(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Monday, November 9, 2009

Nostalgia Bersama Atuk..

petang itu, asyik sekali dia mengambil udara petang sambil membuang pandangan ke sawah padi yang kini sudah bertukar menjadi sawah lalang..sambil berkira-kira agar munculnya gerombolan kerbau yang sering lalu dihadapan rumah atuknya untuk ke parit yang juga bekas tapak semai padi  di belakang hutan sana.. "tengok apa tu?" entah bila atuk muncul ,langsung tak kusedari.. "tak da apa..tengok kot2 ada kerbau lalu lagi"..atuk hanya tersenyum.. petang itu, aku pun tak tahu permulaanya, hinggalah perbualan kami mula membawa atuk membongkar masa silamnya..

"Sa ingat lagi, Jepun datang masa Sa berumur 8 tahun, kakak sulung umur 10 tahun,dan masa tu Sa baru je kematian ayah.. mula-mula adik sa meninggal, masa kecil, selepas tu, mak sa pula pergi diikuti ayah sa.. Jadi, Sa dan akaklah yang bertanggungjawab menjaga adik-adik sa seramai 3 orang.. budak kecik, apalah yang kami reti, cuma sa pakat dengan akak, kami masuk hutan dan buat sawah..dan hutan tu sekarang, inilah, tempat yang kita duduk ni..asalnya sa dan akak, ikut orang2 kampung mula meneroka tempat ni,.kat sini lah kami besarkan adik-adik.." aku tahu, atuk memang gigih orangnya.sebab tu dia nampak masih sihat dan bertenaga walaupun usia dah mencecah 70 ++ hampir 80 an..aku tau idup atuk susah, tapi aku tau, dia tak pernah putus asa...




arwah aki dengan anak saudaraku..


Pada suatu hari di penghujung bulan Ramadhan, aku nampak atu bersiap-siap.."aki nak g mana?". sambil tersenyum, "nak p kubur.Selalunya ,kat kampung ni akan buat satu hari untuk keluarga ziarah kubur".. "Nak ikut!!"aku merengek.."pergi lah bersiap"..sungguh aku memang manja dengan atuk..sesampai dikubur, aku lihat ramai orang, namun sorang pun tak aku kenali.. aku hanya mengikut langkah atuk,aku lihat atuk mengeluarkan duit syiling yang diletakkan dalam plastik dan menyerahkan kepada seorang lelaki.. aku langsung tak mengetahui apa yang dilakukan.. dan tanpa aku sedari, langkahku mula mengikut langkah orang ramai, "adik, nak gi mana tu? kita punya kat sini".. aku terpinga-pinga.. "kenapa kita dok sini? kan sume orang dok kat sana? eh, kenapa dok pecah2 jom lah duduk sekali..". "adik, ni kubur Tok Yang, dan sebelah ni kubur Makwe, dan sana..sana...sampai aku pun tak ingat.."kita duduk kat keluarga kita, dan dorang pun duduk dekat keluarga dorang.."..aku hanya mendengar, tak lama lepas tu, aku dengar ramai 2 membacasesuatu, tapi aku pun tak tahu, apa yang dibaca, yang aku ingt, bila aku pergi kubur, ada orang bagi duit kat setiap budak yang datang..seronoknya..petang tu, atuk sekali lagi akan ke kubur, tapi di kampung sebelah," nak ikut lagi".."aik, adik puasa kan?tak payah laa, nanti letih"..tak pe, nak gi jugak..dan atuk mengikut kehendakku.. hehe dapat lagi duit pasni...

Ada satu hari, aku bangun lambat.bila aku bangun tak da siapa dirumah.. atuk dan wan dah pergi menoreh getah, akak-akak dan abang pun tak da jugak.. aku keseorangan,tapi aku tak kisah.. aku pun wat cam biasa, aku bukak semua tingkap rumah, dan dok ngadap tv..biase laa budak kecik,..tiba2, aku dengar derap kaki..alamak, banyaknye kerbau..aku mula la cuak,macam-macam aku pikir time tu..kalau la kerbau tu rempuh tiang rumah, abes laa aku mati tersepit..cuak punye cuak, aku pon ngendap2, tutup tingkap, selamat, tiba2 aku tringt tingkap dkat dapur, masa nak tutup, tibe2 ad kerbau pandang aku,aiseh menakutkan.. dalam ati, cepat la atuk balik..nak nangis dah masa tu... lama2 aku dengar suara, dan aku dengar bunyi kerbau-kerbau tu lari, selamat..atuk dah balik.. dan petang tu, aku bcerita panjang dengan atuk pasal kerbau tu.. atuk cuma tesenyum...

ni cerita bila aku dah besar sikit..satu hari tu, wan ajak aku keluar beli barang kat bandar,x ajak pon sebenarnye, aku yang gatal nak ikut..hehe.. disebabkan kampung jauh dari kedai, kami terus gi bandar temerloh, bandar paling dekat...nak masuk ke rumah atuk, kena masuk lorong dari jalan utama, nak dijadikan cerita, wan bagi aku pilihan, pergi rumah piktam aku @ anta kereta sorong kat depan..yela, jalan nak masuk rumah atuk jauh, macamana nak bwk brg yg bnyak... sebabkan aku ni pmalu terlebih, aku rela anta kereta sorong tu sorang2.. tapi, tak pernah aku jangka, ada makhluk mnunggu.. aiseh 2 ekor plak tu.. kali pertama aku tengok, dia mnyalak je, kali kedua, dia trus bangun dan kejar aku..bayangkan, dah la aku pakai baju kurung time tu, dan pakai plak kasut btumit, tp x de la tinggi pun, cume keadaan jalan yang ditabur batu tu menyebabkan sukar tok aku berlari.. apa lagi, cabut kasut, n pecut.. jangan tak caya 2 lawan 1, dan aku bjaya sampai kat umah atuk balik dengan selamat, ntah mana tah anjing tu menghilang.. atuk yang tengah kusyuk tengok tv, tkejut tgk ak kat tangga..laa , nape ni? sebab time tu aku dah nangis.. "anjing kejar".. mana2?? meh aki balun.. jom aki anta.. aku pun jalan balik p tmpat tad ngan aki.. "mane kasut?" "ntah, cabut masa lari tadi".. sampai kat sana, wan tekejut tengok aku dengan atuk.. atuk pun explain kat wan.. malu aku kena gelak dengan piktam..balik dari bandar, aku dengar atuk aku tgah crita lagi, rupanya mak sedara aku balik..malu giler.........

emm tu sume cerita benar..tiada yang benar, melainkan yang benar-benar belaka.. ni smua nostalgia saya bersama aki @ atuk,10 @ 11 tahun lalu.. atuk banyak ajar saya erti sebuah kehidupan, dan yang saya suka, atuk tak pernah marah, dan sentiasa tenang dalam berbicara, sangat penyabar walau pelbagai dugaan menimpa..nasihatnya sangat berhikmah, tak pernah dia tegur kami dengan marah..

Takdir memisahkan kami..tanggal 20/5/2006, aku kehilangannya buat selama-lamanya... masih aku ingat, malam tu, aku dipanggil pak guard masa prep, kebetulan je kami baru habis kelas Al-Quran,.. terkejut aku melihat kedatangan kakak dan abg iparku,hati mula x sedap.. ayat pertama yang keluar dari mulut kak " pergi kemas barang, kita balik"..lagilah menambah curiga..dan aku tau akak pun tak terkata..abg iparku menyambung, aki dah tak de..masa tu, tuhan je yang tau, aku tak tau apa yang perlu aku buat, yang aku ingat, syaza memelukku, dan memujuk aku bersabar.. dan malam tu, dengan selabanya, kami redah masuk blok lelaki tok dapatkan tandatgn warden..aiseh segan, tapi lantak laa..bukan kitorang sengaja,sape suh sifu dok kat dalam lepas kitorang panggil? dah la malam tu dorang tgh ada inspection,ambik.. aku dah tak kisah..

setakat ni je dulu kisah yang nak saya kongsikan... saya mohon maaf kerna bicara yang panjang berjela dan mungkin membosankan bagi sahabat.. cuma 1 nasihat saya, hargailah insan yang ada disekeliling anda sebelum mereka pergi.....Al Fatihah buat atuk...


*aki =atuk                         *sa = panggilan atuk membahasakan dirinya, singkatan dari 'saya'

7 comments:

iera_thahirah said...

cm pernah dgr je....hehehehe
nape xg umah?????/
kte g bndr temerloh.....

~b0rN aS a SlaVe~ said...

hehe..mse tu, x taw laa da knl awk ke blom..hehe pasni ok jea..hehe

hoho said...

Hhmmm...
susah kita nak describe mcm mana bile kita rindu someone yg mmg dah x de dlm hidup kan?
mudah utk kita berckp,
rela ckp prkr yg sama berulang2..
tp bape rmai kwn yg snggup nk dgr celoteh kita yang berkisarkan cerita yang sama..
neway, can understand ur feelings
:)

~b0rN aS a SlaVe~ said...

u r rite..
x pe, bia la org x paham,
cukup lah Allah taw,n Allah sudi dengar celoteh kita tu bila2 masa jea...

ZMH said...

ehem.. ade jew yg sudi mendengar. :D since dari dlu..

~b0rN aS a SlaVe~ said...

tq ^_^

~zuL~ said...

my pleasre n_n