Alhamdulillah,setelah hampir sebulan bersembunyi, kini saya tiba lagi,cuba untuk terus memberi. Mengambil berkat Jumaat,penghulu sekalian hari, saya gagahkan diri untuk memfokus apa yang suara hati saya bisikkan sepanjang saya berhibernasi. Jujurnya, terlalu banyak perkara yang melintasi minda,namun kekangan masa, dan keuzuran teman pencoret saya (laptop) membuatkan pergerakan saya agak terbatas.
Betapa saya bersyukur, sala satu perancangan saya dan sahabat-sahabat telah terlaksana. Maka, pada 4/10/2010 telah berlangsungnya Malam Muhibbah Raya PMFST, dimana kelainan yang kami selitankan adalah dengan mengadakan forum dicelah suasana raya tersebut. Malah, secara keseluruhannya, forum itu disandarkan diatas bahu saya sendiri.Pada awalnya,pelbagai masalah timbul,namun, betapa hati ini terharu apabila mendapat kerjasama yang amat baik daripada kesemua panelis ,walaupun ada yang dihubungi secara last minute.Terkenang susah payah seorang pensyarah PPU, yang asalnya menjadi pilihan kami,namun tidak dapat memenuhi undangan kerana terikat dengan jadual kelas,mencadangkan nama pengganti beserta detail penggantinya,malah bersedia jika penggantinya juga tidak dapat memenuhi undangan. Disaat itu, hampir menitis air mata saya, mengenangkan pengorbanan beliau,walaupun kami tidak pernah bersemuka.
Sebagai makluman, sebelum forum ini diadakan,kertas kerja kami, iaitu sebelum bergabung dengan Malam Muhibbah Raya, tidak diluluskan, tanpa sebab yang jelas. Kemudian cabaran kami, ingin mengadakan program di Dectar seolah-olah dipermain-mainkan, setelah kami hampir letih turun naik ke pejabat TNC. Namun setelah segalanya kami persiapkan,demi memenuhi kehendak mereka, dengan mudah mereka memberi alasan , "kamu student,tidak dibenarkan menggunakan Dectar. Dectar hanya dipruntukkan untuk Universiti, Fakulti dan Kolej Sahaja". Betapa luluh hati kami, setelah bertukar-tukar tarikh demi mendapatkan Dectar, setelah terpaksa membuat segala macam surat, setelah berjumpa segala jenis orang,itu jawapan terakhir yang kami terima. Namun saya pasti,tiada yang sia-sia.
Itu diperingkat Universiti. Diperingkat teman-teman sendiri, jua kadang-kadang menimbulkan tanda tanya dan kadangkala membawa kepada buruk sangka. Bila timbul buruk sangka, beerti tiada unsur ukhuwah yang disulami. Bukankah berlapang dada adalah peringkat terendah ukhuwah itu sendiri? Kami tidak meminta untuk disimpati,cuma paling kurang, sertakanlah dorongan buat kami. Bila hati ini tidak tertahan lagi, segala nya mula termuntah secara realiti,mula ada yang terasa disakiti. Bukan impian diri untuk melukai, cuma sedikit harapn agar kita mampu menilai kembali diri. Jangan lena diulit indahnya mimpi kerana kau masih belum berada di dunia realiti.
Selama saya menyelami ke dunia maya ini,pelbagai perkara yang saya pelajari. Pelbagai kelemahan mula menjadi pantulan kepada diri.Ingin saya berkongsi, namun,satu harapan yang pasti,jangan mengamuk,sebelum bertanya kepada diri. Saya sedar,ada kalanya, kata-kata saya mampu mencalar perasaan orang lain. Dan saya mula menyedari,perkataan yang mencalari itu,biasanya adalah yang benar direfleksi dari hati. Seringkali perkataan yang berlapik ,adalah yang dicipta demi memahamkan sesuatu kondisi,maka yang 'lepas' pula adalah perkara yang sama, cuma disalut kata-kata agar difikirkan. Jadi jangan terus melenting jika ada yang terus menegur tanpa lapik.
Sebagai seorang yang bukan sesiapa, melainkan hamba Illahi, izinkan saya meminta sesuatu yang paling susah ngin manusia lakukan, tundukkan egommu. Selama bergerak kerja,bergaul pelbagai jenis manusia, adakalanya saya bosan melihat manusia yang mengharapkan penghormatan, tanpa menghormati orang lain. Menganggap diri lebih hebat didalam sesuatu bidang, hingga menyebabkan merasakan idea-idea baru bukanlah jawapan kepada sesuatu masalah yang timbul. Benar,saya bosan. Kerana kebosanan itu, kadangkalanya menyebabkan hilang terus rasa hormat saya kepada mereka. Tolong,walau siapapun kita, kita bukan lah sesiapa disisiNya.
Saya bukanlah orangnya yang mampu menyampaikan bait-bait ayat, yang mampu meruntun perasaan. Saya bukanlah seorang penyajak terkenal, walau berkongsi nama yang sama,Siti Zubaidah. Saya bukan sesiapa. Ada atau tidaknya saya,langsung tidak memberi kesan kepada sesiapa. Cuma sekurang-kurangnya biarlah saya mampu meninggalkan sesuatu untuk difikirkan. Cuma satu pinta saya, dalam menjalani kehidupan realiti, rendahkan egomu. ya cuma satu E.G.O!!!
~ Aku hanya insan biasa ~
No comments:
Post a Comment