(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Saturday, November 7, 2009

Jom kacau orang tidur ^_^

 Tidur, ada yang kata tidur tu mati sementara. Mungkin itu la juga sebab munculnya istilah tidurmati dan syahid..senangnya kalau tidur tu pun dikira syahid kan.. kalau macam tu, x payah la kita bangun, tidur je la lama-lama..yela..syahid kan..mungkin, tu la jugak yang sebabkan ramai yang payah sangat bangun subuh tu..jap2, nak terasa ke tak yea huhu bukan apa, sayang nak tinggal 'syahid' tu..nanti 'pahala' pun sikit laa kan.. paham ke tak nie? jgn salah paham aa bahaya...pesanan pihak penaja ^_^ 

tidur tu memang nikmat.. tapi kat sini bukan nak cita nikmat tido, cuma nak ajak kawan-kawan kacau orang tidur.. dun wori, pahala disediakan.. nak tak??? kalau nak, teruskan baca, kalau taknak, baca jugak, then bagitau laa kawan lain, kot2 dorang berminat nak kacau orang tido nie..^_^


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله



“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”

(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

emm rasanya selalu jadi kat surau-surau..dah la surau tu kecik, boleh pulak dia tido kat tengah2.. kalau ye pun nak tido, mgkin tlampau letih, tido la kat tepi..yang mana x ganggu  orang nak solat..ok?


Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. 
Rasulullah saw bersabda:   من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).

(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:


Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.


Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:

Tidur waktu subuh.

                        Nabi saw bersabda:       الصبحة تمنع الرزق
                                     “Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”
Keenam:


Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)


Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Kelapan:


Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.


Kesembilan:


Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.


Kesepuluh:


Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”

(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)


Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)


Kesebelas:


Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

* Memang hadis tu sebut suami @ isteri, tapi bagi anda-anda yang single mingle lagi ni,ceh cam diri sendiri x je..hehe jangan la plak jadikan alasan.time kita sendiri ni la sepatutnya kita ambil peluang wat ibadah banyak2..bukan maksud bile dah tua, wat sikit2 je..  sementara masih diberi kurnia kesihatan, kudrat, masa dan IMAN..   yela, sape la yang taw, sampai bila kita  hidup ni...


Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.

Nabi saw bersabda:    إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”

(Hr Muslim)



Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.


* Edited from http://www.iluvislam.com/... moga sama-sama mendapat manfaat ^_^

No comments: