(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Monday, September 20, 2010

Manusia dan Alasan


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Sebulan telah berlalu.. Disaat blogger-blogger lain sibuk mengupdate blog, memeriahkan Ramadhan dan Aidilfitri, saya seolah-olah hilang punca. Tiada satu tulisan pun yang mampu saya post walaupun jari mula menari rap diatas keyboard. Diakhir cerita, akhirnya butang 'x' di penjuru kiri ini juga yang di menjadi pilihan.

"Siapa yang takde idea, bermakna, orang tu tak berfikir "

Pendek tapi tajam lagi menajamkan.. Jawapan yang diterima setelah alasan 'xde idea' diberi sebagai sandaran kepada kemalasan diri untuk mencoret. Ayat tu terngiang-ngiang ditelinga, bemain-main diminda walaupun sudah hampir 2 minggu berlalu. Demi mengelakkan diri dari diletakkan sebagai pesalah, kami mencipta pelbagai alasan. Agak tidak matang alasan-alasan yang diberi, namun,itulah yang selalu kedengaran -malas, takde masa, takde idea- ... Hati saya agak membentak tatkala alasan yang diberi mendapat 'hadiah' tajam lagi menajamkan itu.. Namun, akhirnya harus saya akui kebenaran kata-kata itu dan kini saya hanya mampu tersenyum sendiri apabila pita memori itu berputar tiba-tiba memikirkan ragam manusia.



Manusia memberi alasan untuk mempertahankan ego masing-masing. Mungkin agak kasar, namun mungkin itu yang dapat saya simpulkan. Demi mengelakkan diri daripada diletakkan di kandang pesalah, manusia akan memikirkan pelbagai 'sandaran kepada persoalan/masalah' atau dikenali sebagai alasan.

Suatu ketika dahulu, saya sering bermonolog sendiri, andai ada yang ingin bertanyakan mengapa,kenapa,dan sebagainya terhadap sesuatu yang saya lakukan atau yang tidak saya laksanakan, saya ingin sekali menjawab " jangan disoal kenapa, kerana apa yang akan dibalas sebagai jawapan, adalah alasan semata-mata." Namun hingga ke hari ini, jawapan ini hanya setakat bersuara didalam diri sahaja.

Alasan. Mengikut thesaurus, alasan bersinonim dengan landas,alas dan andas ". Manakala kamus dewan mentafsirkan pekataan alasan sebagai asas atau dasar. Namun mengikut kamus saya,(kamus szi , maaf tiada di pasaran =p) alasan hanyalah 'kambing hitam' dalam sesebuah bicara atau keadaan.

"Qulil Haq walau kana murro"

Dalam Islam,kita tidak diajar untuk beralasan. Yang diajar hanyalah 'berkatalah benar walaupun pahit. Kita diajar untuk menjadi insan yang jujur. Sejujurnya, ambil peluang ini untuk mengimbas, benarkah segala alasan yang kita gunakan selama ini? Jujurkah kita disaat melafazkan alasan-alasan itu? Hati-hati, berkemungkinan, hati kita sedang memikirkan alasan tika ini ^_^.. Hati-hati dengan hati~

Dalam kita memperkatakan sesuatu, pastikan kita mengatakan sesuatu yang jujur dan betul. Andai ada kekejaman didepan mata, berkatalah sejujurnya tentang itu. Jangan disebabkan pelakunya 'sesuatu' yang berpengaruh, kita sanggup membutakan mata kita, lebih teruk lagi jika kita menutup mata hati kita sendiri. Saya terlupa pemilik kata-kata ini, namun ianya masih utuh di ingatan saya.

" Apabila berlakunya kezaliman didepan kamu, janganlah berdiam diri. Kerana jika kamu berdiam diri, bermakna kamu merestui perbuatan itu"


Jadi pilihan ditangan anda.. Berhenti memberi alasan dan teruskan kehidupan~

~ stay in unity and Islam will win~