Bismillahirrahmanirrahim.... Lama x meluah, bukan tiada yang nak dikongsi, cuma masa mencemburui..Bukan sibuk, tapi saya yang menyibukkan diri hehe Secara jujurnye, sem ni, sangat2, memenatkan, fizikal dan mental. Tapi, jujurnya juga, setiap apa yang saya lalu, saya akan mendapat sesuatu yang sangat berharga. Bukan emas, perak,@ kaca permata hehe namun ada yang lebih bernilai dari itu semua, pengalaman dan pelajaran a.k.a ilmu. Saya x terbuka hati mengulas tentang seminar Dinar Emas 10 (SEDINAR'10) yang saya menarik untuk dikongsi ataupun PRK yang sedang hangat di perkatakan sekarang. Biasalah, sayakan suka lari tajuk.. Bagi peluang orang lain yang cakap sal tu..(^_^)v..
Saya cuma nak ceritakan pasal nyamuk. Ya nyamuk. nape?ada masalah ke? Cuma nak share pengalaman saya dengan nyamuk. Satu malam tu, dalam minggu lepas, saya tak pasti hari apa, saya sangat kepenatan, jadi , tido laa..ape lagi.. Sebelum tidur, saya pesan kat roomate mintak kejut saya sebelum dia tidur. Sebab saya taw dia selalu tido lewat. Kunci alarm, n pesan tu, cuma method, ikhtiar. Yang perkenan kn hanyalah Allah. Sebelum tido tu, saya pon doa lah, moga pukul 3@ 4 pagi, saya akan bangun. Dan pe lagi, tidoo laaa.....
Tengah syok tido, berdesing kat tlinga...nyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttttttttttttttt... ,apa tu? Nyamuk!.. ye nyamuk main terbang2 kat telinga.. dah tu, rasa macam kena serangan nyamuk ..gatal..macam satu badan kena gigit nyamuk.. Biasalah, kalo dah tido tu, malas beno nak bangun. Tapi, disebabkan serangan bertubi-tubi. Terus bangun. Tak tahan, rasa nak lempang je nyamuk tu. Ambik nset, n tengok jam, 3.15 pagi... pandang sebelah, roomate dah tido. Disebabkan serangan tu, tak jadi laa nak tido dah..
Pagi esok tu, tiba-tiba terfikir.. Kenapa saya nak marah kat nyamuk tu?Kalau anda berada ditempat saya, adakah anda akan marah dengan nyamuk tu? mungkin ada yang jawab ya, tapi saya mohon teliti kembali apa yang saya pohon sebelum saya tidur.. Saya mohon agar Allah bangunkan saya jam 3@ 4 pagi. Jadi?? apa kaitannya? Kaitannya, jap2, sebelum tu, saya nak beritahu, saya percaya, tiada istilah 'kebetulan' dalam kehidupan. Saya percaya, Allah Yang Maha Kuasa, telah pun mengatur segala-galanya, dari yang kecik,( mungkin anak kuman kecik) hinggalah yang sebesar-besar alam ( galaksi?? alam la tu kn)..Jadi, agak-agak, dah nampak ke apa yang saya nak britau??
Cam blur lagi?? ok la, let me explain. Allah sering kurniakan kita, sesuatu yang kita perlukan, walau pada mulanya, kita nampak ia sebagai satu penyiksaan @ penderaan kepada kita, maaf, kepada yang tidak memikirkan hikmah disebaliknya. Mungkin betul, sapa yang syok nyamuk main2 kat teliga, tapi saya dah berdoa nak bangun dan mohon Allah bangunkan saya. Saya tak sedar dengan bunyi alarm yang menjerit kat telinga saya, @ roomate saya yang t'tidur sebelum mengejut saya bangun. Tapi saya hanya tersedar dari lena, dengan bunyi dan amukan si makhluk halus Allah itu opss jgn salah paham, nyamuk kan halus.. hehe
Jadinya, kat sini saya nampak peranan nyamuk yang kecik tu, untuk membangunkan saya, Ya nyamuk tu menjadi asbab untuk saya bangun, sekaligus, menjadi satu alat Allah dalam mengabulkan doa saya tadi. Jadi kenapa perlu untuk saya marahkan nyamuk tadi???
Ingatlah, Allah selalunya akan menghadiahkan kita apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan. Kerana Allah MAha Tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan apabila terjadi sesuatu kepada kita, jangan terus meninggalkan ia sebagai sesuatu yang terjawab, tetapi, carilah kemanisan disebalik apa yang berlaku.
P/s: jgn bencikan nyamuk. tapi kalo terpukul 2, xpe, sbab bley memudaratkan..hehe
~Proud To Be Muslimah~
No comments:
Post a Comment