(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Monday, June 29, 2015

Kembara Turki : Part 1 - Apakah turki itu?

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

September 2014
Dia izinkan aku sampai ke salah satu bumi sejuta sejarah ,Turki.
Bagaikan mimpi, Dia mengabulkan impian dihati.
Bumi itu, telah sekian tahun aku kaji,
walau sekadar disebalik buku dan tulisan di sesawang,
sejak 2010, seingatku, impian makin menebal ingin mengembara kesana.

Bumi ini menimbulkan banyak persoalan pada diriku,
bersama rakan yang berkongsi minat yang sama,
bahagian sejarah di Perpustakaan Tan Sri Lanang sering menjadi tempat tuju.
Penemuan baru membangkitkan keterujaan dan semangat menggali penemuan baru.

Turki.
Bumi ini kukenali sebagai sekular,
zalim bila muslimahnya dilarang bertudung,
majalah pornografi berleluasa dijual dikaki lima,
dan pelbagai cerita busuk lain.
Malah, aku mengebali mustafa kamal atartuk sebelum sultan Al-Fatih.

Rasa bingung kian bercambah bila menyantuni tulisan guruku,
Secangkir teh pengubat letih, nukilan ustaz Hasrizal.
Mengapa ceritanya lain benar dengan apa yang aku baca?
Apa betul indahnya yang dialami?
Apa sebenarnya warna turki itu?
Dan persoalan makin membelit, menanti jawapan.

Sedikit sebanyak,
Busuk cerita tentang Turki diwangikan dengan ramah warganya di bumi haramain.
Kelihatan mereka gemar sekali ingin bermesra dengan warga malaysia,
walaupun perbualan bercampur turki-english-arab.
Ramahnya dapat dilihat pada wajahnya,
lembutnya melihat cara mereka cuba mendekati walau bahasa membatas segalanya.

Jauh disudut hati,
Bumi ini aneh,
dan aku, pasti kesana juga suatu hari nanti.






Ramadhan kali ini...

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba, ramadhan tiba....... ( mohon dibaca nada opick)

Alhamdulillah, masih diberi peluang sekali lagi bagi jiwa ini kembali kepada fitrah insani.

Bulan mengubati nazaknya hati,
bulan menginsafi khilaf sendiri,
Bulan dimana kau akan tersentap menyedari,
Silapmu selama ini adalah kerna dirimu sendiri,
Bukan kerja syaitan nirojim.

Entah mengapa, diri ini terasa bahawa ini peluang terakhirku,
Seakan bulan mulia ini enggan menemuiku lagi di tahun seterusnya,
Dunia kian menakutkan diri,
seakan tak sanggup lagi diri menanti mentari muncul lagi.

Moga Ramadhan kali ini membawa kita pulang,
aku, engkau, dia, kita, malah mereka,
pulang ke fitrah insani,
Tinggalkan jalan busuk dosa,
teruskan kembara mencari redhaNya.





Friday, February 13, 2015

Saat dia kembali kepada Dia

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

12 Rabiulawal 11 Hijrah / 8 Jun 632 M

Pagi itu heningnya luar biasa. Para sahabat dan rakyat jelata tidak mampu menampung kesedihan. Malah, alam turut menangisi pemergian insan suci itu.

"Rasulullah telah pergi tinggalkan kita!!!"

"Muhammad sudah pergi !!!"

"Rasulullah sudah wafat !!!"

Berderailah air mata, bergegak gempita tangisan seluruh alam.

“Tidak ! Muhammad belum wafat. Siapa yang mengatakan Muhammad sudah wafat akan kupancung kepalanya!!”

Itu bukan dari rakyat kebanyakan. Tetapi dari sahabat seperjuangan, Umar Al-Khattab.  Perit benar berita ini untuk di terima. Mengamuk dia, kerana remuknya hati mendengar perkhabaran yang tidak indah ditelinga itu. Jika iblis mendengar derapan langkahnya saja sudah bertempiaran lari, inikan pula insan biasa.

Namun, Abu Bakar bijak membawanya kembali kedunia nyata.

“Barangsiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah wafat. Dan Barangsiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu sentiasa hidup dan tidak pernah mati. “(Sahih Bukhari)

Dan, pagi itu, kekasih Allah itu pergi menemui Kekasihnya. Pergi buat selamanya.
Dan kita, hanya mendengar namanya. Tanpa pernah bersua muka.
Ajarannya kita turuti, walau terkadang, bertelagah sesama sendiri.
Sejahat manapun kita, seburuk manapun perangai kita, kita turut akan merasai, kehilangan dia, insan suci berperibadi murni.

23 Rabiul Akhir 1436 H / 12 Februari 2015

Waktu seakan terhenti.

