(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Thursday, January 7, 2010

Siapa mereka?

Suatu hari, sedang saya berbual , seorang sahabat bertanya kepada saya berkenaan Freemason, Yahudi dan Nazi. Saya tiba-tiba tersentak. Benar saya tahu, namun sejauh mana pengetahuan saya? Sejak itu, saya mula menyelongkar kembali buku-buku berkaitan yang pernah saya tolak ketepi suatu masa dahulu. Satu saat dahulu, saya langsung buta tentang kewajaran untuk saya mengambil tahu tentang itu. Minat bermula bila saya mula berdiskusi dengan kakak saya dan kehadiran abang saya yang bersusah payah mendapatkan semua siri video The Arrival dan memujuk saya untuk menontonnya. Ternyata, ianya sangat menarik untuk dikaji. Jadi untuk ini, izinkan saya menerangkan sedikit tentang kaitan 3 perkara tadi.




Nazi - Pasukan tentera Jerman yang diketuai Adolf Hitler. Semasa memimpin, Hitler amat bencikan bangsa Yahudi yang disifatkan sebagai punca kekalahan Jerman  semasa perang dunia pertama. Hitler juga menuduh Yahudi bersetongkol dengan komunis dalam konspirasi menguasai dunia. Dendam dan amarah Hitler dapat dilihat pada peristiwa Holocaust, iaitu pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi @ juga digelar pembersihan kaum.Dianggarkan seramai 6 juta bangsa Yahudi yang terkorban. Tarikh 27/1 dipilih sebagai hari mengenag peristiwa tersebut.




Yahudi- Agama yang dibawa Nabi Isa kepada bani Israel yang menganggap bangsa mereka suci namun tidak beriman dengan ajaran Allah. Sejak peristiwa Holocaust, bangsa Yahudi mula menagih simpati dunia. Melalui peristiwa ini juga, Israel berjaya menempatkan diri di Palestin,atas dasar simpati dunia. Peristiwa Holocaust sering dieksploitasi Amerika dan Israel untuk menghalang sebarang kritikan terhadap Israel, yang kini menyebabkan mereka bebas melakukan apa saja, tanpa ada yang mempersoal.



Freemason - adalah organisasi Yahudi Internasional, sekaligus merupakan gerakan rahasia paling besar dan palling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua perkataan yang di satukan. Free bermaksud bebas atau merdeka, dan Mason adalah juru bangun atau pembangun.


Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali Haikal Sulaiman atau Solomon Temple. Mereka yakin dan percaya, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membina Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar  Al-Qildani dari Babilon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Dan pada tahun 533 SM, bangunan ini dibina kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilon. Atas pembebasannya itulah, dia membangunkan kembali Haikal Sulaiman dan memagarnya.Tahun 70M,Penthus Penguasa Romawi menghancurkan Palestin dan membakar Haikal Sulaiman. Tahun 139M Imeriyum Hadriyan membinasakan Haikal sisanya demi Tuhan Yuiter. Pada abad ketujuh bangsa Arab telah menyingkirkan Haikal Yupter dan menggantikannya dengan Masjidil Aqsa.- Muhammad Fahim Amin, Rahsia Gerakan Freemansory & Kelab Rotary

Jadi jelaslah bahawa, Israel sejak dahulu berniat untuk menguasai Haikal Sulaiman aka Masjidil Aqsa!! Dan mereka sanggup melakukan apa sahaja dalam mencapai matlamat mereka termasuklah membunuh.

Mengapa saya katakan menarik untuk kita bongkarkan rahsia gerakan ini? Tidak lain dan tidak bukan, kerana ianya amat berkaitan dengan kehidupan seharian kita.Ya kita!! Mereka sekian lama begerak disisi kita, tanpa kita sedari. Sedikit perkongsian, antara Lodge-lodge Freemason yang aktif di Asia Tenggara, boleh klik pada link.

Sekian dulu perkongsian kali ini. Moga yang tidak mengetahui, mendapat sedikit gambaran tentang apa yang bakal saya bawakan selepas ini.

~stay in unity and Islam will win ~

No comments: