(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Friday, February 3, 2012

:: Bidadari kecil ::

2/2/2012,   9 Rabiul Awal 1433

Alhamdulillah,ketika mana ummat Islam diserang kerinduan kepada kekasih Allah, Muhammad, saya diberi dua kali kegembiraan. Kegembiraan & kesyahduan terhadap kasih sayang insan bernama Muhammad terhadap umatnya ini ,walau tidak sempat bertemu,dan kegembiraan saya menyambut kedatangan seorang lagi umat Muhammad yang InsyaAllah, akan menjadi salah seorang srikandi agamaNya. Gembira,bersyukur, sungguh, tak sabar ingin menatap insan suci tak berdosa ini.. Nurul Imani, adik kepada Nurul Izzati. Menambahkan bilangan anak ku, menjadi 5 orang.

comel macam saya kan =)

Semoga insan ini membesar sebagai seorang muslimah yang solehah. Amin..

Sungguh,baru hari ini ku mampu bernafas.Menerima berita kehadiran bidadari ini,memberi satu nafas baru kepadaku. Setelah hampir semiggu diterjah pelbagai perkara, tanpa sempat diri membuat segala kelengkapan menerimanya. Dikejar dosa-dosa silam. Mana lagi ingin ku lari? Namun Allah masih tebal rasa kasih sayangnya, masih ditunjukkan hikmah segala perkara yang telah berlaku kepadaku, walau perkara tersebut telah berlalu bertahun-tahun lamanya.

Dia tak memakbulkan harapan ku pada suatu masa dahulu, kerana memberi aku peluang agar benar-benar bersedia . Di saat aku terlalu menagih jawapan itu, Dia tinggalkan aku dengan jejak, untuk membuatkanku berfikir, dan kini Dia benar-benar menunaikan hasratku itu. Maka, nah! Rasakan. Inilah segala jawapan yang kau tagih dahulu.

Namun ku tak menyesal, malah ku bersyukur, kerana Allah ingin menegurku agar lebih berhati-hati. Berhati-hati meneruskan perjalanan, berhati-hati melalui denai kehidupan ini.

Mendengar perkhabaran bidadari kecil ini, harapan semakin mewangi. Jangan, jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya. Kerana ,Dia tak pernah sesaat pun membiarkanku keseorarangan. Hanya, kerana dosa dan maksiat diri iniah yang menhijab diriku daripada merasai kehadiranNya. Allahu Rabbi ..Ampuni keterlanjuran diri ini..

Sabda Rasulullah SAW:
 "Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya daripada sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal."

Dua hari lagi tibalah 12 rabiulawal .. Tarikh dimana insan agung telah Allah pinjamkan kepada dunia, rahmat kepada seluruh alam. Kekasih nya yang tabah,tenang dan paling pemaaf,walau dicaci dihina, disakiti, kerana cinta kepada umatnya. Muhammad nama manusia Agung itu. Manusia yang mana jasadnya telah pergi meninggalkan kita, namun cintanya tetap kekal sampai kiamat.

Insan yang dimana, menanti-nanti kehadiran umatnya di Padang Mahsyar nanti. Memanggil-manggil umatnya untuk diberi syafaat.Sedang kita berlari kesana sini, mencari-cari.. Hebatnya kita, Rasul suci itu yang merintih,memanggil-manggil kita, sedang kita menjauhkan diri darinya. Nauzubillah.

"Tahap perkenalan aku dan umatku adalah bergantung kepada kekerapan dia berselawat kepadaku"

Perbanyakkan selawat. Sekali kita berselawat 10 kali Allah berselawat keatas kita. Nah, mengapa kau masih menyombong, memberatkan mulut dan hatimu? Sedang dia,hingga ke akhir hayatnya menyebut mu. Aku. Kau. Dia. Mereka. Ya, kita semua, umatnya. Peringatan buat diriku dan dirimu.

~Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad, Wa a'la ahlihi wa sohbihi wabarik wasallim~