Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang masih memberi ruang untuk diri ini memperbetulkan diri.
Sedar atau tidak kita, setiap saat yang Allah pinjamkan kepada kita,adalah bukti kasih sayangnya. Walau pelbagai kerosakan telah kita lakukan, walau pelbagai mudarat telah kita sebarkan, Dia tetap memberi kita peluang. Peluang untuk membetulkan diri, peluang untuk kita kembali kepada fitrah sebenar. Namun, hanya insan yang berani mengakui kesalahan dan kelemahan diri, bersemangat mengutip peluang keemasan ini.
Perjalanan hari ini membawa saya mengenal diri. Hampir diri ini terjatuh kembali kekawah baran yang cuba ditinggalkan. Ya, pengakhiran hari ini membawa saya ke satu penyesalan. Hamburan kemarahan kepada beberapa individu yang akhirnya kembali kepada rembesan tangisan diri sendiri. Dalam masa sehari, saya telah melalui pelbagai fasa. Keadaan semangat diawal pagi, disusuli sedikit tekanan di puncak matahari, kemudian lahar gunung berapi memuntahkan diri, resah berkunjung di senja hari dan ketenangan yang kukecapi dimalam hari.
Disaat diri ini disapa kegelisahan melampau, membawa diri adalah cara terbaik untuk mengenal kembali diri. Maka mengalirlah air jernih, mengenangkan kelompangan diri. Disaat diri ini tidak mampu membuat keputusan, di ilhamkan Tuhan jalan penyelesaian. Tiada sesaat pun didalam kehidupan berupa kebetulan, melainkan segalanya adalah takdir Tuhan.
Setelah menyedari segala ketentuan,bagaimana diri ini masih tegar mempersoalkan segala kejadian? Kejadian dicipta untuk difikirkan,bukan di persalahkan.. Pandangan mata mungkin akan menyuluh segala kelemahan dan keburukan. Pandangan hati pula menyuluh segala yang tak mampu di sampaikan mata kepada akal.. Jangan pernah membenci hidupmu, sebelum dikau berbicara kepada diri berperantakan mata hati..
~ Love your Lifes~
No comments:
Post a Comment