(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Saturday, March 20, 2010

pesta buku =pesta ilmu



Bismillahirrahmanirrahim.......

Alhamdulillah, setelah seharian mengembara di PWTC, akhirnya kami selamat tiba.. Walaupun hampir 8 jam berada disana, kami masih belum puas.. Rancangan saat akhir kami untuk kesana, nampaknya tidak mengecewakan,walaupun pada mulanya kami terpisah oleh 2 train yang berlainan akibat, kelewatan pesawat k.izzah mendarat ngeee..(^_^)v.. Tiba disana bersama k.hajar, meneroka segenap sudut pameran buku tersebut..mantap seh.. Terpukau jap tengok buku2 yang tersusun dengan redho atas rak @ meja.. buku2 yang bjaya di borong

Setelah keletihan kami (sy n k.hajar) mengambil keputusan untuk duduk di depan pentas utama di sana. Tanapa kami sedari, keputusan kami itu adalah keputusan yang menguntungkan, kerana slot seterusnya, iaitu tika kami duduk melepaskan lelah, adalah slot insan yang tidak asing lagi dalam perbahasan perbandingan agama, Bro Shah Kirit !!!.. Teruja jap, walau kadangkala telinga diganggu announce2 yang x best, antaranya, "perhatian kepada sesiapa yang kehilangan anak bernama XXXXX sila datang kekaunter pendaftaran"..haha ape daa.. bahaya tol, ni laa payahnye kalo mak ayah truja sangat tengok buku, smpai lupe kat anak sendiri..



Opps back to da story.. Kali ni Bro Shah bercakap tentang "Allah Milik Siapa".. N of course da answer, Allah bukanlah milik sesiapa, tapi kita semua adalah milik Allah... ada 2 persoalan utama dalam isu ni :
1) Bolehkah non muslim menggunakan perkataan Allah?
2)Wajarkah 'God' in bible, diterjemahkan sebagai Allah ?

Persoalan sebenar tentang isu ini adalah soalan kedua, tetapi, keadaan menunjukkan kita lebih terfokus kepada soalan no satu..Apabila ditanya kepada pihak kristian , apa yang menyebabkan mereka b eria-ia mahu menggunakan kalimah Allah ini didalam bible versi bahasa melayu? jawapan :untuk memudahkan orang melayu kristian. Bila ditanya kembali,kenapa tok bible versi melayu je dan kenapa nak guna Allah, bukan tuhan??? jawapan mereka : itu hak kami...

Bercakap mengenai hak, pihak kristian mempersoalkan, mengapa disemenanjung, pengunaan kalimah Allah ini menjadi isu sedangkan , orang Arab yang bukan islam, sudah lama menggunakan kalimah Allah ini, sedangkan peribumi Sabah dan Sarawak bukan Islam telah pun menggunakan kalimah Allah ini.. Sahabat2, orang Arab, menggunakan kalimah Allah bersesuaian dengan sifat Allah.. mereka tak mengatakan berhala2 merekalah yang menurunkan hujan, tetapi Allahlah yang menurunkan hujan.. Mereka percaya dengan Allah, namun mereka tidak beriman dengan Allah..

"Dan sungguh,jika engkau tanyakan kepada mereka,"siapakah yang mencipta langit dan bumi? "nescaya mereka menjawab,"Allah".......
-Az-Zumar:38


Mengenai masyarakat pribumi Sabah Sarawak, untuk pengetahuan semua, asalnya mereka tidak menggunakan perkataan Allah ni, tetapi penggunaan kalimah Allah bermula pabila pihak mubaligh kristian membawa masuk kitab-kitab dari indonesia..

Ketika perbincangan Bro Shah Kirit melontarkan satu pertanyaan, mengapa tidak gunakan kalimah Allah didalam bible versi Inggeris? kesemua mereka terdiam.. Mengapa? Jom kita perhatikan..

