(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Wednesday, December 30, 2009

opkim kampung cheros :: last part,maybe.. ^_^ ::

sedikit sambungan ..atau mungkin yang terakhir..... (^_^) v

selama 3 hari di kampung cheros, saya mula mengetahui perspepsi mereka (orang asli) terhadap islam.. walaupun dalam aktiviti ziarah saya cuma berkesempatan melawat lebih kurang 5 buah rumah,( 2 rumah hari pertama, dan 3 rumah hari kedua) , namun itu tak bermakna pendedahan yang diterima hanya merangkumi 5 buah rumah tersebut sahaja. di waktu senggang,kami duduk berkongsi pengalaman masing-masing selama disana...

Apabila diajukan soalan "pernahkah pakcik / makcik dengar pasal islam?".. macam-macam jawapan yang kami terima. "pakcik tau.. Islam tu agama orang melayu".."pakcik pernah dengar, tapi tak ambik tau pun..".. "islam? entahlah...maaf lah,tapi kami ni memang tak percaya mana-mana"...... emm terjemahan pertama kami terhadap mereka, mereka tahu islam, tapi tak faham apa sebenarnya islam tu..

Dan satu perkara yang saya agak kagum dengan mereka, sikap taat kepada ketua. Pernah kami lontarkan persoalan kepada seorang penduduk kampung, " Pakcik rasa, islam tu macam mana? Pakcik percaya tak dengan Islam?" " emm, ntah lah.. kami ni ikut tok batin. Tak kan kami nak memandai-mandai kan.. kalau tok batin buat,kami buat.." dan mereka sangat bangga dengan gelaran 'asli' mereka. "kalau pakcik masuk islam, banyak laa yang pakcik tak boleh buat..bila pakcik tak buat apa yang orang lain buat, maksudnya,pakcik bukan lah orang asli lagi.." saya tak berminat nak membangkang @ membidas pakcik nie.. sebab saya tahu, dia tak faham apa yang dia buat, melainkan hanya mengikut sesuatu yang diperturukan oleh nenek moyang mereka.. sedangkan orang yang mengaku islam pun ada yang terlalu mempercayai pantang larang nenek moyang walaupun tiada hadis @ keterangan tentangnya, ni pulak seorang yang amat tipis pendedahannya terhadap islam..

Di awal ketibaan kami, kami dikejutkan dengan semangat 1 Malaysia mereka. tak disangka, hebat penangan PM kita terhadap mereka. Setelah bergaul dengan mereka, barulah kami faham, bahawa tok batin setiap kampung selalu dikumpul dan diadakan program umpama kursus untuk mereka. Dan disinilah mereka didedahkan dengan segala perkembangan negara. Namun apa yang agak menggelikan hati saya, bila tok batin mengutarakan ketidakpuashatiannya terhadap wakil-wakil rakyat.. disebabkan tok batin mengatakan bahawa dia selalu dibawa pergi mengikuti kursus, jadi terdetik dihati kami, bagaimana dengan anggota masyarakat yang lain? selalu YB turun? "huh??mereka..masa nak mengundi, semua datang cari kita, macam-macam janji nak bagi..bila kita dah pilih dia, lepas menang, dia bukan nak cari kita dah..jalan kat depan tu dah 4 tahun dah pun,x siap-siap jugak"..hehe..mereka yang duk jauh dari orang ramai,yang ketandusan isu semasa pun faham,ni pulak kita yang sentiasa terdedah dengan pelbagai media, tak kan tak boleh fikir..

saya sedar, tiada yang mustahil dalam dunia ni.. kami hanya berusaha, namun hidayah tetap milik Allah..moga Allah membuka pintu hati mereka terhadap islam lantas menjadi saudara kita semua. Islam tak pernah membataskan @ membezakan kita semua.. kita semua sama disisi Allah, hanya yang membezakan kita hanyalah taqwa, tapi tak layak untuk kita mengukur ketaqwaan seseorang dengan kaca mata kita. Hanya Allah yang layak mengukur ketaqwaan kita semua... Moga Allah memasukkan kita semua dalam golongan hamba-hambanya yang bertaqwa..Dan semoga, Allah melimpahkan rahmatnya kepada enduduk kampung Cheros,lantas menjadikan kita semua bersaudara..Amiiin....




Tuesday, December 29, 2009

duhai sahabatku...




agak lame x mengepost.. Alhamdulillah, selesai mengikuti prog jambori nisa' selangor 09 (JNS 09)..  perasaan sebelum tiba, amat berbeza setelah berjaya menjalaninya.. pelbagai dugaan sepanjang perjalanan ke bukit lagong,selayang... ops, penyertaan kali ni bukan sebgai peserta yea..tp sbgai fasi  cam klaka plak kan ^_^.. tak sangka, tindakan last minute ni, banyak beri manfaat n pengalaman indah buat ana.. ana percaya , semua peserta n fasi juga macam tu.. walaupun x dapat pulang ke kampung, 25-27 disember kan tme cuti 2.. tapi ada peluang yang rasanya ana tak pernah terfikir ana akan dapat peluang tu..

hari pertama, ana dikejutkan dengan kehadiran ustaz zamri mantopp..slot yang ana rasa sepatutnya diberi masa yang panjang lagi hehe..bukan peserta je yang teruja, tapi fasi lebih teruja lagi dgn kdatangan ustaz ni.. keesokannya, ana berkesempatan pula bertemu pasangan hebat yang sentiasa bergerak tangkas dalam menegakkan agama  Allah khususnya di peringkat Ipt.. ustaz Shaari n k.nurul syuhada .. ana selalu mendengar cerita tentang pasangan ni, tapi langsung ana tak terfikir Allah beri kesempatan untuk ana bertemu mereka...

Pelbagai perkara baru ana pelajari disana.. cuma agak terkilan sebab ana tak berpeluang mengikuti jalan berhalangan, ..Tapi xpa, hikmahnya, ana dapat rehat lebih, n dapat kumpul energy yg lebih tok night walk mlm tu..hehe.. bila ana pikir2 kan, ana dapat merasakan, betapa bertuahnya mereka.. lantas, ana teringat, sahabat2 lama ana di kampung..... sekaligus, teringat nukilan ana semasa cuti sem dulu, tapi x sempat nak post.. jadi...terimalah seadanya luahan tersebut.................

 Cuti sem ku selama hampir sebulan ini berjaya membka mataku terhadap apa yang sedang melanda remaja-remaja di tanah kelahiranku ini..  Apa yang membuatkan hatiku pilu adalah mereka itu adalah insan-insan yang pernah bersama denganku menuntut ilmu, yang pernah bermain, bergelak ketawa dan menangis bersamaku.. mereka adalah insan yang hidup sezaman denganku.. Mana mungkin aku melupakan kenangan masa kecilku, dan insan yang ku temui saat itu.. Masa kecilku, aku lebih suka berkawan dengan kawan berlainan jantina.. bukan kerna faktor tarikan, tetapi kerana ulahku yang lasak, membuatkan aku tak betah  duduk berkumpul dengan kawan-kawan perempuanku yang asyik duduk bercerita perihal pakwe @ budak2 lelaki.. Sejak kecil, aku lebih rapat dengan abangku berbanding kakak2 ku.. Dan bila aku masuk sekolah, kebanyakan rakanku adalah pelajar lelaki.. Mungkin kerna watak ku yang selamba, lasak n suka kan cabaran ..

6 tahun aku menuntut di sekolah rendah bersama rakan2ku tadi.. Tanggungjawab sebagai pengawas langsung tak membawa aku lari dari mereka.. UPSR? Tiada yang menggentarkan hatiku.. n akibatnya aku hanya Berjaya mendapat 3A 2B.. n lebih malang, B yg pertama adalah untuk subjek  Bahasa Melayu.. nasib baik laa B yg kedua  tu B.Inggeris.. kira cover lah..hehe.. N dengan result yg x berapa tu, aku melanjutkan pelajaran ke SMK Seri Bentong…N sejak tu, aku makin jauh dengan mereka… time cuti pun, jarang aku nampak mereka…  Ntah mana diorang menyorok.. Tapi yg ada still menegur.. Tp kebanyakannya dah hilang.. kalau jumpa pun , selagi dorang x tegur, payah tok aku mulakan.. ntah bila dah lama2, segan laa plak…

3 tahun kat SMKSB, sambung plak kat MRSM MZMS.. tambah lagi dua tahun.. Pastu Masuk matrik, n then msuk cni UKM..hampir 7 tahun… n cuti sem 1 ni, cukup membuat mataku terbuka… kawan2 ku…

