Salam Ramadhan Kareem
“Tak payah la sukan-sukan sangat.. baik jadi ustaz, lagi baik..”
Saya tidak pernah menolak profesion sebagai ustaz atau pendakwah, namun kerana berada di dalam kehidupan yang liberal, kadang kala kita tidak menyedari bahawa kita sering memisahkan dunia dan akhirat.
Selama pemerhatian saya sepanjang berlangsungnya Sukan Olimpik yang sering mengundang kontroversi pelbagai pihak, pelbagai jenis pintu dakwah tersedia terutamanya buat pemain itu sendiri di samping penonton. Walaupun sukan kali ini dikatakan penuh kontroversi seperti dikaitkan dengan perancangan illuminati, perbalahan berkaitan ibadah puasa, dan lain-lain, namun pada pendapat saya kita yang memerhati perlu bijak menilai. Saya menghargai kesedaran yang ditunjukkan kesemua pihak berkaitan soal ini, namun jauh di sudut hati saya berharap, kepada yang menyebar agar lebih dahulu memahami dan mengkaji, agar kita tidak ditertawakan atas kejahilan sendiri.
Tiada apa yang boleh saya ulas berkaitan illuminati kerana setakat pembacaan dan kajian yang saya jalankan, perkara ini teramatlah licik selicik politik. Bukanlah saya ingin menyamakan politik dan illuminati, Cuma hanya perasaannya yang sama. Di mana kita akan berasa kekeliruan yang teramat di antara perkara yang betul dan tidak. Kadangkala yang kita percayai kerana selari dengan hukum alam, itulah yang sebenarnya di catur. Sesuatu yang kelihatan bulat sebenarnya petak, dan kita telah di doktrin tanpa kita sedari untuk mempercayai bahawa ia adalah petak.
Berkenaan puasa ,ini adalah salah satu pintu dakwah yang saya nyatakan sebelum ini. Betapa besarnya pengaruh orang yang bersukan terhadap orang sekeliling, memang tidak dapat disangkal. Contohnya seorang jaguh yang terkenal berpuasa, atau paling tidak solat seperti yang diwajibkan, rakan-rakan senegara dan sedunia akan memerhatikan. Jika yang yang melihat itu ali sukan yang Islam, akan berasa insaf. Jika yang melihat itu ahli sukan yang lemah,akan memikirkan bahawa jaguh itu menemui kekuatan dalam solat atau puasanya. Dan buat penonton, ini akan menjentik pintu hati mereka, di kala Ramadhan ini pun si Jaguh mampu menunaikan ibadahnya, mengapa tidak dia yang hanya memerhati dengan aman? Namun segala-galanya berbalik kepada individu tersebut, sama ada mereka berfikir. Namun kita hanya dituntut untuk melakukan, bukan melihat hasil.
Itu berkaitan ibadah khusus. Dakwah terlalu luas. Dunia sukan di pelopori pelbagai lapisan dan jenis masyarakat. Maka ia adalah medan terbaik untuk menyusup ke dalam hati orang bukan islam dan kurang islam. Hanya dengan akhlaq yang baik dan mentaati segala perintahnya, maka paling kurang ,pasti ada sesuatu yang kita tinggalkan dalam hati mereka. Bergaullah dengan baik, berkatalah dengan lembut, berakhlaqlah semampu mungkin, tutupilah aurat sesempurna mungkin, walau ketika dipertemukan di gelanggang pertempuran.
Jika kalah, bangun kembali dengan percaturan yang lebih baik dan lebih bersemangat. Bukankah orang yang beruntung adalah orang yang hari ini lebih baik dari semalam ^_^ .Barulah Islam dipandang sebagai orang yang bersemangat juang tinggi, pantang menyerah dan Kuat!
Maka, siapa kata sukan tidak mampu membawa kita ke gerbang syurga? Namun hanya setelah segala syariatNya dipatuhi. Malah cabaran nya lebih mencabar daripada mereka yang hanya berpentas dakwah di masjid-masjid. Kerana mereka terjun ke medan masyarakat yang tidak tahu asal usul pegangannya, yang pelbagai ragam dan pelbagai aksi demi mendapat segenap nikmat dunia yang dijanjikan. Moga Malaysia dapat melahirkan ahli sukan yang benar-benar mempunyai ruh Islam dalam dirinya. Dan kita juga. Because all of us are players in this world.
p/s: Congratulation to Dato’ Lee Chong Wei, we can see your hard effort. Thinking of, who will replace him..?
~ We are all player in the game call world ~