kau, sebelum datang kelas tu,mandi la dulu @budak meja kanan, @budak meja depan, @ketua kelas. (tag)
Like · · · 13 minutes ago ·  "

heh. Pernah baca post macam ni? Antara anda pengepost, pembaca atau orang yang dikata. Budaya popular di mukabuku dan pencicit er, atau frienster?.. Tak puas hati, semua benda nak dicanangkan di laman bisu tersebut. Manusia semakin hilang malu, dan perasaan. Eh, silap, post teguran yang menyalahi fitrah.

Sungguh,secara jujurnya,saya cintakan orang yang menegur saya. Dengan personaliti yang sering digelar hati kering ini, amatlah bertuah diri ini andai ada yang berani menegur, kala diri tidak sedar keterlanjuran diri. Namun, bukan ini caranya menegur, wahai kalian yang membaca..


Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

Merujuk kepada post diatas, ada beberapa perkara yang ingin dihighlightkan sebelum anada menegur.

1) Walau anda tidak memaklumkan siapa insan yang diperkatakan, namun dengan hint yang sangat jelas (budak meja belakang) ,apakah anda fikir, manusia yang membaca tidak mampu menyelesaikan persoalan siapakah individu tersebut? Tak yah rujuk Conan pun boleh setel.

2) Kau ada tanya dia, apa masalah dia? kot-kot dia ada masalah kewangan, air kena potong, tak da sumber air nak mandi. Tak pun dia tak sedar badan dia berbau. Apa-apa hal pun, selidik dulu sebelum sembur.

3) Beb, masalah kau dengan dia, yang kau post sampai satu dunia boleh baca tu apa kes? teguran yang berhikmah ke der?

Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.

Kepada anda yang menegur,
sampaikan teguran anda dengan berhikmah. Selidik sebelum membuat teguran. Sampaikan teguran anda dengan baik, paling baik secara individu. Andai tidak mampu berkata, maka tulislah.. Namun, pastikan gaya bahasa anda mampu menyampaikan maksud,bukan memesongkan makna. Andai perlu menggunakan orang tengah, pastikan anda memilih insan yang boleh dipercayai. Mampu menyampaikan maksud dengan jelas, dan mampu menyimpan rahsia kedua-dua belah pihak. Bukan jenis menabur berita.

Kepada anda yang ditegur,
Tak ramai orang yang mampu menegur salah orang lain. Apabila ada yang menegur salah anda, bersyukurlah, kerana masih wujud orang yang sayangkan atau paling kurang 'kisahkan' anda, dan tidak mahu anda terus berada ditakuk lama. Teguran mungkin susah diterima, terutamanya, bila anda merasakan anda LEBIH TINGGI dari beliau. Hakikatnya anda sangatlah rendah berbanding Yang MAha Tinggi.

Maka,sila RENDAHKAN EGOMU wahai yang Perasan Tinggi.

 
‘‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”

-Berhikmahlah wahai si penegur dan yang ditegur -