sedikit sambungan ..atau mungkin yang terakhir..... (^_^) v
selama 3 hari di kampung cheros, saya mula mengetahui perspepsi mereka (orang asli) terhadap islam.. walaupun dalam aktiviti ziarah saya cuma berkesempatan melawat lebih kurang 5 buah rumah,( 2 rumah hari pertama, dan 3 rumah hari kedua) , namun itu tak bermakna pendedahan yang diterima hanya merangkumi 5 buah rumah tersebut sahaja. di waktu senggang,kami duduk berkongsi pengalaman masing-masing selama disana...
Apabila diajukan soalan "pernahkah pakcik / makcik dengar pasal islam?".. macam-macam jawapan yang kami terima. "pakcik tau.. Islam tu agama orang melayu".."pakcik pernah dengar, tapi tak ambik tau pun..".. "islam? entahlah...maaf lah,tapi kami ni memang tak percaya mana-mana"...... emm terjemahan pertama kami terhadap mereka, mereka tahu islam, tapi tak faham apa sebenarnya islam tu..
Dan satu perkara yang saya agak kagum dengan mereka, sikap taat kepada ketua. Pernah kami lontarkan persoalan kepada seorang penduduk kampung, " Pakcik rasa, islam tu macam mana? Pakcik percaya tak dengan Islam?" " emm, ntah lah.. kami ni ikut tok batin. Tak kan kami nak memandai-mandai kan.. kalau tok batin buat,kami buat.." dan mereka sangat bangga dengan gelaran 'asli' mereka. "kalau pakcik masuk islam, banyak laa yang pakcik tak boleh buat..bila pakcik tak buat apa yang orang lain buat, maksudnya,pakcik bukan lah orang asli lagi.." saya tak berminat nak membangkang @ membidas pakcik nie.. sebab saya tahu, dia tak faham apa yang dia buat, melainkan hanya mengikut sesuatu yang diperturukan oleh nenek moyang mereka.. sedangkan orang yang mengaku islam pun ada yang terlalu mempercayai pantang larang nenek moyang walaupun tiada hadis @ keterangan tentangnya, ni pulak seorang yang amat tipis pendedahannya terhadap islam..
Di awal ketibaan kami, kami dikejutkan dengan semangat 1 Malaysia mereka. tak disangka, hebat penangan PM kita terhadap mereka. Setelah bergaul dengan mereka, barulah kami faham, bahawa tok batin setiap kampung selalu dikumpul dan diadakan program umpama kursus untuk mereka. Dan disinilah mereka didedahkan dengan segala perkembangan negara. Namun apa yang agak menggelikan hati saya, bila tok batin mengutarakan ketidakpuashatiannya terhadap wakil-wakil rakyat.. disebabkan tok batin mengatakan bahawa dia selalu dibawa pergi mengikuti kursus, jadi terdetik dihati kami, bagaimana dengan anggota masyarakat yang lain? selalu YB turun? "huh??mereka..masa nak mengundi, semua datang cari kita, macam-macam janji nak bagi..bila kita dah pilih dia, lepas menang, dia bukan nak cari kita dah..jalan kat depan tu dah 4 tahun dah pun,x siap-siap jugak"..hehe..mereka yang duk jauh dari orang ramai,yang ketandusan isu semasa pun faham,ni pulak kita yang sentiasa terdedah dengan pelbagai media, tak kan tak boleh fikir..
saya sedar, tiada yang mustahil dalam dunia ni.. kami hanya berusaha, namun hidayah tetap milik Allah..moga Allah membuka pintu hati mereka terhadap islam lantas menjadi saudara kita semua. Islam tak pernah membataskan @ membezakan kita semua.. kita semua sama disisi Allah, hanya yang membezakan kita hanyalah taqwa, tapi tak layak untuk kita mengukur ketaqwaan seseorang dengan kaca mata kita. Hanya Allah yang layak mengukur ketaqwaan kita semua... Moga Allah memasukkan kita semua dalam golongan hamba-hambanya yang bertaqwa..Dan semoga, Allah melimpahkan rahmatnya kepada enduduk kampung Cheros,lantas menjadikan kita semua bersaudara..Amiiin....
Wednesday, December 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
semoga diorg seme terbuka hati utk menerima islam sbg cara hdup diorg...
amin....
p/s:dlm gmbr tu awk 6 dri kanan kn........
rindu sgt kt korg seme..huhuhu
Amin...
yup, x kan laa x smpai bape 2 taun ag awk dah lpe??hehe yg cute 2 mmg sy..(^_^)v
Post a Comment