(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Friday, October 15, 2010

What u need is only YOURSELF

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Jika semalam saya baru mengkhabarkan berita gembira menemukan semangat baru, tiba di hari ini,saya terduduk lesu. Pandangan saya berputar,seolah-olah berada didalam tin kosong yang digoncang-goncang. Memikirkan tanggungjawab yang masih tak terlaksana, bertambah-tambah pinarnya akal dan hati. Ingin berkongsi, takut digelar mengejar simpati, Ingin didiamkan,hampir tertelan seluruh jiwa insani. Semakin cuba untuk berlari, semakin sesak memakan diri. Akhirnya satu pilihan menjadi solusi, berani berdepan realiti. Namun selalunya,solusi akan diuji dengan mujahadah yang tinggi...

Tamat kelas pada hari ini,saya benar-benar kehilangan diri. Semangat yang pergi, lelah yang tiba-tiba menyesakkan diri, akal seolah-olah gagal berfungsi, benar-benar menguji diri. Tanpa senyuman, tanpa sapaan, kehadiran saya mula menimbulkan persoalan dihati. Maaf kerana diri ini menimbulkan kecurigaan dihati. Biarkan saja, kerana ia hanyalah proses untuk ku mengenali diri.

Pulang kebilik, tiba-tiba mesej dari junior saya terima. Tersenyum membaca, harapan melihat saya senyum semula. Kemudian diri mula tertanya-tanya, mengapa perlu diri merasa terlampau tidak bermaya? Sedang diri masih dikurnia insan yang sudi berkongsi derita. Namun, bukan itu persoalannya.Persoalan sebenar, mengapa perlu berharap untuk difahami,sedang diri sendiri belum memahami?

Seek to understand before being understood. Ringkas,dan sering kali digunakan,kononnya cuba untuk memahami kondisi ornag lain. Namun berbalik kepada diri sndiri, mengapa kita mengharapkan untuk difahami, sebelum kita sendiri memahami diri kita? Setiap kali kesedihan atau kecewa,kita sering berharap ada insan untuk kita berkongsi cerita. Ya ada masanya memang mudah kita temui insan tersebut, tetapi sejauh mana jarak atau masa yang mampu diperuntukkan untuk kita? Dan sejauh mana tegarnya kita menahan seseorang seberapa lama yang kita mahu demi menyampaikan 'sastera hati dan perasaan' itu?

Kembali kepada realiti. Kita punya teman,kita punya sahabat,dan kita punya musuh (mungkin). Yang sanggup berkongsi airmata darah digelar sahabat, yang ramai dan berada dimana-mana digelar kawan @ teman. Lalu, dirimu sendiri diletakkan diposisi mana? Mengapa kita sering terlupa,insan paling dekat dengan kita,yang selalu dengan kita, berkongsi segala-galanya dengan kita adalah DIRI KITA SENDIRI !! Cuaca diri kita mampu diubah diri kita sendiri. Pemikiran kita hanya mampu diubah diri kita sendiri. Cara kita melihat sesuatu juga ditentukan diri kita sendiri. Jadi jangan meminggirkan dirimu  sebelum membuat sesuatu kerana DIRIMU adalah yang akan sentiasa merasai kesan diatas segala yang dilakukan. 

Akhir kalam, andai tiada yang tinggal untukmu didunia ini,bersyukurlah kerana kau masih punya dirimu..




~ You are what you think ~

Thursday, October 14, 2010

~ Hidup adalah realiti yang selalunya tak seindah fantasi ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang masih memberi ruang untuk diri ini memperbetulkan diri.
Sedar atau tidak kita, setiap saat yang Allah pinjamkan kepada kita,adalah bukti kasih sayangnya. Walau pelbagai kerosakan telah kita lakukan, walau pelbagai mudarat telah kita sebarkan, Dia tetap memberi kita peluang. Peluang untuk membetulkan diri, peluang untuk kita kembali kepada fitrah sebenar. Namun, hanya insan yang berani mengakui kesalahan dan kelemahan diri, bersemangat mengutip peluang keemasan ini.

