(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Monday, September 20, 2010

Manusia dan Alasan


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Sebulan telah berlalu.. Disaat blogger-blogger lain sibuk mengupdate blog, memeriahkan Ramadhan dan Aidilfitri, saya seolah-olah hilang punca. Tiada satu tulisan pun yang mampu saya post walaupun jari mula menari rap diatas keyboard. Diakhir cerita, akhirnya butang 'x' di penjuru kiri ini juga yang di menjadi pilihan.

"Siapa yang takde idea, bermakna, orang tu tak berfikir "

Pendek tapi tajam lagi menajamkan.. Jawapan yang diterima setelah alasan 'xde idea' diberi sebagai sandaran kepada kemalasan diri untuk mencoret. Ayat tu terngiang-ngiang ditelinga, bemain-main diminda walaupun sudah hampir 2 minggu berlalu. Demi mengelakkan diri dari diletakkan sebagai pesalah, kami mencipta pelbagai alasan. Agak tidak matang alasan-alasan yang diberi, namun,itulah yang selalu kedengaran -malas, takde masa, takde idea- ... Hati saya agak membentak tatkala alasan yang diberi mendapat 'hadiah' tajam lagi menajamkan itu.. Namun, akhirnya harus saya akui kebenaran kata-kata itu dan kini saya hanya mampu tersenyum sendiri apabila pita memori itu berputar tiba-tiba memikirkan ragam manusia.



Manusia memberi alasan untuk mempertahankan ego masing-masing. Mungkin agak kasar, namun mungkin itu yang dapat saya simpulkan. Demi mengelakkan diri daripada diletakkan di kandang pesalah, manusia akan memikirkan pelbagai 'sandaran kepada persoalan/masalah' atau dikenali sebagai alasan.

Suatu ketika dahulu, saya sering bermonolog sendiri, andai ada yang ingin bertanyakan mengapa,kenapa,dan sebagainya terhadap sesuatu yang saya lakukan atau yang tidak saya laksanakan, saya ingin sekali menjawab " jangan disoal kenapa, kerana apa yang akan dibalas sebagai jawapan, adalah alasan semata-mata." Namun hingga ke hari ini, jawapan ini hanya setakat bersuara didalam diri sahaja.

Alasan. Mengikut thesaurus, alasan bersinonim dengan landas,alas dan andas ". Manakala kamus dewan mentafsirkan pekataan alasan sebagai asas atau dasar. Namun mengikut kamus saya,(kamus szi , maaf tiada di pasaran =p) alasan hanyalah 'kambing hitam' dalam sesebuah bicara atau keadaan.

"Qulil Haq walau kana murro"

Dalam Islam,kita tidak diajar untuk beralasan. Yang diajar hanyalah 'berkatalah benar walaupun pahit. Kita diajar untuk menjadi insan yang jujur. Sejujurnya, ambil peluang ini untuk mengimbas, benarkah segala alasan yang kita gunakan selama ini? Jujurkah kita disaat melafazkan alasan-alasan itu? Hati-hati, berkemungkinan, hati kita sedang memikirkan alasan tika ini ^_^.. Hati-hati dengan hati~

Dalam kita memperkatakan sesuatu, pastikan kita mengatakan sesuatu yang jujur dan betul. Andai ada kekejaman didepan mata, berkatalah sejujurnya tentang itu. Jangan disebabkan pelakunya 'sesuatu' yang berpengaruh, kita sanggup membutakan mata kita, lebih teruk lagi jika kita menutup mata hati kita sendiri. Saya terlupa pemilik kata-kata ini, namun ianya masih utuh di ingatan saya.

" Apabila berlakunya kezaliman didepan kamu, janganlah berdiam diri. Kerana jika kamu berdiam diri, bermakna kamu merestui perbuatan itu"


Jadi pilihan ditangan anda.. Berhenti memberi alasan dan teruskan kehidupan~

~ stay in unity and Islam will win~

Sunday, August 22, 2010

Disebalik sebuah perjalanan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Permulaan hari ini menyebabkan usia kita bertambah sehari lagi. Namun ada juga, yang memulakan hari ini sebagai tarikh penggenapan usia tahunan mereka..
Kita mampu untuk mengira berapa lama tempoh yang telah kita lalui di atas bumi pinjaman ini, namun tidak termampu untuk kita menghitung berapa lama kontrak sebenar kita diatas muka bumi ini..

Hidup kita pada hari ini adalah sebuah perjalanan,menuju sebuah destinasi iaitu akhirat.. Bayangkan berbillion-billion manusia diatas bumi ni,semuanya ingin bergerak ke satu tempat yang sama..Mengikut logik,sudah pasti jalan yang akan dilalui teramatlah sesak.Namun kita diberi dua pilihan jalan untuk ke destinasi tersebut, jalan yang selalu dilalui dan jalan yang jarang-jarang dilalui ...

Berbicara tentang perjalanan,ingin saya kongsikan pengalaman dan pengajaran dari sebuah kisah perjalanan saya bermula malam semalam.. Sebelum bergerak,pelbagai perancangan telah dirancang. Kami hadir dengan perasaan teruja yang teramat sangat.Namun tiba waktu yang dijanjikan, apa yang kami targetkan,tersasar dari landasan. Benarlah,kita merancang,Allah juga merancang,dan Allahlah sebaik-baik perancang...

Perjalanan bermula pada jam hampir 6.40 petang.. Berkonvoi beramai-ramai menyebabkan kami terus bersemangat untuk meneruskan perjalanan..Berbuka di shell, sebelum berhenti solat di masjid kajang.. Kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi yang memakan masa hampir satu jam....




Setibanya ditempat dijanjikan,berdebar sebentar perasaan melihat bukit yang bakal di naiki teramat tinggi dan agak curam,namun semangat yang menemani, membuatkan kami tidak sabar untuk terus mendaki. Bukit pertama berjaya dinaiki dengan selamat, naik bukit kedua, saya gagal mengawal motor dan berlakulah adegan jatuh motor. Namun tidak terdetik dihati saya untuk berperasaan takut malah saya tergelak memikirkan apa yang melanda diri. Untuk meneruskan pendakian, motor perlu bermula semula dari bawah,dan akhirnya sampai ke tempat sepatutnya.

Daripada peristiwa ini,dapat saya kaitkan dengan situasi yan g sering kita alami.. Seringkali kia berasa mampu untuk melakukan sesuatu, namun hakikatnya kita gagal. Kadangkala kita berusaha namun kita gagal.Mengapa? kerana kita meletakkan diri kita sepenuhnya sebagai punca berjaya atau gagalnya sesuatu apa yang kita lakukan. Kita lupa,Allahlah yang sebenarnya membantu kita. Yang kedua, apabila terlalu seronok berada diatas, selalunya kita jarang memikirkan risiko untuk kia jatuh. Begitulah kehidupan, adakalanya,perlu untuk kita jatuh agar kita kembali semula kepada hakikat kita sebagai seorang hamba.

Setibanya saya ditempat berkumpul sahabat-sahabat lain, semua memandang saya dengan pandangan tanda tanya dan penuh kerisauan.Namun setelah melihat saya ketawa dan tersenyum,berubah reaksi mereka,mula menunjukkan kelegaan. Jelas psikologi memainkan peranan dalam mengawal sesuatu situasi. Bayangkan saya naik dalam keadaan menangis, atau bermuram,saya pasti setidak-tidaknya,saya akan mengacau bilaukan mood semua yang berada di tempat kejadian. Dan saya pasti saya telah berjaya mengubah paradigma mereka terhadap saya sebagai mangsa jatuh motor. Pastinya,dalam fikiran sebahagian,pasti tidak semua, pasti ada yang membayagkan saya berdarah-darah @ paling tidak CCQ saya yang memberi jawapan. Namun Alhamdulillah,tiada sebarang kecederaan kecuali sedikit calar di kepala CCQ saya..

Perjalanan program berjalan lancar..Tiba saat berangkat pulang, tiba-tiba hati saya berdebar kembali memikirkan cara terbaik untuk mengawal motor untuk turun nanti. Alhamdulillah,atas tunjuk ajar en Wali,saya selamat turun.. Proses memecut,mengejar orang dihadapan pun bermula.. Tiba di suatu kawasan,saya terpisah jauh dengan motor dihadapan kerana beratur 3 buah lori besar dihadapan saya yang menyebabkan habuk-habuk mula bermusafir di mata saya..Setelah berjaya menyelamatkan diri dari lori-lori tersebut, saya gagal mengesan motor dihadapan, menyebabkan saya tersalah memilih jalan. Dengan bersyura dengan k.tasha,akhirnya saya u-turn semula, dan mengikut gerak hati untuk melalui simpang tersebut..

