Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang
Saat ini, saya tersangat pasti, ramai yang sedang bertungkus lumus dengan nota-nota dan segala macam latihan dan soalan yang pasti menyesakkan jiwa bagi y study last minute laa..hehe termasuk saya.. Namun tiba-tiba saya terdetik untuk merespon terhadap 3 tulisan saya sebelum ni.. Alhamdulillah, setelah melalui fasa-fasa memeritkan itu, saya berjaya mencapai satu jawapan. Mungkin bukan jawapan yang solid, namun cukup bagi menjawab persoalan yang timbul dalam benak saya..
Terkenang saat saya gelisah, saya cuba mencari jawapan.. Beberapa individu yang amat saya percayai, telah saya lontarkan persoalan dan pandangan. Pelbagai respon dan jawapan telah saya temui.. Dan cuma satu yang saya pasti, mereka mengalami apa yang saya lalui saat ini. Seringkali saya saya nasihatkan diri, agar tidak menjawap permasalahan dengan emosi, namun seringkali juga saya gagal. Disaat sahabat-sahabat saya kecewa, ada yang merindukan sahabat-sahabat di tempat perjuangan yang lama.. Sahabat-sahabat lama yang kini juga melangkah meneruskan perjuangan di tempat baru. Sama seperti kita semua.
Kini barulah saya mengerti, mengapa saya terlalu sensitif apabila berhadapan dengan sahabat-sahabat yang sedang diuji, mengapa saya terlampau sedih apabila merasakan ukhuwah yang terbina ibarat menanti belah.. Kerana saya terlalu sayangkan mereka. ya saya sayangkan mereka! 'kehidupan' saya bermula disini. Mereka sahabat pertama yang saya hadir dalam hidup saya. Saya tiada sahabat ditempat lain yang boleh saya rindukan seperti kebanyakan sahabat-sahabat saya disini.
Terimbau kenangan semasa mengikuti Kembara Tabuk, ketika diminta membuat keputusan diantara memilih assignment atau memilih ke 'program' seperti ini. Dan jawapan say disaat itu adalah assignment. Tiada yang memberi jawapan solid kepada saya, benar atau tidak pilihan saya. Cuma saya ditinggalkan dengan kata-kata seorang hamba Allah yang membuatkan saya terfikir, hingga ke saat ini. Dengan senyuman dan agak kesayuan, beliau berkata " Kalau ana, ana akan pilih untuk bersama-sama dalam 'program' ini. Sebab 'hidup' bersama sahabat-sahabat terlampau indah,dan tak dapat dicari diluar. Berbeza bila kita bergerak kerja sebelum dan selepas kita ikuti 'program' macam ni". Dan jujurnya, saya agak tidak dapat menerima jawapan itu..Saya sering tertanya, apa bezanya? Dan kini, saya faham apa yang cuba disampaikan.
Mungkin kerana terlampau takut, saya merasa terlampau sedih apabila merasa jauh dengan sahabat-sahabat saya. Merenung potret gerak kerja kita bersama-sama kadangkala membuahkan rasa rindu terhadap semangat mereka yang dapat saya rasakan dahulu. Saat dicerca, saat dikecam, mereka bersama, walaupun disaat itu, saya bukanlah sesiapa dalam kalangan mereka. Namun pancaran semangat mereka tempias jua kepada diri saya. Dan kini, sebahagian mereka tela pergi meneruskan rentak perjuangan.. Dan sebahagian lagi, masih cekal menyambung perjuangan di bumi limpahan ilmu ini..
Sahabat, jangan dipersoal, siapa saya untuk menegur kalian. Jangan dipersoal saya tidak cuba memahami kalian. Betapa diri ini rindukan semangat kalian yang dulu berjaya menggetarkan jiwa sanubari diri ini. Dimana kalian sorokkan semangat itu? Mengapa kalian pasrah menentang persoalan jiwa? Mengapa kalian menyerah kepada situasi persekitaran? Mana sahabat yang saya kenali dulu?
Saya tidak menyalahkan kalian. Setiap kita diuji dengan keadaan tersendiri. Cuma satu pintaku, walau diri kita terlalu lemah menahan mehnah, jangan biarkan perasaan itu terus menawan diri kalian. Bangunlah, kobarkan semangat kalian. Saya rindukan semangat kalian yang dulu. Saya rindukan senyuman ikhlas diwajah kalian.
Sahabat, jangan dipersoal mengapa hingga begini kita diuji. Kerana kita milik Illahi.. Persoalannya, sudahkan kita sempurnakan hakNya? Sahabat, saya bukan alim ulama, tidak layak berbicara tentang agama. Namun untuk menunggu mendapat gelaran itu, adakah perlu untuk saya terus membiarkan kalian terus tenggelam dibuai perasaan sendiri?
Sahabat, ketahuilah, Allah sedang menegur kita. Bukan kalian, tetapi kita, termasuk saya. Saya tidak layak untuk menghukum, cuma pinta saya, kembalilah kepada fitrah.. Jangan dipersoal ujian, tetapi muhasabah diri agar ditunjukkan segala khilaf dalam gerak laku.. Moga dipermudahkan segala urusan dan dilorongkan hati kembali kepada fitrah insani.. Maafkan diri hina ini. Namun ketahuilah betapa diri ini terlalu sayangkan kalian..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepada-Mu,bertemu untuk taat kepadMu, bersatu dalam rangka menyeru di JalanMu,dan berjanji setia untuk membela syariatMu..maka kuatkanlah ikatan pertaliannya Ya Allah.. Abadikanlah kasih sayangnya,tunjukkan jalannya dan penuhilah dengan CahayaMu yang tak pernah redup. lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMU,hidupkanlah dengan makrifahMu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalanMU..Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.Amin.....
Saturday, October 23, 2010
Thursday, October 21, 2010
:: saya suka alam, anda bagaimana? ::
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Maha suci Allah yang memberikan mata untuk ku lihat, telinga untuk ku dengar, tangan dan kaki untuk ku bekerja, dan paling penting akal untuk ku berfikir.. Melalui minggu-minggu yang menggetirkan, amatlah merimaskan.. Saya percaya bukan saya sahaja yang merasai kperitan tersebut. Perubahan angin dan cuaca individu-individu disekeliling saya, cukup memberi kesan pada diri. Walau tidak mereka jelaskan, cukup jelas di mata saya, dan dekat dihati merasai getirnya minggu-minggu ini.
Sahabat-sahabat yang mula meluahkan kebingungan yang melanda diri, kawan-kawan yang menangis menahan tekanan yang tak berpunca, malah keadaan di PMF sendiri saya rasakan seperti menanggung derita, hingga ramai yang membawa diri daripada tenggelam didalam kesuraman dan kesedihan yang melanda.
Dan saya, disaat bingung memikirkan apa yang terjadi, disaat hati cuba memahami semua kondisi mereka yang terpilih melalui ujian ini,adakalanya saya rebah. Gagal mencari punca, dan kepada Allah saya berserah. Perkara yang paling saya suka lakukan,disaat saya mendambakan jawapan, adalah merenung alam.. Saya teramat suka melihat dan mendengar alam berbicara. Tersenyum kadangkala melihat alam memberi jawapan terhadap diri yang terseksa. Syukur atas segala nikmatMu ya Allah...
2 hari lepas, saya terasa amat terseksa. Untuk keluar, kaki diikat kerja-kerja yang tak saya sempurnakan, jadi meng'google lah saya mencari 'Ilham'.. Dunia dihujung jari ^_^.. Dan inilah gambar-gambar yang telah menarik perhatian saya....
Subhanallah..cantikkan??
Bestkan kalau dapat g tempat nie.... Agak-agak,kalau tiba-tiba Malaysia turun salji, apa jadi?....