Ada yang ku dengar sambung Form 6, msuk U, kerja.. n ada yang dah kawin pun.. Yang ni suma aku tak susah hati.. sebab maksudnya dorang still nak teruskan perjuangan.. tapi.. apa yang aku nampak petang tu… kawan2 aku dulu.. n nilah sebenarnya yang aku nak cite sebenarnya…. Kat mana kawan-kawan yang pernah bersama-sama bjuang menntut ilmu masa zaman aku kecik2 dulu???
Ada yang syok dok merempit, ada yang dengan bangga dok isap rokok depan aku.. sapa budak tu? Kawan adik aku.. tengah SPM skang..  n tambah memilukan hatiku, ada ibubapa yang meluahkan rasa kesal mereka terhadap anak2 mereka. Kenapa cerita kat saya ni pakcik?? Yup, sebab aku kawan anak dia.. “ntahla..pakcik pun tak taw..apa laa nak jadi ngan dorang tu..pakcik mintak tolong, x de sape yg bleh nak harap..dok makan tido..duit nak sokmo..” . “ owh dok UKM yea..blaja memolek yea.. suka makcik dengo.. nak wat camne..anak makcik tu,dah la tu je sorang, suh blaja dia kata dah malas dah.. ni dok umah sesaje je la nie..”.. hmm tiada apa yg dapat tok aku banggekan diri.. nak bangge camne? Aku x dapat wat pape pun tok tolong kwn2 aku tadi…

Yang melepak terus melepak, yang merempit terus merempit, yang tak nak sekolah, terus dok goyang kaki..bila orang sebut felda, banyak sangat yg negative akan kuar dari mulut orang.. dari adik aku, aku dapat taw, ada umah tu, jual air daun ketum.. nasib adik aku ni laki, n dia pun dok asrama, tapi at least senang laa dia nak dekat ngan dorang sume bila cuti.. n aku mintak adik aku korek rahsia n kegiatan dorang.. dari mak n abah, aku taw banyak benda yang dah jadi kat cni.. tapi.. ada satu yang watkan aku bambah sedih.. Npa aku tak mampu wat pape tok dorang?? Apa yang sepatutnya aku buat.. cukup ke aku sekadar amik taw, then cakap, “lantak laa dorang ..janji tak kacau aku sudah” ..Apa makne aku blaja tinggi2, tapi langsung tak dapat wat pape tok masyarakat? Tok kawan2 aku??  Persoalan yang sering membelenggu diri.. Aku bukanlah yang terbaik, namun aku cuba buat yang terbaik..bukan setakat masalah remaja yang menyinggah cuping telingaku, malah pelbagai perkara termasuk kebajikan masyarakat..tapi, sedih..aku tak mampu lakukan apa-apa untuk mereka..

Terkenangku buku ‘Syabab Musafir Kasih’ tulisan Fatimah Syarha.. Namun aku tak setabah dan tak setegar watak  Nur Mumtazah..yang berusaha sedaya mungkin tok membuka mata anak2 kampung tentang kepentingan ilmu, dan membuka jalan anak muda tok kembali megenal tuhan.. Hanya yang aku lakukan saat ini, adalah bedoa…

Ya Allah sesungguhnya kami berkumpul sebagai saudara dibawah satu akidah yang sama, kami adalah umat2 kekasihmu .janganlah kau biarkan kami menjadi seperti buih2 di lautan.janganlah kau jauhkan kami dari menggapai redhaMu .Pandanglah kami dengan pandangan kasihmu, pimpinlah kami k menujumu, kuatkan hati-hati  kami  tok berjuang mengangkat maruah agamamu.janganlah kau biarkan kami terus terleka, ditipu keindahan dunia .izinkan kami tok menjadi pahlawan agamamu, dan jauhkan kami dari menjadi fitnah kepada agamaMu…Bantulah kami, lindungilah kami, dan jauhkan kami dari kebencianMu..

 Ana bukanlah sesiapa ..hanya seorang sahabat yang sayangkan sahabatnya.. dan sayangkan saudara2 seakidah ana.. Moga Allah tunjukkan jalan tok ana bantu mereka.. Aminn..

Monday, December 21, 2009

opkim kg cheros part 1

Hampir bersawang . Ramai labah-labah datang mencari diri, meminta izin tok menyewa di laman nie.. disebabkan ana ni baik ati, ana pon benarkan..lantak laa nak bongga skjap.. Tapi nampaknya, labah-labah tu kena berpindah lagi la lepas nie…^_^ .. Nak wat camne, internet kat umah slow sgt.. hampir sakit jantung dibuatnya.. nak tak nak, terpaksa la menahan rasa, n isi ati yang nak dikongsi.. tapi pasni, insyaAllah akan diqada’ balik.. hehe.


Mungkin agak terlambat ,namun, ana masih nak teruskan, sebab dah bjanji.. pada 20-23 November lepas, saya dan hampir 80 peserta betoi ke ni? selamat tiba di perkampungan orang asli kg cheros Cameron Highlands. Bila mendengar Cameron Highlands, yang tergambar di fikiran adalah ladang teh, tanah tinggi, tempat melancong. Semuanya benar. Namun ketibaan kami disana, adalah dengan membawa satu misi, sekaligus melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Tujuan kami kesana adalah untuk memperkenalkan mereka dengan cara hidup Islam. Sebelum bertolak, tak dinafikan, pelbagai perkara yang  difikirkan, langsung tak dapat digambarkan apa yang bakal dihadapi memandangkan inilah kali pertama ana mengikuti usaha sebegini. Untuk makluman kampong yang kami ziarah ni terdiri dari hampir 24 keluarga, dan hanya satu keluarga yang beragama islam, dan yang lain masih mengamal kepercayaan animisme.

Ketibaan kami disana pada hampir jam 3 petang dalam keadaan gerimis dan disambut anjing-anjing yang berkeliaran. Bila terpandangkan anjing tu, mulalah teringat memori silam..kecut perut sekejap.. Tapi setiap perjalanan kami disana boleh dikatakan lancar walaupun banyak aktiviti yang terpaksa dibatalkan dan diubah kepada aktiviti lain, untuk disesuaikan dengan keadaan..

Antara aktiviti yang memberi banyak informasi tentang masyarakat disana adalah aktiviti ziarah. Dan yang bestnya, grup ana berziarah ke rumah tok Batin.Ana rasa, analah insan paling bertuah disana kerana ana dapat mengikuti segala aktiviti dan ana punya banyak masa untuk memerhati penduduk kampong ni.. berbanding sahabat yang memegang jawatan, mereka lebih banyak menumpu kepada perjalanan program dan unit jamuanlah yang paling sibuk,langsung tiada masa mengikut program.kan k.mar kn?? ^_^

Dari aktiviti ni lah, ana diterangkan tentang kehidupan masyarakat disana.. 1 yang ana kagum tentang tok batin tu, bila dia bcakap soal pendidikan anak2 mereka disana. ana dimaklumkan bahawa sekolah terdekat mengambil masa hampir 2 jam perjalanan..dan masyarakat disini hanya bergantunng kepada kaki untuk bergerak.. " saya sedar, kalo kami x tekankan blaja, sampai bila kami macam ni.. sebab tu, dlu sy mnta semua yg ada kmbg ke ayam tu, tlg jual..lpas 2, kami kumpul duit utk bina rumah dkat dgn skolah. kira macam kami buat asrama laa untk anak2 kami... yang jaga mereka akak2 mereka jugak.. sekurang2nye dekat la sikit.. tp 2 pun x dapat tampung semua.. ad jugak ibubapa yg x bg anak2 skolah.. kalau ad yg anta jgk 2, pagi2 knetahan tlinga la dgar anak mraung.. yela bjalan jauh tu nak smpi skolah " tu kata tok batin.. masa dok merayap kat sana, ana sempat tanya sorang budak, adik slalu g skolah pukul berapa? 4 @ 5 pagi.. hu3... masa 2 ana tpikir..kita kat sini, klas kol 8 pon x nak g.dah tu,bkn jauh mne pon dwn kuliahnye... alasan tlajak tdo..wlupon kdg2 sj mlajakkan diri.. hmm tu laa.. kesenangan sering melalaikan kita...

ada banyak lagi yang menarik ..t ana sambung lagi..  sblm 2 kita usha sket gamba2 kat sane..ok? ^_^




ni la rumah masyarakat orang asli kat sana.. best..sejuk jea..2 yg dorg wat unggun api dlm umah tu.. ada antara kami yg bpeluang menginap disitu.. n ana kat umah baru tok batin ..umah batu da pon.. muslimin??hehe dorang spesel..dlm khemah.. siap ad pngalaman khemah banjir lg tu.. sabar2..dugaan je sume tu..^_^




ni gmbr bukit dr kg tu.. kat cni laa dorang wat padi..padi bukit..kalau terer cri laa padi tu..kalau nmpk laa ^_^




ni gambar anak2 dorang..yg len x trn lg mse tu.. bru pas ujan la katekan..


ok..tu je dlu.. yg len2,bakal tiba slpas ini..hehe..