Disini,jelas dapat kita lihat beza antara situasi berkonvoi semasa pergi dan pulang.. Perjalanan pergi ,kami amat dekat antara satu sama lain, dan perjalanan pulang,jarak kami amat jauh.. Bila bersama,kami berjaya sampai ke destinasi tanpa tersalah arah,namun ketika bersendirian, saya gagal membuat keputusan. Kita nisbahkan situasi ini dengan situasi kehidupan kita. Siapapun kita, kita akan kuat untuk terus ke jalan yang benar bila kita bersama-sama (berjemaah) ,kerana ada yang akan =menegur bila kita salah,dan ada yang akan menunjukkan arah yang sebenar bila kita tersesat. Namun bila kita sendirian,kita berpotensi untuk memilih jalan yang salah. Namun tersalah memilih jalan bukanlah indicator berjaya atau tidaknya seseorang itu.. Yang penting kesedaran diri untuk kembali kejalan sebenar.

Setelah melalui perjalanan yang memenatkan,akhirnya saya tiba di UKM.. kehadiran saya disambut pak guard yang saya pasti ingin bertanyakan tentang stiker UKM yang tiada di motor saya.. Namun, setelah sesi dialog berlaku,saya menyambung perjalanan. Begitulah kehidupan ,mehnah dan tribulasi akan adalah rencah kehidupan. Yang membezakan kita berjaya atau tidak adalah kemahiran kita menguasai situasi dan emosi. Jangan biarkan emosi menguasai diri,kerana bimbang emosi menutup pintu hati. Berfikir dengan tenang, gunakan mata hati tika memandu fikiran mencari solusi~

Tuesday, August 10, 2010

Tribute buat kakak2 dan abang2 ku...

Bermula pada tarikh 7/8/10, saya melangkah ke Dectar, menghadiri majlis konvokesyen my beloved twin, hinggalah ke hari ini, 10/8/10, hati saya tidak mahu bertenang, bila melihat wajah-wajah yang menyarung jubah konvo. Jeles? saya rasa bukan itu persoalannya.. Tiada rasa jeles aka cemburu yang timbul..Percaya tak?

Petang semalam, bersama-sama sahabat2 GMUKM, kami membuat sedikit majlis untuk para graduan GMUKM. Laungan Student Power dan Hidup MAhasiswa, bergema di pekarangan hadapan Dectar. Dapat ku rasakan semangat mereka yang tidak pernah padam. Sekali lagi hati saya terusik.

Malamnya, Gerai Selera Murni aka GSM, yang dimiliki oleh ISIUKM, menjadi port pilihan kami. Muka-muka insan yang memang tidak asing di FST, dapat dilihat disitu. Tika itu, perasaan ku berperang hebat.. Gembira kerana dapat berkumpul kembali, sedih kerana ku bakal melepaskan mereka pergi, terkilan kerana umpama sedetik cuma masaku bersama mereka.. Masakan, ku dapat menunjukkan wajah hati muramku di hadapan wajah ceria mereka? Wajah-wajah yang pernah bersama-sama denganku hampir setahun, wajah-wajah yang banyak mengajarku erti kehidupan, wajah-wajah yang bersama-sama denganku menempuh panas, hujan, taufan yang melanda ...

Setiap mereka pernah mengajarku, walau tanpa mereka sedari. Terlalu banyak insan kerdil ini berkongsi ilmu yang ditaburkan mereka. Allah, saya bersyukur sempat dipertemukan dengan insan-insan seperti mereka.

Kepada kakak-kakak, dan abang-abangku, selamat bergraduasi , selamat melangkah ke realiti dunia sebenar dan selamat segala-galanya. Jangan sesekali melupakan kami, adik-adik kalian yang masih berada di bumi UKM ini.Apabila kalian melangkah keluar dari bumi UKM ini, hanya satu harapanku, janganlah kalian membawa bersama semangat kalian agar kami sentiasa merasai kehadiran kalian walau tanpa jasad kalian disisi kami. Moga, Ramadhan yang akan menjelang esok hari, memberkati perkenalan dan ukhuwah yang terbina.

Monday, August 2, 2010

Tiada yang sia-sia

Salam..

Renung-renungkan wahai ashabi..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang.

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassalam

p/s: kepada hati2 yang berduka, ingatlah, Allah tidak pernah mensia-siakan segala usahamu.. Contohilah semangat 'malaikat ' kecil itu.. (pesanan utk diriku)

Monday, July 26, 2010

mencari secebis sinar

Tidak terasa kehadiranmu sebelum ini..
Bukan sehari, bukan seminggu,
Malah bertahun-tahun kau memberi peluang itu kepadaku..
Namun sering jua aku persiakan..
Kerna bagiku, tiada bezanya kau dengan yang lain..

Saat manusia heboh memperkatakan kebaikanmu,
Aku hanya mampu tersenyum,
dibalik hatiku, " kau pasti menjadi milikku"
Jadi,untuk apa aku berusaha keras mendapatkanmu?

Perjalanan hidupku akhirnya memukul keras hatiku
Ego sungguh diriku,
yang sentiasa mengaggap kau takkan lari dariku
Hatiku kian resah
Perasaan enggan pasrah
Fikiran mula termengah
Akhirnya aku parah..

Maafkanku,
disaat orang lain memeliharamu dengan baik,
aku gagal berbuat demikian,
Disaat mereka menangis, mengharap berteu denganmu,
Hanya sekejap perasaan itu muncul dalam benak fikirku
Disaat mereka beramah mesra denganmu,
Aku hanya mampu berdingin denganmu..

Kini aku sedar,
betapa bertuahnya diriku,
hampir 20 tahun kau memberi peluang kepadaku
Peluang yang tidak semua mengecapinya
Peluang yang pernah aku sia-siakan..

Tahun ini,
genaplah 20 tahun perkenalan kita..
Namun aku makin gusar..
Hatiku kian bergelojak
Masih terbukakah peluang untuk aku bersamamu??

Siapalah aku
Andai kau tidak lagi sudi bertemu diriku..

Betapa zalimnya aku,
Jika kau tak maafkan pengkhianatanku terhadapmu..

Hanya satu pintaku,
Berikan aku peluang baru,
Untuk kuluahkan segala isi hatiku,
Agar,
andai ini yang terakhir buatku,
Kau takkan bersedih lagi,
Dan aku mampu tersenyum melepaskan dikau pergi....

Allahumma balighna Ramadhan
Moga bisa untuk kita bertemu lagi ~

Monday, July 5, 2010

Lawak semasa di UKM

PC Kolej Aminuddin Baki Kutip Booklet FST

Bangi, 6 Julai 2010 | 12.00pm – Booklet Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Teknologi (PMFST) yang diletakkan bersama buku penilaian generik, kad mentor di dalam beg pemberian pentadbiran FST telah dikutip semula oleh pemudah cara (PC) di Kolej Aminuddin Baki malam tadi.

Bagi mereka yang tertinggal booklet itu di bilik, mereka dikehendaki untuk menyerahkan kepada PC malam ini juga.

Apabila tindakan PC-PC dipersoal beberapa mahasiswa baru, mereka menjawab ia bahaya kerana PMFST adalah pro pembangkang. Kandungan booklet itu adalah pengenalan persatuan yang bernaung di bawah pentadbiran FST yang mana penasihat persatuan tersebut adalah Timbalan Dekan FST sendiri iaitu Prof. Sahrim B Ahmad.

NadiUKM melihat tindakan PC-PC Kolej Aminuddin Baki (KAB) ini sebagai tindakan tergesa-gesa yang terlalu mengongkong mahasiswa baru dan mempunyai kepentingan politik.-NadiUKM


kredit to NadiUKM

Adoii..betoi laa diorang ni kelakaq... kalo nak, datang laa mintak ngan kami..jangan laa amek yang adik2 tu punya..kami nak bagi kat adik2 tu, bukan anda2 sume yang dah besar2 tu. Tapi kalau nak ,datang mintak.. bukan pakai rampas jek.. Malu laa sikit....

Emm dah tu, ada lak
golongan2 tertentu mendoktrin dan mengugut mahasiswa tahun satu mengenai pemakaian tudung labuh.. Pe kes nie?? Kalau nasihat suh pakai tudung baguih laa..ni ,yang dok p ugut adik2 yg pakai tudung labuh tu awatnya??? Tolong laaa...kot yea pon nak cakap, tlg laa, jgn la dinampak kn kejahilan tu.. Kalau Tak nak pakai ,tpulang lah,anda dah besar panjang,dah dikurniakan akal fikiran.. Tapi TOLONG! Tolong jangan diganggu adik2 tu.. TOLONG!! Kalau benar mengaku muslim,tolong, hormat peraturan Allah,undang2 Allah.. Saya tak berniat nak hukum sesapa, sape yang terasa tu,sendiri mau ingat laa..

Saya nak nasihat lebih2, saya bukan alim ulama, tapi nak tggu jd alim dlu baru nak cakap, takot x sempat je..so,saya nasihatkan diri saya dan semua, kalau kita oleh ormat undang2 manusia,kenapa tidak kita hormayt peraturan Allah?? dah hebat sangat ke kita nie? Kalau tak nak ikot hukum Allah,dipersilakan.. g laa cari mana2 tempat yg bukan Allah punya.

Last but not least, sebelum buat pape, tolong fikir gne akal,bukan nafsu..sekian~

~ stay in unity and Islam will win~

Saturday, July 3, 2010

x de pape...


Mengintai peluang untuk mencoret.
Namun bukan semua mampu diluahkan dalam bentuk kata-kata.





Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.