Perjalanan hari ini membawa saya mengenal diri. Hampir diri ini terjatuh kembali kekawah baran yang cuba ditinggalkan. Ya, pengakhiran hari ini membawa saya ke satu penyesalan. Hamburan kemarahan kepada beberapa individu yang akhirnya kembali kepada rembesan tangisan diri sendiri. Dalam masa sehari, saya telah melalui pelbagai fasa. Keadaan semangat diawal pagi, disusuli sedikit tekanan di puncak matahari, kemudian lahar gunung berapi memuntahkan diri, resah berkunjung di senja hari dan ketenangan yang kukecapi dimalam hari. 

Disaat diri ini disapa kegelisahan melampau, membawa diri adalah cara terbaik untuk mengenal kembali diri. Maka mengalirlah air jernih, mengenangkan kelompangan diri. Disaat diri ini tidak mampu membuat keputusan, di ilhamkan Tuhan jalan penyelesaian. Tiada sesaat pun didalam kehidupan berupa kebetulan, melainkan segalanya adalah takdir Tuhan. 

Setelah menyedari segala ketentuan,bagaimana diri ini masih tegar mempersoalkan segala kejadian? Kejadian dicipta untuk difikirkan,bukan di persalahkan.. Pandangan mata mungkin akan  menyuluh segala kelemahan dan keburukan. Pandangan hati pula menyuluh segala yang tak mampu di sampaikan mata kepada akal.. Jangan pernah membenci hidupmu, sebelum dikau berbicara kepada diri berperantakan mata hati..





~ Love your Lifes~

Friday, October 8, 2010

apa yang penting? EGO!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Alhamdulillah,setelah hampir sebulan bersembunyi, kini saya tiba lagi,cuba untuk terus memberi. Mengambil berkat Jumaat,penghulu sekalian hari, saya gagahkan diri untuk memfokus apa yang suara hati saya bisikkan sepanjang saya berhibernasi. Jujurnya, terlalu banyak perkara yang melintasi minda,namun kekangan masa, dan keuzuran teman pencoret saya (laptop) membuatkan pergerakan saya agak terbatas.

Betapa saya bersyukur, sala satu perancangan saya dan sahabat-sahabat telah terlaksana. Maka, pada 4/10/2010 telah berlangsungnya Malam Muhibbah Raya PMFST, dimana kelainan yang kami selitankan adalah dengan mengadakan forum dicelah suasana raya tersebut. Malah, secara keseluruhannya,  forum itu disandarkan diatas bahu saya sendiri.Pada awalnya,pelbagai masalah timbul,namun, betapa hati ini terharu apabila mendapat kerjasama yang amat baik daripada kesemua panelis ,walaupun ada yang dihubungi secara last minute.Terkenang susah payah seorang pensyarah PPU, yang asalnya menjadi pilihan kami,namun tidak dapat memenuhi undangan kerana terikat dengan jadual kelas,mencadangkan nama pengganti beserta detail penggantinya,malah bersedia jika penggantinya juga tidak dapat memenuhi undangan. Disaat itu, hampir menitis air mata saya, mengenangkan pengorbanan beliau,walaupun kami tidak pernah bersemuka.

Sebagai makluman, sebelum forum ini diadakan,kertas kerja kami, iaitu sebelum bergabung dengan Malam Muhibbah Raya, tidak diluluskan, tanpa sebab yang jelas. Kemudian cabaran kami, ingin mengadakan program di Dectar seolah-olah dipermain-mainkan, setelah kami hampir letih turun naik ke pejabat TNC. Namun setelah segalanya kami persiapkan,demi memenuhi kehendak mereka, dengan mudah mereka memberi alasan , "kamu student,tidak dibenarkan menggunakan Dectar. Dectar hanya dipruntukkan untuk Universiti, Fakulti dan  Kolej Sahaja". Betapa luluh hati kami, setelah bertukar-tukar tarikh demi mendapatkan Dectar, setelah terpaksa membuat segala macam surat, setelah berjumpa segala jenis orang,itu jawapan terakhir yang kami terima. Namun saya pasti,tiada yang sia-sia.

