(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Monday, June 29, 2015

Kembara Turki : Part 1 - Apakah turki itu?

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

September 2014
Dia izinkan aku sampai ke salah satu bumi sejuta sejarah ,Turki.
Bagaikan mimpi, Dia mengabulkan impian dihati.
Bumi itu, telah sekian tahun aku kaji,
walau sekadar disebalik buku dan tulisan di sesawang,
sejak 2010, seingatku, impian makin menebal ingin mengembara kesana.

Bumi ini menimbulkan banyak persoalan pada diriku,
bersama rakan yang berkongsi minat yang sama,
bahagian sejarah di Perpustakaan Tan Sri Lanang sering menjadi tempat tuju.
Penemuan baru membangkitkan keterujaan dan semangat menggali penemuan baru.

Turki.
Bumi ini kukenali sebagai sekular,
zalim bila muslimahnya dilarang bertudung,
majalah pornografi berleluasa dijual dikaki lima,
dan pelbagai cerita busuk lain.
Malah, aku mengebali mustafa kamal atartuk sebelum sultan Al-Fatih.

Rasa bingung kian bercambah bila menyantuni tulisan guruku,
Secangkir teh pengubat letih, nukilan ustaz Hasrizal.
Mengapa ceritanya lain benar dengan apa yang aku baca?
Apa betul indahnya yang dialami?
Apa sebenarnya warna turki itu?
Dan persoalan makin membelit, menanti jawapan.

Sedikit sebanyak,
Busuk cerita tentang Turki diwangikan dengan ramah warganya di bumi haramain.
Kelihatan mereka gemar sekali ingin bermesra dengan warga malaysia,
walaupun perbualan bercampur turki-english-arab.
Ramahnya dapat dilihat pada wajahnya,
lembutnya melihat cara mereka cuba mendekati walau bahasa membatas segalanya.

Jauh disudut hati,
Bumi ini aneh,
dan aku, pasti kesana juga suatu hari nanti.






No comments: