"ala, ko je la yg gi...ati aku x mo g laa.. aku x ske pakse2 a.k.a hipokrit.."
@
"cube ko tengok dia tu, plik aku.. sekejap baik, sekejap, cm tah pape..hipokrit betol..
Sahabat-sahabat.. Anda pernah dengarkan, dialog- dialog camni.. Antara kita yang mendengar,kita yang diperdengarkan @ kita yang menjadi bahan bualan..
Hipokrit.. Perkataan yang biasa keluar, bila seseorang merasakan dia melakukan sesuatu untuk menunjuk-nunjuk..betoi ka ni?.. Dan seringkali dikaitkan dengan individu yang cuba berubah dari kejahatan kepada kebaikan. namn, sedarkah kita, bahawa 'hipokrit' itu sebenarnya antara agenda pihak tertentu untuk membolak balik kan hati kita, orang-orang Islam.. Berapa ramai yang takut utuk berubah, kerana takut diberi label hipokrit?
"Bila aku nak bangun tahajud ni ek? emm x payah laa,nanti romate aku cakap aku menunjuk2 plak"
"Teringin jugak jadi cam dia tu, baik je,tapi kalau tiba-tiba aku jadi camtu, mesti dorang kata aku macam2"
Ya, dialog yang biasa. Hipokrit menyebabkan masyarakat takut untuk berubah. Hipokrit menyebabkan kita mula meninggalkan niat untuk berubah kepada yang lebih baik. Namun, wujudkah hipokrit dalam Islam?
Yang sebenarnya,tiada istilah hipokrit dalam Islam. Yang ada hanya 'mujahadah'.. Apa itu mujahadah? Berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Sebagai contoh, kita ada kawan yang selalu solat dhuha. Dan terdetik kat hati kita nak jugak wat solat tu..mungkin pada masa yang sama, syaitan bisik kat hati kita, tak payah la buat, ko tu cuma ikut dia jea..jangan jadi hipokrit.. Tapi kita teruskan jugak, walau itu bukan kebiasaan kita. Dan InsyaAllah, andai kita dah terbiasa, ia takkan jadi mujahadah selamanya.
Begitu juga dengan amalan-amalan sunat yang lain, mungkin kita tak biasa, namun cuba lah untuk melaksana kannya. Berusaha untuk mencapainya. Itulah mujahadah. Jadi sahabat-sahabat, perlulah kita ingat, tiada istilah hipokrit dalam kita beribadah. Yang ada hanya mujahadah. Jangan terpedaya dengan agenda mereka yang sentiasa mahu melihat kita dalam kemunduran, baik dari segi akhlak, aqidah mahupun ibadah..
Andai anda ingin melakukan sesuatu kebaikan,teruskan niat anda. Anda bukan lah hipokrit, tetapi anda sedang bermujahadah.. Sekian sahaja dari saya.. Selamat Beramal..n_n
3 comments:
salam,
ana setuju sangat dgn post kali ini. baru berdiskus dengan sahabat pasal benda ni..
terima kasih kerana telah menjelaskan...baru ana tahu sekarang ini.
mujahadah tu mksud die lawan nafsu kn, SZI?
hipokrit ni lebih tepat ialah apabila seseorang itu melahirkan sesuatu yang bertentangan dengan perkara yang berada di "dalam"nya.. luar lain, dalam lain..
sama ada dlm bentuk perbuatan atau perkataan...:-)
Dalam pendidikan Islam, Munafiq adalah istilah yang selalu digunakan untuk perbuatan hipokrit...
Tapi, tepat seperti yang penulis katakan, mujahadah bukanlah hipokrit kerana mujahadah ialah perbuatan menentang apa yang kononnya berada di dalam..
BERAMAL KERANA ALLAH!
Post a Comment