Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Believe it or not, ini adalah post pertama saya sejak bergelar student tahun akhir.. Waa akhirnya, berjaya juga mengepost.. Jangan ditanya kemana menghilang bajet ada yang mencari =P, sebab saya tak mampu memberi alasan yang konkrit. Cuma mungkin saya dapat berikan sedikit gambaran, bahawa alasan saya menghilang ada kaitannya dengan tajuk entry ni..dilema...
Ada apa dengan dilema? Dilema mem buatkan saya serba tak kena dan menjadi seorang yang tak betul semenjak dua menjak nie.. Apa yang berlaku..teng tereeeeeeeng.... Nothing much, cuma sedikit sebanyak,saya menghadapi sedikit konflik dalam diri sejak terjerumus dalam dunia blog memblog nie.. Apa yang boleh diperkatakan adalah, saya merasakan bahawa dunia blog dan mukabuku membuatkan saya meluahkan segala apa yang terbuku, hinggakan tiada apa yang membuku untuk saya ambil dan selesaikan seorang diri.
Small matter beb.. Huh,,mungkin, tapi bukan bagi saya. Adalah amat menakutkan jika saya tak mampu menangani sesuatu/rahsia by myself. Ada orang mengatakan,perempuan suka bila ada orang mendengar/tahu setiap keluhan dan masalahnya. Saya akui,tetapi bagi saya ia tetap sesuatu yang menakutkan. Mungkin kebiasaan menterjemah masalah/perasaan dalam bentuk tulisan menyebabkan pula saya ringan mulut untuk meluahkan segala yang terlintas dihati. Kesannya,saya semakin lemah dan mula bergantung kepada orang lain.
Walau post ni ala-ala luahan perasaan jugak,tapi deep in my heart, saya cuba nak ingatkan diri saya dan semua, ada masa kita perlukan orang, dan ada masa kita kena hadapi sendiri segalanya. Dan peringatan sebenarnya adalah, bila ditimpa ujian, selayaknya yang perlu kita ceritakan dan rintihkan adalah kepada Allah. Jujurnya hari ini,apa yang jelas dimata,dekat dihujung jari adalah, masalah kita dah kita adukan di blog dan mukabuku. Apakah saya tuduh mengkhinzir buta? perhatikan mukabuku,ada isteri yang adukan masalah suaminya, ada suami yang mencanangkan masalah rumahtangga, ada buayafren yang menzahirkan cintan cintun kepada gelifrennya,ada segalanya. Bimbang,suatu hari nanti, kita buang peranan Allah dalam hidup kita, Nauzubillah min zalik..
Simple. tetapi dilema ini menyebabkan peperangan antara nafsu ,iman dan akal berperang duna=ia didalam diri saya. Anda pula bagaimana.
Sunday, November 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment