"Setiap jiwa akan merasakan kematian"
(QS Ali'Imran [3]: 183)
Seawal 7:07 pagi, saya dikejutkan dengan berita kepulangan salah seorang junior kos saya menemui Yang Maha Kekal. Tergamam, sambil otak cuba mencatat segala apa yang seharusnya dilakukan. Kuliah jam 8:00 pagi telah diganti dengan perbincangan tentang strategi untuk berziarah ke rumah arwah di banting.Usaha mencari kenderaan berterusan hingga ke jam 9:30 pagi, apabila pihak KKM berbaik hati ingin menyediakan bas. Hampir jam 11:00, perancangan awal terpaksa ditukar,kerana Allah lebih memudahkan urusan kami, dengan mentakdirkan arwah dimandi dan disolatkan di masjid UKM. Alhamdulillah,segalanya dipermudahkan, dan sebuah bas telah digerakkan untuk mengiring arwah ke tanah perkuburan.
Mata saya tak lepas dari melihat reaksi si ibu dan si adik. Si kecil yang saya fikir masih tidak mengenal erti pemergian,hanya menurut segala perintah ibunya saat menatap wajah arwah buat kali terakhir.
Semasa menunggu ketibaan arwah, sempat saya tertanya, 'dimanakah tempatnya akan aku menghembuskan nafas terakhir?' Dan segala memori tentang kematian berputar kembali. Teringat saat emak meraung saat melihat seorang budak dilanggar bas, yang asalnya disangka saya. Belum sampai masanya lagi, walaupun saya berada tidak jauh dari tempat kejadian, hanya tercepat barang 4-5 minit.
Terimbau pula saat saya melawat emak saudara di ICU, dimana takdir menulis untuk saya tiba disaat doktor sedang meneliti beliau. Walau tidak memahami secara keseluruhan fungsi segala alat,namun saya faham sedikit sebanyak proses yang sepatutnya berlaku. Dan takdir telah mendorong mata saya tertumpu di satu alat yang saya fikir mula tidak bertindak balas. Saya keluar dengan satu anggapan,namun saya diamkan. Dan keesokan harinya,saya menerima berita kehilangan tersebut.
Namun, saya agak teruja apabila diceritakan,disaat akhir nafas beliau, airmata sempat meleleh, dahi sempat berpeluh, dan mulut sempat mengukir senyuman.Malangnya, saya tidak sempat menatap wajahnya sebelum disemadikan. Akhirnya,dia mendapat segala apa yang diidamkan dahulu. Alhamdulillah.. Sesungguhnya janji Allah itu benar.
"Kesenangan di dunia ini hanya sebentar, sedang akhirat lebih baik bagi orang-orang bertakwa, dan kamu sekalian (yang bertakwa dan yang tidak) tidak akan dianiaya sedikitpun (QS Al-Nisa' 14]: 77)
Kesemua mereka telah selamat sampai ke destinasi masing2..Kita pula bagaimana?
~ kematian itu pasti ~
1 comment:
Antara mati dan syahid.. moge kita dapat mengejar syahid.. moge pengakhiran untuk kita dalam keadaan baik iaitu husnul khatimah.. wallahua'lam.. selamat berjuang sahabatku.. =)
Post a Comment