(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Friday, January 21, 2011

Allahu Rabbi = Allah Tuhanku



Who is The Creator
Who is The Sustainer
Surely He's The One
Lord of all mankind

Ya Allah...
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Anta Ya Rabbi Anta Ya Rahman Anta Ya Allah
Allahu Rabbi

Chand or sittarre bohot cham ketey he
Khuda ke bagar roshni ka wujud nehi he
Roshni ke baht andera hota he
Sab kuch khuda ke wujud nehi he

Har parta darakh sigh girta he
Ye sab kuch khuda ki taqath he
Sammandar or zamin me kitni mitthi he
Sab kuch khuda ki iradat he

Bulan dan bintang hiasi alam
Tiada kan bercahaya tanpa izinNya
Terangnya siang berganti malam
Tiada sekali menyalahi aturannya
Maha Kuasa Tuhan yang menciptakannya

Helaian dedaunan gugur dari pepohonan
Pasti dalam pemerhatian kudratnya Tuhan
Butiran pasir di daratan dan di dasar lautan
Tetap dalam pandangan iradat Tuhan

Allahu RAbbi = Allah tuhanku..maka,aku adalah hambanya..Dua tiga hari ni,lagu ni mendapat tempat dalam jiwa saya. Benar,kita tak lebih dari seorang HAMBA.. maka,bila digelar hamba, lapangkan dada untuk terus menerima bukti cintaNya.. Ujian ini bukan terhenti setakat ujian terhadap diri sendiri, malah ujian dalam menghadapi sahabat-sahabat yang teruji dengan hebat. Allahu Rabbi, hanya kau yang mengetahui segala yang terbaik untuk kami.. Ya Allah,berikan kesabaran dan kelapangan kepada mereka......

Sunday, January 9, 2011

:: andai kalian mengerti hakikat sebenar ... ::

Sedih,kecewa,terkilan. Sungguh, saya sedih.sedih, bukan terasa hati @ merajuk. Sedih kerana niat disalahtafsir. Cinta saya diremehkan hanya kerana saya bukan sesiapa. Saya akui bahawa saya tak pandai berkata-kata, malah jahil orangnya, namun, adakah itu menjadi tiket untuk saya terus meng'iya'kan apa yang terang menimbulkan keraguan di hati ramai individu yang tak mampu bersuara? saya penat menahan segala kepincangan yang saya sedari, semata-mata ada suara-suara yang menasihati saya agar tidak meluahkan kerana bimbang ada yang terasa hati @ menimbulkan masalah hati. Sungguh saya penat. Penat melawan 2 entiti berbeza yang muncul dalam hati yang sama, yang akhirnya meninggalkan saya dalam serba salah dan serba tak kena.

Kata-kata ibarat pedang.. Mungkin pedang saya saat itu tersalah menujah, hingga lain yang dicita, lain pula yang tercedera. Demi Allah, kata-kata saya itu bukan hasil desakan dan rontaan jiwa saya semata, tetapi ianya adalah ramuan bersama luahan-luahan dan segala macam eksperimen yang dah dijalankan. Maka amatlah menyedihkan apabila hukuman pula yang dijauhkan kepada diri. Malah,hukuman tanpa siasatan,dan lebih menakutkan,oleh rakan seperjuangan.

Allahu Akbar. perit..pedih..namun mungkin itu yang perlu saya telan, selagi maksud sebenar saya tidak kesampaian.Katalah apa saja, pintaslah segala kata-kata saya,dan buatlah apa saja, selagi kalian tak cuba memahami, kalian akan terus menyalahkan saya. Bukan saya yang perlu kalian fahami, tetapi fahami segala kata-kata yang pernah kalian luahkan,fahami segala janji-janji yang pernah kalian lafazkan.Pasti akan ada yang meragui dan memperlekehkan diri ini,biarkan. Cuma hanya satu yang ingin saya tekankan, demi Allah, saya lakukannya kerana saya cintakan kalian.

Maafkan diri ini atas segala kesalahan atau keceluparan.

Sunday, January 2, 2011

1.1.11 yang mengundang memori...

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..

