(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Tuesday, June 22, 2010

No title

Lama saya memerhati fenomena yang melanda tanah air tercinta ini.Bermula dari kes Apco diikuti kontroversi lesen judi, serangan keatas sukarelawan ke Gaza hinggalah isu JI. Andai tahap keprihatinan masyarakat dapat saya terjemahkan dalam bentuk graf,pasti graf turun naik dengan kecerunan yang tinggi akan saya dapati =)..

Apabila isu Apco timbul,masyarakat mula menunjukkan minat,kemudian muncul isu lesen judi. Perhatian masyarakat terus teralih kepada isu tersebut pula. Tiba isu serangan keatas sukarelawan Gaza, tiba-tiba, 'suspek' paling dikehendaki bertukar menjadi pahlawan. Lantas kedua-dua isu tadi terus tenggelam.

Namun perhatian masyarakat kita tak lama,ditambah pula dengan demam bola yang ,melanda, angin lalu menamparkan perkhabaran wujudnya gerakan JI didalam kampus. Dan kini isu ini yang paling hanga dipasaran selain B0la?

Asalnya saya malas untuk mengulas isu judi,namun tiba-tiba perasaan saya terbakar bila membaca komentar dari mantan PM kita. Anda boleh bacanya di sini ..

Andai pakcik-pakcik yang dok melepak kedai kopi yang cakap camtu,mungkin saya tak ambik pusing..Tapi bila dah 'orang besar' yang cakap, saya rasa ni dah keterlaluan..kenapa? Walaupun beliau adalah mantan, namun saya percaya sedikit senbanyak akan mempengaruhi individu2 yang tak tetap pendiriannya.

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan

Sesungguhnya setan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)." Al-Maidah 90-91

Saya cuba untuk memahami tujuan dan persoalan disebalik pemberian lesen tersebut,namun saya gagal!! JAdi anda yang baik hati,apa kata anda tolong bagitahu saya =)

Antara sebab pemberian lesen ini, dikatakan sebagai langkah pencegahan judi haram..huh?? Maksudnya, sapa2 yang join judi berlesen ni,kira halal laa?? Saya tak faham mentaliti orang2 besar ni..sebab saya budak kecik =p ..

I should stop.Fius dah nak putus. Idea dah tersekat.. Papepon,sape2 yang ley tlg jelaskan persoalan2 saya,si budak kecik ni,terhadap tindakan 'orang2 besar' tersebut..terima kasih..

Monday, June 21, 2010

Lintas langsung =p

Salam...

Lama sungguh kiranya otak saya berhibernasi. Saya rela berjalan-jalan di blog-blog sahabat, menyelongkar segala entri yang saya terlepas pandang berbanding kembali menetap di blog sendiri. Harus saya akui, sudah jauh saya ditinggalkan. Tarian jemari diatas keyboard,semakin sumbang, idea seakan-akan gagal mencerna apa yang cuba saya sampaikan. Lama saya mencari mood yang hilang, akhirnya saya membuat keputusan untuk 'renovate' laman ni.. Mungkin mood saya hilang disebalik habuk-habuk dan sawang2 yang semakin menyesakkan biji mata..

Dan akhirnya....

Walaupun sekadar menukar template, sedikit sebanyak,mood saya untuk menulis dapat dikembalikan.. hehe

Cuti sem lepas, membuatkan saya lebih banyak menghadam daripada me'muntah'. Bertemu masyarakat yang bukan lingkungan kita membuka mata saya terhadap realiti sebenar kehidupan. Bertukar pandangan dengan insan-insan yang sudah lama menetap di atas bumi, membuka kotak-kotak fikiran saya. Walaupun saya menetap dikawasan felda, tidak bermaksud semua mereka tidak prihatin dengan apa yang terjadi. Saya agak berbangga dengan anak-anak felda, yang saya ketahui tidak lagi menyambung pengajian, namun mereka amat peka dengan situasi dunia umumnya, Malaysia khasnya.Sekecil-kecil hal yang pada fikiran saya, masyarakat tidak terdedah,masih dalam pengetahuan mereka. Keadaan yang membuatkan saya tidak kekok membincangkan sesuatu dengan mereka.

Jika dahulu, felda sering dikaitkan dengan keruntuhan moral, saya amat berharap itu bukan lagi yang akan muncul di benak masyarakat bila disebut 'felda'. Pada pandangan saya, isu moral adalah akibat pembangunan masyarakat yang amat mementingkan material daripada akhlak.Seringkali saya diperdengarkan dengan pelbagai saranan dan nasihat dalam memajukan ekonomi, namun hampir tiada brkenaan kemajuan akhlak.Saya faham,felda adalah antara penyumbang ekonomi negara. Jangan lupa, Malaysia adalah pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia.Jadi untuk menarik perhatian warga felda, pelbagai tawaran2 menarik dijanjikan dan membuatkan masyarakat felda semakin lupa tujuan asal diciptakan, kerana sedaya upaya memuaskan nafsu si penjanji.

Pembangunan tanpa sempadan dan tidak disertai pembangunan sahsiah berjaya memesongkan pegangan agama anak-anak felda, malahan mungkin warga-warga emas!! Saya percaya itulah puncanya. Namun, saya percaya generasi felda hari ini semakin sedar kebodohan yang dilakukan terhadap mereka dan mereka cuba untuk membongkar. Cuma jumlah mereka terlalu sedikit. Namun saya tidak merasakan itu suatu kelemahan. Yang penting kualitinya. Andai, yang sedikit itu, mampu mempengaruhi majoriti masyarakat yang masih lena diulit mimpi..........alangkah!!

Moga ianya menjadi kenyataan,amin~