(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Sunday, January 9, 2011

:: andai kalian mengerti hakikat sebenar ... ::

Sedih,kecewa,terkilan. Sungguh, saya sedih.sedih, bukan terasa hati @ merajuk. Sedih kerana niat disalahtafsir. Cinta saya diremehkan hanya kerana saya bukan sesiapa. Saya akui bahawa saya tak pandai berkata-kata, malah jahil orangnya, namun, adakah itu menjadi tiket untuk saya terus meng'iya'kan apa yang terang menimbulkan keraguan di hati ramai individu yang tak mampu bersuara? saya penat menahan segala kepincangan yang saya sedari, semata-mata ada suara-suara yang menasihati saya agar tidak meluahkan kerana bimbang ada yang terasa hati @ menimbulkan masalah hati. Sungguh saya penat. Penat melawan 2 entiti berbeza yang muncul dalam hati yang sama, yang akhirnya meninggalkan saya dalam serba salah dan serba tak kena.

Kata-kata ibarat pedang.. Mungkin pedang saya saat itu tersalah menujah, hingga lain yang dicita, lain pula yang tercedera. Demi Allah, kata-kata saya itu bukan hasil desakan dan rontaan jiwa saya semata, tetapi ianya adalah ramuan bersama luahan-luahan dan segala macam eksperimen yang dah dijalankan. Maka amatlah menyedihkan apabila hukuman pula yang dijauhkan kepada diri. Malah,hukuman tanpa siasatan,dan lebih menakutkan,oleh rakan seperjuangan.

Allahu Akbar. perit..pedih..namun mungkin itu yang perlu saya telan, selagi maksud sebenar saya tidak kesampaian.Katalah apa saja, pintaslah segala kata-kata saya,dan buatlah apa saja, selagi kalian tak cuba memahami, kalian akan terus menyalahkan saya. Bukan saya yang perlu kalian fahami, tetapi fahami segala kata-kata yang pernah kalian luahkan,fahami segala janji-janji yang pernah kalian lafazkan.Pasti akan ada yang meragui dan memperlekehkan diri ini,biarkan. Cuma hanya satu yang ingin saya tekankan, demi Allah, saya lakukannya kerana saya cintakan kalian.

Maafkan diri ini atas segala kesalahan atau keceluparan.

2 comments:

Nanie Mujahidah said...

hahaha.. saya terasa lagi.. hahaha.. x de la.. gurau je.. hang ok x ni? lepak beb.. lepak.. jangan emo memakan diri.. smile..=) saya knal awak sgt la.. awak x leh nak sembunyi.. kadang2 penulisan kita menggambarkan hati kita.. neway, be ur self..

Siti SArah Ahmad Rusli said...

salam zue.awak kenal x abang Arip Misrol??kenal kan...die garang mcmne pun die kerek mcmne pun die x kisah org x suke die sbb die prnh bgtau yang penting Islam tu kat atas (akk sgt2 terkesan ayat tu),setiap org ada personaliti masing2,kalo sume sayuq..maka sayuqlah sume,dlm gerakan kite perlukn golongan pendesak,xde golongan ni..i dont know how to say,yg penting zue,kite biarkn diri digunekn utk Islam,Insyallah sume settle,teruskan berjuang dik