(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Tuesday, December 13, 2011

:: Life is complcated @ complicated is life? ::

Ada orang,
perasaannya terpahat di lukisan karyanya,
Ada orang,
rahsianya dilantunkan dalam irama lagu,
Ada orang,
rahsianya tak perlu dikorek,
segalanya terpapar untuk tatapan umum.
maklumat dihujung jari heh!
Ada orang,
walau dipaksa bagaimanapun,rahsianya tetap menjadi rahsia.



Bukan semua benda boleh di'explain' melalui penulisan.
Pon tak semua boleh diexpress melalui lagu,
malah, tak semua benda boleh dikongsi.
Telinga tak lepas dari salah mendengar,
Hati tak lepas dari tersalah sangka,
Pandangan tak lepas dari salah menafsir,
senyum tak bermakna gembira,
diam tak bermakna setuju,
menangis tak bermakna sedih.

Tapi,
Sebagai manusia biasa,
kita kalah jua,
perlukan insan yang mendengar,
perlukan insan yang memujuk,
perlukan insan yang memahami,
ketika krisis melanda diri.
Bukan tujuan untuk mengada,
apatah lagi mengadu domba,
cuma  fitrah manusia,
yang adakalanya inginkan perhatian,
yang adakalanya ingin diraikan,
yang adakalanya ingin berkongsi rasa..

Complicated.
Hidup ini terlalu complicated, dan setiap orang ada cara tersendiri meraikan dirinya. Hargai insan disekeliling anda. Most important,thanks to Allah, who always give u da right person at the right time.

p/s:  Teka,apa perasaan saya masa menulis ni?

Friday, December 9, 2011

:: Jadilah yang soleh/ah buat mereka ::

Tiba-tiba datang mood menulis. secara seriousnya, saya melabelkan blog ni sebagai membosankan. Maka bila keadaan kembali normal, kerja2 merenovate akan dijalankan secara besar2an.

Ko bajet xde masa,abes yang update ni apa cite?  Sebab x cukup normal. Semalam baru sampai dari Pahang.
Puas hati. Bersyukur Allah bagi peluang saya balik, kalau tak, sampai sudah x tau apa jadi kat rumah. ni luahan perasaan lagi ke? erk, hmm.. x kisah la.. cuma nasihat tok semua, ada masa, balik-balik la jenguk mak abah kat kampung. Kalau tak sempat macam mana pon , rajinkan diri kol, tanya kabar. Tapi still x semua perkara yang jadi kat kampung kita akan tau, ni kalau kes anak ala-ala bongsu cam saya la huu, maka backup plan mesti ada. Apa yang kau mengarut ni? Ok, kisahnya begini....

Saya menerima banyak perkabaran yang tak syok mepas balik aritu, berita yang hanya diceritakan setelah insiden kantoi berlaku.. Ni bukan ali pertama, alasan yang selalu diberi, taknak buat saya risau. Saya faham,ada makabah ni taknak anak dia risau, maka if kita tak dapat balik dan kol saja,jawapan biasa yang diberi, 'mak abah sihat jea..' biasakan?




Mak abahni biasanya memang seboleh mungkin tak nak buat anak2 susah hati. Sebagai anak2 kita sepatutnya kenal ibubapa kita. Kalau bukan kita sape lagi? Sebelum mengimpikan untuk jadi isteri solehah/suami soleh kepada pasangan kita nanti, Jadilah anak soleh/ah kepada ibubapa kita dulu.

p/s: Doakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan ibubapa dan keluarga saya. Moga segala yang berlaku membasuh dosa2 kami dan menjadi asbab redha Allah kepad kami.Amin.

Monday, December 5, 2011

Untuk yang diuji ~

Ya Allah, mereka kuat orangnya. Disaat mereka diterajang ujianMu, mereka tetap teguh, tak berganjak keyakinan terhadapMU. Tetap Kau yang meniti dibibir mereka.

Ya Allah, mereka sabar orangnya. Tiada rungutan yang keluar dari bibir mereka walau ujian itu mampu melumpuhkan insan yang tidak kuat jiwanya.

Ya Allah,mereka sungguh tabah. Tiada kerutan diwajahnya,walau dilempar ujian sehebat ini. Disaat insan disekelilingnya merasa hampir luruh jiwanya, namun dia tetap teguh meneruskan langkah.

Ya Allah, mereka redha orangnya. Tika ujian menyesakkan dada, bukan manusia yang dicari untuk melampiaskan perasaan, tetapi diriMu yang diratib.

Ya Allah, disaat insan lain tidak mampu memahami perasaannya, moga Kau sentiasa disana membelai perasaannya.

Ya Allah, tika insan memeluknya,menenangkannya, moga Kau sentiasa memeluk jiwanya agar terus kuat menjalani ujianMu.

Ya Allah, tika manusia mencari 1001 punca, mereka tetap redha, bahawa segalanya datang dariMu.

Ya Allah, mereka kecintaanMu, maka kau memberi perhatian lebih kepada mereka. Tenangkanlah mereka, tenteramkanlah mereka, berikanlah kekuatan kepada mereka.

Tiada kekuatan melainkan kekuatanMu Ya Allah.

p/s: Al-fatihah buat mereka yang kehilangan insan tercinta. Semoga ditempatkan bersama orang beriman. Dan buat sahabat sepengajianku, moga diberi kesembuhan. Buat semua yang diuji, Allah sayangkan kalian.

Sunday, December 4, 2011

for those who need

Pendamkanlah rasa cinta itu pada seseorang agar ia menjadi indah setelah pernikahan. Yakinlah seandainya dia ditakdirkan sebagai jodoh buatmu, pasti suatu hari akan dirimu dan dirinya akan bertemu, namun jika bukan ketentuan jodohmu, meskipun sehebat manapun usahamu, pasti ia akan terlepas pergi dan berlalu.

Mungkin benar, pasti terseksanya sekali hati menahan perasaanmu, betapa pahitnya mengawal... hatimu, apatah lagi kekadang goyahnya iman didalam jiwamu, namun percayalah jika ia adalah ketentuan jodohmu, yang pahit akan menjadi manis bagi dirimu, dan yang terseksa menjadi sangat bahagia bagi hatimu.

Redhakanlah perpisahan hatimu dengan perasaanmu, agar keredhaan Allah sentiasa bersama-sama denganmu. Usah terlalu melayani perasaanmu, janganlah pula bermain dengan hatimu, kelak ia akan membinasakan dirimu, malah akan melemahkan pula jiwamu.

Letakkan harapan pada seseorang itu dengan penuh kesederhanaan, selagi ia bukan menjadi kepunyaan, biarlah mencintai dia secara diam dan pendamkanlah ia dalam kehidupan, kerana bimbang seandainya dirimu terlalu meletakkan tingginya harapan, jika ia bukan jodoh ketentuan, akan wujudnya beban kesedihan dan kekecewaan.

Seandainya dirimu ikhlas mencintainya kerana Allah Ta'ala, maka utamakanlah syari'atNya mengatasi kemahuan jiwa. Biarlah pahit diawalnya, namun yakinlah akan manis diakhirnya. Kerana barangsiapa hatinya ikhlas dalam sesuatu perkara kerana Allah Ta'ala, takkan sesekali mudah gusar dan resah didalam jiwanya, kerana hatinya yakin ada hikmah setiap ketentuan Yang Maha Esa..

Ingatlah, ketentuan Allah itu akan indah bila tiba masanya, kerana itu jangan mudah kecewa dan berdukacita.. Jika sesuatu itu telah ditakdirkan menjadi milik diri dlm kehidupan, meskipun ia bebas tanpa dipegang, pasti akhirnya ia akan kembali bila telah ditentukan. Namun seandainya ia bukan suatu ketentuan, meskipun sudah dalam genggaman, pasti akan tiba saat ia akan terlepas dari genggaman.

Yakinlah janji-janji Allah Ta'ala, barangsiapa yang mengikuti syari'atNya, pasti akan bertemu bahagia, namun barangsiapa mengingkari kehendakNya, pasti akan menderita akhirnya..

Seandainya berharap agar Allah menjaga hak-hak dirimu, maka jagalah hak-hakNya sebagai Tuhanmu. Ikutilah segala ketetapanNya dan jauhilah segala laranganNya...

Muhasabahkanlah hatimu apabila wujud perasaan cinta itu, fikirkanlah adakah ia benar-benar kerana Allah Ta'ala ataupun kerana nafsu. Seandainya kerana Allah Ta'ala, ikutilah syari'atNya, namun jika dirimu tidak mengikutinya, bererti dirimu mencintainya kerana nafsu didalam jiwamu semata2.. Renung-renungkanlah.

Ingatlah hakikat, seandainya tiada jodohmu didunia, pasti Allah akan mengurniakan jodohmu di akhirat sana. Jika tiada kebahagiaan bagi dirimu didunia, pasti Allah juga akan mengurniakan kebahagiaan padamu di akhirat sana. Namun semua itu memerlukan kunci dan kuncinya adalah sabar dan syukur sentiasa seiring mengikuti segala ketetapan syari'atNya..
See More
 

Wednesday, November 23, 2011

Segarkan dirimu!

SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004
Assalamu'alaikum w.b.t.
Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mu1ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kamu bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kamu untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kamu agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kamu. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

Sekian.

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal.


Sunday, November 20, 2011

Dilema @ delima?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Believe it or not, ini adalah post pertama saya sejak bergelar student tahun akhir.. Waa akhirnya, berjaya juga mengepost.. Jangan ditanya kemana menghilang bajet ada yang mencari =P, sebab saya tak mampu memberi alasan yang konkrit. Cuma mungkin saya dapat berikan sedikit gambaran, bahawa alasan saya menghilang ada kaitannya dengan tajuk entry ni..dilema...

Ada apa dengan dilema? Dilema mem buatkan saya serba tak kena dan menjadi seorang yang tak betul semenjak dua menjak nie.. Apa yang berlaku..teng tereeeeeeeng.... Nothing much, cuma sedikit sebanyak,saya menghadapi sedikit konflik dalam diri sejak terjerumus dalam dunia blog memblog nie.. Apa yang boleh diperkatakan adalah, saya merasakan bahawa dunia blog dan mukabuku membuatkan saya meluahkan segala apa yang terbuku, hinggakan tiada apa yang membuku untuk saya ambil dan selesaikan seorang diri.

Small matter beb.. Huh,,mungkin, tapi bukan bagi saya. Adalah amat menakutkan jika saya tak mampu menangani sesuatu/rahsia by myself. Ada orang mengatakan,perempuan suka bila ada orang mendengar/tahu setiap keluhan dan masalahnya. Saya akui,tetapi bagi saya ia tetap sesuatu yang menakutkan. Mungkin kebiasaan menterjemah masalah/perasaan dalam bentuk tulisan menyebabkan pula saya ringan mulut untuk meluahkan segala yang terlintas dihati. Kesannya,saya semakin lemah dan mula bergantung kepada orang lain.

Walau post ni ala-ala luahan perasaan jugak,tapi deep in my heart, saya cuba nak ingatkan diri saya dan semua, ada masa kita perlukan orang, dan ada masa kita kena hadapi sendiri segalanya. Dan peringatan sebenarnya adalah, bila ditimpa ujian, selayaknya yang perlu kita ceritakan dan rintihkan adalah kepada Allah.  Jujurnya hari ini,apa yang jelas dimata,dekat dihujung jari adalah, masalah kita dah kita adukan di blog dan mukabuku. Apakah saya tuduh mengkhinzir buta? perhatikan mukabuku,ada isteri yang adukan masalah suaminya, ada suami yang mencanangkan masalah rumahtangga, ada buayafren yang menzahirkan cintan cintun kepada gelifrennya,ada segalanya. Bimbang,suatu hari nanti, kita buang peranan Allah dalam hidup kita, Nauzubillah min zalik..


Simple. tetapi dilema ini menyebabkan peperangan antara nafsu ,iman dan akal berperang duna=ia didalam diri saya. Anda pula bagaimana.

Friday, July 1, 2011

Lembut itu sayuq?

Suatu hari ,seorang suami pulang ke rumah. Dalam keadaan penat dan moody, ketensyenan bertambah pabila melihat rumah yang bersepah dengan mainan anaknya yang bersepah. Maka, teruslah dia melenting memarahi isterinya kerana 'tidak buat kerja'. Isterinya hanya mendiamkan diri. Esoknya, sekali lagi dia terkejut benar melihat rumah yang jauh lebih serabut daripada semalam. Rumah yang tidak berkemas,permainan yang berterabur, baju yang tak berbasuh, pinggan mangkuk yang tak bercuci dan tiada makanan yang dimasak. Maka bertanyalah si suami kepada isterinya ,"apa yang awak buat ni? (dengan nada marah).Maka spontan si isteri menjawab " hari ni saya betul-betul tak buat apa2".

Fullstop.simple. Rasanya ramai yang pernah dengar cerita ni atau mungkin ada yang pernah alami. Mungkin situasinya, bukanlah situasi suami isteri,namun mungkin berkaitan dengan tugas atau pekerjaan. Familiar bukan? Adakalanya apa yang kita lakukan tidak disedari,maka dengan segera kita dicop tidak membuat kerja,lembab dan sebagainya. Ada yang mengambil situasi ini sebagai 'booster' atau pemacu semangat, malah ada juga yang terus membiarkan diri memakan hati dan akhirnya mengambil keputusan meninggalkan terus apa yang sedang diusahakan tersebut.

Situasi ini bukan sekadar dongengan. Hanya satu yang dapat ku ungkapkan,bersabarlah, biarkan mereka terus dengan sangsi mereka, Dia mengetahui segalanya. Jangan diharap penghargaan atau terima kasih dari manusia,kerana kita hanya akan sakit jiwa. Sedangkan berterima kasih dengan Allah (baca bersyukur) pun manusia liat,inikan pula kita yang bukan sesiapa. Namun, menasihati orang lebih mudah berbanding menasihati diri ketika ujian yang sama mendatang.

Sungguh,saya sangat menghargai keprihatinan yang diberi,cuma sedikit terganggu dengan panahan jerkahan yang adakalanya membuatkan seseorang terlumpuh seketika. Sayuqkah jika berlembut? Sotongkah jika bicara halus yang diluahkan? Mengapa memilih terajang yang keras,sedangkan ia hanya mampu menyedarkan tetapi menyakitkan,berbanding usapan dan ucapan yang lembut yang juga mampu menyedarkan malah ia menenangkan hati dan memotivasikan jiwa. Mengapa memilih menjadi hamba yang keras,sedangkan Dia Maha Lembut?

Akhir kalam,maafkan andai ada yang terasa hati. Bukan berniat mengadu teruji,cuma ada kalanya diri membentak untuk berkongsi agar dapat bersama kita insafi diri.