(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Sunday, August 22, 2010

Disebalik sebuah perjalanan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Permulaan hari ini menyebabkan usia kita bertambah sehari lagi. Namun ada juga, yang memulakan hari ini sebagai tarikh penggenapan usia tahunan mereka..
Kita mampu untuk mengira berapa lama tempoh yang telah kita lalui di atas bumi pinjaman ini, namun tidak termampu untuk kita menghitung berapa lama kontrak sebenar kita diatas muka bumi ini..

Hidup kita pada hari ini adalah sebuah perjalanan,menuju sebuah destinasi iaitu akhirat.. Bayangkan berbillion-billion manusia diatas bumi ni,semuanya ingin bergerak ke satu tempat yang sama..Mengikut logik,sudah pasti jalan yang akan dilalui teramatlah sesak.Namun kita diberi dua pilihan jalan untuk ke destinasi tersebut, jalan yang selalu dilalui dan jalan yang jarang-jarang dilalui ...

Berbicara tentang perjalanan,ingin saya kongsikan pengalaman dan pengajaran dari sebuah kisah perjalanan saya bermula malam semalam.. Sebelum bergerak,pelbagai perancangan telah dirancang. Kami hadir dengan perasaan teruja yang teramat sangat.Namun tiba waktu yang dijanjikan, apa yang kami targetkan,tersasar dari landasan. Benarlah,kita merancang,Allah juga merancang,dan Allahlah sebaik-baik perancang...

Perjalanan bermula pada jam hampir 6.40 petang.. Berkonvoi beramai-ramai menyebabkan kami terus bersemangat untuk meneruskan perjalanan..Berbuka di shell, sebelum berhenti solat di masjid kajang.. Kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi yang memakan masa hampir satu jam....




Setibanya ditempat dijanjikan,berdebar sebentar perasaan melihat bukit yang bakal di naiki teramat tinggi dan agak curam,namun semangat yang menemani, membuatkan kami tidak sabar untuk terus mendaki. Bukit pertama berjaya dinaiki dengan selamat, naik bukit kedua, saya gagal mengawal motor dan berlakulah adegan jatuh motor. Namun tidak terdetik dihati saya untuk berperasaan takut malah saya tergelak memikirkan apa yang melanda diri. Untuk meneruskan pendakian, motor perlu bermula semula dari bawah,dan akhirnya sampai ke tempat sepatutnya.

Daripada peristiwa ini,dapat saya kaitkan dengan situasi yan g sering kita alami.. Seringkali kia berasa mampu untuk melakukan sesuatu, namun hakikatnya kita gagal. Kadangkala kita berusaha namun kita gagal.Mengapa? kerana kita meletakkan diri kita sepenuhnya sebagai punca berjaya atau gagalnya sesuatu apa yang kita lakukan. Kita lupa,Allahlah yang sebenarnya membantu kita. Yang kedua, apabila terlalu seronok berada diatas, selalunya kita jarang memikirkan risiko untuk kia jatuh. Begitulah kehidupan, adakalanya,perlu untuk kita jatuh agar kita kembali semula kepada hakikat kita sebagai seorang hamba.

Setibanya saya ditempat berkumpul sahabat-sahabat lain, semua memandang saya dengan pandangan tanda tanya dan penuh kerisauan.Namun setelah melihat saya ketawa dan tersenyum,berubah reaksi mereka,mula menunjukkan kelegaan. Jelas psikologi memainkan peranan dalam mengawal sesuatu situasi. Bayangkan saya naik dalam keadaan menangis, atau bermuram,saya pasti setidak-tidaknya,saya akan mengacau bilaukan mood semua yang berada di tempat kejadian. Dan saya pasti saya telah berjaya mengubah paradigma mereka terhadap saya sebagai mangsa jatuh motor. Pastinya,dalam fikiran sebahagian,pasti tidak semua, pasti ada yang membayagkan saya berdarah-darah @ paling tidak CCQ saya yang memberi jawapan. Namun Alhamdulillah,tiada sebarang kecederaan kecuali sedikit calar di kepala CCQ saya..

Perjalanan program berjalan lancar..Tiba saat berangkat pulang, tiba-tiba hati saya berdebar kembali memikirkan cara terbaik untuk mengawal motor untuk turun nanti. Alhamdulillah,atas tunjuk ajar en Wali,saya selamat turun.. Proses memecut,mengejar orang dihadapan pun bermula.. Tiba di suatu kawasan,saya terpisah jauh dengan motor dihadapan kerana beratur 3 buah lori besar dihadapan saya yang menyebabkan habuk-habuk mula bermusafir di mata saya..Setelah berjaya menyelamatkan diri dari lori-lori tersebut, saya gagal mengesan motor dihadapan, menyebabkan saya tersalah memilih jalan. Dengan bersyura dengan k.tasha,akhirnya saya u-turn semula, dan mengikut gerak hati untuk melalui simpang tersebut..

Disini,jelas dapat kita lihat beza antara situasi berkonvoi semasa pergi dan pulang.. Perjalanan pergi ,kami amat dekat antara satu sama lain, dan perjalanan pulang,jarak kami amat jauh.. Bila bersama,kami berjaya sampai ke destinasi tanpa tersalah arah,namun ketika bersendirian, saya gagal membuat keputusan. Kita nisbahkan situasi ini dengan situasi kehidupan kita. Siapapun kita, kita akan kuat untuk terus ke jalan yang benar bila kita bersama-sama (berjemaah) ,kerana ada yang akan =menegur bila kita salah,dan ada yang akan menunjukkan arah yang sebenar bila kita tersesat. Namun bila kita sendirian,kita berpotensi untuk memilih jalan yang salah. Namun tersalah memilih jalan bukanlah indicator berjaya atau tidaknya seseorang itu.. Yang penting kesedaran diri untuk kembali kejalan sebenar.

Setelah melalui perjalanan yang memenatkan,akhirnya saya tiba di UKM.. kehadiran saya disambut pak guard yang saya pasti ingin bertanyakan tentang stiker UKM yang tiada di motor saya.. Namun, setelah sesi dialog berlaku,saya menyambung perjalanan. Begitulah kehidupan ,mehnah dan tribulasi akan adalah rencah kehidupan. Yang membezakan kita berjaya atau tidak adalah kemahiran kita menguasai situasi dan emosi. Jangan biarkan emosi menguasai diri,kerana bimbang emosi menutup pintu hati. Berfikir dengan tenang, gunakan mata hati tika memandu fikiran mencari solusi~

1 comment:

Anonymous said...

ehem2.. bukan shell, tapi petronas..
bukan CCQ, tapi Cicaq.
haha, go cicaq, go cicaq.
Betol2..
pengalaman yang sangat indah, keran indahnya ukhuwah..
Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya ke atas ukhuwah yang terbina keranaNya..