(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Friday, June 1, 2012

Buat Adam

"Abang tak balik minggu ni?" soalan yang kerap keluar dari mulut mak.

" Tak tahu la mak.. Ala mak, abang dah kahwin la mak.. Macam mana nak balik sokmo (selalu) mcam dulu"  jawab saya.

"Oh, ha ah la..hmmm" dan saya segera sengih2 smbil peluk  mak..

Ini adalah kejadian sebenar yang berlaku. terutamanya pada awal perkahwinan abang. Abang sulung saya, yang bekerja sebagai pegawai juruukur tanah JUPEM, memang antara yang paling kerap brada dirumah. Bayangkan sesuatu projek (biasanya masuk segala ceruk bumi) diberi masa kadang-kadang 2-3 minggu, dan beliau dapat meghabiskan tugasannya dalam beberapa hari sahaja,maka masa yang berbaki akan dihabiskan dirumah. Dengan ditemani kertas yang langsung tak difahami, dan sebuah alat yang saya lupa namanya, maka beliau akan menyerabutkan kepala dirumah menyiapkan laporan dan segala bagai.

"Kenapa tak nak masuk office?"
"Abang tak suka duduk office. Bosan. lagipun sekarang ikotkan masa projek lagi. "

Yes, abang memang rajin, pantang ada masa lapang tanpa dia buat apa-apa.. Menebas, tanam pokok, bakar sampah, atau paling tak da kerja pon, kami main badminton, satu-satunya game yang memang family kami kegilaan sikit ^_^.

Dan sepanjang keberadaan abang kat rumah, orang yang paling gembira adalah mak. Sebab tu bila abang kahwin, mak ambil masa nak sedar hakikat tu.. Dan saya, jujurnya, masa dapat tahu abang nak kahwin, saya agak kesedihan sebenarnya. Saya akan berkongsi abang dengan isteri abang, merangkap kakak ipar saya.. Tapi sekarang tak lagi, sebab abang buktikan, walau abang dah kahwin, abang masih ada masa dengan kami. Dan saya bersyukur, kakak ipar saya seorang penyabar dan baik hati, kerana tak jeles dengan kami hehe.

Kenapa tiba-tiba saya ceritakan tentang abang saya? Pertama,saya rindukan keluarga saya, (walau minggu lepas baru balik rumah hee) .Kedua , sebab abang saya lelaki. Saya cuma nak ingatkan kepada semua kaum adam, akan tiba satu saat, dimana berasa ingin ber'teman'. Niat menyempurnakan agama, sudah tentu. Cuma, jangan lupakan satu perkara, walau kalian sudah berkahwin, hubungan dengan keluarga tidak terputus. Percayalah, ketika kalian gembira ingin berkahwin, ada hati yang bersedih sebenarnya, walau dilindungkan dengan kegembiraan demi anda. Bukan tidak merestui, tetapi takut akan kehilangan.

Maka, kepada yang masih bujang dan bakal membina masjid, sila jaga perasaan ibu dan adik-beradik perempuan anda.. Even semasa ingin memberitahu mereka, anda ingin melangkah ke gerbang perkahwinan, sila katakan dengan baik, agar mereka tidak merasai kehilangan anda.

Dan kepada yang sudah berumahtangga,Barakallahulakum.. Teruskan menjaga hubungan dengan keluarga disamping hubungan dengan Allah. Syurga bagi seorang lelaki masih tetap dibawah kaki ibunya.

Ini hanyalah sebuah contengan coretan kisah sebenar seorang abang, oleh adiknya =D


~Redha Allah terletak pada redha ibubapa~

No comments: