With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful
Saya ada beberapa sebab tersendiri mengapa saya menulis..
Walaupun ada antara sebab itu agak kebudak-budakan..
Awalnya, saya menulis kerana terpengaruh dan rasa tercabar dengan nukilan rakan-rakan, khususnya semasa berada di bumi UKM.
Bermula dengan tulisan yang sekadar luahan dan 'gebangan' isu terkini, saya terus juga mencoret, tanpa kisah andai tulisan saya tidak dibaca.
Jujur, tulus tenang.. Saya tenang berlaku jujur dengan melakukan apa yang saya mahu.
Mereka yang mengenali saya pasti mengenali kedegilan saya.
Saya menulis bila saya mahu, tanpa ada siapa yang memaksa.
Saya pernah memaksa diri menulis disaat saya tidak mahu. hasilnya, butang pangkah di kanan laptop ini yang ditekan.
Bila ada yang memaksa saya menulis, pasti saya tidak akan lakukan, kerana ia adalah arahan, dan saya bencikan arahan. (ya, saya tahu, degil macam anak-anak kecil)
Namun, sebab utama saya menulis, hanyalah kerana saya manusia yang kurang gemar bercakap. Apabila berdepan konfrontasi atau keadaan yang kritikal, saya cenderung untuk berdiam. Bukan kerana 'berkatalah yang baik atau berdiam sahaja' , tetapi saya sangat memahami potensi diri ini untuk menyakitkan orang lain, dan ya, ia justeru akan menyakitkan saya.
Seringkali, apabila membuak perasaan saya untuk menyampaikan sesuatu, saya akan luahkan dalam bentuk tulisan. Dan, ia akan bersemi disitu.
Kau suka menulis, maka mengapa sudah lama kau tinggalkan?
Hanya kerana, dilema.. Dilema dalam memilih apa yang ingin ditulis. Jujur saya masih menulis, tetapi bukan untuk paparan umum. Akan saya karangkan dalam betuk sajak atau puisi , atau catitan travelog saya di lembaran kertas yang merata-rata..
Maafkan saya teman andai diam saya membuntukan kalian.
Percayalah, diam saya seringkali disebabkan peperangan dalam diri ini.
Ya, doakan saya,
moga cahayaNya sentiasa ada untuk menerangi kita semua.
(yup, it always good to end up thing with religious thing ;P -matlutpi )
Thursday, February 5, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment