(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Monday, January 4, 2010

:: Jalanku pulang ::





Tundukku malu didepanMu
Kernaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
Terpaut aku tak berpaling

Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepas dahaga

Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala hiasan indah cintaMu
Ku mohon kau tenangkan resah hatiku yang rawan

Bimbang Kau singkirkan taubatku
Kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya kau seru hujung nyawaku
Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

p/s : lpas dgar n hayati lirik ni, ad x rasa bgetar @ rasa nak nangis?  nothing..juz askin...sama2 koreksi diri...(^_^)v







Friday, January 1, 2010

Ada apa dengan tahun baru?

Saat ini, saya keliru dengan diri sendiri. Saya seolah-olah gagal mengawal diri , dikuasai perasaan.Namun tidak difahami, apa yang melanda saat ini. Fikiran saya melayang tanpa saya sendiri tahu apa yang dicari atau apa yang sedang saya fikirkan bagai hilang pedoman. Terasa kehilangan.......




Pukul 12 nanti, berubahlah kalender baru dalam hidup kita. 2010 menjengah meninggalkan 2009 yang telah kita lalui dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Mengikut kalender masihi, lagi 2 bulan saya berusia 2 dekad. Namun mengikut kalender hijrah, saya sudah pun berusia 2 dekad. Bukan usia yang ingin saya tekankan, namun satu persoalan yang sering timbul dibenak saya. Berapa lama lagi saya akan menetap diatas planet bernama bumi ini? Adakah sempat untuk saya memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu? Atau adakah kesempatan untuk saya meneruskan perjuangan menuntut ilmu di perbukitan ilmu ukm ini hingga mengenggam segulung ijazah? Atau, masih adakah ruang untuk saya bernafas esok hari?

Sering pula saya terfikirkan, andai saya pergi dahulu, adakah ibubapa saya redha dengan saya? Redha Allah terletak pada redha ibubapa.. Berapa kali saya membanggakan ibubapa, dan berapa kali pula saya mengecewakan mereka? Berapa kali hati merea telah saya sakiti? Saya bukanlah yang terbaik, namun saya cuba unuk memberi yang terbaik. Mungkin tiada luahan kekecewaan dari mereka, namun hati mereka hanya Allah yang tahu. Namun aku bersyukur, Ya Allah, kerna kau telah meminjamkan aku pasangan suami isteri yang tabah membesarkan 9 zuriat mereka. Tidak pernah ku dengar kata-kata putus asa yang keluar dari mulut mereka, tiada pula keluhan keletihan yang di lontarkan. Walau penat, mereka masih manis dengan senyuman di bibir yang mana sering mengucupku sejak kecil hingga kini..

20 tahun berkelana di muka bumi, membuat kan ku semakin matang melalui mehnah kehidupan. Kehadiran sahabat-sahabat mewarnai perjalanan dan perjuangan. Tika ku rasa keseorangan, kau hadirkan sahabat-sahabat yang tegar bersamaku walau badai melanda. Bersama-samalah kami melayari bahtera perjuangan walau hujung perjuangan itu masih terasa jauh untuk kami gapai. Namun itu bukanlah faktor untuk kami membiarkan bahtera kami karam.Ya Allah, kau perteguhkanlah ikatan hati-hati kami dalam menggapai redhamu.Izinkan kami untuk bernaung dibawah rahmat kasih sayangmu.Sahabat, tiada kata yang dapat  kuluahkan perasaan syukurku dikurniakan sahabat seperti antum semua yang sabar melayani diriku yang kadang-kadang diriku sendiri pun gagal memahaminya. Terima kasih tok segalanya..

Namun, persoalan masih tidak dapat saya rungkaikan. Masihkah ada esok? Separuh hati saya, amat merindui tok kembali kepada Tuhanku.  Diri ini rindu tok kembali, kerna takut untuk terus mengorak melangkah, takut andai semakin lama berkelana, makin jauh diri ini dari fitrah sebenar kejadianku. Bimbang diri ini mengundang kemurkaanmu..Ya Allah, pemilik hatiku, janganlah kau palingkan hatiku, setelah kau beri hidayah kepadaku.. separuh lagi hatiku, amat khuatir tok kembali , kerna bimbang tiada bekal yang ku bawa untuk bertemu denganmu.. Adakah telah kulalui hidupku semata-mata untukmu? Adakah telah kulaksanakan segala amanah yang telah kau letakkan dibahuku? Ya Allah, segala persoalan ini, hanya kau yang punya jawapannya...

