Khas buat mu,
Saudara muslimku…
Insaflah wahai diri,
Lahirmu kerna satu tujuan,
Hidupmu bukan sekadar mengecap kebahagiaan,
Kemanisan dunia tidakkan berkekalan,
Jangan sampai kau sesat dihujung jalan.
Wahai diri,
Hari-harimu berlalu, tanpa kau sedari,
Bulan dan tahun silih berganti,
Kehidupan semakin menjauhi,
Kematian pula datang mendekati..
Wahai diri,
Alam dan makhluk sukar mengasihanimu,
Masa turut terus tinggalkanmu,
Manusia x kan slamanya bersamamu,
Yang pasti hanya tuhan yang pasti sentiasa menemanimu,
Wahai diri
Mengapa wujud takbur dan bangga?
Sedang kau hanyalah ciptaan Nya!
Yang tiada upaya, lemah tak bermaya…
Wahai diri
Mengapa kau masih ingkar?
Berani suruhan dan laranganNya kau langgar,
Kau nahi yang makruf, kau amar yang mungkar,
Sungguh berani, kuasaNya kau cabar,
Mujur Tuhanmu Maha Bersabar…
Wahai diri
Mengapa kau biarkan dirimu terleka?
Yakinlah kau satu perkara,
Setiap amal pasti dibalasNya,
Maka, kembalilah kejalan yang sepatutnya..
Wahai diri,
Buanglah ego dan sombongmu,
Mintalah keampunan dari tuhanmu,
Andai selamat yang kau mahu..
Dihari yang dahsyat dan tidak menentu.
Wahai tuhan,
Terimalah ampunanku,
“dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira,
Bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim.
Sesungguhnya Allah member tangguh kepada mereka
sampai hari yang pada waktu itu,
mata (mereka) terbelalak.mereka datang bergegas-gegas
memenuhi panggilan dengan mengangkat kepalanya.
Sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong.
Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari yang pada waktu itu
Datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim,
“ya uhan kami, beri tangguhlah kami (kembali ke dunia)
Walaupun dalam waktu yang sedikit,
Escaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti Rasul-Rasul”
(kepada mereka dikatakan)
“bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia)
Bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa” – surah Ibrahim ayat 42-44
No comments:
Post a Comment