Sebenarnya cinta kepada Allah itu ibarat pelita yang menyilaukan,
Jika ia menetap dalam indera, ia akan mematikan
Jika ia menetap dalam jiwa,ia akan memabukkan.
Pada lahirnya ia berupa rahsia,
sedang pada batinnya, ia berupa CINTA
Jika ia menetap dalam indera, ia akan mematikan
Jika ia menetap dalam jiwa,ia akan memabukkan.
Pada lahirnya ia berupa rahsia,
sedang pada batinnya, ia berupa CINTA
-Abu Bakar As-Syabil-
Cinta.. saya tahu, ada yang alergik terus mendengar perkataan ini..Tak kurang juga, yang tersenyum kambing, dan fikiran mula tidak menjejak realiti lagi..Sesuai dengan identiti saya, sang musafir cinta,saya suka menyelongkar rahsia di balik tabir perkataan cinta tersebut.
Saya sukakan cinta kerana bagi saya cinta itu unik,pelik,aneh dan yang sewaktu dengannya .Andai saya tersesat di bumi alien sekalipun,bagi saya, cinta tetap yang paling unik. Mengapa? Kerna dalam kehidupan ini, segala yang berlaku adalah kerana cinta dan apa yang saya suka untuk perkatakan adalah tentang kuasa cinta. kerana cinta, manusia menjadi mulia, dan kerana cinta juga, manusia menjadi terhina. Mati kerana cinta,boleh jadi ia suatu yang amat mulia dan boleh jadi, ia suatu kematian yang amat terhina dan terkutuk.
Berbanggalah bila masih wujud rasa cinta dalam diri kita. Kerana disebalik cinta itu, wujud satu kuasa yang sangat kuat, yang bisa melupakan kita segala kesakitan, yang bisa melenyapkan segala ketakutan. Namun cinta perlu dikembalikan pada Penciptanya dahulu, kerana kita sebenarnya masih ketandusan erti sebenar cinta.
Tanpa suluhan dan dorongan pencipta cinta, mana mungkin kita berjaya melayari bahtera cinta tersebut. Sebagai contoh, sebuah kilang mencipta satu alat baru yang tidak pernah dicipta sebelumnya. Ya, kita boleh terus mengggunakannya. Kemungkinan untuk kita berjaya menggunakkannya dengan selamat memang ada, namun selalunya, kita akan merujuk kepada manualnya.Mengapa? kerana kita mahu mengunakan alat tersebut dengan sebaik mungkin, tanpa merosakkannya.
Berbalik kepada persoalan cinta tadi, mengapa manusia hari ini terlampau berani mempertaruhkan cinta tanpa memikirkan kemungkinan ia akan rosak , tercalar atau mungkin berkarat. Kita berani menggunakannya, walau sebenarnya, kita masih kurang pemahaman atau kurang mahir dalam mengendalikannya. Apabila bertemu cinta, terasa seolah-olah kita sudah punya segalanya,walau hakikatnya, kita telah pun kehilangan sesuatu yang sangat besar, kesucian cinta tersebut..
Bila cinta dibawa tanpa petunjuk, besar kemungkinan cinta itu akan hanyut. Maka lahirlah segala apa yang tidak sepatutnya lahir dikala itu. Impaknya, manusia mula bertindak mengalahkan binatang, dan mungkin boleh saya katakan, saat itu,binatang lebih berperikemanusiaan. Zina,rogol, gugur, buang anak, bunuh anak, jual anak.. Bimbang..saya bimbang,andai suatu hari nanti,semua itu dianggap sebagai keperluan, atau mungkin kewajipan.Nauzubillah..
Bukanlah saya cuba untuk melangkau masa, namun saya tidak nampak sebarang kemustahilan untuk ini semua berlaku. Sebagai contoh,dahulu kala, betapa susahnya pasangan mahu berpacaran. Menyorok dari ibubapa untuk bertemu kekasih hati. Namun,apa yang kita lihat hari ini? Dimana-mana pasti ada pasangan yang terpedaya cinta beraja nafsu ini. Malah bagai kewajipan, bila menjengah kealam remaja, mesti bercouple! Jadi, anda nampak kewajaran kebimbangan yang saya luahkan tadi?
Maaf, saya tidak pernah menulis sepanjang ni..Kegusaran hati menyebabkan jari pantas mengetuk papan kekunci ku ini..mungkin juga kerna 'cinta' tiba-tiba menjadi isu hangat masa kini..(^_^)v moral of the story, Bercintalah dengan Allah dahulu, kerana kita masih ketandusan ilmu memelihara dan melayari bahtera cinta.. Moga Allah permudahkan urusan kita dalam menyebarkan cinta tanpa tercalar kesuciannya.Amiin..
~ stay in unity and Islam will win~
No comments:
Post a Comment