KEJAMKAH KITA???

Anda rasa anda kejam tak? Ape? tak? ye ke? emm ok2..Jom kita survey..kite ni kejam ke tak sebenarnye yea.....

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

1) Berdoa untuk diri sendiri tapi TIDAK untuk Muslim @ anak2nya

2) Pandai baca Al-Quran, TETAPI x baca 100 ayat sehari

3) Masuk masjid, tapi tak tunaikan solat dua rakaat

4) Berjalan di perkuburan, TETAPI tak bagi salam @ doakan ahli kubur

5) Tiba dikota pada hari jumaat, tapi tak berjemaah

6) Tidak belajar dengan orang alim yang datang ke daerahnya

7) Dua orang yang bertemu, tetapi masing2 tak bertanyakan nama kawan tersebut

8)Orang yang diundang ke jamuan, tapi tiba2 dia tak datang

9) Pemuda yang tak bekerja & x blajar ilmu & kesopanan
10) Kenyang tetapi tetangganya lapar namun tak diberinya makanan


emm..ada tak dalam list tu apa yang kita buat..kalau tak da, syabas...moga terus istiqamah.. n kalau ada, sama2 lah kita betulkan kembali..sape nak dituduh kejam kan????

p/s: warm up..^_^

Thursday, November 19, 2009

hipokrit vs mujahadah

"Jom kita ceramah tu.. cam best jek.."

"ala, ko je la yg gi...ati aku x mo g laa.. aku x ske pakse2 a.k.a hipokrit.."

@

"cube ko tengok dia tu, plik aku.. sekejap baik, sekejap, cm tah pape..hipokrit betol..


Sahabat-sahabat.. Anda pernah dengarkan, dialog- dialog camni.. Antara kita yang mendengar,kita yang diperdengarkan @ kita yang menjadi bahan bualan..

Hipokrit.. Perkataan yang biasa keluar, bila seseorang merasakan dia melakukan sesuatu untuk menunjuk-nunjuk..betoi ka ni?.. Dan seringkali dikaitkan dengan individu yang cuba berubah dari kejahatan kepada kebaikan. namn, sedarkah kita, bahawa 'hipokrit' itu sebenarnya antara agenda pihak tertentu untuk membolak balik kan hati kita, orang-orang Islam.. Berapa ramai yang takut utuk berubah, kerana takut diberi label hipokrit?

"Bila aku nak bangun tahajud ni ek? emm x payah laa,nanti romate aku cakap aku menunjuk2 plak"

"Teringin jugak jadi cam dia tu, baik je,tapi kalau tiba-tiba aku jadi camtu, mesti dorang kata aku macam2"

Ya, dialog yang biasa. Hipokrit menyebabkan masyarakat takut untuk berubah. Hipokrit menyebabkan kita mula meninggalkan niat untuk berubah kepada yang lebih baik. Namun, wujudkah hipokrit dalam Islam?

Yang sebenarnya,tiada istilah hipokrit dalam Islam. Yang ada hanya 'mujahadah'.. Apa itu mujahadah? Berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Sebagai contoh, kita ada kawan yang selalu solat dhuha. Dan terdetik kat hati kita nak jugak wat solat tu..mungkin pada masa yang sama, syaitan bisik kat hati kita, tak payah la buat, ko tu cuma ikut dia jea..jangan jadi hipokrit.. Tapi kita teruskan jugak, walau itu bukan kebiasaan kita. Dan InsyaAllah, andai kita dah terbiasa, ia takkan jadi mujahadah selamanya.

Begitu juga dengan amalan-amalan sunat yang lain, mungkin kita tak biasa, namun cuba lah untuk melaksana kannya. Berusaha untuk mencapainya. Itulah mujahadah. Jadi sahabat-sahabat, perlulah kita ingat, tiada istilah hipokrit dalam kita beribadah. Yang ada hanya mujahadah. Jangan terpedaya dengan agenda mereka yang sentiasa mahu melihat kita dalam kemunduran, baik dari segi akhlak, aqidah mahupun ibadah..

Andai anda ingin melakukan sesuatu kebaikan,teruskan niat anda. Anda bukan lah hipokrit, tetapi anda sedang bermujahadah.. Sekian sahaja dari saya.. Selamat Beramal..n_n

Monday, November 16, 2009

kembali ku dari mengembara...

Alhamdulillah , jam 3.50 petang semalam,(15 November 2009) ,saya dan sahabat2 selamat tiba di UKM.. mai dari mana nie? Untuk penetahuan, kami telah mengikuti Kembara Ibnu Sina @ KIBSI yang telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi, PMFST yang bertempat di Kem PLKN Paya Indah Wetland, Dengkil Selangor. hehe skema sudah..

Saya cuma nak berkongsi pengalaman sy disana selama 3 hari 2 malam disana.. pertama, saya cuma nak cakap, sgt2 rugi sapa yg x join tanpa alasan yg konkrit.. sebab sgala yang saya perolehi, saya percaya, xkan saya dapat dalam dewan kuliah.komfem x kan dpt!..x caya tanya la mereka2 yang pergi.. salah satu pengisian pasal akhlak.. nampak cam simple, rupe2nye, ianya sgt2 kompleks.. selama ni, bila kita cakap sal akhlak, apa yg tlintas difikiran kita? tolong orang, bagi nasihat, sedekah..senang cakap, buat baik laa.. btol x? kalo x btol, nmpknye, sy je laa yg x cukup ilmu... tp ari tu, sy mle disedarkan bahawa akhlak terbentuk dari aqidah yang mantap yang kemudiannya di buktikan melalui ibadah, kemudian barulah akhlak itu betol2 akhlak.. sesuatu yang memang terjadi secara semulajadi (mana ada benda yg jd smulajadi! ) ..err maksudnya yang kita buat tanpa perlu kita pikir dilu sebelum buat..  rasenye penjelasan lanjut pasal tui boleh la dbaca dari blog exco disiplin yang garang lagi ganas ini .. ^_^.. 

Serius cakap, kat sana, saya rasa amat2 segan dgn kelemahan diri..banyak sangat benda yang sy x taw, sdgkan sy rasa sy dah taw.. paham x ni? cam biasa ada slot LDK, dan En Ariff Misrol dan kak Liyana dengan malangnya terpaksa menjadi fasi sy..hehe..  banyak yang diutarakan dan dikongsikan dalam slot ni.. sangat best.. Kayak? haa yang ni pon best.. 1st time dberi pluang bkayak.. kelakar pon ad..x taw cmne nak mnruskan jalan.tp dr xtaw2 pon, bnyk round jugak kami buat.. eksiden? hehe 2 perkara biasa bila kita baru blaja membawak kn..dkat 5 -6 kali gak langgar kayak org len.hehe kami budak baru blajar...

n yang paling mnusuk kalbu bg sy, mse  kembara ibnu sina tu sndiri.. jam 3 kami dkejutkan,. nape plak ni? upenya ad kembara..dpagi buta, mata ditutup jalan dlm grup.. masa tu, tenang..kenapa? bunyi cengkerik, bunyi udara yang membelasah diri..bunyi burung (plik gak,nape burung tu bgn awal sgt..)




“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia itu adalah (Tuhan yang) Maha Terkawal, lagi Maha Pengampun”
[Al-Israa' 17: 44]

Rupa-rupanya, semua yang kita dengar itu tadi adalah tasbih memuji Allah. Harmoni, seragam, menenangkan… akal kita tidak memahaminya, selera kita tidak terkesan olehnya, tetapi roh kita memahaminya. Roh setiap kita, tanpa mengira bangsa, selera muzik, malah agamaYa… seluruh alam bertasbih. sedar x slame ni?

