semakin hari, manusia semakin hilang rasa ihsan dan belas.. Hingga tergamak membunuh, walau jiwa yang terkorban itu merupakan darah daging sendiri..apakah terhakisnya sifat belas ihsan itu selari dengan kemodenan hari ini? atau sebagai petanda, dunia hari ini , tiada yang boleh dipercayai hatta darah daging sendiri? sama-sama kita muhasabah diri...
sayu hati bila membaca satu tajuk dalam paper hari nie..Ibu bunuh anak dipenjara 10 tahun.. mungkin ada yang tidak menganggap ini sesuatu yang gempar..mungkin situasi ini sudah biasa dalam negara kita yang kononnya harmoni ini..namun apa yang ingin dikongsikan ialah, mengapa tergamak si ibu membunuh anaknya,darah dagingnya sendiri.. laporan mengatakan si ibu mengalami tekanan hidup, hingga tergamak si ibu menekup muka anaknya dengan menggunakan bantal sehingga mati sebelum mayatnya dicampak ke dalam tali air hanya kerana bayi itu merengek tanpa henti meminta susu.ya,HANYA KERANA ANAKNYA MERENGEK MEMINTA SUSU!!..
Bukanlah ingin mempertikaikan kemiskinan insan tersebut, cuma ingin ana bertanya, setujukah andai ana katakan, kemodenan kadangkala menyebabkan kemunduran akhlak dan peribadi insan? mesti ada yang tertanya,apa kaitan dengan semua ni?jom kita fikir bersama..
mengapa si ibu hidup dalam tekanan? dibesarkan dalam serba kekurangan, suami pula terlibat dengan najis dadah, mengambil upah, hanya RM2 untuk 5 ikat serai..bayangkan, bagaimana ingin si ibu membesarkan anaknya seramai 4 orang tu? apa yang dapat disimpulkan, faktor tekanan= wang..wang digunakan secara meluas dalam dunia hari ini,sejajar dengan kemodenan negara.masuk toilet pun kena bayar kan..ana ingat lagi, toilet di Low Yatt, sekali masuk RM1.. fuh...
tentang suaminya, ana x bley nak respon banyak..terlibat dengan najis dadah, selalunya alasan yang diberi, mula-mula, suka2..lame2 gian..camne bley tercuba tu? nak hilangkan tekanan..layan benda ni, masyuk..ilang jap masalah ..emm hidup di bumi yang serba moden ni, mungkin syurga bagi yang kaya (tapi x jgak,ramai je orng kaya yg nyesal jd kaya)..tapi bagi yg miskin, ia mungkin menjadi neraka di dunia nie...
jom kita imbau kisah siti hajar yang ditinggalkan di tengah2 padang pasir, sanggup berulang alik dari bukit safa ke marwah..mengapa?? demi mencari air untuk anaknya , Ismail yang kehausan.. bukan sekali, malah 7 kali... (dan tu la permulaan sejarah saie..hehe selingan..) ..bagaimana kentalnya dan kuatnya rasa kasih seorang ibu terhadap anaknya.... tidak pernah kenal erti putus asa..kemiskinan dan kekurangan, langsung tidak dijadikan alasan dalam beliau melalui ranjau kehidupan.tabah dan redha..mungkin itulah yang sesuai untuk diberi label kepada ibu nabi Ismail ini...
tidak pernah terdetik untuk ana menyalahkan 'moden'.. cuma alangkah indahnya andai kemodenan itu disulam dengan nilai-nilai islamiyah, nilai-nilai murni yang semakin terhakis dalam masyarakat kita hari ni.. realiti hari ini, masyarakat mengejar kebendaan, dan langsung meninggalkan tanggungjawab yang lebih utama..andai kedua-dua nya jalan seiringan, sudah tentu kita tak kan risau dengan rezeki kita, kerana percaya Allah telah menetapkan rezeki untuk kita..Allah tak pernah menzalimi hamba-hambanya, malahan hamba2 nya lah yang selalu menzalimi diri sendiri....sekarang, setujukah anda dengan statement ana tadi?
Wednesday, October 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
betul tu ...
zaman skang orang mengejar dunia,,,,
mereka tinggalkan al-quran dan sunnah...
pastu akhlak jadi teruk sebab takde pegangan hidup....
aper nak jadi....
manusia2..hmmmm
jgn salahkan mereka je..apa usaha kita utk bawa mereka kembali ke landasan sebenar? tu sepatutnya yang kita pikirkan...sama2 kita mbantu mereka dan membantu menyebarkan Islam yang sebenarnya.. InsyaAllah...
Post a Comment