Nabi Muhammad : "Wahai Iblis terkutuk,apakah yang kamu kelirukan?"
Iblis: "Wahai Muhammad yang mulia. Sebenarnya aku keliru dan hairan dengan dua perangai manusia iaitu, pertama, mereka mengaku cinta kepada Tuhan, tetapi mereka masih setia kepada aku dengan melakukan pelbagai kejahatan. Kedua, mereka marah kepada aku tetapi, mereka tetap mematuhi hasutan dan godaanku."
Kemudian Allah berkata : "Wahai Iblis yang terkutuk. Demi kemuliaanku dan kebesaranku, Aku anugerahkan ke atas pengikut-pengikut Muhammad dua kebahagiaan. Pertama, rasa cinta mereka kepadaku menjadi penebus segala kesalahan mereka. Kedua, kemarahan mereka kepada kamu juga menjadi penebus kesalahan mereka ."
Selepas diberitahu perkara itu oleh Allah, Nabi Muhammad kemudian segera menyampaikan kata-kata itu kepada Iblis dan membuatkannya tercengang-cengang...
~ Kisah diatas hanya selingan. (tak tau la ada kaitan @ tak dengan apa yang nak disampaikan).. Supaya kita dapat sama-sama muhasabah diri, Allah telah memberi kemuliaan kepada kita, selaku ummat Muhammad. Nabi sendiri selalu mengalirkan airmata mengenangkan umatnya di akhir zaman. Kita? Sebesar mana usaha kita untuk memuliakan Allah dan Rasulnya? Apa usaha kita bila agama Allah ditindas, Rasulnya dipermainkan, dan saudara-saudara kita diperlakukan sesuka hati? Ingat, kita bukanlah sesiapa, Allah langsung tak perlu pada kita, tapi kita yang perlu pada Allah.
Fenomena hari ini, ulama dipermainkan, pendokong agama dituduh pengganas, yang melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dikatakan kuno, mundur dan sebagainya. Apa yang kita lakukan? sekadar memerhati, dan dalam diam menyetujui perbuatan mereka.?Umat Islam sendiri berecah belah, dan dipecah belahkan oleh umat Islam sendiri. 1 persoalan yang timbul dalam benak fikiran sejak dulu lagi, mengapa setiap kali isu perpaduan timbul, kita sering diprovokkan dengan perpaduan kaum? mengapa kaum bukan agama? pada zaman Nabi, adakah Rasulullah mengadakan perpaduan mengikut kaum? Ana fikir, andai perpaduan agama yang dicanangkan, mungkin tidak timbul isu Islam sekular, masalah sosial dan sebagainya. Mengapa? kerana ana pasti, tiada agama yang mengajar penganutnya untuk perpecahan dan melakukan perkara yang boleh merosakkan nama agama itu sendiri. Dan, andai kita semua bersatu kerana agama, sudah tentu, negara kita, yang digembar- gemburkan sebagai negara Islam, bukan sekadar duduk melihat sahaja penindasan yang berlaku terhadap saudara kita di Palestin dan meneruskan agenda masing-masing tanpa ada sekelumit pun rasa bersalah.
p/s: penulis bukanlah sesiapa, sekadar meluahkan apa yang terbuku dengan harapan sahabat-sahabat dapat membetulkan fakta yang salah dan menyatakan idea masing-masing..