Salah satu ayat didalam bible, Jesus ada mengatakan "my father is greater than i".. cuba kita tukarkan 'my father' sebagai Allah.. Bukankah maksudnya, "Allah is greater than i"?? @ dalam bahasa melayu, Allah lebih hebat dari saya(isa)..

Contoh kedua, dari Gospel Of Leuk chapter 12 verse 29 "Jesus pray night long to god".. Skang tukarkan god kepada Allah.. Bukankah maksudnya, Jesus (isa) solat malam yang panjang kepada Allah.. MAksudnya apa? Jesus (Isa) menyembah Allah!! Bila ditanyakan kepada pihak kristian, apakah benar kamu mempercayai Isa menyembah Allah, bahawa Allahlah yang paling berkuasa, semua terdiam, tetapi kepala menggeleng2...

Apabila ditanyakan ,apakah perintah paling penting didalam bible? jawapannya terdapat dalam Gospel Of Mark " God is one"@ isa mengatakan " adonied ihaid"..maksudnya? god is one.. untuk pengetahuan semua, NAbi Isa menggunakan bahasa Ibrani @ hebrew, bukan bahasa Arab..

Pihak kristian menafikan bahawa mereka ada 3 tuhan. tetapi mereka percaya pada 1 tuhan. bagi mereka, god father ,ruhul qudus , dan jesus bukanlah 3 tuhan, tetapi 1 tuhan. 3 dalam 1,3 in 1..

Sahabat-sahabat, ada baiknya jika mereka menggunakan kalimah Allah ini, tetapi!!, hanya kepada sesuatu yang benar-benar menepati segala sifat-sifat Allah. bukan, sewenag-wenangnya mengguinakan kalimah Allah bukan pada tempatnya.

"Dan sungguh,jika engkau (Muhammad) tanyakan kepada mereka, "siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu mereka akan menjawab, Allah."katakanlah,segala puji bagi Allah,"tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui..
-Luqman:25


Dan ada baiknya bila timbul isu ini..Ia membuka mata ramai pihak tentang Islam dan Allah.. Dan perkara ini sebenarnya menyedarkan kita, betapa lemahnya aqidah umat Islam masa kini.. Andai aqidah umat Islam mantap2, semantap aqidah para sahabat, saya tak merasakan kita akan merasa terancam dengan polemik ini... Dan.. Persoalan yang paling besar saya kira, apa usaha kita dalam usaha mengukuhkan aqidah umat Islam hari ini??? saya tinggalkan ini sebagai persoalan dan peringatan untuk kita sama-sama muhasabah diri..Wallahualam..


~ stay in unity and Islam will win~

Monday, March 15, 2010

siapakah ????



Golongan manakah kita


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu
sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan
sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya
kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan
cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2
kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa
Tuhan tidak akan menyiksanya dengan
kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil erkata,"Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan
halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,
pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Golongan manakah kita? tepuk dada tanya iman.....sama2 muhasabah diri...^_^

~ stay in unity and Islam will win~

Tuesday, March 9, 2010

A = Z , samakah??

Dalam sebuah negeri, tinggal seorang penembak tepat aka sharp shooter.. Semua yang dia tembak akan kena tepat pada sasaran. Semua penduduk kampung amat teruja dan berbangga dengan kebolehan beliau..

Pada suatu hari, satu pertunjukan akan diadakan di kampung tersebut. Ramai orang yang mengerumuni sharp shooter tadi. Letak epal, epal hancur, letak botol, botol pun hancur.. Senang cerita, letak la apa pun, semua akan kena tepat pada target tersebut.. Setelah beberapa kali membuat demo, si penembak tadi pun berkata " Percayakah kalian semua dengan kebolehan saya?" ramai-ramai menjawab "ya, kami percaya".. Kemudia si penembak tadi pun berkata," percayakah kalian, bahawa saya tidak akan tersasar dari menembak target saya?" sekali lagi mereka menjawab " ya kami percaya".. Kemudia si penembak meneruskan kata-katanya.. " Jika kalian semua percaya, maka saya ingin memanggil seorang dari kalian, untuk saya letakkan target diatas kepalanya, demi membuktikan kepercayaan kalian tadi.Jadi saya meminta agar salah seorang, sila maju kehadapan." Senyap.............

"Sila lah kehadapan.. Tadi kan kalian mengatakan bahawa kalian mempercayai saya? Jadi saya mohon kerjasama, buktikan kepercayaan kalian tadi".. Dan akhirnya, keluar lah seorang daripada mereka, setelah ditolak2 dan dipaksa penonton yang laen....

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sengaja saya hentikan cerita ini tak berpenghujung.. Apa yang ingin saya sampaikan hanyalah mengenai dua perkataan yang macam serupa tapi langsung tak sama.. YAKIN dan PERCAYA.. Antara sedar dan tidak, ramai yang menyangkan yakin adalah percaya, sedangkan hakikatnya, taraf yakin adalah lebih tinggi daripada percaya.

Berbalik kepada kisah tadi, kita dapat melihat berapa ramai yang PERCAYA dengan kebolehan si penembak, namun, hampir tiada yang YAKIN dengan apa yang mereka percayakan..

Ingin saya kaitkan dengan fenomena kita pada hari ini.. Ramai yang mengaku Islam cara hidup yang lengkap..Namun berapa ramai yang benar2 yakin cara hidup Islam ni mampu melengkapi segala kelompangan hidup kita pada hari ini? Mengaku Islam lah yang paling adil dan paling saksama dalam membuat sesuatu hukuman atau denda, tapi masih pertikaikan keberkesanan sistem hudud yang dah lama wujud dalam Islam..

Paling senang, berapa ramai yang mengaku Islam agama paling sempurna, namun, x yakin Islam mampu menyempurnakan kehidupan didunia dan akhirat??? nauzubillah...

example laen, banyak..namun saya tinggalkan untuk anda berfikir..opss silap, untuk kita sama-sama berfikir.. sebarang teguran, amatlah digalakkan..

p/s: title mgkin x de kne mngena ngan post ni.. so jangan tensen yea ^_^


~ stay in unity and Islam will win~

Thursday, March 4, 2010

saya sayang mereka




Bismillahirrahmanirrahim...

Akhir-akhir ni post saya amat tak keruan..atau dalam bahasa yang lagi mudah, mengarut je banyak.. Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan, namun,keterbatasan waktu serta kata-kata yang tiba-tiba membeku menyebabkan blog ni semakin suram..

Semalam saya dihidangkan dengan kepentingan usrah.Bila menyebut usrah, secara automatik, fikiran saya melayang teringatkan kedua insan yang amat saya cintai.. Abah dan emak..

Sebenarnya post ni dah lama saya fikirkan,namun keterbatasan menghalang.. Segalanya bermula ahad lepas... bila tiba-tiba saya menerima panggilan abah.. Sekadar bertanya khabar dan perkembangan saya disini.. simple,ringkas, namun, setelah sesi berbual tamat, saya dihambat kepiluan dan rasa bersalah..

Seorang abah dengan 9 orang anak,mampu untuk bertanya khabar anak-anaknya, tapi saya, hanya ada seorang abah, tetapi gagal untuk melakukan hal yang sama. Siapa saya? Sibuk sangat ke? sedang abah yang kerja siang malam untuk anak-anak, ada je masa nak kol, tapi saya??

Sedang saya dihambat kepiluan, tiba-tiba saya tringatkan kata-kata semasa menonton forum perdana kat TV1 ketika cuti selepas matrik tahun lepas..

" Hati-hatilah , jangan sampai kita terlabel anak derhaka. Perkara yang selalu terjadi zaman sekarang, mak ayah yang kol anak2..Tapi anak2 macam tak peduli,seolah2 terlalu sibuk. Saat tu, berhati-hatilah kamu. Sepatutnya, kalau ibu bapa yang kol kita, jangan angkat, tapi kol mereka balik.. Kata kat mereka, mak ,ayah, maaf,sepatutnya saya yang kol mak dan ayah..dan jelaskan kedudukan kita..jangan sampai mereka terasa hati dengan kita" -err maaf,saya takot ada yang salah faham, apa yang cuba disampaikan adalah, sepatutnya si anak yang ingat dan kol ibubapa, bukan ibubapa yang kol anak. Takut ibubapa terasa hati dengan kita, takut kita tergolong dalam golongan yang derhaka....