Itu diperingkat Universiti. Diperingkat teman-teman sendiri, jua kadang-kadang menimbulkan tanda tanya dan kadangkala membawa kepada buruk sangka. Bila timbul buruk sangka, beerti tiada unsur ukhuwah yang disulami. Bukankah berlapang dada adalah peringkat terendah ukhuwah itu sendiri? Kami tidak meminta untuk disimpati,cuma paling kurang, sertakanlah dorongan buat kami. Bila hati ini tidak tertahan lagi, segala nya mula termuntah secara realiti,mula ada yang terasa disakiti. Bukan impian diri untuk melukai, cuma sedikit harapn agar kita mampu menilai kembali diri. Jangan lena diulit indahnya mimpi kerana kau masih belum berada di dunia realiti.

Selama saya menyelami ke dunia maya ini,pelbagai perkara yang saya pelajari. Pelbagai kelemahan mula menjadi pantulan kepada diri.Ingin saya berkongsi, namun,satu harapan yang pasti,jangan mengamuk,sebelum bertanya kepada diri. Saya sedar,ada kalanya, kata-kata saya mampu mencalar perasaan orang lain. Dan saya mula menyedari,perkataan yang mencalari itu,biasanya adalah yang benar direfleksi dari hati. Seringkali perkataan yang berlapik ,adalah yang dicipta demi memahamkan sesuatu kondisi,maka yang 'lepas' pula adalah perkara yang sama, cuma disalut kata-kata agar difikirkan. Jadi jangan terus melenting jika ada yang terus menegur tanpa lapik. 

Sebagai seorang yang bukan sesiapa, melainkan hamba Illahi, izinkan saya meminta sesuatu yang paling susah ngin manusia lakukan, tundukkan egommu. Selama bergerak kerja,bergaul pelbagai jenis manusia, adakalanya saya bosan melihat manusia yang mengharapkan penghormatan, tanpa menghormati orang lain. Menganggap diri lebih hebat didalam sesuatu bidang, hingga menyebabkan merasakan idea-idea baru bukanlah jawapan kepada sesuatu masalah yang timbul. Benar,saya bosan. Kerana kebosanan itu, kadangkalanya menyebabkan hilang terus rasa hormat saya kepada mereka. Tolong,walau siapapun kita, kita bukan lah sesiapa disisiNya. 

Saya bukanlah orangnya yang mampu menyampaikan bait-bait ayat, yang mampu meruntun perasaan. Saya bukanlah seorang penyajak terkenal, walau berkongsi nama yang sama,Siti Zubaidah. Saya bukan sesiapa. Ada atau tidaknya saya,langsung tidak memberi kesan kepada sesiapa. Cuma sekurang-kurangnya biarlah saya mampu meninggalkan sesuatu untuk difikirkan. Cuma satu pinta saya, dalam menjalani kehidupan realiti, rendahkan egomu. ya cuma satu E.G.O!!!

~ Aku hanya insan biasa ~

Monday, September 20, 2010

Manusia dan Alasan


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Sebulan telah berlalu.. Disaat blogger-blogger lain sibuk mengupdate blog, memeriahkan Ramadhan dan Aidilfitri, saya seolah-olah hilang punca. Tiada satu tulisan pun yang mampu saya post walaupun jari mula menari rap diatas keyboard. Diakhir cerita, akhirnya butang 'x' di penjuru kiri ini juga yang di menjadi pilihan.

"Siapa yang takde idea, bermakna, orang tu tak berfikir "

Pendek tapi tajam lagi menajamkan.. Jawapan yang diterima setelah alasan 'xde idea' diberi sebagai sandaran kepada kemalasan diri untuk mencoret. Ayat tu terngiang-ngiang ditelinga, bemain-main diminda walaupun sudah hampir 2 minggu berlalu. Demi mengelakkan diri dari diletakkan sebagai pesalah, kami mencipta pelbagai alasan. Agak tidak matang alasan-alasan yang diberi, namun,itulah yang selalu kedengaran -malas, takde masa, takde idea- ... Hati saya agak membentak tatkala alasan yang diberi mendapat 'hadiah' tajam lagi menajamkan itu.. Namun, akhirnya harus saya akui kebenaran kata-kata itu dan kini saya hanya mampu tersenyum sendiri apabila pita memori itu berputar tiba-tiba memikirkan ragam manusia.



