(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Friday, July 3, 2015

ketenangan itu ada

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

Jalan setiap orang pasti berbeza,
ada yang terus boleh berlari,
ada yang masih memerhati cara melangkah pergi,
ada yang terjatuh, menangis meraung, namun terus usaha bangkit kembali,
ada yang jalannya separuh, penat, terus berpatah kembali.



Hari ke hari,
matahari yang terbit dan tenggelam kita jalani,
tanpa rasa menghargai,
tanpa rasa peduli.

Hingga kita bosan sendiri,
terdetik pada diri,
entah apa sebenarnya yang dicari,
hidup tidak lagi mengujakan,
seakan ada rasa yang hilang dari hati,
pilu, sepi sendiri.

Tika itu, dongakkan kepalamu,
tutup matamu,
tentanglah langit,
menjauhlah dari sesak manusia,
dekatkan diri dengan alam yang sekian lama membisu,
dengarkan cerita angin yang bertiup,
hayati dendangan riang sang burung,
atau cukup, balas kembali geselan si comel kucingmu,

Lelah itu aku pasti pernah rasai,
dia jua telah rasai,
dan aku yakin, kau juga pernah bersesak dada mengharunginya.

Menangis, merenung, berkawanlah dengan yang selain manusia,
pandanglah segala yang tak pernah kau hiraukan selama ini,
kerna mereka memerhati, menanti kau menghargai.






Tuesday, June 30, 2015

Langkah ini

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

Aku merasa seakan hidup ini membosankan,
bangun, kerja, makan, tidur,
rutin yang membosankan.
jauh dari itu, ia agak tidak bermakna,
Tidak memberi erti pada yang lain atau diri.

Pernah aku luahkan kerimasan ini,
dan aku punyai banyak pilihan untuk berbakti,
aku pasti akan menjejaki menapak mimpi,
demi menyulam hidup yang kian hilang seri.

Bila ada yang aku tidak libatkan diri,
maksudnya aku mungkin tiada hati,
atau aku benci bila kau sering mencakari,
menyakiti sesama malah diri sendiri.

Biarkan aku begini,
menurut kata hati sendiri,
walau kau kan sinis bila menyedari,
yang mimpi aku ini bagimu tidak bererti.

Biarkan,
kau tidak tahu apa yang akan terjadi,
kau tak mampu menduga takdir Illahi,
Kau juga tak mampu patahkan semangat ini,
biarkan aku terus dengan caraku sendiri.

Maafkan aku,
bila aku tidak lagi sama suara denganmu,
mungkin saja, lontaranku terlihat sumbang dipendengaranmu,
mungkin juga kau kan perlekehkan langkahku,
tak mengapa,
kerna aku sudah biasa,
Dipandang sinis olehmu,
walau kau mengaku,
yang kau lah sahabatku.

Siti Zubaidah Ismail
1.20 PM
13 Ramadhan 1436 H/ 30/6/2015
Bandar Baru Bangi

Monday, June 29, 2015

Kembara Turki : Part 1 - Apakah turki itu?

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

September 2014
Dia izinkan aku sampai ke salah satu bumi sejuta sejarah ,Turki.
Bagaikan mimpi, Dia mengabulkan impian dihati.
Bumi itu, telah sekian tahun aku kaji,
walau sekadar disebalik buku dan tulisan di sesawang,
sejak 2010, seingatku, impian makin menebal ingin mengembara kesana.

Bumi ini menimbulkan banyak persoalan pada diriku,
bersama rakan yang berkongsi minat yang sama,
bahagian sejarah di Perpustakaan Tan Sri Lanang sering menjadi tempat tuju.
Penemuan baru membangkitkan keterujaan dan semangat menggali penemuan baru.

Turki.
Bumi ini kukenali sebagai sekular,
zalim bila muslimahnya dilarang bertudung,
majalah pornografi berleluasa dijual dikaki lima,
dan pelbagai cerita busuk lain.
Malah, aku mengebali mustafa kamal atartuk sebelum sultan Al-Fatih.

Rasa bingung kian bercambah bila menyantuni tulisan guruku,
Secangkir teh pengubat letih, nukilan ustaz Hasrizal.
Mengapa ceritanya lain benar dengan apa yang aku baca?
Apa betul indahnya yang dialami?
Apa sebenarnya warna turki itu?
Dan persoalan makin membelit, menanti jawapan.

Sedikit sebanyak,
Busuk cerita tentang Turki diwangikan dengan ramah warganya di bumi haramain.
Kelihatan mereka gemar sekali ingin bermesra dengan warga malaysia,
walaupun perbualan bercampur turki-english-arab.
Ramahnya dapat dilihat pada wajahnya,
lembutnya melihat cara mereka cuba mendekati walau bahasa membatas segalanya.

Jauh disudut hati,
Bumi ini aneh,
dan aku, pasti kesana juga suatu hari nanti.






Ramadhan kali ini...

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba, ramadhan tiba....... ( mohon dibaca nada opick)

Alhamdulillah, masih diberi peluang sekali lagi bagi jiwa ini kembali kepada fitrah insani.

