(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Friday, July 1, 2011

Lembut itu sayuq?

Suatu hari ,seorang suami pulang ke rumah. Dalam keadaan penat dan moody, ketensyenan bertambah pabila melihat rumah yang bersepah dengan mainan anaknya yang bersepah. Maka, teruslah dia melenting memarahi isterinya kerana 'tidak buat kerja'. Isterinya hanya mendiamkan diri. Esoknya, sekali lagi dia terkejut benar melihat rumah yang jauh lebih serabut daripada semalam. Rumah yang tidak berkemas,permainan yang berterabur, baju yang tak berbasuh, pinggan mangkuk yang tak bercuci dan tiada makanan yang dimasak. Maka bertanyalah si suami kepada isterinya ,"apa yang awak buat ni? (dengan nada marah).Maka spontan si isteri menjawab " hari ni saya betul-betul tak buat apa2".

Fullstop.simple. Rasanya ramai yang pernah dengar cerita ni atau mungkin ada yang pernah alami. Mungkin situasinya, bukanlah situasi suami isteri,namun mungkin berkaitan dengan tugas atau pekerjaan. Familiar bukan? Adakalanya apa yang kita lakukan tidak disedari,maka dengan segera kita dicop tidak membuat kerja,lembab dan sebagainya. Ada yang mengambil situasi ini sebagai 'booster' atau pemacu semangat, malah ada juga yang terus membiarkan diri memakan hati dan akhirnya mengambil keputusan meninggalkan terus apa yang sedang diusahakan tersebut.

Situasi ini bukan sekadar dongengan. Hanya satu yang dapat ku ungkapkan,bersabarlah, biarkan mereka terus dengan sangsi mereka, Dia mengetahui segalanya. Jangan diharap penghargaan atau terima kasih dari manusia,kerana kita hanya akan sakit jiwa. Sedangkan berterima kasih dengan Allah (baca bersyukur) pun manusia liat,inikan pula kita yang bukan sesiapa. Namun, menasihati orang lebih mudah berbanding menasihati diri ketika ujian yang sama mendatang.

Sungguh,saya sangat menghargai keprihatinan yang diberi,cuma sedikit terganggu dengan panahan jerkahan yang adakalanya membuatkan seseorang terlumpuh seketika. Sayuqkah jika berlembut? Sotongkah jika bicara halus yang diluahkan? Mengapa memilih terajang yang keras,sedangkan ia hanya mampu menyedarkan tetapi menyakitkan,berbanding usapan dan ucapan yang lembut yang juga mampu menyedarkan malah ia menenangkan hati dan memotivasikan jiwa. Mengapa memilih menjadi hamba yang keras,sedangkan Dia Maha Lembut?

Akhir kalam,maafkan andai ada yang terasa hati. Bukan berniat mengadu teruji,cuma ada kalanya diri membentak untuk berkongsi agar dapat bersama kita insafi diri.