Kedatangan tahun baru pada kali ini amat berbeza dengan tahun2 sebelumnya. Jika tahun lepas, saya pulang ke rumah untuk bersama-sama keluarga, namun tahun ini, saya menghabiskan masa bersama saudara-saudara seaqidah di KLCC untuk melancarkan  xpdc anjuran Gamis. Allahu Rabbi, terasa kerdilnya diri. Sungguh saya berasa malu dengan diri sendiri.

suasana ketika itu,teramat menakutkan..seolah2 semua mata memandang kami..botol2 arak bersepah2, manusia2 ramia yang mengidam tanduk2.. sebelum berlepas,sempatmelintas seorang makcik "dik,xyah la bagi sume ni (flyers),nanti makcik yang kena marah" ..Allah..makcik,kalau saya x edar,apa saya nak jawab kalau Allah tanya saya kat akhirat nanti?...







Ditakdirkan Allah, saya dan Asiyah dipertemukan dengan 2 kakak yang seaqidah dengan kita. Saat ketibaan kami, kedua-duanya sedang 'menghalau nyamuk' dan berpakaian agak menyeksakan'.Setelah flyers diserahkan, kak A senyum dan kak B terus tanya " Flyers nak buat apa ni?" sambil bagi jelingan maut.Dan dijawab tenang oleh Asiyah. Soalan pertama kak A " family korang ok? ". Alamdulillah,ok. " hmm tengok..family kitorang ko.hampeh". Melihat respon agak positif, Asiyah ters mengajak kak A berbual, dan mengenangkan kak B, saya cuba untuk mendekati, dan Alhamdulillah dia menerima kehadiran saya.

"Akak tahu semua nie.Akak pernah belajar, lagipun, mak akak dia baik. solat x pernah tinggal. Tapi tulah, orang baik ni,hati dia lembut, bila anak buat salah,dia tak marah pun. Dan sekarang ni, akak x sanggup nak balik rumah,sebab akak tak sanggup nak tengok mak akak menangis. Akak tau,akak dah kecewakan dia.." Jelas di fikiran saya,dia masih menghargai kehadiran ibunya. "emm,maaf la kak, saya tengok,akak sayang kat mak akak,tapi, camne akak leh buat macam ni?".. " Akak buat sikit-sikit.Mula-mula mak akak kate,kalau keluar,mesti balaik sebelum maghrib,mula2,akak balik dalam 5 minit pas maghrib,lepas tu, lagi lambat, then lagi lambat,sampai lah akak duduk rumah sendiri..

"Emm, akak solat x?".."hehe baru nak cakap..hmm jujur, memang akak x solat.. Dulu akak x macam nie.. sebab dulu kat rumah kitorang kena jemaah.. Tapi bila dah bergaul camni, akak dah tak solat..Kawan akak ramai macam nie.. Tapi akak ada sorang kawan..Kalau g rumah dia jea,mesti dia ajak solat,tapi akak kate takpe lah then akak tengok jela dia solat.. Dia pernah bagi akak telekung,balik tu,akak amek wudhuk, then hampar sejadah...time tu,rasa macam...semacam..macam badan kita kosong..tapi tula,sekejap jea,..bila malam,jumpa kawan2 balik,akak jadi macam ni semula...

"akak pernah terfikir nak berubah tak?" "mesti la ada dik..cuma sekarang akak tak sedia..lagi pon akak,kerja kilang,waktu solat diorang tak bagi sangat, n kawan akak pon amai macam nie.. takkan akak nak g pub pakai tudung kot? lagipun akak tak nak jadi hipokrit,akak tanak permainkan Allah..Ada kawan akak,solat sume..tapi  dia dah 3 kali gugur baby.tak serik2 pon... Akak tak nak jadi cam dia..Sekarang ni,kalau akak balik, time solat mak cakap, "sape2 yang tak nak solat g duduk luar rumah.Sebab syaitan x duduk dalam rumah orang yang solat." ..so,akak dok la luar..memang kadang2 tengok dorang slat,teringin jugak nak, tapi akak rase macam diri ni kotor sangat,tak layak mengadap Dia yang Mulia.."

Akak ada 7 adik beradik,akak anak ke 6, family memang selalu gaduh2 la ..Kalau macam dia,(kak A) mak ayah cerai,mak kawin lain,ayah kawin lain.N akak ayah tinggalkan mak macam tu jea,n ayah kawin lain. Sebenarnya, dia tu (sambil jeling kat kak A) kawan baik adik akak dulu,tapi adik akak dah kawin,so akak la kawan ngan dia. Adik akak baru lagi kawin, dia dah ada anak sorang. Masa mak baru dapat tau,mak menangis. Abang akak dah mengamuk abis dah,then family budak laki tu datang.

"Akak cakap nak berubah kan? apa yang membuktikan akak memang nak berubah?" .Akak dah jarang keluar malam, fb sume akak tak layan, taw kenapa? akak taknak benda2 'pelik' jadi.. Kawan akak ramai dah rosak..akak xde bf,caya x? haha mesti x caya kan? tapi tu laa akak taknak..nset pon akak xde,ni dorang punyer.. caya atau x, akak masih mampu jaga diri.. Dulu,akak terfikir gak macam yang lain, kerja pub,layan 'bapak'2 orang..tapi bila akak g tengok sendiri,akak x sanggup. N baru ni ada kwan akak,frust ngan family,n nak kerja kat pub, then akak bawak dia g pub, n bagi dia tengok sendiri camne orang2 y kera pub tu..akak cakap kat dia 'ko nak orang pegang2 kau macam anak patung camtu? kau nak layan orang yang dah macam bapak kau tu? camne kalau ada orang macam kita ni yang layan bapak kau? kau sanggup?" dan stakat ni,budak tu selamat lagi laa..

"Akak pernah minum?" Pernah.nak try..tp akak x suka.. sakt kepala..nak g kerja pun susah..ye lah dah pekena tu,mau tak bangun2..dah bangun t,sakit kepala pulak..akak [pon x paham apa yang dorang suka sangat dengan benda tu... Malam ni,sebenarnya dorang ajak akak g bukit bintang..dorang cakap apa,"semua yang ko nak,semua ada kat sini" melihat muka blur saya,dia menyambung " ectasy,arak, kuda,sume benda lah..tapi akak tak nak..kalau dak masuk alam lain tu,mana kita edar kita buat apa nanti..ni pon ikotkan akak tak nak kuar,tapi dia ajak (kak A)..ikutkan dia nak kua ngan kawan laki,n dia nak pakai skirt arini (erk,skarang ni pon kemain seksi kak A..kalau dia pakai skirt,ya Allah...), tapi akak kate,xyah laa.kta lepak dengan dorang je la..(siapakah dorang? pengkid2 yang ada kat sebelah kami, sampai asiyah pon tertipu ingatkan mereka2 tu  lelaki)..atleast dorang masih perempuan..so akk x kisah sangat.. 

Sekarang ni,akak cuba korbankan diri,nak jaga dia (kak A)..akak memang tak baik,tap atleast,akak pandai jaga maruah lagi...

Setelah mendengar cerita panjang beliau,saya membuat kesimpulan sendiri bahawa, dia bukanlah zero tentang Islam,cuma terikat dengan persekitaran...sedikit nasihat dari seorang adik dan saudara saya sampaikan kepada nya,..Moga dia terbuka hati untuk kembali kejalan sebenar. doakanlah mereka..Itu cuma kisah mereka berdua,yang lain? Moga Allah beri petunjuk kepada kita semua..

Hampir jam 3.30 pagi,kami bertukar no telefon setelah berganti2 AJK menemani kami dari jauh, dan beberapa kali di telefoni sahabat dan kumpulan yang dah lama tiba di masjid,akhirnya kami menapak pergi dengan seribu rasa menghujani hati..Sempat bersalam dengan pengkid2 yang seolah2 ingin menelan kami.. dan sebelum pergi, kak B meluahkan....

Dik, sebenarnya, masa mula-mula nampak adik tadi, nak je akak cakap, "blah2,x payah nak nasihat aku. Tapi akak tak tau,bila korang datang, tengok muka korang, akak tak sanggup nak cakap pun. Tak terluah pon apa yang akak nak cakap tu".. Allahu Rabbi, sungguh kau telah memudahkan urusan kami....

p/s: jika benar anda berani, turunlah ke lapangan masyarakat. Disana akan kau temui harga sebenar keberanian.... Doakan saudara2 kita dipermudahkan untuk kembali kepangkal jalan.. Moga Allah tidak palingkan hati kita setelah diberi hidayah.Amin...