Siapa saya diatas muka bumi ini? Allah tak perlukan saya, tapi sayalah yang perlukan Allah. Bukan hanya saat ini, bukan hanya hari ini,bukan hanya tahun ini, namun sepanjang saya menjadi milik Allah. Jadi bila akan saya dimiliki selain Allah? Fikir-fikirkanlah...

Jadi apa sebenarnya tahun baru? Tahun baru bermaksud, semakin bertambah umur kita, semakin kurang waktu tok kita beribadah kepada Allah, dan semakin dekat kita dengan kematian..Tapi pelik.. Kenapa ramai yang seronok,terkinja-kinja, melalak, berpesta, dan macam-macam lagi, dalam menjalani perjalanan kearah kematian ni? Mungkin mereka dah pasti syurga akan jadi milik mereka.

Ya Allah, aku malu tok mengungkapkan rindu padamu, sedang diwaktu lain aku sering lupa padamu. Aku malu mengaku beriman padamu, sedang aku sering melanggar perintahmu.Aku malu ya Allah..Aku malu mengadu kepadamu, sedang diwaktu gembira aku melupakanmu.Ampuni ku ya Allah.Aku hambamu yang lemah, yang sering menzalimi diri sendiri. Kau terangilah jalanku menujuMu ya Allah. kau redhailah kehidupanku. Janganlah kau palingkan hati kami setelah kau beri hidayah kepada kami. Ampuni kami ya Allah. Masukkanlah kami bersama hamba-hambamu yang beriman.Amiin..

Thursday, December 31, 2009

solat dan warna alam

Sedang saya bizi ber'bukumuka' tadi, sorang sahabat tagged saya dengan 1 note kredit to k.aqeen..Dan saya rasa perlu tok saya kongsikan dengan sahabat-sahabat lain..tok pengetahuan,solat yang kita kerjakan sehari-hari tu, ada kaitannya dengan warna alam..nak tahu lebih lanjut,sila baca till de end..hehe

     Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ? 

     Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.




Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak  sahabat-sahabat? ^_^




Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah tidur la tu .... Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. 



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. 

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat Pengasih dan Penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas dunianya.

so, moral of da story, solatlah diawal waktu dan  jangan ingkar segala arahan Allah, sebab Allah lebih tahu apa yang kita perlukan..(^_^)v

Wednesday, December 30, 2009

opkim kampung cheros :: last part,maybe.. ^_^ ::

sedikit sambungan ..atau mungkin yang terakhir..... (^_^) v

selama 3 hari di kampung cheros, saya mula mengetahui perspepsi mereka (orang asli) terhadap islam.. walaupun dalam aktiviti ziarah saya cuma berkesempatan melawat lebih kurang 5 buah rumah,( 2 rumah hari pertama, dan 3 rumah hari kedua) , namun itu tak bermakna pendedahan yang diterima hanya merangkumi 5 buah rumah tersebut sahaja. di waktu senggang,kami duduk berkongsi pengalaman masing-masing selama disana...

Apabila diajukan soalan "pernahkah pakcik / makcik dengar pasal islam?".. macam-macam jawapan yang kami terima. "pakcik tau.. Islam tu agama orang melayu".."pakcik pernah dengar, tapi tak ambik tau pun..".. "islam? entahlah...maaf lah,tapi kami ni memang tak percaya mana-mana"...... emm terjemahan pertama kami terhadap mereka, mereka tahu islam, tapi tak faham apa sebenarnya islam tu..

Dan satu perkara yang saya agak kagum dengan mereka, sikap taat kepada ketua. Pernah kami lontarkan persoalan kepada seorang penduduk kampung, " Pakcik rasa, islam tu macam mana? Pakcik percaya tak dengan Islam?" " emm, ntah lah.. kami ni ikut tok batin. Tak kan kami nak memandai-mandai kan.. kalau tok batin buat,kami buat.." dan mereka sangat bangga dengan gelaran 'asli' mereka. "kalau pakcik masuk islam, banyak laa yang pakcik tak boleh buat..bila pakcik tak buat apa yang orang lain buat, maksudnya,pakcik bukan lah orang asli lagi.." saya tak berminat nak membangkang @ membidas pakcik nie.. sebab saya tahu, dia tak faham apa yang dia buat, melainkan hanya mengikut sesuatu yang diperturukan oleh nenek moyang mereka.. sedangkan orang yang mengaku islam pun ada yang terlalu mempercayai pantang larang nenek moyang walaupun tiada hadis @ keterangan tentangnya, ni pulak seorang yang amat tipis pendedahannya terhadap islam..