Berita tiba bagai mimpi.
Berulang kali bertanya, adakah ini realiti, tuan guru akhirnya kembali kepada Yang Hakiki?

Malam itu, hibanya kuat terasa, mata seakan sukar untuk dibawa lena. Akhirnya, mengalir juga airmata, cuba mententeramkan jiwa.

Malam itu, alam bagai terus hidup,tanpa tidur. Manusia mula berpusu-pusu mengambil peluang bagi penghormatan terakhir buat sang murabbi berjiwa zuhud itu.

Dan sosok ini juga, tidak pernah kubersua muka . Sekadar melihat dari jauh, atau menatap hanya diberita.

Pagi itu, Jumaat yang suram kurasa. Suasana hening, bagai warganya terbuai dalam lena.
Terdetik dihati, jika ini rasanya kehilangan murabbi, bagaimana rasanya saat para sahabat kehilangan insan paling dekat dihati dan dicintai Illahi?

Allah , sungguh, kami akan menuruti.
langkah mereka,
menemuiMu yang Hakiki.
Namun, khuatirnya rasa hati,
Mampukah kami bertemu di Jannati,
Atau terjelepok saat Sirat cuba aku rentasi..

Berehatlah ,
Wahai jiwa yang kembali.
Kami akan menuruti,
Ke Alam yang Abadi.

1845PM , BBB
13 Februari 2015 / 24 Rabiul Akhir 1436 H


Thursday, February 5, 2015

Kenapa saya menulis?

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful



Saya ada beberapa sebab tersendiri mengapa saya menulis..

Walaupun ada antara sebab itu agak kebudak-budakan..

Awalnya, saya menulis kerana terpengaruh dan rasa tercabar dengan nukilan rakan-rakan, khususnya semasa berada di bumi UKM.

Bermula dengan tulisan yang sekadar luahan dan 'gebangan' isu terkini, saya terus juga mencoret, tanpa kisah andai tulisan saya tidak dibaca.

Jujur, tulus tenang.. Saya tenang berlaku jujur dengan melakukan apa yang saya mahu.

Mereka yang mengenali saya pasti mengenali kedegilan saya.

Saya menulis bila saya mahu, tanpa ada siapa yang memaksa.

Saya pernah memaksa diri menulis disaat saya tidak mahu. hasilnya, butang pangkah di kanan laptop ini yang ditekan.

Bila ada yang memaksa saya menulis, pasti saya tidak akan lakukan, kerana ia adalah arahan, dan saya bencikan arahan. (ya, saya tahu, degil macam anak-anak kecil)

Namun, sebab utama saya menulis, hanyalah kerana saya manusia yang kurang gemar bercakap. Apabila berdepan konfrontasi atau keadaan yang kritikal, saya cenderung untuk berdiam. Bukan kerana 'berkatalah yang baik atau berdiam sahaja' , tetapi saya sangat memahami potensi diri ini untuk menyakitkan orang lain, dan ya, ia justeru akan menyakitkan saya.

Seringkali, apabila membuak perasaan saya untuk menyampaikan sesuatu, saya akan luahkan dalam bentuk tulisan. Dan, ia akan bersemi disitu.

Kau suka menulis, maka mengapa sudah lama kau tinggalkan?

Hanya kerana, dilema.. Dilema dalam memilih apa yang ingin ditulis. Jujur saya masih menulis, tetapi bukan untuk paparan umum. Akan saya karangkan dalam betuk sajak atau puisi , atau catitan travelog saya di lembaran kertas yang merata-rata..

Maafkan saya teman andai diam saya membuntukan kalian.
Percayalah, diam saya seringkali disebabkan peperangan dalam diri ini.
Ya, doakan saya,
moga cahayaNya sentiasa ada untuk menerangi kita semua.

(yup, it always good to end up thing with religious thing ;P -matlutpi )

Wednesday, February 4, 2015

Kerana jatuh, aku berdiri

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful


Pejam celik, setahun sudah berlalu..
Setahun yang penuh ceritera..
Yang mula sudah pun diakhirnya,
Yang jatuh, bisa bangun kembali,
Aturan masa mengikut rencana Illahi

Tanggal 7 September yang lalu,
Kota konstantin itu aku jejaki,
Mengutip cebisan semangat alfateh,
Untuk mengubat diri,
makin aku kenali, makin banyak pula perlu aku selidiki,
Sejarah Islam, gemilangnya tak semudah yang disangka,
Mudah benar penukil mengisahkan kejayaan,
namun tak ramai mengisahkan jerih perih itu..

Manusia,
Tak mampu kuat tanpa halangan,
Tak mampu bangn tanpa jatuh,
Tak mampu menjawap tanpa soalan,
justeru, mmengapa takut akan cabaran?