Bulan mengubati nazaknya hati,
bulan menginsafi khilaf sendiri,
Bulan dimana kau akan tersentap menyedari,
Silapmu selama ini adalah kerna dirimu sendiri,
Bukan kerja syaitan nirojim.

Entah mengapa, diri ini terasa bahawa ini peluang terakhirku,
Seakan bulan mulia ini enggan menemuiku lagi di tahun seterusnya,
Dunia kian menakutkan diri,
seakan tak sanggup lagi diri menanti mentari muncul lagi.

Moga Ramadhan kali ini membawa kita pulang,
aku, engkau, dia, kita, malah mereka,
pulang ke fitrah insani,
Tinggalkan jalan busuk dosa,
teruskan kembara mencari redhaNya.





Friday, February 13, 2015

Saat dia kembali kepada Dia

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

12 Rabiulawal 11 Hijrah / 8 Jun 632 M

Pagi itu heningnya luar biasa. Para sahabat dan rakyat jelata tidak mampu menampung kesedihan. Malah, alam turut menangisi pemergian insan suci itu.

"Rasulullah telah pergi tinggalkan kita!!!"

"Muhammad sudah pergi !!!"

"Rasulullah sudah wafat !!!"

Berderailah air mata, bergegak gempita tangisan seluruh alam.

“Tidak ! Muhammad belum wafat. Siapa yang mengatakan Muhammad sudah wafat akan kupancung kepalanya!!”

Itu bukan dari rakyat kebanyakan. Tetapi dari sahabat seperjuangan, Umar Al-Khattab.  Perit benar berita ini untuk di terima. Mengamuk dia, kerana remuknya hati mendengar perkhabaran yang tidak indah ditelinga itu. Jika iblis mendengar derapan langkahnya saja sudah bertempiaran lari, inikan pula insan biasa.

Namun, Abu Bakar bijak membawanya kembali kedunia nyata.

“Barangsiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah wafat. Dan Barangsiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu sentiasa hidup dan tidak pernah mati. “(Sahih Bukhari)

Dan, pagi itu, kekasih Allah itu pergi menemui Kekasihnya. Pergi buat selamanya.
Dan kita, hanya mendengar namanya. Tanpa pernah bersua muka.
Ajarannya kita turuti, walau terkadang, bertelagah sesama sendiri.
Sejahat manapun kita, seburuk manapun perangai kita, kita turut akan merasai, kehilangan dia, insan suci berperibadi murni.

23 Rabiul Akhir 1436 H / 12 Februari 2015

Waktu seakan terhenti.

Berita tiba bagai mimpi.
Berulang kali bertanya, adakah ini realiti, tuan guru akhirnya kembali kepada Yang Hakiki?

Malam itu, hibanya kuat terasa, mata seakan sukar untuk dibawa lena. Akhirnya, mengalir juga airmata, cuba mententeramkan jiwa.

Malam itu, alam bagai terus hidup,tanpa tidur. Manusia mula berpusu-pusu mengambil peluang bagi penghormatan terakhir buat sang murabbi berjiwa zuhud itu.

Dan sosok ini juga, tidak pernah kubersua muka . Sekadar melihat dari jauh, atau menatap hanya diberita.

Pagi itu, Jumaat yang suram kurasa. Suasana hening, bagai warganya terbuai dalam lena.
Terdetik dihati, jika ini rasanya kehilangan murabbi, bagaimana rasanya saat para sahabat kehilangan insan paling dekat dihati dan dicintai Illahi?

Allah , sungguh, kami akan menuruti.
langkah mereka,
menemuiMu yang Hakiki.
Namun, khuatirnya rasa hati,
Mampukah kami bertemu di Jannati,
Atau terjelepok saat Sirat cuba aku rentasi..

Berehatlah ,
Wahai jiwa yang kembali.
Kami akan menuruti,
Ke Alam yang Abadi.

1845PM , BBB
13 Februari 2015 / 24 Rabiul Akhir 1436 H


Thursday, February 5, 2015

Kenapa saya menulis?

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful



Saya ada beberapa sebab tersendiri mengapa saya menulis..

Walaupun ada antara sebab itu agak kebudak-budakan..

Awalnya, saya menulis kerana terpengaruh dan rasa tercabar dengan nukilan rakan-rakan, khususnya semasa berada di bumi UKM.

Bermula dengan tulisan yang sekadar luahan dan 'gebangan' isu terkini, saya terus juga mencoret, tanpa kisah andai tulisan saya tidak dibaca.

Jujur, tulus tenang.. Saya tenang berlaku jujur dengan melakukan apa yang saya mahu.

Mereka yang mengenali saya pasti mengenali kedegilan saya.

Saya menulis bila saya mahu, tanpa ada siapa yang memaksa.

Saya pernah memaksa diri menulis disaat saya tidak mahu. hasilnya, butang pangkah di kanan laptop ini yang ditekan.

Bila ada yang memaksa saya menulis, pasti saya tidak akan lakukan, kerana ia adalah arahan, dan saya bencikan arahan. (ya, saya tahu, degil macam anak-anak kecil)

Namun, sebab utama saya menulis, hanyalah kerana saya manusia yang kurang gemar bercakap. Apabila berdepan konfrontasi atau keadaan yang kritikal, saya cenderung untuk berdiam. Bukan kerana 'berkatalah yang baik atau berdiam sahaja' , tetapi saya sangat memahami potensi diri ini untuk menyakitkan orang lain, dan ya, ia justeru akan menyakitkan saya.

Seringkali, apabila membuak perasaan saya untuk menyampaikan sesuatu, saya akan luahkan dalam bentuk tulisan. Dan, ia akan bersemi disitu.

Kau suka menulis, maka mengapa sudah lama kau tinggalkan?

Hanya kerana, dilema.. Dilema dalam memilih apa yang ingin ditulis. Jujur saya masih menulis, tetapi bukan untuk paparan umum. Akan saya karangkan dalam betuk sajak atau puisi , atau catitan travelog saya di lembaran kertas yang merata-rata..

Maafkan saya teman andai diam saya membuntukan kalian.
Percayalah, diam saya seringkali disebabkan peperangan dalam diri ini.
Ya, doakan saya,
moga cahayaNya sentiasa ada untuk menerangi kita semua.

(yup, it always good to end up thing with religious thing ;P -matlutpi )

Wednesday, February 4, 2015

Kerana jatuh, aku berdiri

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful


Pejam celik, setahun sudah berlalu..
Setahun yang penuh ceritera..
Yang mula sudah pun diakhirnya,
Yang jatuh, bisa bangun kembali,
Aturan masa mengikut rencana Illahi

Tanggal 7 September yang lalu,
Kota konstantin itu aku jejaki,
Mengutip cebisan semangat alfateh,
Untuk mengubat diri,
makin aku kenali, makin banyak pula perlu aku selidiki,
Sejarah Islam, gemilangnya tak semudah yang disangka,
Mudah benar penukil mengisahkan kejayaan,
namun tak ramai mengisahkan jerih perih itu..

Manusia,
Tak mampu kuat tanpa halangan,
Tak mampu bangn tanpa jatuh,
Tak mampu menjawap tanpa soalan,
justeru, mmengapa takut akan cabaran?




Rumeli Hisari dibina oleh Sultan Muhammad Alfateh bagi menandingi binaan Anadolu Hisari, iaitu tembok binaan bapanya

Disebalik kejayaan Al-Fateh menawan Constantinople, tidak ramai yang mengetahui hakikat bahawa, beliau baru sahaja kalah teruk dalam tempoh kurang 24 jam sebelum itu. 

Sebagai manusia biasa yang diangkat menjadi pemimpin, yang memimpin manusia biasa, Pasti terselit rasa kecewa, namun tidak bagi Al-Fateh. Dalam tempoh 'bertenang' itu, dia menerima pula pesanan dari gurunya,Sheikh Samsuddin, yang memintanya menyerang kembali kota Konstantinople tetapi dengan strategi yang pelik di pendengaran manusia. Dan akhirnya beliau berjaya. Ini hanya ringkasan, terlalu ringkas. Untuk lebih menghayati ambillah masa, beleklah kembali lembaran sejarah.

Sejarah itu bukan untuk dikenangkan,
Sejarah itu untuk dipelajari,
Dijadikan tauladan,
Memacu kehidupan untuk terus kedepan.

Maaf ini entri semberono kiranya,
Doakan saya untuk kembali menulis,
Walau tiada yang membaca..
Hingga bertemu lagi.

Thursday, January 30, 2014

Cari..cari.. carilah... Yang Halal ^^

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

Hampir 2 bulan berada di bumi Melaka. Menyelusuri kehidupan bersama teman-teman baru. Keputusan yang tidak saya sesali. Mengenali dunia dari kacamata berbeza. Dunia halal yang luas bidangnya, maka perlu saya mempersiapkan diri untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan.
 
Selain dunia halal makanan ynag memang menjadi isu sensitive umat Islam Malaysia, saya turut didedahkan dengan halal haram dalam produk farmaseutikal dan perbankan. Menelusuri segala ceruk sector perbankan membuatkan otak terasa berat dengan hakikat ekonomi sebenar kita pada hari ini. Namun, jujur, saya sangat tabik guru-guru yang mencurahkan ilmu, dan berkongsi pengalaman jatuh bagun mereka dalam menunaikan tanggungjawab mereka terhadap umat Islam, di Malaysia khususnya.Moga Allah merahmati dan meredhai usaha-usaha mereka.
 
Memandangkan ini adalah post pertama saya berkaitan dunia halal, disini saya sertakan sedikit  laman sesawang yang boleh dirujuk dalam menyelesaikan persoalan halal haram.
 
 
*untuk mengetahui sama ada sesuatu produk atau syarikat itu mngeluarkan barangan halal atau tidak. Bagi produk yang halal, carian akan menunjukkan nama produk atau syarikat tersebut
 
contoh produk yang mendapat halal JAKIM

contoh produk yang TIDAK mendapat halal JAKIM
 
Selain itu, beberapa laman sesawang yang juga boleh dirujuk adalah
 
 
 
 
Bagi produk kosmetik, antara laman sesawang yang boleh dirujuk
 
 
* setiap produk farmaseutikal seharusnya berdaftar dengan KKM bagi menjamin produk itu tidak mengandungi bahan yang membahayakan .
 
