Sahabatku.. sebelum tidur semalam, apa yang ada difikiran kita?exam?buayafriend?gelifrend? ambil masa, dan fikirkan kembali... berapa ramai antara kita yang sibuk memikirkan masalah umat? Apa yang telah kita sumbangkan kepada agama kita?tepuk dada tanya iman.. Saya bukanlah sesiapa, namun saya terpanggil untuk meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir kita, termasuk diri saya sendiri... secara jujurnya, adakah pernah terdetik dihati kita untuk terus meninggal kan jalan ini? Ya, jalan yang menuntut pengorbanan jiwa, masa dan segala-galanya..Sungguh, jalan ini tidak semudah yang kita bayangkan..Akhirnya, apa yang selalu kita fikirkan?Mari bersama,kita muhasabah kembali,bisikan-bisikan halus yang sering berlegar di fikiran kita.....
Sebagai manusia biasa, kadangkala kita sedih, bila usaha kita diperkecilkan, sedang mereka yang menolaknya, diagung-agungkan.. Apakah, populariti yang kita kejarkan? Biarkan kita tiada nama didunia ini, asalkan nama-nama kita menjadi bualan penduduk dilangit..
" Dan Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman " (Ali Imran :139)
Kecewa. Setiap tindakan kita, setiap ajakan kita tidak di endahkan. Berbuih mulut mengajak, namun tiada perubahan yang berlaku.Hampir setiap jalan yang cuba diredah menemui jalan buntu. Namun, adakah layak untuk kita kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri, saudara sendiri Abu Jahal pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah kita untuk kecewa?
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan. Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa? Abu Talib, meninggal tanpa memeluk Islam,adakah Rasulullah berhenti berdakwah kerana itu? Ingat, kita hanya mengajak, namun hidayah itu milik Allah..
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)
Letih memikirkan segala masalah di depan mata. Namun, adakah wajar untuk kita berasa letih?Sebanyak mana usaha kita andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat? Apakah sudah cukup segala usaha kita untuk membawa kembali kegemilangan Islam? Apakah sudah kita lakukan segala yang kita termampu? Andai 'ya' jawapan kita, andai ditanya diakhirat nanti,apa yang sudah tanganmu,kakimu, mulutmu, matamu, kudratmu, akalmu, dan sebagainya lakukan untuk Islam? anda ada semua jawapan itu??
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)
Sibuk.. study lagi, usrah lagi, nak dating lagi, nak gi dakwah orang pulak dah? mane sempat.. nanti kalau fail exam, sapa nak jawab? emm pernah terfikir macam tu? Siapa kita? Hebat sangat ke kita kalau nak dibandingkan dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi, Yusof al-Qardhawi, ?? Setiap kita diberi tempoh 24 jam sehari, namun, berapa jam yang kita peruntukkan atas jalan nie? Adakah, mereka yang bergerak lancar diatas jalan in, diberi masa yang lebih berbanding kita? anda sendiri tahu menjawabnya..
Pedih? Sakit? Ujian datang ibarat banjir yang melanda selepas hujan lebat.. Jadi itu alasan kita untuk berhenti? Mari renungkan hadis Rasulullah
" Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya dia akan menguji dengan kesusahan"- Riwayat Bukhari..
Adakah kita merasa lemah hanya dengan ujian-ujian kecil itu? Sedarlah, segala ujian yang menimpa kita, amatlah kecil jika hendak di bandingkan dengan ujian yang dilalui nabi dan para sahabat.. Dan tanpa kita sedari, ujian jugalah yang sering kali membawa kita kembali menyedari fitrah kewujudan kita diatas bumi ini...
Kini, kembalilah semula didunia nyata.. apakah kita menemui diri kita disebalik segala macam persoalan diatas? Sama-sama kita kaji dan perbetulkan kembali niat kita.. Moga, hati-hati kita terus dipandu Allah dalam meneruskan perjuangan ini demi mencapai Redha Allah.. InsyaAllah....