Manusia memberi alasan untuk mempertahankan ego masing-masing. Mungkin agak kasar, namun mungkin itu yang dapat saya simpulkan. Demi mengelakkan diri daripada diletakkan di kandang pesalah, manusia akan memikirkan pelbagai 'sandaran kepada persoalan/masalah' atau dikenali sebagai alasan.

Suatu ketika dahulu, saya sering bermonolog sendiri, andai ada yang ingin bertanyakan mengapa,kenapa,dan sebagainya terhadap sesuatu yang saya lakukan atau yang tidak saya laksanakan, saya ingin sekali menjawab " jangan disoal kenapa, kerana apa yang akan dibalas sebagai jawapan, adalah alasan semata-mata." Namun hingga ke hari ini, jawapan ini hanya setakat bersuara didalam diri sahaja.

Alasan. Mengikut thesaurus, alasan bersinonim dengan landas,alas dan andas ". Manakala kamus dewan mentafsirkan pekataan alasan sebagai asas atau dasar. Namun mengikut kamus saya,(kamus szi , maaf tiada di pasaran =p) alasan hanyalah 'kambing hitam' dalam sesebuah bicara atau keadaan.

"Qulil Haq walau kana murro"

Dalam Islam,kita tidak diajar untuk beralasan. Yang diajar hanyalah 'berkatalah benar walaupun pahit. Kita diajar untuk menjadi insan yang jujur. Sejujurnya, ambil peluang ini untuk mengimbas, benarkah segala alasan yang kita gunakan selama ini? Jujurkah kita disaat melafazkan alasan-alasan itu? Hati-hati, berkemungkinan, hati kita sedang memikirkan alasan tika ini ^_^.. Hati-hati dengan hati~

Dalam kita memperkatakan sesuatu, pastikan kita mengatakan sesuatu yang jujur dan betul. Andai ada kekejaman didepan mata, berkatalah sejujurnya tentang itu. Jangan disebabkan pelakunya 'sesuatu' yang berpengaruh, kita sanggup membutakan mata kita, lebih teruk lagi jika kita menutup mata hati kita sendiri. Saya terlupa pemilik kata-kata ini, namun ianya masih utuh di ingatan saya.

" Apabila berlakunya kezaliman didepan kamu, janganlah berdiam diri. Kerana jika kamu berdiam diri, bermakna kamu merestui perbuatan itu"


Jadi pilihan ditangan anda.. Berhenti memberi alasan dan teruskan kehidupan~

~ stay in unity and Islam will win~

Sunday, August 22, 2010

Disebalik sebuah perjalanan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Permulaan hari ini menyebabkan usia kita bertambah sehari lagi. Namun ada juga, yang memulakan hari ini sebagai tarikh penggenapan usia tahunan mereka..
Kita mampu untuk mengira berapa lama tempoh yang telah kita lalui di atas bumi pinjaman ini, namun tidak termampu untuk kita menghitung berapa lama kontrak sebenar kita diatas muka bumi ini..

Hidup kita pada hari ini adalah sebuah perjalanan,menuju sebuah destinasi iaitu akhirat.. Bayangkan berbillion-billion manusia diatas bumi ni,semuanya ingin bergerak ke satu tempat yang sama..Mengikut logik,sudah pasti jalan yang akan dilalui teramatlah sesak.Namun kita diberi dua pilihan jalan untuk ke destinasi tersebut, jalan yang selalu dilalui dan jalan yang jarang-jarang dilalui ...

Berbicara tentang perjalanan,ingin saya kongsikan pengalaman dan pengajaran dari sebuah kisah perjalanan saya bermula malam semalam.. Sebelum bergerak,pelbagai perancangan telah dirancang. Kami hadir dengan perasaan teruja yang teramat sangat.Namun tiba waktu yang dijanjikan, apa yang kami targetkan,tersasar dari landasan. Benarlah,kita merancang,Allah juga merancang,dan Allahlah sebaik-baik perancang...