Rumeli Hisari dibina oleh Sultan Muhammad Alfateh bagi menandingi binaan Anadolu Hisari, iaitu tembok binaan bapanya

Disebalik kejayaan Al-Fateh menawan Constantinople, tidak ramai yang mengetahui hakikat bahawa, beliau baru sahaja kalah teruk dalam tempoh kurang 24 jam sebelum itu. 

Sebagai manusia biasa yang diangkat menjadi pemimpin, yang memimpin manusia biasa, Pasti terselit rasa kecewa, namun tidak bagi Al-Fateh. Dalam tempoh 'bertenang' itu, dia menerima pula pesanan dari gurunya,Sheikh Samsuddin, yang memintanya menyerang kembali kota Konstantinople tetapi dengan strategi yang pelik di pendengaran manusia. Dan akhirnya beliau berjaya. Ini hanya ringkasan, terlalu ringkas. Untuk lebih menghayati ambillah masa, beleklah kembali lembaran sejarah.

Sejarah itu bukan untuk dikenangkan,
Sejarah itu untuk dipelajari,
Dijadikan tauladan,
Memacu kehidupan untuk terus kedepan.

Maaf ini entri semberono kiranya,
Doakan saya untuk kembali menulis,
Walau tiada yang membaca..
Hingga bertemu lagi.

Thursday, January 30, 2014

Cari..cari.. carilah... Yang Halal ^^

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

Hampir 2 bulan berada di bumi Melaka. Menyelusuri kehidupan bersama teman-teman baru. Keputusan yang tidak saya sesali. Mengenali dunia dari kacamata berbeza. Dunia halal yang luas bidangnya, maka perlu saya mempersiapkan diri untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan.
 
Selain dunia halal makanan ynag memang menjadi isu sensitive umat Islam Malaysia, saya turut didedahkan dengan halal haram dalam produk farmaseutikal dan perbankan. Menelusuri segala ceruk sector perbankan membuatkan otak terasa berat dengan hakikat ekonomi sebenar kita pada hari ini. Namun, jujur, saya sangat tabik guru-guru yang mencurahkan ilmu, dan berkongsi pengalaman jatuh bagun mereka dalam menunaikan tanggungjawab mereka terhadap umat Islam, di Malaysia khususnya.Moga Allah merahmati dan meredhai usaha-usaha mereka.
 
Memandangkan ini adalah post pertama saya berkaitan dunia halal, disini saya sertakan sedikit  laman sesawang yang boleh dirujuk dalam menyelesaikan persoalan halal haram.
 
 
*untuk mengetahui sama ada sesuatu produk atau syarikat itu mngeluarkan barangan halal atau tidak. Bagi produk yang halal, carian akan menunjukkan nama produk atau syarikat tersebut
 
contoh produk yang mendapat halal JAKIM

contoh produk yang TIDAK mendapat halal JAKIM
 
Selain itu, beberapa laman sesawang yang juga boleh dirujuk adalah
 
 
 
 
Bagi produk kosmetik, antara laman sesawang yang boleh dirujuk
 
 
* setiap produk farmaseutikal seharusnya berdaftar dengan KKM bagi menjamin produk itu tidak mengandungi bahan yang membahayakan .
 
* antara syarat produk farmaseutikal dapat didaftarkan dibawah kkm adalah tidak mengandungi bahan yang membahayakan, penggunaan dadah yang dibenarkan dalam kuantiti yang ditetapkan, dan nisbah bahan asas dan bahan aktif yang diperlukan.
 
* bagaimanapun, laman web ini tidak tertakluk kepada halal atau haramnya produk farmaseutikal tersebut.
 
Bagi menyemak sama ada produk farmaseutikal itu halal atau tidak, boleh rujuk link 1.
 
Dalam menjalani hidup di era yang serba mencabar ini, tidak boleh tidak, telitilah dalam memilih sesuatu.
 
Hidup ini ada banyak persimpangan. maka dalam membuat keputusan, ber Istikharahlah .peace ^^ tetiba..
 
sekian saja...
 
 
 
 
~ Mencari yang Halal itu Fardhu ~
 

Sunday, January 12, 2014

Berselawat lah anda

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful


dibawah kubah hijau ini, bersemadinya jasad yang mulia..




Salam Rabiul Awal..

Post pertama bagi tahun ini..

bersempena bulan mulia

Bulan kelahiran Rasulullah tercinta

Ayuh perbanyakkan selawat..

Moga kita dapat bersama-samanya di syurga nanti..

Amin amin.. moga Allah perkenankan..

Sollu Ala Nabiy!!