macam2 yg kami kne buat.. cuma apa yg nk dkongsi, kat 1 checkpoint 2, sy diculik.. dan dbawa lari, muhasabah diri.oleh naqibah sendiri kak izzah!! apa yang telah saya lakukan untuk agama slama 19 tahun sy idop... kita bwk islam @ sy pnyebab fitnah dlm islam?? sgt tsentuh, bila soalan tu yg mlanda diri sy... huhu..
pastu, sy dibawak kembali kat grup saya.. dan bau sy taw, sy diculik dan mreka dipakse utk bagi brg amanah utk dganti dgn saya... tp brg amanah akan dganti.. dari yang ni, saya sndiri larang mereka bg..tp ada makhluk Allah ckp kat saya, "zubaidah, awak jgn cmni, kami mmg nak dorg ambil awk.." cam taw je sape yg ckp tu..ad yg nak ngaku x? ^_^.. tp lastly, dorg pon pergi mningglakan diri.. aduss..sdih sbb byak nyamuk gigit.. hehe..lame sy dok kt ctu x wat pape..sy amek pluag muhasabah diri, n pikir, situasi td, slh ke x tndakan dorg?.. tgh 2 pk, hamba Allah td dtg n tnye.. "knape x bg dorg amik?" n jawapan sy yg sy pk agak x cerdik, sy x paham situasi...nmpk sgt sy ske btindak ikot prasaan "ni sbb kamu anggp kami fasi, bkn pnjnayah sbnr.. cuba kalau zubaidah kne culik btol2? dgn israel la misalnya..kami boleh buat apa je kt zubaidah.. bunuh, belasah, rogol..sanggup ke kena tgkap?" meremang skejap mse tu.. n jwpn sy, "ikut stuasi"..n fasi td pergi.. sy x taw dia phm ke x jwpn sy tu..

bila sy pikir balik...btol apa yg dia ckp.. mgki sbb kami taw, dorg fasi, jd kami x ksah tok wat kptusan, kalau situasi sbnar, cukup kuat ke kita nak prtahankan akidah, dgn diri menjadi galang ganti? n 1 hal lg yg sy blaja aritu, 1 pkare tp bnyk mksd.. sy x slhkn ahli grup sy, sbb kalu sy jd dorg, mmg 2 yg sy akan buat.. ap yg sy pk sal 2, kita dberi amanah, kudian kita dtimpa ujian dmana perlu kita pk, serahkan amanah n dganti amanah lain @ bkorban.. apa yg fasi nk tkankan, kdgkala dlm bdakwah, kita kne kornbankn yg sikit tok manfaat yg bsar,sbg contoh, kita bwk 5000 brg tok palestin, tbe kt sne kita dsekat, n perlu korbankn 1/3 brg tu untuk truskn urusan kita bg brg2 td kat palesti, pilih smead nk bg yg sikit @ urusan kita tu lgsg mnjd mustahil..cmtu la lbey kurang.. tp tme 2 ap yg sy pk tme tu, knape nk serahkn amanah, sdgkn amanah asal yg dberi tu pon kita gagal laksanakn lg?? jd dlm hal ni, sy lgsg x slhkn sape2... cuma yg sy blaja, dlm pjuangan, apa yang pasti akan kita lalui adalah pengorbanan.. pengorbanan dan perjuangan ibarat suami isteri..saling melengkapi.. err btol x ni?...

banyak lg laa yg sy blaja..cukup stakat ni dlu.. yang pasti, sy sgt2 ucapkan Alhamdulillah , sbab Allah bg idea kat PMFST tok wat prog ni, dan Allah pilih saya tok bsama2 dlm prog ni.. n trima kasih kpd fasi2 yg bnyk bantu kami dlm beri kefahaman, ,En Ariff  n K.liyana slaku fasi grup sy,naqibah,K.Izzah yg 'menculik'  dan membawa sy muhasabah diri,dan hamba Allah yg bnyk bkomunikasi dgn sy mse sy dculik tok mnerangkan apa yg blaku n mnyedarkan sy hakikat pjuangan sebenar..rasanya anda taw sape anda..

sekian dulu.. wassalam...
SZI, 2.30 pm di foyer FKAB..

Thursday, November 12, 2009

Eh,kenapa pulak x boleh??

Tiba-tiba malam ni terdetik hati nak tulis pasal ni..Pasal ape? nanti, sabar dulu..nak taw, bace sampai abes.hehe...

Bestnye kalau ada buayafren/gelifren camtu..romantik abes...

wah,hebat,kalaulah aku boleh pakai camtu,mesti lagi gempak..x da la panas camni..

Ala rilexs la,kita pegang tangan jea..bukan berzina pon...

Atau lagi advance,

ish,kenapala aku kena blaja Al-Quran nie..bukan aku nak jadi ustaz pon...baik aku blaja BI..snang aku cari keje..

ala semayang tu nanti2 laa..nak study ni..kang fail plak,mula laa mak ayah aku marah...

emm..pernah tak kita terdengar @ kita sendiri ucapkan? Nauzubillah....