* antara syarat produk farmaseutikal dapat didaftarkan dibawah kkm adalah tidak mengandungi bahan yang membahayakan, penggunaan dadah yang dibenarkan dalam kuantiti yang ditetapkan, dan nisbah bahan asas dan bahan aktif yang diperlukan.
 
* bagaimanapun, laman web ini tidak tertakluk kepada halal atau haramnya produk farmaseutikal tersebut.
 
Bagi menyemak sama ada produk farmaseutikal itu halal atau tidak, boleh rujuk link 1.
 
Dalam menjalani hidup di era yang serba mencabar ini, tidak boleh tidak, telitilah dalam memilih sesuatu.
 
Hidup ini ada banyak persimpangan. maka dalam membuat keputusan, ber Istikharahlah .peace ^^ tetiba..
 
sekian saja...
 
 
 
 
~ Mencari yang Halal itu Fardhu ~
 

Sunday, January 12, 2014

Berselawat lah anda

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful


dibawah kubah hijau ini, bersemadinya jasad yang mulia..




Salam Rabiul Awal..

Post pertama bagi tahun ini..

bersempena bulan mulia

Bulan kelahiran Rasulullah tercinta

Ayuh perbanyakkan selawat..

Moga kita dapat bersama-samanya di syurga nanti..

Amin amin.. moga Allah perkenankan..

Sollu Ala Nabiy!!

Sunday, September 22, 2013

Panggilan itu....

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful


Bila angin rindu menyapa,
kaki ini bisa melangkah menggamit rindu itu,
cuba melerai rindu yang memeluk jiwa,
Tapi, ada kalanya, airmata jatuh jua,
kerana roda waktu tidak mampu kembali bersama. - szi


Sungguh, saya sedang mengenang kembali, 
sejarah, nostalgia, dan aturan Illahi,
Merempuh hidup yang penuh misteri,
kadang membuat diri mengeluh sendiri,
Tangis tiada mampu diempangi,
hati sakit, hancur berderai,
ibarat kaca dilempar kasar ke lantai.

Tak, dugaan hidup saya tidak berat,
cuma iman saja yang rapuh.

Tapi Allah tu baik,
Saat saya amat perlukannya,
Dia jemput terus ke rumahNya,
dan terus menziarah KekasihNya,

Allah, terima kasih atas jemputan itu,
Jemputan yang hadir saat ku hilang punca hidup,
hilang pedoman, hilang arah tujuan,
menggagau mencari, tanpa tahu apa yang perlu dicari..


Moga kau terima ibadahku disana dan disini,
dimana saja...
Moga  aku dapat kembali lagi....
Labbaikallahumalabaik  labbaikala syarikalakalabaik......

 
“Travel helps reset your current path for a bit,

reminds you that life is bigger than what you've been seeing everyday,

and makes your problems small compared to it.  - kawan matluthfi




Sunday, August 25, 2013

Budak Kampung

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful


Mata lepas memandang ke hadapan, namun jiwa terbang melayang jauh ke dalam telaga zaman.  Tika itu, setiap detik adalah permainan baginya. Mungkin jika diceritakan pada generasi kanak-kanak zaman ini, mereka mungkin pitam mendengar zaman tanpa ipad mahupun laptop ditangan. Namun saat berharga itulah yang mengajar dia menjadi manusia yang menghargai. Ya menghargai segala yang wujud di sekeliling, menghargai tiap peluh yang menitik, malah menghargai masa lalu itu, yang tak mungkin akan berulang.

Nafas dihela kuat. Bukan lelah yang dihadapinya tika ini.  Tetapi ia terhasil akibat hambatan rindu pada kenangan lalu. Dia bukan dari keluarga berada. Dia lahir dalam sebuah keluarga besar, yang hanya sekadar cukup segala. Tidak berlebih, dan tidak terkurang hingga perlu meminta-minta. Namun mereka bahagia.

Pada ketika umurnya mencecah 2 tahun 2 bulan, adiknya mula hadir, mengambil kedudukan sebagai anak bongsu dalam keluarga. Seluruh keluarga berasa gembira, namun dia menyimpan sedikit kesedihan, takut perhatian terhadapnya akan hilang. Namun dia silap, dia masih adik perempuan bongsu yang sama, yang diapit dua anak lelaki, abang dan adiknya. Perhatian terhadapnya hampir tidak berkurang, terutamanya dari abang dan ayahnya.

Jarak umur yang dekat antara mereka menjadikan zaman kanak-kanak mereka sezaman.  Tidak termasuk adik, dan dua kakak yang paling tua, dia akan bermain bersama ahli keluarganya. Memanjat pokok rambutan bersama, belajar melastik bersama, bermain bola bersama. Segala-galanya dilakukan bersama, Cuma kadangkala sahaja anak jiran sebelah akan sertai sekali.

Tiba musim rambutan, mereka akan berlumba memanjat dahan yang paling tinggi yang termampu di panjat masing-masing. Siapa di kedudukan paling tinggi akan menang. Tentu sekali abang akan menang. Setelah mendapat tempat masing-masing, tangan akan mula mencapai setiap buah rambutan. Makan sambil bercerita di atas pokok. Setelah isi dimakan, kulit dan biji rambutan akan menjadi peluru di lempar ke arah satu sama lain. Siapa terkena akan membalas semula, namun mereka tidak bergaduh. Hanya ketawa akan mengiringi hingga perut penat menerima, dan mulut letih mengunyah.

Emak tidak susah hati melepaskan mereka bermain, kerana dia tahu, anak-anaknya itu tidak akan pergi jauh. Kepercayaan yang membuatkan mereka berpeluang mencipta sejarah sendiri. Tidak dijerkahnya mereka memanjat pokok, konon takut jatuh, tidak dimarahinya mereka yang berjemur, konon takut hitam, tidak dilarangnya mereka mengutip bahan-bahan buangan atau kayu-kayu yang digunakan membina sesuatu mengikut akal mereka, tanpa risau kotor dan bahaya. Namun itu tak bermaksud emak mereka berlepas tangan dengan mereka. Kelonggaran itu diberi kerana memahami, itulah cara anak-anaknya bermain.
Pohon rambutan itu, masih disitu. Cuma yang hilang, anak-anak yang menggila memanjatnya satu masa dahulu. pasti, pohon itu juga terasa sunyi. sama seperti, insan-insan itu yang kita pergi membawa langkah sendiri...
 
bersambung....
 
 

Friday, August 23, 2013

Langkah seorang hamba

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful



Perjalanan setiap insan,
Unik penceritaannya,
Walau kelihatan sama,
Pasti ada liku bedanya.

Awal usia,
Kaki ini melangkah laju,
Mara hingga timbul bangga,
Sentiasa berada di hadapan manusia.

Zaman berganti,
Kaki mula melangkah  lemah,
Tersadung akibat mental yang kalah,
Lantas tertinggal jauh  di belakang sana,
Makin parah lelah jiwa yang melanda.

Jiwa sering merintih,
Hati jenuh melara,
Tangis kering tak berpunca,
Malu berhadapan dengan manusia,
Yang tak semua punya jernihnya jiwa.

Kadang timbul seruan di jiwa,
Semua yang kau kejar,
Untuk siapa?
Hakikat itu hati akui,
Jiwa enggan kalah menjudi,
Meninggalkan diri serba tak bererti,
Nasib Dia Maha mengasihani,
Walau sumpah dan janji sering dimungkiri.

Duhai diri,
Kembalilah pada insani,
Teruskan berjalan , menabur bakti,
Walau kadang dipandang sepi,
Insan yang mengaku sahabati.

Wahai pemilik segala pada diri ini,
Kau mengerti sirat di hati,
Izinkan kami terus mengemudi,
Menuju redha Mu,
Kami mengimpi.


 
~bumi Jerantut,  23/8/13 10.21pm~




Wednesday, January 16, 2013

E.D.U.C.A.T.I.O.N part II

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful


 Soalan SPM: Discuss the picture above. Your description should be less than 80 words.

heh.. p amek kertas, jawab la sendiri.. ok back to story, disebalik gambar gajah, ikan yang comel ni, apa yang kita nampak? ha, nampak tak tulisan tu? ketidakadilan penggunaan perkataan adil pada sesuatu yang tidak menunjukkan keadilan. ada paham? hew~~

Secara kasarnya, gambar ni reflect sistem pendidikan kita. seringkali kita dihukum sama rata pada sesuatu situasi.  Setiap manusia mempunyai perbezaan personaliti, kemampuan, dan juga kepakaran, maka adakah wajar kita dihukum mengikut satu skala yang sama sedangkan kita berbeza?

Di sekolah, di universiti, kepakaran kita hanya didasarkan kepada gred, pointer dan jumlah A yang kita dapat. senang cerita, 10 A budak cerdik, 2A budak lembab..?  Seriusly.. part lain tak tengok dah.. Persepsi begini menyebabkan orang yang tidak suka mengumpul A akan berasa tertekan dan mula memikirkan dirinya kurang cerdik. Bukan nak kata, ni alasan terbaik malas studi, tapi memang tulah hakikat kita hari ni.

Yang kedua. Dulu masa mengajar, cikgu akan cakap, ada soalan? Yup , they want us to ask. Untuk apa? supaya kita belajar. belajar menggunakan otak untuk berfikirkan masalah. haa paham tak? Jangan ingat nak tanya soalan tak payah pikir  woo..

Sebagai contoh, masa kita kecik2, cikgu yang mengajar tu garang. makakita nak terkencing, percaya tak, kita dok pikir ayat terbaik dan tersopan yang boleh tok mintak kebenaran cikgu nak p toilet. Tol tak? Tak paham? takpa2 imagine sendiri..

Maka bertanya tu memang lumrah daam belajar. sedangkan dalam Islam sendiri mengajar bahawa kita perlu bertanya kepada yang lebih ahli (tahu).

“فسألو اهل الذكر ان كنتم لاتعلمون” – (Al-Anbiya, 21:7)
Yg bermaksud, “Bertanyalah kpd yg mengetahui (ahli dlm sesuatu bidang) jika kamu tidak mengetahui!”

Maka, aktiviti bertanya ini tidak sewajarnya disekat. Selain menghasilkan pemikir, ia akan melahirkan penjana dan pencetus banyak perkara-perkara baru. Pendidikan yang baik akan menghasilkan perkara baru, bukan memperbanyakkan pengikut benda yang lampau tanpa sebarang inovasi.

bersambung.......

p/s: Bakal ke negeri jelapang padi, setelah 7 tahun tidak menjejakkan kaki. Doakan perjalanan saya dipermudahkan ^^


E.D.U.C.A.T.I.O.N part 1

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

E.D.U.C.A.T.I.O.N

It just happen, im watching back '3 idiots'.



::Ranchos ::
the main character, I adore him very much.

Going to college to having fun in learning, never chase on grades and degree..
helping his friends, whom being punish by their own scare and frighten.

Students study engineering, he applied it. Open the eyes of other people bout this rude, unfair world.

Try to change the system.. to produce more inventors not 'on papers engineer'.

~ study to be accomplished, not affluent ~

:: Farhan ::

There are lots of people, just like Farhan.  Give up his own will for the sake of their family.
 Mostly, end up frustated themself or become bad workers.

Luckily, this man was awaken by Rancho..

Instead of being slave of engineer, with courage he turn his life into succesful photographer which free his mind and soul.

~ Make your passion your profession ~

:: Raju ::

Victim of the system. Chase toward success, at the same time afraid of tomorrow.
Too much thinking, till he unable to keep himself 'alive' to move forward.

I think, lots of people got the same case like Raju.. being excellent since childhood, then got hard time in college, just because of fear...

~dont quite, just celebrate the ride~

:: Virus ::

symbol of this rude unfair world. looking for grades, achievement, never look for others will.  he is the most type of people we will face in our life.They will ignore what so ever u good at, unless it is what he love to.

That is what system we are in. we are push to be like them. what ever been given, just take  it, dont question it.

Our education today is just about discussing grades, jobs, not the educaton itself.

whic planet u are now? how is their educational sysem?


~ All izz well ~




follow excellence, success will chase u

Monday, January 14, 2013

happen only in my planet

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

now, I feel like writing. Just to spit all the questions in my mind. Today is 14th of January.  I think, its not too late for wishing u all Happy new Year. but let me ask u, what is the different between this new year and the past year? Answer it yourself..

Let me share, what was happen to me on this new year.....

31 December 2012,7.48pm i got a phone call from my mom, crying and telling me that my twin sis got into accident near Bukit Tinggi,Bentong in their way to back home. Before that twins already call me, and inform that they wanna go back, but i cant go with them as i got exam the other day.. actually, there is other 3 cars in that accident. It is proven that some of unresponsible person or syndicate, pour the road with oil. After got treatment, they went to police office to make a report. unfortunately, they were charged on careless. WHAT? dah la eksiden, kereta remuk, kepala berjahit, badan abes lebam2, belum kira tekanan mental lagi, pastu kena saman pulak? apa, ingat ada orang yang nak eksiden suka2 ke? G.I.L.A..

disebabkan masa tu dah bersiap dan tunggu kereta ja nak ke misi tahun baru, maka diteruskan niat. Tren lewat. maka sampai di masjid india jam 9.30 malam, dan mencari masjid nak solat. Cari-cari taraaa jumpa...

"sorry2, u cannot enter, we are closed." jawab pakcik  yang jaga masjid sambil kunci pagar dengan mangga... haa? "pakcik, kami nak solat. Abeh, nak solat mana?". "cari masjid lain." serius it happen.  try tawar menawar, n lastly dia lepaskan juga kami masuk tok solat, tapi kat tangga je, tak bagi naik atas, tempat muslimat. tak pe la. But what u think.. it happen in country which is proudly said an islamic country..... Tak salahkan pakcik tu, sebab tau,dia cuma terima arahan..

After exam, balik rumah..petang-petang bawak anak2 jalan2 naik motor.. until, ada insiden yang spoilkan mood. ada geng2 budak2 sekolah menengah tengah bergelak ketawa atas motor, bawak macam jalan tu dia yang punya, tak kesahkan orang lain, sampai kat simpang, berenti sambil melambai2 kat kawan2 dia.. then terus masuk simpang dan start jalan beriring dengan kawan dia.. dan kawannya lelaki... ops, sori from the beginning geng2 motor tadi adalah perempuan kesemuanya..  dengan mood yang spoil, terus shortcut jalan, dan balik rumah. Malu. terfikir tak malu @segankan mereka?

HKR112. Kali kedua tak dapat hadir, selepas bersih 1. dulu tak pernah tau pon pasal bersih 1. Hari kejadian masih dikampung. Seriusly, kampung kosong.. lengang.. menanti2 berita, tapi hampa..  hari esoknya, seperti biasa, di media perdana,banyaklah putar belit berlaku,..dengan isu gambar HKR digunakan tok himpunan samsidar, isu bilangan, dan lain2..

Tapi malam ni, sekejap je, semua orang busy dengan..listen..listen..listen.. if u know what i mean haha. seriusly.. i found that,Malaysia planet yang sedang didiami ni  kelakar.. mungkin perlu berhijrah ke banyak negara planet tok tau tahap kekelakaran negara planet lain.