Haa.. yang gamba bawah ni, terpilih sebab, 1 sunset, 1 lagi kuda.. sangat teringin nak menunggang kuda.. Bayangkan, kalau g kelas naik kuda, balik rumah naik kuda.. Semua orang boleh naik kuda jea.. Jalanraya penuh dengan kuda..waaa bestnya .. Jimat minyak pe..^_^..
Dan lastly... gambar yang membuatkan saya terus menangis... Saya cemburu dengan semua orang yang dah pernah sampai tempat nie.. Adakah saya berpeluang untuk saya kesana? Adakah saya akan diberi kesempatan itu? Adakah saya akan diterima untuk menjadi tetamuNya?

And now, I lost my word.. Speechless.. Now, back to urself.. Give words to urself..Im finish....
p/s: if this is the last posting b4 da exam, im begging for forgiveness from everyone.. All da best.. Believe urself,u can do it !!!
~love ur life,life ur love~
Friday, October 15, 2010
What u need is only YOURSELF
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Jika semalam saya baru mengkhabarkan berita gembira menemukan semangat baru, tiba di hari ini,saya terduduk lesu. Pandangan saya berputar,seolah-olah berada didalam tin kosong yang digoncang-goncang. Memikirkan tanggungjawab yang masih tak terlaksana, bertambah-tambah pinarnya akal dan hati. Ingin berkongsi, takut digelar mengejar simpati, Ingin didiamkan,hampir tertelan seluruh jiwa insani. Semakin cuba untuk berlari, semakin sesak memakan diri. Akhirnya satu pilihan menjadi solusi, berani berdepan realiti. Namun selalunya,solusi akan diuji dengan mujahadah yang tinggi...
Tamat kelas pada hari ini,saya benar-benar kehilangan diri. Semangat yang pergi, lelah yang tiba-tiba menyesakkan diri, akal seolah-olah gagal berfungsi, benar-benar menguji diri. Tanpa senyuman, tanpa sapaan, kehadiran saya mula menimbulkan persoalan dihati. Maaf kerana diri ini menimbulkan kecurigaan dihati. Biarkan saja, kerana ia hanyalah proses untuk ku mengenali diri.
Pulang kebilik, tiba-tiba mesej dari junior saya terima. Tersenyum membaca, harapan melihat saya senyum semula. Kemudian diri mula tertanya-tanya, mengapa perlu diri merasa terlampau tidak bermaya? Sedang diri masih dikurnia insan yang sudi berkongsi derita. Namun, bukan itu persoalannya.Persoalan sebenar, mengapa perlu berharap untuk difahami,sedang diri sendiri belum memahami?
Seek to understand before being understood. Ringkas,dan sering kali digunakan,kononnya cuba untuk memahami kondisi ornag lain. Namun berbalik kepada diri sndiri, mengapa kita mengharapkan untuk difahami, sebelum kita sendiri memahami diri kita? Setiap kali kesedihan atau kecewa,kita sering berharap ada insan untuk kita berkongsi cerita. Ya ada masanya memang mudah kita temui insan tersebut, tetapi sejauh mana jarak atau masa yang mampu diperuntukkan untuk kita? Dan sejauh mana tegarnya kita menahan seseorang seberapa lama yang kita mahu demi menyampaikan 'sastera hati dan perasaan' itu?
Kembali kepada realiti. Kita punya teman,kita punya sahabat,dan kita punya musuh (mungkin). Yang sanggup berkongsi airmata darah digelar sahabat, yang ramai dan berada dimana-mana digelar kawan @ teman. Lalu, dirimu sendiri diletakkan diposisi mana? Mengapa kita sering terlupa,insan paling dekat dengan kita,yang selalu dengan kita, berkongsi segala-galanya dengan kita adalah DIRI KITA SENDIRI !! Cuaca diri kita mampu diubah diri kita sendiri. Pemikiran kita hanya mampu diubah diri kita sendiri. Cara kita melihat sesuatu juga ditentukan diri kita sendiri. Jadi jangan meminggirkan dirimu sebelum membuat sesuatu kerana DIRIMU adalah yang akan sentiasa merasai kesan diatas segala yang dilakukan.
