(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Thursday, February 11, 2010

:: Biarkan alam yang berbicara ::

Kenapa lama x update blog? dah 2 minggu kot tak update..

Hanya senyuman yang dapat kucagarkan sebagai jawapan.

awak ada masalah ke? status kat ym pon semacam je..

Persoalan yang dilontarkan naqibah saya petang tadi.

jawapan saya?
saya tak menjawab apa-apa.. 
kerna saat itu, saya cuba melawan perasaan,
mengingatkan segala apa yang berlaku..

Tak update blog sebab x de pape nak kongsi ke?
Tiada apa yang berlaku sepanjang 2 minggu ni?
Bohong jika saya katakan tiada apa yang berlaku..
Sedang dalam tidur pun ada macam-macam yang berlaku (mimpi kan mcm2)
Malah tempoh dua minggu ini,serasa saya telah menjalani hidup yang benar-benar secukup rasa..
Mungkin apa yang boleh saya simpulkan,
Saya terlalu penat melayan letusan perasaan yang melanda diri secara berjemaah..

Cukup terseksa, kerna ianya berada di dalam diri, dan tak terzahir,
Sulit untuk saya campakkan ia keluar ..

Dua minggu yang membuatkan saya berfikir,
Kuatkah aku untuk menghadapi segala dugaan ini?
Dua minggu yang membuatkan saya merenung
hakikat sebuah kehidupan,
hakikat sebuah pengorbanan dalam perjuangan,
Dan saya terus tertanya, mampukah untuk kumeneruskannya?
Namun, saya tidak punya jawapan untuk itu..
Dan akhirnya, hanya airmata yang setia menemani...
Memohon petunjuk dariNya..
Kerna ku tahu, Dia tak pernah meninggalkanku,
Walau seringkali ku melupakanNya..

Kepada sahabat-sahabat yang kusayangi kerna Allah,
maafkan diri ini bila tidak mampu untuk berkongsi rasa.
Ketahuilah bahawa diri ini tersangat malu untuk meluahkan
walau kadang kala diri ini amat teringin meminjam bahu kalian
untuk ku luahkan segalanya...


I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves





~ Muhasabah cintaku~

No comments: