Sekian lama terdetik, namun baru saat ini mampu saya suarakan ilham yang terlintas ketika menonton kartun Mulan suatu ketika dahulu. Merujuk perkara diatas, saya dengan ini ingin menegaskan bahawa tulisan kali ini langsung tiada kaitan dengan mulan jameela @ yang sewaktu dengannya. Mulan yang saya maksudkan disini adalah Fa Mulan, watak kartun china yang juga bertajuk Mulan. Pertama kali melihat cerita ini,saya mula tertarik dengan semangat Mulan, yang sanggup korbankan dirinya demi ayahnya yang sudah tua dan sakit untuk ke mdan perang. Sebelum saya melalut, izinkan saya menerangkan sedikit tentang perjalanan cerita ini.
Mulan merupakan seorang anak perempuan kepada Keluarga Fa,iaitu seorang askar, bertindak menyamar menjadi seorang lelaki demi menggantikan ayahnya yang sakit untuk melalui sesi latihan seterusnya mengikuti peperangan dengan kaum Han.Keberanian dan rasa tanggungjawab yang tinggi menyebabkan beliau sedia dihukum ketika kembali menemui jeneral shang ketika majlis menyambut kepulangan tentera ,setelah menyedari tentera-tentera Han masih belum mengalah dan akan melakukan serangan sekali lagi walaupun pada ketika itu rahsia penyamaran beliau telah pecah dan akan dikenakan hukuman mati. Namun di pengakhiran ceritanya,beliau dapat menguasai situasi dengan sempurna dan kejayaan berada di pihak beliau dan beliau dapat kembali kepangkuan keluarga setelah mendapat keampunan dari Maharaja China.. Tamat.
Jadi apa kena mengena dengan khaulah binti Azwar? Saya pasti, apabila dua nama ini disebut, majoriti akan sangat familiar dengan mulan berbangding khaulah, lebih-lebih lagi bila muncul seorang penyanyi bernama mulan jameela (x de kena mengena). Perkara ini lah yang menyebabkan saya berasa serba salah andai tida saya kongsikan.
Siapa khaulah? Sinopsis Khaulah jua tak kurang hebatnya seperti Mulan. Khaulah juga menyamar diri menjadi seorang lelaki,demi menyelamatkan abangnya,Dhirar bin Azwar.Ketika peperangan diantara kerajaan Rom dan Pihak Muslimin, seorang individu tak dikenali yang berpakaian serba hitam mara ketengah medan peperangan walaupun ketika itu anak panah membanjiri medan yang dahagakan darah tersebut. Sekali hayunan pedangnya mematikan 3 nyawa musuh, membuatkan Panglima terntera ketika itu iaitu Khalid Al-Walid kehairanan memikirkan siapakah individu tersebut. Dipendekkan ceritanya, setelah diketahui dia adalah Khaulah dan tujuannya membebaskan Dhirar,Khalid membiakan beliau bersama muslimin lain untuk terus berjuang, hinggalah kepada pembebasan Dhirar. Namun keberanian dan semangat beliau bukan terhenti setakat disitu, terlalu banyak untuk ditulis,maka rajin2 kan diri menjenguk ke blog ini Khaulah binti Azwar ^_^.. Jika Khalid Al-Walid digelar pedang Allah bagi pihak muslimin, maka Khaulah binti Azwar pula digelar pedang Allah dikalangan muslimat.
Nama Kaulah mungkin semakin tenggelam,kerana kurangnya pendedahan dan kurangnya ikon muslimat yang mampu menjadi pantulan tokoh-tokoh muslimat pada masa kegemilangan Islam lampau. Sungguh saya terasa pedasnya ketika beberapa orang sahabat membangkitkan isu 'muslimat kita lemah'. Saya bukanlah seorang yang berani merangkul senjata, malah bukan juga yang lantang untuk bersuara,namun izinkan saya berkongsi segala apa yang termampu, moga-moga ianya mampu menjadi asbab untuk kita semua berubah.InsyaAllah.
~Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia~
No comments:
Post a Comment