Di awal ketibaan kami, kami dikejutkan dengan semangat 1 Malaysia mereka. tak disangka, hebat penangan PM kita terhadap mereka. Setelah bergaul dengan mereka, barulah kami faham, bahawa tok batin setiap kampung selalu dikumpul dan diadakan program umpama kursus untuk mereka. Dan disinilah mereka didedahkan dengan segala perkembangan negara. Namun apa yang agak menggelikan hati saya, bila tok batin mengutarakan ketidakpuashatiannya terhadap wakil-wakil rakyat.. disebabkan tok batin mengatakan bahawa dia selalu dibawa pergi mengikuti kursus, jadi terdetik dihati kami, bagaimana dengan anggota masyarakat yang lain? selalu YB turun? "huh??mereka..masa nak mengundi, semua datang cari kita, macam-macam janji nak bagi..bila kita dah pilih dia, lepas menang, dia bukan nak cari kita dah..jalan kat depan tu dah 4 tahun dah pun,x siap-siap jugak"..hehe..mereka yang duk jauh dari orang ramai,yang ketandusan isu semasa pun faham,ni pulak kita yang sentiasa terdedah dengan pelbagai media, tak kan tak boleh fikir..

saya sedar, tiada yang mustahil dalam dunia ni.. kami hanya berusaha, namun hidayah tetap milik Allah..moga Allah membuka pintu hati mereka terhadap islam lantas menjadi saudara kita semua. Islam tak pernah membataskan @ membezakan kita semua.. kita semua sama disisi Allah, hanya yang membezakan kita hanyalah taqwa, tapi tak layak untuk kita mengukur ketaqwaan seseorang dengan kaca mata kita. Hanya Allah yang layak mengukur ketaqwaan kita semua... Moga Allah memasukkan kita semua dalam golongan hamba-hambanya yang bertaqwa..Dan semoga, Allah melimpahkan rahmatnya kepada enduduk kampung Cheros,lantas menjadikan kita semua bersaudara..Amiiin....




Tuesday, December 29, 2009

duhai sahabatku...




agak lame x mengepost.. Alhamdulillah, selesai mengikuti prog jambori nisa' selangor 09 (JNS 09)..  perasaan sebelum tiba, amat berbeza setelah berjaya menjalaninya.. pelbagai dugaan sepanjang perjalanan ke bukit lagong,selayang... ops, penyertaan kali ni bukan sebgai peserta yea..tp sbgai fasi  cam klaka plak kan ^_^.. tak sangka, tindakan last minute ni, banyak beri manfaat n pengalaman indah buat ana.. ana percaya , semua peserta n fasi juga macam tu.. walaupun x dapat pulang ke kampung, 25-27 disember kan tme cuti 2.. tapi ada peluang yang rasanya ana tak pernah terfikir ana akan dapat peluang tu..

hari pertama, ana dikejutkan dengan kehadiran ustaz zamri mantopp..slot yang ana rasa sepatutnya diberi masa yang panjang lagi hehe..bukan peserta je yang teruja, tapi fasi lebih teruja lagi dgn kdatangan ustaz ni.. keesokannya, ana berkesempatan pula bertemu pasangan hebat yang sentiasa bergerak tangkas dalam menegakkan agama  Allah khususnya di peringkat Ipt.. ustaz Shaari n k.nurul syuhada .. ana selalu mendengar cerita tentang pasangan ni, tapi langsung ana tak terfikir Allah beri kesempatan untuk ana bertemu mereka...

Pelbagai perkara baru ana pelajari disana.. cuma agak terkilan sebab ana tak berpeluang mengikuti jalan berhalangan, ..Tapi xpa, hikmahnya, ana dapat rehat lebih, n dapat kumpul energy yg lebih tok night walk mlm tu..hehe.. bila ana pikir2 kan, ana dapat merasakan, betapa bertuahnya mereka.. lantas, ana teringat, sahabat2 lama ana di kampung..... sekaligus, teringat nukilan ana semasa cuti sem dulu, tapi x sempat nak post.. jadi...terimalah seadanya luahan tersebut.................

 Cuti sem ku selama hampir sebulan ini berjaya membka mataku terhadap apa yang sedang melanda remaja-remaja di tanah kelahiranku ini..  Apa yang membuatkan hatiku pilu adalah mereka itu adalah insan-insan yang pernah bersama denganku menuntut ilmu, yang pernah bermain, bergelak ketawa dan menangis bersamaku.. mereka adalah insan yang hidup sezaman denganku.. Mana mungkin aku melupakan kenangan masa kecilku, dan insan yang ku temui saat itu.. Masa kecilku, aku lebih suka berkawan dengan kawan berlainan jantina.. bukan kerna faktor tarikan, tetapi kerana ulahku yang lasak, membuatkan aku tak betah  duduk berkumpul dengan kawan-kawan perempuanku yang asyik duduk bercerita perihal pakwe @ budak2 lelaki.. Sejak kecil, aku lebih rapat dengan abangku berbanding kakak2 ku.. Dan bila aku masuk sekolah, kebanyakan rakanku adalah pelajar lelaki.. Mungkin kerna watak ku yang selamba, lasak n suka kan cabaran ..

6 tahun aku menuntut di sekolah rendah bersama rakan2ku tadi.. Tanggungjawab sebagai pengawas langsung tak membawa aku lari dari mereka.. UPSR? Tiada yang menggentarkan hatiku.. n akibatnya aku hanya Berjaya mendapat 3A 2B.. n lebih malang, B yg pertama adalah untuk subjek  Bahasa Melayu.. nasib baik laa B yg kedua  tu B.Inggeris.. kira cover lah..hehe.. N dengan result yg x berapa tu, aku melanjutkan pelajaran ke SMK Seri Bentong…N sejak tu, aku makin jauh dengan mereka… time cuti pun, jarang aku nampak mereka…  Ntah mana diorang menyorok.. Tapi yg ada still menegur.. Tp kebanyakannya dah hilang.. kalau jumpa pun , selagi dorang x tegur, payah tok aku mulakan.. ntah bila dah lama2, segan laa plak…

3 tahun kat SMKSB, sambung plak kat MRSM MZMS.. tambah lagi dua tahun.. Pastu Masuk matrik, n then msuk cni UKM..hampir 7 tahun… n cuti sem 1 ni, cukup membuat mataku terbuka… kawan2 ku…

Ada yang ku dengar sambung Form 6, msuk U, kerja.. n ada yang dah kawin pun.. Yang ni suma aku tak susah hati.. sebab maksudnya dorang still nak teruskan perjuangan.. tapi.. apa yang aku nampak petang tu… kawan2 aku dulu.. n nilah sebenarnya yang aku nak cite sebenarnya…. Kat mana kawan-kawan yang pernah bersama-sama bjuang menntut ilmu masa zaman aku kecik2 dulu???
Ada yang syok dok merempit, ada yang dengan bangga dok isap rokok depan aku.. sapa budak tu? Kawan adik aku.. tengah SPM skang..  n tambah memilukan hatiku, ada ibubapa yang meluahkan rasa kesal mereka terhadap anak2 mereka. Kenapa cerita kat saya ni pakcik?? Yup, sebab aku kawan anak dia.. “ntahla..pakcik pun tak taw..apa laa nak jadi ngan dorang tu..pakcik mintak tolong, x de sape yg bleh nak harap..dok makan tido..duit nak sokmo..” . “ owh dok UKM yea..blaja memolek yea.. suka makcik dengo.. nak wat camne..anak makcik tu,dah la tu je sorang, suh blaja dia kata dah malas dah.. ni dok umah sesaje je la nie..”.. hmm tiada apa yg dapat tok aku banggekan diri.. nak bangge camne? Aku x dapat wat pape pun tok tolong kwn2 aku tadi…

