(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Thursday, January 14, 2010

Hati-hati dengan sejadah!!

Pada post saya sebelum ini, saya pernah mengungkapkan rasa teruja saya untuk menyelongkar jarum-jarum halus yahudi yang semakin menikam umat Islam pada hari ini. Bukanlah saya tumpang berasa seronok untuk mereka, tetapi, saya berasa perlu untuk saya berkongsi apa yang saya temui kerana kebanyakan kita tidak menyedari betapa liciknya, dan betapa halusnya cara mereka dalam cubaan memesong akidah kita hinggakan tanpa kita sedari, kita telah pun mengikut telunjuk mereka..

Dalam pengembaraan ini, saya telah menemui sesuatu yang amat mengejutkan saya, dan mungkin akan mengejutkan anda semua. Ianya berkaitan dengan ibadah kita kepada Allah. Tempat kita berteleku, tempat kita sujud,tempat alas kita ketika mengadu kepada Allah.Ya segalanya berkisar tentang Sejadah.

Setelah pakar-pakar mengkaji, penemuan yang amat mengejutkan, hampir keseluruhan sejadah yang berada dipasaran mempunyai unsur-unsur Masonic. Jom selongkar.

 Sekarang, tengok gambar ni betul-betul.





Berdasarkan dari gambar Master Carpet Freemason di atas, kita boleh ambil ciri-cirinya iaitu:

1. Lantai petak (Checkered Floor)

2. Bintang dan Bulan

3. 2 tiang yang juga dikenali sebagai Joachim dan Boaz





Perhatikan sejadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan iaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.



GAOTU (Great Architect Of The Universe), All Seeing Eye dan tiang Joachim Boaz





Jika kita perhatikan sejadah di atas secara betul-betul dan teliti kita akan perasan 2 tiang iaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye anda boleh jumpa di tengah antara 2 tiang. Cuba anda bandingkan sejadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.




Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sejadah di atas. Dan jika anda zoom kan gambar di logde Freemason tersebut, anda akan jumpa lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.

Di sini saya tolong zoom kan gambar-gambar tersebut. Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.








Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109


Inilah perancangan jahat Yahudi dan Nasrani yang ramai antara kita tidak perasan dan sedar. Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rancangan jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka selepas ini dalam kehidupan seharian..Ingat, mereka tidak akan berhenti, sehingga kita secara keseluruhannya, mengikut mereka.

 ~ stay in unity, and Islam will win~