Akhir kalam, andai tiada yang tinggal untukmu didunia ini,bersyukurlah kerana kau masih punya dirimu..
~ You are what you think ~
Thursday, October 14, 2010
~ Hidup adalah realiti yang selalunya tak seindah fantasi ~
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang masih memberi ruang untuk diri ini memperbetulkan diri.
Sedar atau tidak kita, setiap saat yang Allah pinjamkan kepada kita,adalah bukti kasih sayangnya. Walau pelbagai kerosakan telah kita lakukan, walau pelbagai mudarat telah kita sebarkan, Dia tetap memberi kita peluang. Peluang untuk membetulkan diri, peluang untuk kita kembali kepada fitrah sebenar. Namun, hanya insan yang berani mengakui kesalahan dan kelemahan diri, bersemangat mengutip peluang keemasan ini.
Perjalanan hari ini membawa saya mengenal diri. Hampir diri ini terjatuh kembali kekawah baran yang cuba ditinggalkan. Ya, pengakhiran hari ini membawa saya ke satu penyesalan. Hamburan kemarahan kepada beberapa individu yang akhirnya kembali kepada rembesan tangisan diri sendiri. Dalam masa sehari, saya telah melalui pelbagai fasa. Keadaan semangat diawal pagi, disusuli sedikit tekanan di puncak matahari, kemudian lahar gunung berapi memuntahkan diri, resah berkunjung di senja hari dan ketenangan yang kukecapi dimalam hari.
Disaat diri ini disapa kegelisahan melampau, membawa diri adalah cara terbaik untuk mengenal kembali diri. Maka mengalirlah air jernih, mengenangkan kelompangan diri. Disaat diri ini tidak mampu membuat keputusan, di ilhamkan Tuhan jalan penyelesaian. Tiada sesaat pun didalam kehidupan berupa kebetulan, melainkan segalanya adalah takdir Tuhan.
Setelah menyedari segala ketentuan,bagaimana diri ini masih tegar mempersoalkan segala kejadian? Kejadian dicipta untuk difikirkan,bukan di persalahkan.. Pandangan mata mungkin akan menyuluh segala kelemahan dan keburukan. Pandangan hati pula menyuluh segala yang tak mampu di sampaikan mata kepada akal.. Jangan pernah membenci hidupmu, sebelum dikau berbicara kepada diri berperantakan mata hati..
~ Love your Lifes~
Friday, October 8, 2010
apa yang penting? EGO!!
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah,setelah hampir sebulan bersembunyi, kini saya tiba lagi,cuba untuk terus memberi. Mengambil berkat Jumaat,penghulu sekalian hari, saya gagahkan diri untuk memfokus apa yang suara hati saya bisikkan sepanjang saya berhibernasi. Jujurnya, terlalu banyak perkara yang melintasi minda,namun kekangan masa, dan keuzuran teman pencoret saya (laptop) membuatkan pergerakan saya agak terbatas.
Betapa saya bersyukur, sala satu perancangan saya dan sahabat-sahabat telah terlaksana. Maka, pada 4/10/2010 telah berlangsungnya Malam Muhibbah Raya PMFST, dimana kelainan yang kami selitankan adalah dengan mengadakan forum dicelah suasana raya tersebut. Malah, secara keseluruhannya, forum itu disandarkan diatas bahu saya sendiri.Pada awalnya,pelbagai masalah timbul,namun, betapa hati ini terharu apabila mendapat kerjasama yang amat baik daripada kesemua panelis ,walaupun ada yang dihubungi secara last minute.Terkenang susah payah seorang pensyarah PPU, yang asalnya menjadi pilihan kami,namun tidak dapat memenuhi undangan kerana terikat dengan jadual kelas,mencadangkan nama pengganti beserta detail penggantinya,malah bersedia jika penggantinya juga tidak dapat memenuhi undangan. Disaat itu, hampir menitis air mata saya, mengenangkan pengorbanan beliau,walaupun kami tidak pernah bersemuka.
