(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Tuesday, June 14, 2011

Sungguh saya hairan .

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Lama menjadi pemerhati,kini kembali mencoret mimpi simpulan teori yang menjengah kotak fikiran. (ya,amat skema disitu ^_^) . Seminggu ini, pelbagai isu hangat timbul. Kehangatan yang membuatkan kaki tangan menggigil cuba menyampaikan pandangan peribadi mengenai isu-isu tersebut. Namun kekangan masa akibat ketidak berkesanan pengurusan masa saya,maka saya hanya mampu memendam dan menunggu masa untuk diluahkan.

Bermula isu muktamar Pas, ke isu Kelab isteri Taat, pelajar hampas oleh NC UTM, bayi dibuang dari tingkat 5, dan bla bla bla . Ini hanya sebahagian isu-isu tersebut. Sarapan pagi saya pada suatu hari bersama seorang adik , telah menjadi hangat setelah beliau mengadu mengenai ketidaksenangan beliau dengan status seseorang yang menyokong kenyataan kontroversi Naib Presiden Kelab Isteri Taat Dr Rohaya Mohamed. Disebabkan kekurangan maklumat,maka saya hanya menjadi pendengar setia dan merespon terhadap apa yang diperkatakan olehnya sahaja. Namun,jauh disudut hati saya,amat sedih mendengar berita tersebut.

Kelab Isteri Taat, namanya tidak seharum isi pelaksanaannya. Sungguh,saat pertama mendengar penubuhan kelab ini, saya rasa teruja, mengenangkan hakikat kebanyakan isteri yang lupa hak suaminya. Namun,setelah diselidiki, kecewa pula yang timbul. Saya amat kecewa, kerana taat yang di tekankan hanyalah bersifat seksual semata. Apakah wanita kembali dipandang sebagai pemuas nafsu semata? Jika ya, apakah bezanya hari ini dengan kehidupan semasa jahiliyyah dahulu? Mengapa letakkan kembali wanita dibawah, sedangkan Islam telah meninggikan martabat wanita? Malah kekecewaan saya semakin mendalam kerana ucapan itu disampaikan oleh seorang wanita!






Pada pandangan saya, taat akan hadir,seandainya seorang isteri itu benar-benar faham hak-hak suaminya dan faham tanggungjawab dirinya. Mengapa tidak memfokuskan faktor permasalahan cerai atau suami cari lain kepada kekurangan ilmu dan persediaan suami isteri tersebut? Persediaan yang dimaksudkan adalah persediaan ilmu, persediaan fizikal dan mental, persediaan psikologi, dan persediaan untuk berkongsi sekeping hati yang punya rasa yang sama? Sungguh,saya tidak dapat menerimanya.

Perkara kedua yang memberontak didalam diri saya adalah berhubung pasangan kepada program realiti TV Imam Muda, iaitu "PENDAKWAH WANITA SOLEHAH ". Secara peribadi,saya tidak bersetuju dengan program ini. Walaupun ianya bertemakan dakwah dan Islam, namun pada pandangan saya, ia mampu menjadi fitnah lebih daripada manfaatnya. Maaf kerana menjadi pengkritik, namun sungguh saya tidak bersetuju dengan program ini. Namun andai program ini hanya disiarkan kepada kaum wanita sahaja, amatlah saya galakkan. 


Pelbagai perkara yang saya khuatirkan dengan perlangsungan program ini. Saya amat tidak gemar wanita di sensasikan dikhalayak ramai tanpa sebab yang kukuh. Bukan cemburu persoalannya, kerana saya bimbang andai bukan penilaian bakat yang dipandang,tetapi pandangan nafsu pula yang mula mendominasi. Maaf andai ada yang berfikiran bahawa saya jumud, ini pandangan saya. Mengapa tidak kalian menghayati hadisRasulullah SAW:

"“Tidaklah aku tinggalkan selepasku akan fitnah bagi lelaki yang terlebih besar daripada fitnah wanita.” (Hadis)

Saya terbaca satu komen seorang muslimin mengenai program ini. Realiti yang sememangnya berada difikiran saya.
"pelikkan, penonjolan muslimat secara begini, ana tak tahu apa matlamatnya, klu ana sebagai lelaki, pastinya bukan bakat atau dakwah yang saja jadi tumpuan, aurat perempuan tue pasti jadi tumpuan, apatah lagi lelaki yang kat luar sana pelbagai keadaan ada, sebab tue ana memang tak setuju, harap2 fitna ni diberi perhatian oleh pihak pengajur, moga dipertimbangkan.. tak tahu la kot rancangan ini hanya untuk wanita"


Saya memahami, ada mesej yang cuba disampaikan melalui program realiti ini, namun, faktor sebegini juga perlu diambil berat. Bimbang yang diharap tak menjadi, yang dibenci pula mewarnai. Sekian sahaja rontaan hati buat masa ini.


p/s: terfikir, apa perasaan keluarga/suami/isteri/ibubapa pelakon lelaki/wanita yang tak segan silu berlakon berpeluk-peluk, bersayang-sayang dengan orang lain dalam TV, walau sekadar lakonan? ............


~Daku kehairanan~

No comments: