Berasa amat bersyukur dan terharu kerana diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki ke masjid Hasanah kesayangan pada malam tadi. Sungguh hari ini adalah hari fenomena anak muda!
Paginya, keadaan suram menyelubungi setelah berita pemergian Syeikh Al-Allamah Al-Syahid Imad Affat Al-Syafie ,seorang ulama Al-Azhar yang telah menjadi mangsa tembakan tentera dalam sebuah perhimpunan. Sungguh, saya tidak mengenali beliau, namun suasana mendung rakan2 membawa saya mengorek berita dan cerita insan ini. Anak muda yang merindukan pentarbiyahan dan sentuhan ilmu pasti mudah tersentuh hati melihat pemergian sang penyampai ilmu.Malah seluruh isi langit dan bumi menangisi pemergiannya. Moga Allah memberi syahid kepada beliau.Al- Fatihah.
Pagi tadi juga menyaksikan solidariti anak muda yang berhimpun di Dataran Merdeka dibawah payung Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS). Di fahamkan bahawa gerakan ini diwujudkan kerana anak muda hari ini sudah muak dengan segala karenah dan birokrasi kerajaan terhadap mahasiswa dan pensyarah.
“Himpunan ini mempunyai dua objektif besar iaitu pertama sebagai isyarat bagi seluruh rakyat Malaysia yang sudah lama muak dengan sikap pihak pemerintah yang membelenggu rakyatnya dengan pelbagai cengkaman demi kepentingan tertentu.
“Dan yang kedua adalah bertujuan menyerahkan deklarasi tuntutan BEBAS kepada pihak kerajaan dan tidak terlepas sama kepada pihak pembangkang.”, - Pengerusi BEBAS
Dan, jam-jam terakhir saya pada hari ini menimbulkan keghairahan saya utuk meneruskan misi menjelajah mengutip mutiara ilmu. Malam in menyaksikan limpahan anak muda yang berkumpul di Masjid Hasanah, bukan untuk berdemo, bukan untuk bergaduh, tetapi menngutip taburan ilmu yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus. Sungguh saya rasa merasakan aura luar biasa walaupun saya hanya melihat ustaz melalui skrin putih! Ada rasa terharu mengalir dalam diri melihat anak muda yang hadir, termasuk kanak-kanak kecil.
Anak muda, suaranya mampu mengubah landskap dunia.
Anak muda, tindakannya mampu menggoyahkan si rakus pencinta dunia.
Anak muda, sentuhannya mampu mengubah sistem dunia.
Anak muda, langkahnya,menggerunkan penderhaka kepada Pemilik dunia.
"Berikan aku 100 orang tua, pasti aku tidak mampu berbuat apa-apa, berikan aku 10 anak muda,pasti kan ku goncang dunia"- pak Karno

Penuh..tak campur muslimat kat bahagian atas lagi..
Kat dalam tak muat, luar pun melimpah..
solat dimana-mana...
Sungguh, saya dapat merasa satu aura dan semangat melihat ini semua. Untuk pegetahuan, solat isyak terpaksa dibuat berjemaah sebanyak dua kali, kerana ruang yang tidak mencukupi. Allahu Akbar!. Siapa kata anak muda hanya rindukan hiburan? Siapa kata anak muda bencikan budaya keilmuan? Siapa kata taman syurga hanya dijengah golongan berusia? Moga semua mendapat redhaNya.
Anak muda, semangatnya mampu menggetarkan seluruh dunia.Anak muda, suaranya mampu mengubah landskap dunia.
Anak muda, tindakannya mampu menggoyahkan si rakus pencinta dunia.
Anak muda, sentuhannya mampu mengubah sistem dunia.
Anak muda, langkahnya,menggerunkan penderhaka kepada Pemilik dunia.
"Berikan aku 100 orang tua, pasti aku tidak mampu berbuat apa-apa, berikan aku 10 anak muda,pasti kan ku goncang dunia"- pak Karno
bersambng....
No comments:
Post a Comment