Tuesday, December 18, 2012

peninggalan Rasulullah S.A.W

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

 Photo

Pada suatu hari,beberapa ketika selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Abu Hurairah telah berjalan ke pasar. Dia melihat ramai orang sedang sibuk berjual beli. Maka dihampirinya mereka lantas berkata

" apakah yang kalian lakukan disini? Mengapa kalian tidak kemasjid? Di masjid sedang sibuk orang mengambil harta peninggalan nabi"

mendengar itu,maka bergegaslah mereka ke masjid. Sesampai disana, mereka hairan dan marah kerana tiada harta seperti yang diharapkan melainkan orang2 yang sedang belajar dan mengaji.

"Wahai Abu Hurairah. kami tidak pernah mengenali anda sebagai orang yang penipu. Maka pembohongan apa yang sedang kau lakukan ini?"

Dengan tegas Abu Hurairah berkata " Apakah kalian tidak mengetahui bahawa alim dan ulama' itu adalah warisan nabi? adakah kalian melihat nabi seorang yang mengumpul harta? Sesungguhnya, semasa peninggalan nabi, baginda tidak meninggalkan dirham atau dinar pon, melainkan ilmu yang diwarisi para ulama'.

"Sesungguhnya para ulama' itu adalah pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahupun dirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya (ilmu tersebut) bererti dia telah mengambil bahagian ilmu yang banyak".

(Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)


Nota ringkas: Carilah ilmu walau dimana anda berada ^^ . Pesanan untuk diri saya juga ..
p/s: Nantikan ringkasan kuliah Syeikh Muhammad Al-Sabouni.. InsyaAllah

Monday, December 10, 2012

Menegur dan ditegurlah dengan hikmah

 
With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful
 



"
Bukan aku
Aku bukan nak burukkan dia, tapi budak meja belakang aku ni memang busuk betul. Dari meja aku pon, aku boleh nak termuntah. Tak mandi ke ape?Aku bukan  nak burukkan kau, cuma nak nasihat kau, sebelum datang kelas tu,mandi la dulu @budak meja kanan, @budak meja depan, @ketua kelas. (tag)
Like · · · 13 minutes ago ·  "

heh. Pernah baca post macam ni? Antara anda pengepost, pembaca atau orang yang dikata. Budaya popular di mukabuku dan pencicit er, atau frienster?.. Tak puas hati, semua benda nak dicanangkan di laman bisu tersebut. Manusia semakin hilang malu, dan perasaan. Eh, silap, post teguran yang menyalahi fitrah.

Sungguh,secara jujurnya,saya cintakan orang yang menegur saya. Dengan personaliti yang sering digelar hati kering ini, amatlah bertuah diri ini andai ada yang berani menegur, kala diri tidak sedar keterlanjuran diri. Namun, bukan ini caranya menegur, wahai kalian yang membaca..


Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

Merujuk kepada post diatas, ada beberapa perkara yang ingin dihighlightkan sebelum anada menegur.

1) Walau anda tidak memaklumkan siapa insan yang diperkatakan, namun dengan hint yang sangat jelas (budak meja belakang) ,apakah anda fikir, manusia yang membaca tidak mampu menyelesaikan persoalan siapakah individu tersebut? Tak yah rujuk Conan pun boleh setel.

2) Kau ada tanya dia, apa masalah dia? kot-kot dia ada masalah kewangan, air kena potong, tak da sumber air nak mandi. Tak pun dia tak sedar badan dia berbau. Apa-apa hal pun, selidik dulu sebelum sembur.

3) Beb, masalah kau dengan dia, yang kau post sampai satu dunia boleh baca tu apa kes? teguran yang berhikmah ke der?

Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.

Kepada anda yang menegur,
sampaikan teguran anda dengan berhikmah. Selidik sebelum membuat teguran. Sampaikan teguran anda dengan baik, paling baik secara individu. Andai tidak mampu berkata, maka tulislah.. Namun, pastikan gaya bahasa anda mampu menyampaikan maksud,bukan memesongkan makna. Andai perlu menggunakan orang tengah, pastikan anda memilih insan yang boleh dipercayai. Mampu menyampaikan maksud dengan jelas, dan mampu menyimpan rahsia kedua-dua belah pihak. Bukan jenis menabur berita.

Kepada anda yang ditegur,
Tak ramai orang yang mampu menegur salah orang lain. Apabila ada yang menegur salah anda, bersyukurlah, kerana masih wujud orang yang sayangkan atau paling kurang 'kisahkan' anda, dan tidak mahu anda terus berada ditakuk lama. Teguran mungkin susah diterima, terutamanya, bila anda merasakan anda LEBIH TINGGI dari beliau. Hakikatnya anda sangatlah rendah berbanding Yang MAha Tinggi.

Maka,sila RENDAHKAN EGOMU wahai yang Perasan Tinggi.

 
‘‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”

-Berhikmahlah wahai si penegur dan yang ditegur -

Tuesday, November 20, 2012

I know u love me



With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

Permulaan hari yang baik,
berjoging di Tasi Cempaka,
antara rutin bagi mengelakkan tidur selepas subuh.
Mengalas perut sebelum ia mengaum minta diisi.
Lantas pulang ke kamar, bersedia menempuh rutin pelajar.

Usai berdhuha,
Tiba-tiba sebak melanda diri.
hati terasa terhimpit.
Ibarat seketul batu menginap didasar hati,
sukar untuk diluahkan.
Maka terteleku di hamparan sejadah,
merenunh khilaf diri.

Allah menegurku..
Masamu, kemana kau habiskan?
Kudratmu, kemana kau curahkan?
Hartamu, kemana kau tuangkan?
Berat nafas perlu ditarik,
seolah inilah nafasku yang terakhir.

Allah..
Baiknya Allah..
Dosaku tak pernah di tunjukkan kepada sesiapa,
tak pernah ia mencemar warna, mahupun melanggar deria,
kelemahanku, cukup berada dipengetahuannya,
ketempanganku, terlihat lurus dimata manusia,
kerendahanku, terlihat tinggi disisi mereka,
membuatku kadang terlupa,
Kekuatanku, hanya bila bersamaNya.

Tenanglah jiwa,
kau beruntung kerna punya Dia,
Dia yang tak pernah meminggir saat kau perlukanNya,
Dia yang tak pernah hilang saat kau gelap gelita,
Dia yang setia menemani saat kau tak punya sesiapa.
Dia yang setia menantimu pulang kepangkuanNya,
walau kau pernah tersasar jauh,
tersesat , tersilau, terjatuh saat kau memandang dunia,
malah saat kau terlupa kewujudannya.
Tenanglah, kerana Dia Maha Cinta.

Asy hadu an Lailahailallah, wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah.
Allah..
Terimalah kesaksianku ini.

~ Asy hadu an Lailahailallah, wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah ~

Monday, November 19, 2012

kerana KAU disayangi

With the name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful



BoooooooM !!!!
Gaza bergegar lagi.

Bukan semalam.
bukan . Dah lama..  terlalu lama..
tapi kita yang terlupa...

Kanak-kanak, remaja, dewasa di sana,
sudah lali mendengar ngauman jet dan roket
sudah lali dengan hujan peluru
malah, sudah lali dengan sungai darah.

Walau setiap seorang kenalan berhijrah ke alam lain,
walau setiap hari, ada anak yang menjadi yatim,
walau setiap hari ada ibu kehilangan anaknya,
walau setiap hari ada isteri kehilangan suaminya,
Namun tetap kepada Allah dikau berserah.

Malu.
Aku belum tentu setabah kalian.
Mana mungkin darjat kita sama,
sedang aku disini bermain kata,
mengalir airmata melihat tangisan kalian,
sedang kalian mengalirkan merah pekat darah,
menghulur anggota badan kalian ke Jannah,
Aku?

Kalian bertuah.
Allah menyayangi kalian.
Allah melantik kalian menjadi tenteraNya.
Mana mungkin Allah semberono memilih,
kekasih yang akan dipilih untuk ke Syurganya.

Terdetik dihati ini,
aku ingin kesana bersama kalian.
menggunakan pengalaman menembak untuk menembak mereka,
menggunakan segala pengetahuan peerubatan untuk mengubati kalian,
Namun, adakah Allah mengizinkan?
Kerana aku bukan sesiapa,
melainkan hamba penuh dosa.
Layakkah aku merebut tiket syurgaNya?

Ya Allah, berikanlah kekuatan dan ketenangan kepada mereka, dan seluruh umat manusia yang tertindas. Kau hancurkanlah segala kezaliman yang dilakukan mereka yang zalim.

p/s: watch this.. if u didnt drop your tears, plis, ask for a new heart...

~Palestine, we're sorry ='( ~

Tuesday, October 30, 2012

its about H.E.R

With the name of Allah, the most  Beneficent, the Most Merciful

There is a person,
whom i knew very well.
people always said that she is cold-hearted, 'otai', ganas, and so on.
But very few of them knows, what is she hiding inside.
she is very hard to  trust people,
once she trust, keep good care of it.
once it broke, she will never look into it.

Its happened.
Everything had happened.
As He planned.
Time flies, people come and go.
Some say hello, some say goodbye..
Is it what life is for?
And she, remain the cold-hearted person

behind those heartless acting,
she always swallowed the pain herself.
Keep  blaming herself...

"Sorry for acting strong, although it look a bit awkward.
Sorry for hiding everything, although it remain in my silent.
Sorry for not telling the truth, cause it hurt more to spill it out.
Sorry for not allowing u act childish, cause it will hurt u more.
Sorry for acting brave, although i know im coward to face reality.
Sorry for being so mean, cause it hurt when u play the same hurt song."

Sorry for saying Sorry..

she is very bad in sharing her heart feeling.
she can't smile to say she happy,
she can't cry to show she is upset.
she can't share even she really want to.
She can't let people down, even when she felt the same.

Being silent is her choice.
but doesnt mean she doesnt have feeling.
stop saying harsh to her, cause it will hurt her,
the same like others will felt.


And now,
she remains  the same.
with all black and white,
beauty and hurt memories.
trying to live her life to the fullest.
and keep the word with her,
" they never know nothing, but He knows everything"


 

" they never know nothing, but He knows everything"



p/s: i know, there are lot of people like her. reminder for me and for u, think before act, if not, we will hurt them without we notice it. chau sin chi ^^