Jangan kita lupa, betapa besar kedudukan mereka, dan betapa besar peranan mereka terhadap kita. Ada satu kisah, zaman Rasulullah, time 2 nak berperang, ada sorang sahabat nak ikut perang sekali,tapi kat rumah dia ada mak dia yang sakit, dan Rasulullah cakap kat sahabat ni, "pulanglah, dan jagalah ibumu.. ".. Kalau kita ikut logik, baik pergi je perang , tapi nape Rasulullah suh sahabat tadi balik dan jaga ibu nya? Sebab syurga dibawah tapak kaki ibu..

Post ni bukan nak blame sape2..cuma peringatan buat diriku dan sahabat2.. Janganlah kita berjalan dibumi Allah ini seolah-olah ahli syurga, jika pada hakikatnya, neraka adalah hadiah buat kita.NAuzubillah...


" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang diantara keduanya @kedua-duanya sampai beusia lanjut dalam pemeliharaaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil"
-Al-Isra' 23-24




~ Saya sayang mak abah dan family saya~

Tuesday, March 2, 2010

fikir-fikir



Beberapa hari kebelakangan ini, saya sering diuji dengan pilihan. Walaupun pada realitinya, kita setiap saat diuji dengan pilihan, namun situasi dikala ini agak menekan jiwa saya. Bila kita dihadapkan antara kemahuan dan keperluan,mudah untuk kita membuat keputusan. Namun bila yang dihadapkan kedua-duanya berupa amanah, saya mula bingung. Bimbang kecundang dalam membuat keputusan yang sepatutnya.

Jika dahulu, membuat keputusan adalah satu pekerjaan yang amat tidak saya sukai. Saya lebih rela orang lain yang tunjukkan saya jalan, daripada saya membuat keputusan sendiri. Memikirkan tentang dua pilihan, sering mengundang kegelisahan kepada saya. Namun, seiring dengan usia, saya mula menyedari, betapa saya telah menyerahkan hidup saya kepada orang lain. Dan apa yang saya lakukan selama ini, tidak ubah seperti robot yang telah disetkan pejalanan hidupnya.

Namun, harus saya akui, membuat keputusan memang mudah, tetapi membuat keputusan yang tepat memerlukan muhasabah dan pandangan yang jauh kehadapan. Mungkin ada yang akan katakan betapa saya terlalu membesarkan perkara yang kecil. Bagi saya, tiada perkara yang kecil dalam hidup ini.Segala perkara kecil, jika tidak ditangani dengan betul, tetap akan menyebabkan parah yang lebih besar. Sebagai contoh, tidur. Simple. Namun, andai kta kurang tidur, oleh jadi kesannya, kita akan agak terawang-awangan ketika didalam kuliah. Bila dah terawang-awangan, pasti payah tok kita fokus. Dan akhirnya.........anda faham2 sendiri ^_^...

Tidak kira apa jua perkara, perlu kita teliti secara terperinci agar tak menyesal di kemudian hari. Walau hebat manapun kita dalam berfikir, jangan lupa untuk berdoa kepada Allah agar mendorongkan hati kita dalam membuat keputusan yang terbaik kerana hanya Allah yang mengetahui segala yang terbaik untuk kita...

Ya Allah,kau dorongkanlah hati kami dalam setiap apa yang kami lakukan..Tunjukkan lah kami jalan yang membawa kami dekat denganmu dan permudahkanlah segala urusan kami. Sesungguhnya hanya padamu letaknya segala kebaikan.....


p/s: moga keputusan yang kuambil, yang terbaik untuk semua..
post yg x sngaje ku tulis ngeeeeeeeee