Sebagai makluman, sebelum forum ini diadakan,kertas kerja kami, iaitu sebelum bergabung dengan Malam Muhibbah Raya, tidak diluluskan, tanpa sebab yang jelas. Kemudian cabaran kami, ingin mengadakan program di Dectar seolah-olah dipermain-mainkan, setelah kami hampir letih turun naik ke pejabat TNC. Namun setelah segalanya kami persiapkan,demi memenuhi kehendak mereka, dengan mudah mereka memberi alasan , "kamu student,tidak dibenarkan menggunakan Dectar. Dectar hanya dipruntukkan untuk Universiti, Fakulti dan Kolej Sahaja". Betapa luluh hati kami, setelah bertukar-tukar tarikh demi mendapatkan Dectar, setelah terpaksa membuat segala macam surat, setelah berjumpa segala jenis orang,itu jawapan terakhir yang kami terima. Namun saya pasti,tiada yang sia-sia.
Itu diperingkat Universiti. Diperingkat teman-teman sendiri, jua kadang-kadang menimbulkan tanda tanya dan kadangkala membawa kepada buruk sangka. Bila timbul buruk sangka, beerti tiada unsur ukhuwah yang disulami. Bukankah berlapang dada adalah peringkat terendah ukhuwah itu sendiri? Kami tidak meminta untuk disimpati,cuma paling kurang, sertakanlah dorongan buat kami. Bila hati ini tidak tertahan lagi, segala nya mula termuntah secara realiti,mula ada yang terasa disakiti. Bukan impian diri untuk melukai, cuma sedikit harapn agar kita mampu menilai kembali diri. Jangan lena diulit indahnya mimpi kerana kau masih belum berada di dunia realiti.
Selama saya menyelami ke dunia maya ini,pelbagai perkara yang saya pelajari. Pelbagai kelemahan mula menjadi pantulan kepada diri.Ingin saya berkongsi, namun,satu harapan yang pasti,jangan mengamuk,sebelum bertanya kepada diri. Saya sedar,ada kalanya, kata-kata saya mampu mencalar perasaan orang lain. Dan saya mula menyedari,perkataan yang mencalari itu,biasanya adalah yang benar direfleksi dari hati. Seringkali perkataan yang berlapik ,adalah yang dicipta demi memahamkan sesuatu kondisi,maka yang 'lepas' pula adalah perkara yang sama, cuma disalut kata-kata agar difikirkan. Jadi jangan terus melenting jika ada yang terus menegur tanpa lapik.
Sebagai seorang yang bukan sesiapa, melainkan hamba Illahi, izinkan saya meminta sesuatu yang paling susah ngin manusia lakukan, tundukkan egommu. Selama bergerak kerja,bergaul pelbagai jenis manusia, adakalanya saya bosan melihat manusia yang mengharapkan penghormatan, tanpa menghormati orang lain. Menganggap diri lebih hebat didalam sesuatu bidang, hingga menyebabkan merasakan idea-idea baru bukanlah jawapan kepada sesuatu masalah yang timbul. Benar,saya bosan. Kerana kebosanan itu, kadangkalanya menyebabkan hilang terus rasa hormat saya kepada mereka. Tolong,walau siapapun kita, kita bukan lah sesiapa disisiNya.
Saya bukanlah orangnya yang mampu menyampaikan bait-bait ayat, yang mampu meruntun perasaan. Saya bukanlah seorang penyajak terkenal, walau berkongsi nama yang sama,Siti Zubaidah. Saya bukan sesiapa. Ada atau tidaknya saya,langsung tidak memberi kesan kepada sesiapa. Cuma sekurang-kurangnya biarlah saya mampu meninggalkan sesuatu untuk difikirkan. Cuma satu pinta saya, dalam menjalani kehidupan realiti, rendahkan egomu. ya cuma satu E.G.O!!!

~ Aku hanya insan biasa ~
Subscribe to:
Posts (Atom)