(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Friday, February 13, 2015

Saat dia kembali kepada Dia

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

12 Rabiulawal 11 Hijrah / 8 Jun 632 M

Pagi itu heningnya luar biasa. Para sahabat dan rakyat jelata tidak mampu menampung kesedihan. Malah, alam turut menangisi pemergian insan suci itu.

"Rasulullah telah pergi tinggalkan kita!!!"

"Muhammad sudah pergi !!!"

"Rasulullah sudah wafat !!!"

Berderailah air mata, bergegak gempita tangisan seluruh alam.

“Tidak ! Muhammad belum wafat. Siapa yang mengatakan Muhammad sudah wafat akan kupancung kepalanya!!”

Itu bukan dari rakyat kebanyakan. Tetapi dari sahabat seperjuangan, Umar Al-Khattab.  Perit benar berita ini untuk di terima. Mengamuk dia, kerana remuknya hati mendengar perkhabaran yang tidak indah ditelinga itu. Jika iblis mendengar derapan langkahnya saja sudah bertempiaran lari, inikan pula insan biasa.

Namun, Abu Bakar bijak membawanya kembali kedunia nyata.

“Barangsiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah wafat. Dan Barangsiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu sentiasa hidup dan tidak pernah mati. “(Sahih Bukhari)

Dan, pagi itu, kekasih Allah itu pergi menemui Kekasihnya. Pergi buat selamanya.
Dan kita, hanya mendengar namanya. Tanpa pernah bersua muka.
Ajarannya kita turuti, walau terkadang, bertelagah sesama sendiri.
Sejahat manapun kita, seburuk manapun perangai kita, kita turut akan merasai, kehilangan dia, insan suci berperibadi murni.

23 Rabiul Akhir 1436 H / 12 Februari 2015

Waktu seakan terhenti.

Berita tiba bagai mimpi.
Berulang kali bertanya, adakah ini realiti, tuan guru akhirnya kembali kepada Yang Hakiki?

Malam itu, hibanya kuat terasa, mata seakan sukar untuk dibawa lena. Akhirnya, mengalir juga airmata, cuba mententeramkan jiwa.

Malam itu, alam bagai terus hidup,tanpa tidur. Manusia mula berpusu-pusu mengambil peluang bagi penghormatan terakhir buat sang murabbi berjiwa zuhud itu.

Dan sosok ini juga, tidak pernah kubersua muka . Sekadar melihat dari jauh, atau menatap hanya diberita.

Pagi itu, Jumaat yang suram kurasa. Suasana hening, bagai warganya terbuai dalam lena.
Terdetik dihati, jika ini rasanya kehilangan murabbi, bagaimana rasanya saat para sahabat kehilangan insan paling dekat dihati dan dicintai Illahi?

Allah , sungguh, kami akan menuruti.
langkah mereka,
menemuiMu yang Hakiki.
Namun, khuatirnya rasa hati,
Mampukah kami bertemu di Jannati,
Atau terjelepok saat Sirat cuba aku rentasi..

Berehatlah ,
Wahai jiwa yang kembali.
Kami akan menuruti,
Ke Alam yang Abadi.

1845PM , BBB
13 Februari 2015 / 24 Rabiul Akhir 1436 H


Thursday, February 5, 2015

Kenapa saya menulis?

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful



Saya ada beberapa sebab tersendiri mengapa saya menulis..

Walaupun ada antara sebab itu agak kebudak-budakan..

Awalnya, saya menulis kerana terpengaruh dan rasa tercabar dengan nukilan rakan-rakan, khususnya semasa berada di bumi UKM.

Bermula dengan tulisan yang sekadar luahan dan 'gebangan' isu terkini, saya terus juga mencoret, tanpa kisah andai tulisan saya tidak dibaca.

Jujur, tulus tenang.. Saya tenang berlaku jujur dengan melakukan apa yang saya mahu.

Mereka yang mengenali saya pasti mengenali kedegilan saya.

Saya menulis bila saya mahu, tanpa ada siapa yang memaksa.

Saya pernah memaksa diri menulis disaat saya tidak mahu. hasilnya, butang pangkah di kanan laptop ini yang ditekan.

Bila ada yang memaksa saya menulis, pasti saya tidak akan lakukan, kerana ia adalah arahan, dan saya bencikan arahan. (ya, saya tahu, degil macam anak-anak kecil)

Namun, sebab utama saya menulis, hanyalah kerana saya manusia yang kurang gemar bercakap. Apabila berdepan konfrontasi atau keadaan yang kritikal, saya cenderung untuk berdiam. Bukan kerana 'berkatalah yang baik atau berdiam sahaja' , tetapi saya sangat memahami potensi diri ini untuk menyakitkan orang lain, dan ya, ia justeru akan menyakitkan saya.

Seringkali, apabila membuak perasaan saya untuk menyampaikan sesuatu, saya akan luahkan dalam bentuk tulisan. Dan, ia akan bersemi disitu.

Kau suka menulis, maka mengapa sudah lama kau tinggalkan?

Hanya kerana, dilema.. Dilema dalam memilih apa yang ingin ditulis. Jujur saya masih menulis, tetapi bukan untuk paparan umum. Akan saya karangkan dalam betuk sajak atau puisi , atau catitan travelog saya di lembaran kertas yang merata-rata..

Maafkan saya teman andai diam saya membuntukan kalian.
Percayalah, diam saya seringkali disebabkan peperangan dalam diri ini.
Ya, doakan saya,
moga cahayaNya sentiasa ada untuk menerangi kita semua.

(yup, it always good to end up thing with religious thing ;P -matlutpi )

Wednesday, February 4, 2015

Kerana jatuh, aku berdiri

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful


Pejam celik, setahun sudah berlalu..
Setahun yang penuh ceritera..
Yang mula sudah pun diakhirnya,
Yang jatuh, bisa bangun kembali,
Aturan masa mengikut rencana Illahi

Tanggal 7 September yang lalu,
Kota konstantin itu aku jejaki,
Mengutip cebisan semangat alfateh,
Untuk mengubat diri,
makin aku kenali, makin banyak pula perlu aku selidiki,
Sejarah Islam, gemilangnya tak semudah yang disangka,
Mudah benar penukil mengisahkan kejayaan,
namun tak ramai mengisahkan jerih perih itu..

Manusia,
Tak mampu kuat tanpa halangan,
Tak mampu bangn tanpa jatuh,
Tak mampu menjawap tanpa soalan,
justeru, mmengapa takut akan cabaran?




Rumeli Hisari dibina oleh Sultan Muhammad Alfateh bagi menandingi binaan Anadolu Hisari, iaitu tembok binaan bapanya

Disebalik kejayaan Al-Fateh menawan Constantinople, tidak ramai yang mengetahui hakikat bahawa, beliau baru sahaja kalah teruk dalam tempoh kurang 24 jam sebelum itu. 

Sebagai manusia biasa yang diangkat menjadi pemimpin, yang memimpin manusia biasa, Pasti terselit rasa kecewa, namun tidak bagi Al-Fateh. Dalam tempoh 'bertenang' itu, dia menerima pula pesanan dari gurunya,Sheikh Samsuddin, yang memintanya menyerang kembali kota Konstantinople tetapi dengan strategi yang pelik di pendengaran manusia. Dan akhirnya beliau berjaya. Ini hanya ringkasan, terlalu ringkas. Untuk lebih menghayati ambillah masa, beleklah kembali lembaran sejarah.

Sejarah itu bukan untuk dikenangkan,
Sejarah itu untuk dipelajari,
Dijadikan tauladan,
Memacu kehidupan untuk terus kedepan.

Maaf ini entri semberono kiranya,
Doakan saya untuk kembali menulis,
Walau tiada yang membaca..
Hingga bertemu lagi.