(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Tuesday, February 22, 2011

22 /2/2011 = 22 kerusi..

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Tiada kata lain yang mampu diluahkan untuk menafsir perasaan ini.
Seolah tercabut segala kepenatan yang melanda diri,
lenyap segala keraguan yang menagih sebuah jawapan.

genap 10 hari, diari ini ku tinggalkan,
demi sebuah amanah yang menuntut pengorbanan,
walau 1000 kepahitan terpaksa ditelan,
walau 1000 fitnah yang memerlukan penjelasan,
walau airmata seakan tiada harga dikeluarkan,
Namun segalanya terbayar kini.

Sungguh saya dapat merasakan dahaga masyarakat UKm menanti kemenangan Mahasiswa,
dan segalanya terbukti malam tadi. Sungguh saya terharu dengan sambutan hangat, laungan keramat,
doa wehdah meruntun jiwa, yang memenuhi Dataran gemilang aka Dataran Tahrir semalam..
Hinggakan saat menjawab peperiksaan tadi pun,terngiang-ngiang laungan-laungan semangat tersebut.

Ya Allah,telah kau kabulkan doa kami, kini kami   hambaMu yang lemah masih meminta bantuan dariMu,
bantulah kami dalam mengisi kejayaan ini. Bantulah kami agar kemenangan ini menjadikan Islam semakin dihormati, janganlah kau biarkan kami terlalai hingga menyebabkan kejatuhan Islam itu sendiri.Nauzubillah.

Setelah tujuh tahun penantian,kini PMUKM menjadi milik kita kembali..22 kerusi berbalas 15 kerusi.. Allah manis nikmatnya ya Allah.. Seinfiniti terima kasih buat semua rakan-rakan mahasiswa yang sanggup bersama-sama kami. Dan tidak lupa kepada semua senior,yang sanggup turun bersama-sama kami, walaupun masing-masing mempunyai tanggungjawab masing-masing. Terima kasih kalian atas segala usaha murni ini.Kejayaan ini bukan kejayaan kami,tetapi kejayaan kita semua. Takbir!!!




~ Dari Mahasiswa,kepada Mahasiswa ~

Saturday, February 12, 2011

memperingati As-syahid Imam Hassan al-Banna

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hari ini,genaplah 62 tahun pemergian seorang tokoh besar yang menggegarkan Mesir suatu ketika dahulu iaitu Assyahid Imam Hassan al-Banna. Pertama kali saya mendengar nama ini adalah ketika membelek-belek al-mathurat 8 tahun lepas. Bersempena pemergian beliau,marilah kita merenung kembali wasiat yang ditinggalkan beliau buat kita yang masih diberi peluang untuk melaksanakan tuntutan Allah ini. Jom sama-sama hadiahkan al-Fatihah kepada beliau serta semua orang Islam yang telah pergi awal sebelum kita.Alfatihah.

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA

1. APABILA MENDENGAR AZAN MAKA BANGUNLAH BERSOLAT SERTA MERTA WALAU APA JUA KEADAAN SEKALIPUN.

2. BACALAH AL-QURAN ATAU TATAPILAH ILMU ATAU PERGILAH MENDENGAR PERKARA YANG BAIK ATAU BERZIKIR.JANGAN SAMA SEKALI MEMBUANG MASA DALAM PERKARA YANG SIA-SIA.

3. BERUSAHALAH SEDAYA UPAYA BERTUTUR DALAM BAHASA ARAB FUSHAH KERANA IANYA SALAH SATU SYIAR ISLAM.

4. JANGANLAH BANYAK BERDEBAT DALAM APA PERKARA SEKALIPUN KERANA PERTENGKARAN KOSONG TIDAK MENDATANGKAN SEBARANG KEBAIKAN.

5. JANGANLAH BERGURAU KERANA UMAT YANG BERJIHAD SENTIASA BERSUNGGUH- SUNGGUH DAN SERIUS DALAM SETIAP PERKARA.

6. JANGAN BANYAK KETAWA KERANA HATI YANG SENTIASA BERHUBUNG DENGAN ALLAH ADALAH SENTIASA TENANG LAGI TENTERAM.

7. JANGANLAH BERCAKAP LEBIH NYARING DARIPADA YANG DIKEHENDAKI OLEH PENDENGAR KERANA IA MENJEMUKAN DAN BOLEH MENYAKITI PENDENGARAN

8. JAUHI DARIPADA MENGUMPAT PERIBADI ORANG, MENGECAM PERTUBUHAN- PERTUBUHAN DAN JANGAN BERCAKAP MELAINKAN PERKARA YANG MENDATANGKAN KEBAIKAN.

9. BERKENALANLAH DENGAN SETIAP RAKAN YANG DITEMUI SEKALIPUN TIDAK DIMINTA BERBUAT DEMIKIAN KERANA ASAS DAKWAH IALAH BERKASIH SAYANG DAN BERKENALAN.

10. KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI WAKTU, OLEH ITU BANTULAH RAKAN UNTUK MEMANFAATKAN WAKTU DAN JIKA BERURUSAN MAKA SINGKATKANLAH MASA PERLAKSANAANNYA
.



لاَ إِسْلاَمَ إِلاَّ بِجَمَاعَةٍ وَ لاَ جَمَاعَةَ إِلاَّ بِإِمَارَةٍ وَ لاَ إِمَارَةَ إِلاَّ بِطَاْعَةٍ . 
Tiada Islam tanpa Jamaah dan tiada Jamaah tanpa Kepimpinan dan tiada Kepimpinan tanpa Taat



Tuesday, February 8, 2011

Mulan vs khaulah binti Azwar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sekian lama terdetik, namun baru saat ini mampu saya suarakan ilham yang terlintas ketika menonton kartun Mulan suatu ketika dahulu. Merujuk perkara diatas, saya dengan ini ingin menegaskan bahawa tulisan kali ini langsung tiada kaitan dengan mulan jameela @ yang sewaktu dengannya. Mulan yang saya maksudkan disini adalah Fa Mulan, watak kartun china yang juga bertajuk Mulan. Pertama kali melihat cerita ini,saya mula tertarik dengan semangat Mulan, yang sanggup korbankan dirinya demi ayahnya yang sudah tua dan sakit untuk ke mdan perang. Sebelum saya melalut, izinkan saya menerangkan sedikit tentang perjalanan cerita ini.



Mulan merupakan seorang anak perempuan kepada Keluarga Fa,iaitu seorang askar, bertindak menyamar menjadi seorang lelaki demi menggantikan ayahnya yang sakit untuk melalui sesi latihan seterusnya mengikuti peperangan dengan kaum Han.Keberanian dan rasa tanggungjawab yang tinggi menyebabkan beliau sedia dihukum ketika kembali menemui jeneral shang ketika majlis menyambut kepulangan tentera ,setelah menyedari tentera-tentera Han masih belum mengalah dan akan melakukan serangan sekali lagi walaupun pada ketika itu rahsia penyamaran beliau telah pecah dan akan dikenakan hukuman mati. Namun di pengakhiran ceritanya,beliau dapat menguasai situasi dengan sempurna dan kejayaan berada di pihak beliau dan beliau dapat kembali kepangkuan keluarga setelah mendapat keampunan dari Maharaja China.. Tamat.

Jadi apa kena mengena dengan khaulah binti Azwar? Saya pasti, apabila dua nama ini disebut, majoriti akan sangat familiar dengan mulan berbangding khaulah, lebih-lebih lagi bila muncul seorang penyanyi bernama mulan jameela (x de kena mengena). Perkara ini lah yang menyebabkan saya berasa serba salah andai tida saya kongsikan.

Siapa khaulah? Sinopsis Khaulah jua tak kurang hebatnya seperti Mulan. Khaulah juga menyamar diri menjadi seorang lelaki,demi menyelamatkan abangnya,Dhirar bin Azwar.Ketika peperangan diantara kerajaan Rom dan Pihak Muslimin, seorang individu tak dikenali yang berpakaian serba hitam mara ketengah medan peperangan walaupun ketika itu anak panah membanjiri medan yang dahagakan darah tersebut. Sekali hayunan pedangnya mematikan 3 nyawa musuh, membuatkan Panglima terntera ketika itu iaitu Khalid Al-Walid kehairanan memikirkan siapakah individu tersebut. Dipendekkan ceritanya, setelah diketahui dia adalah Khaulah dan tujuannya membebaskan Dhirar,Khalid membiakan beliau bersama muslimin lain untuk terus berjuang, hinggalah kepada pembebasan Dhirar. Namun keberanian dan semangat beliau bukan terhenti setakat disitu, terlalu banyak untuk ditulis,maka rajin2 kan diri menjenguk ke blog ini Khaulah binti Azwar ^_^.. Jika Khalid Al-Walid digelar pedang Allah bagi pihak muslimin, maka Khaulah binti Azwar pula digelar pedang Allah dikalangan muslimat.

Nama Kaulah mungkin semakin tenggelam,kerana kurangnya pendedahan dan kurangnya ikon muslimat yang mampu menjadi pantulan tokoh-tokoh muslimat pada masa kegemilangan Islam lampau. Sungguh saya terasa pedasnya ketika beberapa orang sahabat membangkitkan isu 'muslimat kita lemah'. Saya bukanlah seorang yang berani merangkul senjata, malah bukan juga yang lantang untuk bersuara,namun izinkan saya berkongsi segala apa yang termampu, moga-moga ianya mampu menjadi asbab untuk kita semua berubah.InsyaAllah.


~Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia~