(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Saturday, April 23, 2011

He knows the best ^_^

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Pejam celik, bangun tidur, berjalan berlari, sedar tidak sedar sudah 2 tahun saya menjalani kehidupan di bumi UKM ini. Sungguh,saya tidak pernah terbayangkan untuk berada disini bergelar mahasiswa fakulti Sains dan Teknologi bagi jurusan sains Oleokimia. Malah saya juga bagaikan baru tersedar ,sudah 21 tahun saya menumpang dibumi ini dengan perancangan Illahi. Ya saya pernah merancang, dimana tempat saya ingin meneruskan pengajian, kos apa yang ingin saya ambil dan sebagainya. Setelah hampir 2 tahun disini, saya seakan tersedar, sunnguh perancanganNya adalah yang terbaik..

Wamakaru wamakarallah,Wallahu khairul Makirin... Kita merancang, dan Allah juga merancang, dan perancangan Allah itu adalah sebaik2 perancangan.

Imbas kembali, semasa saya kecil, saya sangat mengagumi polis. Selain pakaian mereka yang smart dan kemas, saya suka kerana polis akan menangkap orang jahat. Namun ditegah ibu kerana enggan anaknya menjadi kasar seperti lelaki. Kemudian beralih cita-cita menjadi doktor. Hanya kerana perkataan 'doktor' itu aga k ekslusif didengar, bahkan itulah pekerjaan yang biasa akan disebut seorang kanak-kanak =). Namun abah lebih berminat jika saya menjadi pensyarah. Hasrat abah saya diamkan kerana jauh disudut hati saya " saya bukanlah seorang guru yang baik, nanti semua budak menangis".. Sejak kecil saya ada satu sifat yang sering membuatkan saya lelah dan pening, sikap panas baran dan kurang sabar. Itu yang membuatkan saya takut untuk menjadi guru atau yang sewaktu dengannya...

Apabila menginjak ke tingkatan satu, saya masih tidak tahu hala tuju diri. apabila ditanya tentang cita-cita,saya akan menjawab dengan apa yang terlintas didalam kepala. Cuma saya menyimpan satu azam, saya ingin menyambung pengajian ke KISAS, walau tidak pernah kesana, namun sepert ada sesuatu yang menarik untuk saya kesana, namun hasrat saya tidak kesampaian. Kecewa, dan akhirnya saya membawa rajuk ke MRSM Muadzam Shah.

Disinilah memori paling banyak tercipta. Seolah kehidupan seorang insan biasa saya pelajari disini. Pergaulan dengan segala jenis manusia, membuatkan saya banyak berfikir sebelum bertindak. Tempat paling banyak saya membuat masalah dan inilah juga tempat yang mengajar saya erti dan hakikat sebuah kehidupan. Sungguh kehidupan mengajar kita erti tarbiyah sebenar. Tiada usrah tiada ceramah-ceramah, cuma yang ada hamparan sebenar sebuah kehidupan. Sungguh saya bersyukur,kerana segala permasalahan itu saya jalani secara realiti,bukan teori. Syukur Illahi kerana kesempatan dan pengajaran yang diberi. Terima kasih kepada kalian kerana sudi menjadi watak-watak dalam lukisan kehidupan hidupku..

Usai SPM, tekanan melanda  pabila ramai diantara rakan seperjuangan menerima undangan Skim Pelajar Cemerlang (SPC)..Maka satu persatu mereka melangkah meneruskan pengajian. Tekanan bertambah bila ada sahaja yang bertanya keadaan termasuklah abah. Saat itu,sungguh saya berasa sedih kerana hasrat untuk menyambung ke UK tidak kesampaian..(mungkin itusebabnya sy berada di UKm sekarang =) )

Borang matrikulasi sudah keluar !!..Apa? maka pantas tangan mengisi tempat tersebut 1) KMPP 2) KMM 3) KMNS.. Ingin kubawa rajuk ini.. Tiba-tiba..." Bak ic n password", arahan kembar... "Haa? baye awak ni,taw x KMNS tu matrik lama? taw x KMM n KMPP tu jauh? ..Bla..blaa blaa...".. Menahan telinga..dan akhirnya kuasa vetonya, KMPh dijadikan pilihan mereka... Maka, tercampaklah daku kesana....

Berada disini membuatkan diri semakin celik mata.. Percaya atau tidak, disinilah tempat saya punyai kawan paling sedikit. Selain rakan sekelas,selecture,searas dan beberapa orang kawan kepada roomate, saya tidak mengenali sesiapa. Namun disini jugalah mengajar saya untuk memperhalusi setiap tindakan manusia yang saya jumpa.. Dan Saya bersyukur,disebalik ras tidak puas hati saya, saya diberikan jawapan setiap pertanyaan dan ketidak fahaman diri. Syukur ya Allah,kau lah sebaik-baik peneman...

"jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hati atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau menggantikannya dengan pahala" -Al-Khatabi

Maka setahun saya menjalani kehidupan sebagai pelajar fizikal. Fizik? Igauan ngeri.. Sungguh subjek paling saya fobia semasa di tingkatan 4 dan 5 adalah fizik!.. Maka? mengapa saya mengambil sains fizikal disini?? Mungkin kerana result SPM saya, subjek Fizik lebih baik dripada Bio.. Satu fenomena yang saya sendiri hampir tidak percaya =)..

Tamat Matrik,maka perancangan seterusnya? Sekali lagi saya mengalami tekanan perasaan,..rakan-rakan sekelas di mrsm dulu,mula terbang meninggalkan diri keseorangan.. Hati bertambah pilu apabila rakan sekampung, juga mengkhabarkan berita yang sama... Dan ditambah beberapa faktor lain yang saya sendiri sudah lupa,sekali lagi saya ingin membawa diri... Benar,saat itu yang timbul dibenak fikiran saya, saya ingin ke tempat yang tiada seorang pun mengenali diri dan meneruskan hidup baru... Ingin saya membawa diri jauh dari segalanya....

Tiba masanya untuk mengisi UPU... Maka,pilihan saya, Unimas,UMS dan segala macam lagi. Sungguh saya tidak memikirkan apa-apa selain perasaan ingin membawa diri. Namun sekali lagi, kembar seperti dapat membaca pergerakan dan meminta password dan id... dan..........

" Mak,tengok dia ni mak, dia letak sabah ngan sarawak.. tau x, bile letak yang 2 ni, kompem dapat sini sebab tak ramai yang nak g sana...bla..bla..blaa"...  dan akhirnya mengikut persetujuan bersama (saya dan kembar) kami sepakat menyambung pengajian di UKM.. mereka master dan saya degree disana.. Maka tercampaklah saya disini bersama mereka.. Apabila tercampak disini,dari hari pertama lagi saya mendapat kejutan, bahawa salah seorang rakan sekelas saya di matrik dulu juga tercampak kesini,malah kejutan kedua dan ketiga juga membuatkan saya sakit jantung, kami sefakulti dan sekos...Bagaikan semalam, peristiwa itu berlaku,dari jauh,dapat kutangkap sesusuk tubuh seperti kukenali,dan akhirnya persoalan terjawab apabila beliau duduk dua baris dihadapan saya ketika sesi bersama Dr Azizan. Allahu Rabbi..Hancur hasrat saya untuk membawa diri ke tempat tiada orang kenali (statement kejam haha) .. (kepada insan tersebut,maaf, watak anda terselit dalam sejarah saya =) Ops, bukan beliau seorang,malah ada 2 orang lagi rakan sekelas saya dimatrikulasi dulu turut menyambung pengajian disini =)

Mengapa Oleokimia? Saya sendiri tidak tahu sebabnya.. Jujurnya, kembarlah yang bertanggungjawab meng'klik' kos ini semasa mengisi UPU.. Kerana mengenangkan rajuk,saya pasrah apa saja pilihan mereka..kuang3... Awalnya,saya agak kecewa kerana pilihan pertama saya ,psikologi, dan pilihan kedua sc forensik tidak diterima.. Namun kini saya sudah mampu menerima semuanya.. Malah saya bersyukur dengan takdirNya.. Owh ada satu perkara yang hampir saya lupa, semasa berada di Mrsm,kami perlu membuat satu projek (seakan tesis) sebagai syarat graduasi, dan projek yang saya lakukan adalah...jeng3... BIODIESEL!!!!  SunGGuh saya tidak pernah terbayang bahawa  projek saja-saja saya itu sebenarnya adalah pendedahan pertama saya tentang dunia oleokimia ini =)

Dan andai saya tidak tercampak kesini, maka tiadalah saya berjumpa semua insan-insan yang hadir mewarnai hidup saya pada hari ini, dan jika takdir ini tidak berlaku,dimanakah sebenarnya saya disaat ini? Adakah berjalan dijalan redhaNya atau Menjadi musuh utamaNya? Nauzubillahu min zalik....

Panjang sekali penulisan kali ini..semuanya sekadar mengingatkan diri, Wamakaru Wamakarallah, Wallahu Khairul Makirin... Ini hanyalah realiti hidup saya, berapa peratus perancangan saya yang menjadi kenyataan? Namun disebalik menjalani kehidupan bukan perancangan saya ini, banyak perkara yang saya pelajari dan saya syukuri.. Ini semua terjadi diatas perancangannya, andai perancangan saya itu dimakbulkan,adakah kehidupan saya akan seindah hari ini? Adakah akan ada peristiwa-peristiwa yang akan sentiasa menyegarkan jiwa menguntumkan senyuman diwajah saya atau sekadar coretan yang hanya akan menambah pilu dijiwa? percayalah,Dia mengetahui segala yang terbaik untuk kita. Maka,janganlah bersedih hati dengan ketentuanNya dan jangan pula berputus asa dari rahmatNya =)


"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat" -Hukama

p/s: Exam saya masih berbaki 2 paper,doakan saya dipermudahkan segalanya. ^_^ Dan terima kasih kepada kalian semua kerana menjadi watak-watak yang menjadi rencah kehidupan saya ..Terima kasih ya Allah untuk segalanya ^_^


~"Aku bersama sangkaan hamba-KU terhadap-KU, maka bersangka tentang-KU apa sahaja yang kamu ingini." - (Hadis qudsi) ~

5 comments:

Salam Manaff said...

ko ada kembar ke? tak clear apa yang dimaksudkan ngan kembar tu? samada betul2x kembar or ada makna tersirat.?

~b0rN aS a SlaVe~ said...

kembar tu kakak..
akk kandung,..
mereka kembar..^_^

محمد حذوان بن حميدان said...

ye.,perancangan Allah lah yg terbaik utk stiap hamba2Nya., trskan prjuangan di bumi UKM,moga mndpt yg trbaek di sana,amin~

Anonymous said...

And do not pursue that of which you have no knowledge. Indeed, the hearing, the sight and the heart - about all those [one] will be questioned. [سورة الإسراء:36]

Garang ke 'kembar' tu?? >_<"

www.travelogsangmusafircinta.blogspot.com said...

YB hazwan: terima kasih. Moga kita semua sentiasa dalam redhaNya. Amin..

Anon:u should ans it urself..huhu (-_-').. (i noe who u r..=P )