(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Monday, June 21, 2010

Lintas langsung =p

Salam...

Lama sungguh kiranya otak saya berhibernasi. Saya rela berjalan-jalan di blog-blog sahabat, menyelongkar segala entri yang saya terlepas pandang berbanding kembali menetap di blog sendiri. Harus saya akui, sudah jauh saya ditinggalkan. Tarian jemari diatas keyboard,semakin sumbang, idea seakan-akan gagal mencerna apa yang cuba saya sampaikan. Lama saya mencari mood yang hilang, akhirnya saya membuat keputusan untuk 'renovate' laman ni.. Mungkin mood saya hilang disebalik habuk-habuk dan sawang2 yang semakin menyesakkan biji mata..

Dan akhirnya....

Walaupun sekadar menukar template, sedikit sebanyak,mood saya untuk menulis dapat dikembalikan.. hehe

Cuti sem lepas, membuatkan saya lebih banyak menghadam daripada me'muntah'. Bertemu masyarakat yang bukan lingkungan kita membuka mata saya terhadap realiti sebenar kehidupan. Bertukar pandangan dengan insan-insan yang sudah lama menetap di atas bumi, membuka kotak-kotak fikiran saya. Walaupun saya menetap dikawasan felda, tidak bermaksud semua mereka tidak prihatin dengan apa yang terjadi. Saya agak berbangga dengan anak-anak felda, yang saya ketahui tidak lagi menyambung pengajian, namun mereka amat peka dengan situasi dunia umumnya, Malaysia khasnya.Sekecil-kecil hal yang pada fikiran saya, masyarakat tidak terdedah,masih dalam pengetahuan mereka. Keadaan yang membuatkan saya tidak kekok membincangkan sesuatu dengan mereka.

Jika dahulu, felda sering dikaitkan dengan keruntuhan moral, saya amat berharap itu bukan lagi yang akan muncul di benak masyarakat bila disebut 'felda'. Pada pandangan saya, isu moral adalah akibat pembangunan masyarakat yang amat mementingkan material daripada akhlak.Seringkali saya diperdengarkan dengan pelbagai saranan dan nasihat dalam memajukan ekonomi, namun hampir tiada brkenaan kemajuan akhlak.Saya faham,felda adalah antara penyumbang ekonomi negara. Jangan lupa, Malaysia adalah pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia.Jadi untuk menarik perhatian warga felda, pelbagai tawaran2 menarik dijanjikan dan membuatkan masyarakat felda semakin lupa tujuan asal diciptakan, kerana sedaya upaya memuaskan nafsu si penjanji.

Pembangunan tanpa sempadan dan tidak disertai pembangunan sahsiah berjaya memesongkan pegangan agama anak-anak felda, malahan mungkin warga-warga emas!! Saya percaya itulah puncanya. Namun, saya percaya generasi felda hari ini semakin sedar kebodohan yang dilakukan terhadap mereka dan mereka cuba untuk membongkar. Cuma jumlah mereka terlalu sedikit. Namun saya tidak merasakan itu suatu kelemahan. Yang penting kualitinya. Andai, yang sedikit itu, mampu mempengaruhi majoriti masyarakat yang masih lena diulit mimpi..........alangkah!!

Moga ianya menjadi kenyataan,amin~

2 comments:

Anonymous said...

Ternyata langkah yang di ambil oleh Tun Abdul Razak amat tepat dengan mengasaskan Felda yang ternyata memberi impak yang mendalam dalam memacu ekonomi Malaysia. Tugas itu kini yang disambung oleh anak beliau ternyata sedikit pun tiada sumbangnya dengan pembangunan kawasan Felda di seluruh negara. Namun yang menjadi kemusykilan adalah mengapa majoriti peserta2 Felda ini masih lagi tidak menghargai sumbangan KERAJAAN yang sering menghulurkan bantuan kepada mereka malahan sering menyalahkan kerajaan sebagai bukan'KERAJAAN KEBAJIKAN'??

~SZI~ said...

=) Boley saudara/i jelaskan, apakah yang diertikan dengan ' tidak menghargai'tersebut? adakah dengan cara 'kami beri, anda dengar cakap kami?

Kerajaan Kebajikan? Saya tak nafikan segala jasa baik mereka.Cuma seringkali saya terfikir,jika benar mereka menjaga kebajikan masyarakat Felda, mengapa masih wujud double standard? Mungkin saya yang keliru, jadi boley saudara/i tolong jelaskan kat saya yang kabur ni?=)