Perjalanan bermula pada jam hampir 6.40 petang.. Berkonvoi beramai-ramai menyebabkan kami terus bersemangat untuk meneruskan perjalanan..Berbuka di shell, sebelum berhenti solat di masjid kajang.. Kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi yang memakan masa hampir satu jam....




Setibanya ditempat dijanjikan,berdebar sebentar perasaan melihat bukit yang bakal di naiki teramat tinggi dan agak curam,namun semangat yang menemani, membuatkan kami tidak sabar untuk terus mendaki. Bukit pertama berjaya dinaiki dengan selamat, naik bukit kedua, saya gagal mengawal motor dan berlakulah adegan jatuh motor. Namun tidak terdetik dihati saya untuk berperasaan takut malah saya tergelak memikirkan apa yang melanda diri. Untuk meneruskan pendakian, motor perlu bermula semula dari bawah,dan akhirnya sampai ke tempat sepatutnya.

Daripada peristiwa ini,dapat saya kaitkan dengan situasi yan g sering kita alami.. Seringkali kia berasa mampu untuk melakukan sesuatu, namun hakikatnya kita gagal. Kadangkala kita berusaha namun kita gagal.Mengapa? kerana kita meletakkan diri kita sepenuhnya sebagai punca berjaya atau gagalnya sesuatu apa yang kita lakukan. Kita lupa,Allahlah yang sebenarnya membantu kita. Yang kedua, apabila terlalu seronok berada diatas, selalunya kita jarang memikirkan risiko untuk kia jatuh. Begitulah kehidupan, adakalanya,perlu untuk kita jatuh agar kita kembali semula kepada hakikat kita sebagai seorang hamba.

Setibanya saya ditempat berkumpul sahabat-sahabat lain, semua memandang saya dengan pandangan tanda tanya dan penuh kerisauan.Namun setelah melihat saya ketawa dan tersenyum,berubah reaksi mereka,mula menunjukkan kelegaan. Jelas psikologi memainkan peranan dalam mengawal sesuatu situasi. Bayangkan saya naik dalam keadaan menangis, atau bermuram,saya pasti setidak-tidaknya,saya akan mengacau bilaukan mood semua yang berada di tempat kejadian. Dan saya pasti saya telah berjaya mengubah paradigma mereka terhadap saya sebagai mangsa jatuh motor. Pastinya,dalam fikiran sebahagian,pasti tidak semua, pasti ada yang membayagkan saya berdarah-darah @ paling tidak CCQ saya yang memberi jawapan. Namun Alhamdulillah,tiada sebarang kecederaan kecuali sedikit calar di kepala CCQ saya..

Perjalanan program berjalan lancar..Tiba saat berangkat pulang, tiba-tiba hati saya berdebar kembali memikirkan cara terbaik untuk mengawal motor untuk turun nanti. Alhamdulillah,atas tunjuk ajar en Wali,saya selamat turun.. Proses memecut,mengejar orang dihadapan pun bermula.. Tiba di suatu kawasan,saya terpisah jauh dengan motor dihadapan kerana beratur 3 buah lori besar dihadapan saya yang menyebabkan habuk-habuk mula bermusafir di mata saya..Setelah berjaya menyelamatkan diri dari lori-lori tersebut, saya gagal mengesan motor dihadapan, menyebabkan saya tersalah memilih jalan. Dengan bersyura dengan k.tasha,akhirnya saya u-turn semula, dan mengikut gerak hati untuk melalui simpang tersebut..