Kadangkala,mungkin terdetik dihati kita, kenapa banyak sangat larangan dalam Islam ni?
Buat ni x boleh,buat tu x boleh..abes,ape yang boleh? bosan laa jumud betol... mungkin itu yg dikatakan??






Islam itu tinggi,dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.... Segala peraturan yang Allah dah tetapkan adalah untuk kebaikan kita jugak.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. Sebagai contoh,kenapa Allah tak benarkan minum arak? Sebab arak tu ibu kepada kejahatan..ingat tak crite pasal seorang abid yang diperdaya syaitan yang menyamar lelaki warak tu? tak ingat?ok x pe, meh nak cite sket..

Ada sorang hamba Allah ni, dia sangat menjaga ibadahnya..Satu hari, kat masjid @ surau,syaitan yang dah lama dok perati kat dia ni, menyamar jadi sorang yang warak laa..tak berenti2 semayang, sujud punye laa lama..asyik nangis2 tme doa..Hamba Allah ni pun jadi macam takjub sekejap dengan syaitan yg mnyamar tadi.."camne dia hebat sangat ni,x boleh jd ni.." dia pon tanya laa,"macamana tuan hamba boleh kusyuk n kuat ibadah camni?".. n syaitan tu jawab" aku dulu ahli maksiat.semua jenis maksiat aku pernah buat.dan sekarang aku menyesal"..Hamba Allah tadi pon tanya,"macammana ana nak jadi cam syeikh?"agaknya camtu laa dia tnye.."kau tak kan rasa kemanisan ibadah selagi kau tak buat maksiat".."Tapi ana takut nak buat maksiat.". "kalau macam tu, kau x kan rasa apa yg aku rasa sekarang..takpe,kau buat sikit past kau btaubat laa..hebat syaitan ni perangkap.."skang aku bagi 3 pilihan,kau nak bunuh orang ke, nak berzina @ kau nak minum arak?" lama Hamba Allah ni pikir.. bunuh,ish berat tu..zina? ish x boleh..tu pun berat.. "emm ok lah, ana x sanggup buat yang 2 tu, ana cuma boleh minum arak je sikit.." gembiralah syaitan tu... tapi apa jadi pastu??? hamba Allah tadi minum laa arak, pastu ada sorang wanita datang rumah dia, sebab apa ya, kalau x cilap nak mintak hamba Allah td doakan dia..dia kan abid.. tapi bila dia nmpak je wanita tu, dia terus rogol wanita tu, dan bila dia tersedar, dia bunuh wanita tu utk tutup rahsia.. nampak? sebab arak, manusia hilang kemanusiaan....

Ala..tapi, kan dalam Al-Quran pun sebut  "La iqraha fiddin...".. tiada paksaan dalam beragama.. jadi jangan la paksa-paksa..biar la apa kami nak buat pon.. erk?

selalu sangat ayat ni disalahtafsirkan... yang dimaksudkan dengan ayat tu, tiada paksaan dalam memilih agama, @ lebih tepat, kita tak boleh paksa non muslim utk masuk Islam... bukan tiada paksaan utk orang islam mengikut peraturan yang dah termaktub dalam Al-Quran.. tak paham? ok nak bagi analogi sket...

kita nak balik kampung..ada banyak cara kita nak balik kan.. boleh naik bas, teksi, feri, kereta, lori, flight..naek motor pon boleh... kita pn pilih teksi.. dapat pulak teksi meter... tengah dalam perjalanan tu,tiba- tiba kita cakap kat pakcik tu, "pakcik , saya x nak lah bayar..mahal sangat..sapa suruh pakcik mintak banyak2"... Agak2,apa respon pakcik 2? campak kat luar, pastu gilis..hehe.. kita dah pilih, teksi tu, jadi nak taknak, kita kena laa bayar harga ikut teksi tu, tak kan kita nak ikut harga tambang bas kot....

Paham tak dengan analogi tu? kalau x paham, bace dengan ati, bukan dengan nafsu..hehe ayat cover..sori laa  masalah sket dalam menyampai ni..kena banyak praktis lagi ni..huhu..

sekian la dulu buat masa ni.. nanti pening datang lagi, saya post lagi yea..Moga ada manfaatnya..^_^