Mungkin agak terlambat ,namun, ana masih nak teruskan, sebab dah bjanji.. pada 20-23 November lepas, saya dan hampir 80 peserta betoi ke ni? selamat tiba di perkampungan orang asli kg cheros Cameron Highlands. Bila mendengar Cameron Highlands, yang tergambar di fikiran adalah ladang teh, tanah tinggi, tempat melancong. Semuanya benar. Namun ketibaan kami disana, adalah dengan membawa satu misi, sekaligus melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Tujuan kami kesana adalah untuk memperkenalkan mereka dengan cara hidup Islam. Sebelum bertolak, tak dinafikan, pelbagai perkara yang difikirkan, langsung tak dapat digambarkan apa yang bakal dihadapi memandangkan inilah kali pertama ana mengikuti usaha sebegini. Untuk makluman kampong yang kami ziarah ni terdiri dari hampir 24 keluarga, dan hanya satu keluarga yang beragama islam, dan yang lain masih mengamal kepercayaan animisme.
Ketibaan kami disana pada hampir jam 3 petang dalam keadaan gerimis dan disambut anjing-anjing yang berkeliaran. Bila terpandangkan anjing tu, mulalah teringat memori silam..kecut perut sekejap.. Tapi setiap perjalanan kami disana boleh dikatakan lancar walaupun banyak aktiviti yang terpaksa dibatalkan dan diubah kepada aktiviti lain, untuk disesuaikan dengan keadaan..
Antara aktiviti yang memberi banyak informasi tentang masyarakat disana adalah aktiviti ziarah. Dan yang bestnya, grup ana berziarah ke rumah tok Batin.Ana rasa, analah insan paling bertuah disana kerana ana dapat mengikuti segala aktiviti dan ana punya banyak masa untuk memerhati penduduk kampong ni.. berbanding sahabat yang memegang jawatan, mereka lebih banyak menumpu kepada perjalanan program dan unit jamuanlah yang paling sibuk,langsung tiada masa mengikut program.kan k.mar kn?? ^_^
Dari aktiviti ni lah, ana diterangkan tentang kehidupan masyarakat disana.. 1 yang ana kagum tentang tok batin tu, bila dia bcakap soal pendidikan anak2 mereka disana. ana dimaklumkan bahawa sekolah terdekat mengambil masa hampir 2 jam perjalanan..dan masyarakat disini hanya bergantunng kepada kaki untuk bergerak.. " saya sedar, kalo kami x tekankan blaja, sampai bila kami macam ni.. sebab tu, dlu sy mnta semua yg ada kmbg ke ayam tu, tlg jual..lpas 2, kami kumpul duit utk bina rumah dkat dgn skolah. kira macam kami buat asrama laa untk anak2 kami... yang jaga mereka akak2 mereka jugak.. sekurang2nye dekat la sikit.. tp 2 pun x dapat tampung semua.. ad jugak ibubapa yg x bg anak2 skolah.. kalau ad yg anta jgk 2, pagi2 knetahan tlinga la dgar anak mraung.. yela bjalan jauh tu nak smpi skolah " tu kata tok batin.. masa dok merayap kat sana, ana sempat tanya sorang budak, adik slalu g skolah pukul berapa? 4 @ 5 pagi.. hu3... masa 2 ana tpikir..kita kat sini, klas kol 8 pon x nak g.dah tu,bkn jauh mne pon dwn kuliahnye... alasan tlajak tdo..wlupon kdg2 sj mlajakkan diri.. hmm tu laa.. kesenangan sering melalaikan kita...
ada banyak lagi yang menarik ..t ana sambung lagi.. sblm 2 kita usha sket gamba2 kat sane..ok? ^_^
ni la rumah masyarakat orang asli kat sana.. best..sejuk jea..2 yg dorg wat unggun api dlm umah tu.. ada antara kami yg bpeluang menginap disitu.. n ana kat umah baru tok batin ..umah batu da pon.. muslimin??hehe dorang spesel..dlm khemah.. siap ad pngalaman khemah banjir lg tu.. sabar2..dugaan je sume tu..^_^
ni gmbr bukit dr kg tu.. kat cni laa dorang wat padi..padi bukit..kalau terer cri laa padi tu..kalau nmpk laa ^_^
ni gambar anak2 dorang..yg len x trn lg mse tu.. bru pas ujan la katekan..
ok..tu je dlu.. yg len2,bakal tiba slpas ini..hehe..
No comments:
Post a Comment