(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Saturday, October 24, 2009

benarlah...doa itu senjata mukmin..





Detik2 akhir persiapan sebelum peperangan..pasti ramai yang sedang merasai ketegangan saat ini (termasuklah ana sndiri..)...saat2 bgini,ana tau, ad yg dah bputus asa.. exam dah dkat, tp study x abes2 lg.. ana cme nak mngajak sahabat2 n diri ana sendiri utk kembali muhasabah diri.. ingatlah kjayaan itu bkn hadir hnya dgn usaha kita, melainkan Allah lah yg mnentukannya.. dan jgn lupa..kita ada 1 lg senjata.. DOA.. ya DOA ADALAH SENJATA BAGI ORANG MUKMIN ..ni hanya secebis kisah tentang doa..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah, ESQ Angkatan 4 Sarawak yang berlansung pada 31 Julai - 2 Ogos 2009 telah berakhir dengan meninggalkan seribu satu kenangan. Saya merupakan ATS ( AJK) untuk kali ini. Pada mulanya, seorang sahabat meminta bantuan saya untuk menjadi ATS Angkatan 4 Sarawak, agak keberatan bagi saya untuk balik ke Sarawak memandangkan tiket daripada Johor ke Sarawak agak mahal masa tu, namun rezeki datang tanpa diduga, tiba-tiba abang saya telefon dan memaklumkan bahawa dia telah menempah tiket yang tarikhnya sama dengan ESQ Angkatan 4 Sarawak berlangsung. SubhanaAllah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Semasa 3 hari bersama-sama dengan peserta, banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan namun ada 1 peristiwa yang terkesan dan terpahat di hati. Pada hari terakhir ESQ, ada 1 aktiviti yang memerlukan setiap peserta untuk duduk berpasangan dan ada seorang peserta (Mr. Chong*) yang tidak ada pasangan. Memandangkan dia seorang non-muslim, jadi dia perlu mencari pasangan non-muslim juga. Namun tiada non-muslim selain dia. Oleh itu, Rep Sarawak minta bantuan ayah untuk menjadi pasangan Mr Chong.


Setelah selesai semuanya, saya pergi berjumpa dengan ayah untuk mengetahui apa yang berlaku. Ayah terdiam buat seketika dan dia hanya berkata, "Kita perlu followup balik nanti". Saya pun tertanya-tanya, apa yang kena followup? Saya bertanya lagi "Ayah, apa yang berlaku?". Ketika itu baru ayah menceritakan apa yang berlaku. Semasa ayah duduk berhadapan dengan Mr Chong dan memeluknya, ayah tanyakan kepada Mr Chong, "What actually do you want in your life?". Mr Chong menjawab, "I want to find the truth". Ayah mengulangi soalan yang sama buat beberapa kali dan jawapan yang sama diterima daripada Mr Chong. Kemudian aktiviti berhenti seketika, pada masa tersebut ayah sempat bertanya kepada Mr Chong, "If you don't mind, may I pray for you?" dan Mr Chong menjawab, "Yes". Dan dihadapan Mr Chong, ayah menadah tangan dan berdoa, "Ya Allah, bukakanlah pintu hati saudaraku ini. Berikanlah dia hidayahMu. Tunjukkanlah dia jalan yang benar. Hanya Engkau yang berhak Ya Allah. Bantulah dia".


Dan ayah berkata lagi kepada Mr Chong, "You are not my friend but you are my brother". Kemudian, aktiviti yang terhenti sebentar tadi bersambung kembali. Ayah memeluk Mr Chong dan sekali lagi ayah meminta izin, "May I azan to you?" dan Mr Chong menjawab, "Yes, you may". Ketika ayah mengazankan di telinga Mr Chong, hati ayah bergetar dan tubuh ayah kesejukkan. Setelah selesai ayah mengazankan Mr Chong, dalam suasana dewan yang penuh dengan tangisan, Mr Chong berkata, "I FIND THE TRUTH HERE, IN THIS ROOM!".


SubhanaAllah! Allahu Akbar! Mr Chong kemudian meminta email ayah dan nombor telefon ustaz yang ketika itu juga bersama-sama menjayakan ESQ. Itulah yang ayah maksudkan, "Selepas ini kena followup balik". Sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku, para ATS, para Alumni ESQ, muslimin dan muslimat, mohon untuk doakan Mr Chong mendapat hidayah daripadaNya dan Allah bukakan hati dia untuk menerima cahaya 165 (ihsan, rukun iman dan rukun islam)

*bukan nama sebenar

kerana doa , seorang hamba Allah memeluk islam.. sedang kan jalan kebenaran pun terbentang kerana doa yg dbaca oleh ayah sahabat itu td, inikan pula kita hanya ingin menempuh peperiksaan di dunia.. bersangka baiklah dengan Allah.. perbanyakkan berdoa tapi bukan bermaksud, usaha tu x perlu.. berdoalah moga Allah membantu kita dalam perjuangan ini dan teruskan perjuangan hingga ketitisan darah yang terakhir..n_n

No comments: