agak lame x mengepost.. Alhamdulillah, selesai mengikuti prog jambori nisa' selangor 09 (JNS 09).. perasaan sebelum tiba, amat berbeza setelah berjaya menjalaninya.. pelbagai dugaan sepanjang perjalanan ke bukit lagong,selayang... ops, penyertaan kali ni bukan sebgai peserta yea..tp sbgai fasi cam klaka plak kan ^_^.. tak sangka, tindakan last minute ni, banyak beri manfaat n pengalaman indah buat ana.. ana percaya , semua peserta n fasi juga macam tu.. walaupun x dapat pulang ke kampung, 25-27 disember kan tme cuti 2.. tapi ada peluang yang rasanya ana tak pernah terfikir ana akan dapat peluang tu..
hari pertama, ana dikejutkan dengan kehadiran ustaz zamri mantopp..slot yang ana rasa sepatutnya diberi masa yang panjang lagi hehe..bukan peserta je yang teruja, tapi fasi lebih teruja lagi dgn kdatangan ustaz ni.. keesokannya, ana berkesempatan pula bertemu pasangan hebat yang sentiasa bergerak tangkas dalam menegakkan agama Allah khususnya di peringkat Ipt.. ustaz Shaari n k.nurul syuhada .. ana selalu mendengar cerita tentang pasangan ni, tapi langsung ana tak terfikir Allah beri kesempatan untuk ana bertemu mereka...
Pelbagai perkara baru ana pelajari disana.. cuma agak terkilan sebab ana tak berpeluang mengikuti jalan berhalangan, ..Tapi xpa, hikmahnya, ana dapat rehat lebih, n dapat kumpul energy yg lebih tok night walk mlm tu..hehe.. bila ana pikir2 kan, ana dapat merasakan, betapa bertuahnya mereka.. lantas, ana teringat, sahabat2 lama ana di kampung..... sekaligus, teringat nukilan ana semasa cuti sem dulu, tapi x sempat nak post.. jadi...terimalah seadanya luahan tersebut.................
Cuti sem ku selama hampir sebulan ini berjaya membka mataku terhadap apa yang sedang melanda remaja-remaja di tanah kelahiranku ini.. Apa yang membuatkan hatiku pilu adalah mereka itu adalah insan-insan yang pernah bersama denganku menuntut ilmu, yang pernah bermain, bergelak ketawa dan menangis bersamaku.. mereka adalah insan yang hidup sezaman denganku.. Mana mungkin aku melupakan kenangan masa kecilku, dan insan yang ku temui saat itu.. Masa kecilku, aku lebih suka berkawan dengan kawan berlainan jantina.. bukan kerna faktor tarikan, tetapi kerana ulahku yang lasak, membuatkan aku tak betah duduk berkumpul dengan kawan-kawan perempuanku yang asyik duduk bercerita perihal pakwe @ budak2 lelaki.. Sejak kecil, aku lebih rapat dengan abangku berbanding kakak2 ku.. Dan bila aku masuk sekolah, kebanyakan rakanku adalah pelajar lelaki.. Mungkin kerna watak ku yang selamba, lasak n suka kan cabaran ..
6 tahun aku menuntut di sekolah rendah bersama rakan2ku tadi.. Tanggungjawab sebagai pengawas langsung tak membawa aku lari dari mereka.. UPSR? Tiada yang menggentarkan hatiku.. n akibatnya aku hanya Berjaya mendapat 3A 2B.. n lebih malang, B yg pertama adalah untuk subjek Bahasa Melayu.. nasib baik laa B yg kedua tu B.Inggeris.. kira cover lah..hehe.. N dengan result yg x berapa tu, aku melanjutkan pelajaran ke SMK Seri Bentong…N sejak tu, aku makin jauh dengan mereka… time cuti pun, jarang aku nampak mereka… Ntah mana diorang menyorok.. Tapi yg ada still menegur.. Tp kebanyakannya dah hilang.. kalau jumpa pun , selagi dorang x tegur, payah tok aku mulakan.. ntah bila dah lama2, segan laa plak…
3 tahun kat SMKSB, sambung plak kat MRSM MZMS.. tambah lagi dua tahun.. Pastu Masuk matrik, n then msuk cni UKM..hampir 7 tahun… n cuti sem 1 ni, cukup membuat mataku terbuka… kawan2 ku…
Ada yang ku dengar sambung Form 6, msuk U, kerja.. n ada yang dah kawin pun.. Yang ni suma aku tak susah hati.. sebab maksudnya dorang still nak teruskan perjuangan.. tapi.. apa yang aku nampak petang tu… kawan2 aku dulu.. n nilah sebenarnya yang aku nak cite sebenarnya…. Kat mana kawan-kawan yang pernah bersama-sama bjuang menntut ilmu masa zaman aku kecik2 dulu???
Ada yang syok dok merempit, ada yang dengan bangga dok isap rokok depan aku.. sapa budak tu? Kawan adik aku.. tengah SPM skang.. n tambah memilukan hatiku, ada ibubapa yang meluahkan rasa kesal mereka terhadap anak2 mereka. Kenapa cerita kat saya ni pakcik?? Yup, sebab aku kawan anak dia.. “ntahla..pakcik pun tak taw..apa laa nak jadi ngan dorang tu..pakcik mintak tolong, x de sape yg bleh nak harap..dok makan tido..duit nak sokmo..” . “ owh dok UKM yea..blaja memolek yea.. suka makcik dengo.. nak wat camne..anak makcik tu,dah la tu je sorang, suh blaja dia kata dah malas dah.. ni dok umah sesaje je la nie..”.. hmm tiada apa yg dapat tok aku banggekan diri.. nak bangge camne? Aku x dapat wat pape pun tok tolong kwn2 aku tadi…
Yang melepak terus melepak, yang merempit terus merempit, yang tak nak sekolah, terus dok goyang kaki..bila orang sebut felda, banyak sangat yg negative akan kuar dari mulut orang.. dari adik aku, aku dapat taw, ada umah tu, jual air daun ketum.. nasib adik aku ni laki, n dia pun dok asrama, tapi at least senang laa dia nak dekat ngan dorang sume bila cuti.. n aku mintak adik aku korek rahsia n kegiatan dorang.. dari mak n abah, aku taw banyak benda yang dah jadi kat cni.. tapi.. ada satu yang watkan aku bambah sedih.. Npa aku tak mampu wat pape tok dorang?? Apa yang sepatutnya aku buat.. cukup ke aku sekadar amik taw, then cakap, “lantak laa dorang ..janji tak kacau aku sudah” ..Apa makne aku blaja tinggi2, tapi langsung tak dapat wat pape tok masyarakat? Tok kawan2 aku?? Persoalan yang sering membelenggu diri.. Aku bukanlah yang terbaik, namun aku cuba buat yang terbaik..bukan setakat masalah remaja yang menyinggah cuping telingaku, malah pelbagai perkara termasuk kebajikan masyarakat..tapi, sedih..aku tak mampu lakukan apa-apa untuk mereka..
Terkenangku buku ‘Syabab Musafir Kasih’ tulisan Fatimah Syarha.. Namun aku tak setabah dan tak setegar watak Nur Mumtazah..yang berusaha sedaya mungkin tok membuka mata anak2 kampung tentang kepentingan ilmu, dan membuka jalan anak muda tok kembali megenal tuhan.. Hanya yang aku lakukan saat ini, adalah bedoa…
Ya Allah sesungguhnya kami berkumpul sebagai saudara dibawah satu akidah yang sama, kami adalah umat2 kekasihmu .janganlah kau biarkan kami menjadi seperti buih2 di lautan.janganlah kau jauhkan kami dari menggapai redhaMu .Pandanglah kami dengan pandangan kasihmu, pimpinlah kami k menujumu, kuatkan hati-hati kami tok berjuang mengangkat maruah agamamu.janganlah kau biarkan kami terus terleka, ditipu keindahan dunia .izinkan kami tok menjadi pahlawan agamamu, dan jauhkan kami dari menjadi fitnah kepada agamaMu…Bantulah kami, lindungilah kami, dan jauhkan kami dari kebencianMu..
Ana bukanlah sesiapa ..hanya seorang sahabat yang sayangkan sahabatnya.. dan sayangkan saudara2 seakidah ana.. Moga Allah tunjukkan jalan tok ana bantu mereka.. Aminn..
No comments:
Post a Comment