Disini,jelas dapat kita lihat beza antara situasi berkonvoi semasa pergi dan pulang.. Perjalanan pergi ,kami amat dekat antara satu sama lain, dan perjalanan pulang,jarak kami amat jauh.. Bila bersama,kami berjaya sampai ke destinasi tanpa tersalah arah,namun ketika bersendirian, saya gagal membuat keputusan. Kita nisbahkan situasi ini dengan situasi kehidupan kita. Siapapun kita, kita akan kuat untuk terus ke jalan yang benar bila kita bersama-sama (berjemaah) ,kerana ada yang akan =menegur bila kita salah,dan ada yang akan menunjukkan arah yang sebenar bila kita tersesat. Namun bila kita sendirian,kita berpotensi untuk memilih jalan yang salah. Namun tersalah memilih jalan bukanlah indicator berjaya atau tidaknya seseorang itu.. Yang penting kesedaran diri untuk kembali kejalan sebenar.

Setelah melalui perjalanan yang memenatkan,akhirnya saya tiba di UKM.. kehadiran saya disambut pak guard yang saya pasti ingin bertanyakan tentang stiker UKM yang tiada di motor saya.. Namun, setelah sesi dialog berlaku,saya menyambung perjalanan. Begitulah kehidupan ,mehnah dan tribulasi akan adalah rencah kehidupan. Yang membezakan kita berjaya atau tidak adalah kemahiran kita menguasai situasi dan emosi. Jangan biarkan emosi menguasai diri,kerana bimbang emosi menutup pintu hati. Berfikir dengan tenang, gunakan mata hati tika memandu fikiran mencari solusi~

Tuesday, August 10, 2010

Tribute buat kakak2 dan abang2 ku...

Bermula pada tarikh 7/8/10, saya melangkah ke Dectar, menghadiri majlis konvokesyen my beloved twin, hinggalah ke hari ini, 10/8/10, hati saya tidak mahu bertenang, bila melihat wajah-wajah yang menyarung jubah konvo. Jeles? saya rasa bukan itu persoalannya.. Tiada rasa jeles aka cemburu yang timbul..Percaya tak?

Petang semalam, bersama-sama sahabat2 GMUKM, kami membuat sedikit majlis untuk para graduan GMUKM. Laungan Student Power dan Hidup MAhasiswa, bergema di pekarangan hadapan Dectar. Dapat ku rasakan semangat mereka yang tidak pernah padam. Sekali lagi hati saya terusik.

Malamnya, Gerai Selera Murni aka GSM, yang dimiliki oleh ISIUKM, menjadi port pilihan kami. Muka-muka insan yang memang tidak asing di FST, dapat dilihat disitu. Tika itu, perasaan ku berperang hebat.. Gembira kerana dapat berkumpul kembali, sedih kerana ku bakal melepaskan mereka pergi, terkilan kerana umpama sedetik cuma masaku bersama mereka.. Masakan, ku dapat menunjukkan wajah hati muramku di hadapan wajah ceria mereka? Wajah-wajah yang pernah bersama-sama denganku hampir setahun, wajah-wajah yang banyak mengajarku erti kehidupan, wajah-wajah yang bersama-sama denganku menempuh panas, hujan, taufan yang melanda ...

Setiap mereka pernah mengajarku, walau tanpa mereka sedari. Terlalu banyak insan kerdil ini berkongsi ilmu yang ditaburkan mereka. Allah, saya bersyukur sempat dipertemukan dengan insan-insan seperti mereka.

Kepada kakak-kakak, dan abang-abangku, selamat bergraduasi , selamat melangkah ke realiti dunia sebenar dan selamat segala-galanya. Jangan sesekali melupakan kami, adik-adik kalian yang masih berada di bumi UKM ini.Apabila kalian melangkah keluar dari bumi UKM ini, hanya satu harapanku, janganlah kalian membawa bersama semangat kalian agar kami sentiasa merasai kehadiran kalian walau tanpa jasad kalian disisi kami. Moga, Ramadhan yang akan menjelang esok hari, memberkati perkenalan dan ukhuwah yang terbina.

Monday, August 2, 2010

Tiada yang sia-sia

Salam..

Renung-renungkan wahai ashabi..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang.

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassalam

p/s: kepada hati2 yang berduka, ingatlah, Allah tidak pernah mensia-siakan segala usahamu.. Contohilah semangat 'malaikat ' kecil itu.. (pesanan utk diriku)