Yang melepak terus melepak, yang merempit terus merempit, yang tak nak sekolah, terus dok goyang kaki..bila orang sebut felda, banyak sangat yg negative akan kuar dari mulut orang.. dari adik aku, aku dapat taw, ada umah tu, jual air daun ketum.. nasib adik aku ni laki, n dia pun dok asrama, tapi at least senang laa dia nak dekat ngan dorang sume bila cuti.. n aku mintak adik aku korek rahsia n kegiatan dorang.. dari mak n abah, aku taw banyak benda yang dah jadi kat cni.. tapi.. ada satu yang watkan aku bambah sedih.. Npa aku tak mampu wat pape tok dorang?? Apa yang sepatutnya aku buat.. cukup ke aku sekadar amik taw, then cakap, “lantak laa dorang ..janji tak kacau aku sudah” ..Apa makne aku blaja tinggi2, tapi langsung tak dapat wat pape tok masyarakat? Tok kawan2 aku??  Persoalan yang sering membelenggu diri.. Aku bukanlah yang terbaik, namun aku cuba buat yang terbaik..bukan setakat masalah remaja yang menyinggah cuping telingaku, malah pelbagai perkara termasuk kebajikan masyarakat..tapi, sedih..aku tak mampu lakukan apa-apa untuk mereka..

Terkenangku buku ‘Syabab Musafir Kasih’ tulisan Fatimah Syarha.. Namun aku tak setabah dan tak setegar watak  Nur Mumtazah..yang berusaha sedaya mungkin tok membuka mata anak2 kampung tentang kepentingan ilmu, dan membuka jalan anak muda tok kembali megenal tuhan.. Hanya yang aku lakukan saat ini, adalah bedoa…

Ya Allah sesungguhnya kami berkumpul sebagai saudara dibawah satu akidah yang sama, kami adalah umat2 kekasihmu .janganlah kau biarkan kami menjadi seperti buih2 di lautan.janganlah kau jauhkan kami dari menggapai redhaMu .Pandanglah kami dengan pandangan kasihmu, pimpinlah kami k menujumu, kuatkan hati-hati  kami  tok berjuang mengangkat maruah agamamu.janganlah kau biarkan kami terus terleka, ditipu keindahan dunia .izinkan kami tok menjadi pahlawan agamamu, dan jauhkan kami dari menjadi fitnah kepada agamaMu…Bantulah kami, lindungilah kami, dan jauhkan kami dari kebencianMu..

 Ana bukanlah sesiapa ..hanya seorang sahabat yang sayangkan sahabatnya.. dan sayangkan saudara2 seakidah ana.. Moga Allah tunjukkan jalan tok ana bantu mereka.. Aminn..

Monday, December 21, 2009

opkim kg cheros part 1

Hampir bersawang . Ramai labah-labah datang mencari diri, meminta izin tok menyewa di laman nie.. disebabkan ana ni baik ati, ana pon benarkan..lantak laa nak bongga skjap.. Tapi nampaknya, labah-labah tu kena berpindah lagi la lepas nie…^_^ .. Nak wat camne, internet kat umah slow sgt.. hampir sakit jantung dibuatnya.. nak tak nak, terpaksa la menahan rasa, n isi ati yang nak dikongsi.. tapi pasni, insyaAllah akan diqada’ balik.. hehe.


Mungkin agak terlambat ,namun, ana masih nak teruskan, sebab dah bjanji.. pada 20-23 November lepas, saya dan hampir 80 peserta betoi ke ni? selamat tiba di perkampungan orang asli kg cheros Cameron Highlands. Bila mendengar Cameron Highlands, yang tergambar di fikiran adalah ladang teh, tanah tinggi, tempat melancong. Semuanya benar. Namun ketibaan kami disana, adalah dengan membawa satu misi, sekaligus melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Tujuan kami kesana adalah untuk memperkenalkan mereka dengan cara hidup Islam. Sebelum bertolak, tak dinafikan, pelbagai perkara yang  difikirkan, langsung tak dapat digambarkan apa yang bakal dihadapi memandangkan inilah kali pertama ana mengikuti usaha sebegini. Untuk makluman kampong yang kami ziarah ni terdiri dari hampir 24 keluarga, dan hanya satu keluarga yang beragama islam, dan yang lain masih mengamal kepercayaan animisme.

Ketibaan kami disana pada hampir jam 3 petang dalam keadaan gerimis dan disambut anjing-anjing yang berkeliaran. Bila terpandangkan anjing tu, mulalah teringat memori silam..kecut perut sekejap.. Tapi setiap perjalanan kami disana boleh dikatakan lancar walaupun banyak aktiviti yang terpaksa dibatalkan dan diubah kepada aktiviti lain, untuk disesuaikan dengan keadaan..

Antara aktiviti yang memberi banyak informasi tentang masyarakat disana adalah aktiviti ziarah. Dan yang bestnya, grup ana berziarah ke rumah tok Batin.Ana rasa, analah insan paling bertuah disana kerana ana dapat mengikuti segala aktiviti dan ana punya banyak masa untuk memerhati penduduk kampong ni.. berbanding sahabat yang memegang jawatan, mereka lebih banyak menumpu kepada perjalanan program dan unit jamuanlah yang paling sibuk,langsung tiada masa mengikut program.kan k.mar kn?? ^_^

Dari aktiviti ni lah, ana diterangkan tentang kehidupan masyarakat disana.. 1 yang ana kagum tentang tok batin tu, bila dia bcakap soal pendidikan anak2 mereka disana. ana dimaklumkan bahawa sekolah terdekat mengambil masa hampir 2 jam perjalanan..dan masyarakat disini hanya bergantunng kepada kaki untuk bergerak.. " saya sedar, kalo kami x tekankan blaja, sampai bila kami macam ni.. sebab tu, dlu sy mnta semua yg ada kmbg ke ayam tu, tlg jual..lpas 2, kami kumpul duit utk bina rumah dkat dgn skolah. kira macam kami buat asrama laa untk anak2 kami... yang jaga mereka akak2 mereka jugak.. sekurang2nye dekat la sikit.. tp 2 pun x dapat tampung semua.. ad jugak ibubapa yg x bg anak2 skolah.. kalau ad yg anta jgk 2, pagi2 knetahan tlinga la dgar anak mraung.. yela bjalan jauh tu nak smpi skolah " tu kata tok batin.. masa dok merayap kat sana, ana sempat tanya sorang budak, adik slalu g skolah pukul berapa? 4 @ 5 pagi.. hu3... masa 2 ana tpikir..kita kat sini, klas kol 8 pon x nak g.dah tu,bkn jauh mne pon dwn kuliahnye... alasan tlajak tdo..wlupon kdg2 sj mlajakkan diri.. hmm tu laa.. kesenangan sering melalaikan kita...

ada banyak lagi yang menarik ..t ana sambung lagi..  sblm 2 kita usha sket gamba2 kat sane..ok? ^_^




ni la rumah masyarakat orang asli kat sana.. best..sejuk jea..2 yg dorg wat unggun api dlm umah tu.. ada antara kami yg bpeluang menginap disitu.. n ana kat umah baru tok batin ..umah batu da pon.. muslimin??hehe dorang spesel..dlm khemah.. siap ad pngalaman khemah banjir lg tu.. sabar2..dugaan je sume tu..^_^




ni gmbr bukit dr kg tu.. kat cni laa dorang wat padi..padi bukit..kalau terer cri laa padi tu..kalau nmpk laa ^_^




ni gambar anak2 dorang..yg len x trn lg mse tu.. bru pas ujan la katekan..


ok..tu je dlu.. yg len2,bakal tiba slpas ini..hehe..

KEJAMKAH KITA???

Anda rasa anda kejam tak? Ape? tak? ye ke? emm ok2..Jom kita survey..kite ni kejam ke tak sebenarnye yea.....

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

1) Berdoa untuk diri sendiri tapi TIDAK untuk Muslim @ anak2nya

2) Pandai baca Al-Quran, TETAPI x baca 100 ayat sehari

3) Masuk masjid, tapi tak tunaikan solat dua rakaat

4) Berjalan di perkuburan, TETAPI tak bagi salam @ doakan ahli kubur

5) Tiba dikota pada hari jumaat, tapi tak berjemaah

6) Tidak belajar dengan orang alim yang datang ke daerahnya

7) Dua orang yang bertemu, tetapi masing2 tak bertanyakan nama kawan tersebut

8)Orang yang diundang ke jamuan, tapi tiba2 dia tak datang

9) Pemuda yang tak bekerja & x blajar ilmu & kesopanan
10) Kenyang tetapi tetangganya lapar namun tak diberinya makanan


emm..ada tak dalam list tu apa yang kita buat..kalau tak da, syabas...moga terus istiqamah.. n kalau ada, sama2 lah kita betulkan kembali..sape nak dituduh kejam kan????

p/s: warm up..^_^